Pemanis blog =)

Search

Sunday, August 28, 2011

Last Post Sebelum Raya =)


Entri sebelum nak balik kampung, kat kampung nanti tak boleh nak tot tet tot tet...

Barang dah ready
-Baju raya
-Baju tido
-Baju jalan
-Baju *****
-Tudung
-Telekung
-Kasut & Sandal
-Toiletries (Berus gigi jangan lupa)
-Makeup
-Skincare
-Charger henpon

errm nak bawak domo boleh tak..haha...semak kereta..

banyaknye..tu yang malas nak balik kampung tu..packing je pun dah penat T_T

Babai blogku..
Babai Lappy ku..
Babai alam maya..
Babai internet..
Babai kengkawan..
Doakan perjalanan kami selamat..

Sampai kampung nanti kat Perak, tempat pertama harus pergi ialah Baling, Kedah...haha..
jom ramai-ramai menyesakkan jalan kat Baling =)

(Senyum gaya Maskulinn a.k.a Senyum paksa..lalala (-_-) brr)

Selamat Hari Raya Aidilfitri korangg =)
Maaf Zahir Batin
Nak duit raya boley
^_~

Babai
See ya
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Saturday, August 27, 2011

Bio Essence Tanaka White Skincare Product


Started using Bio Essence Tanaka White Skincare Product
SRG dah tolak tepi..not for my skin
Tak sesuai**..yeye je entry SRG sebelum ni pong pang pong pang best giler..huu T_T
Tapi dah lama guna, dah nak dekat habis 1 set/almost 2 months baru terasa betapa tak sesuainya**..
Makin teruk**..susahnya nak cari yang betul-betul sesuai dengan muka..

Ok, untuk bio essence ni baru cuba dlm lebih kurang seminggu
taknak la ckp result dulu, takut dah..
tapi setakat harini sy puas hati**..

Beli ni pun buat keputusan drastik..lagi seminggu raya sape yang berani nak tukar product muka..huhu..tapi fikir-fikir memang tak boleh terima dah SRG**. fullstop


Cuba trial set supaya tiada pembaziran kalau tak sesuai..harap sesuai sebab suka texture skincare ni lembut sangat, dan bau die pun lembut sgt. Creamnya macam pelembab, mudah disapu dan tak berminyak**. Banyak lagi sebab yang nak puji tapi tunggu dulu ek..tengok sesuai ke tidak dengan kulit sy =)






Bio Essence Tanaka White Trial Set
Price : RM29.90
6pcs/1set seperti first picture
  • Gentle Cleansing Foam 30g
  • Bright White Clarifying Softener 30ml
  • Rejuvenating Day Cream 10g
  • Renewal Night Cream 10g
  • Skin White Perfecting Mask 1pc
  • White & Firm Double Action Essence (sachet separately) /yang color pink kat atas




Will try it sampai habis trial set =) baru bagitau nak beli lagi ke tak =)

Thanks for reading
Have a nice day everyone

** as for my skin, other people might experience different result due to differ of skin set

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Friday, August 26, 2011

Mulalah last minute preparation T_T


Sekarang baru terasa macam ape pun takde persiapan raya T_T..
Baru nak panas enjin, orang lain semua dah ready packing barang balik kampung..
Nanges...

Takpelah takpe..baju yang di target dah ada..cuma nak survey harga..tp sempat lagi ke nak survey harga ni..dush dush..terasa batu jatuh atas kepala..

cool gnie cool gnie..
(bermonolog sorang diri)

Abaikanlah..

Walau tak ready nak raya, bahangnya sudah terasa..
Gnie nak ucap
Selamat Hari Raya Aidlifitri..
Walaupun kita kenal di alam maya je..
Manalah tau ada entri yang mengguris hati, perasaan dan kulit..
Maaf Zahir Batin..
Semoga semua hepi-hepi raya tahun ni ok..
hati-hati di jalan raya..
takmo dengar khabar-khabar tak best ok..
Take Care always..
Senyum sikit ^_~

Raya pertama tahun lepas di bengkel T_T harap tahun ni tak jadi lagi

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Tips Solekan Manis Bertudung


Selsema dah datang lagi, seksa kan selsema time puasa..takleh nak minum ayor..sob sobs

ok ni gnie nak share, semalam baru beli intrend September =)
Menarik intrend kali ni banyak cerita tentang hijabis =) sempena raya..
so dalam tu ada diselitkan seperti tajuk diatas..
Tips Solekan Manis Bertudung

(olahan ayat sendiri je, gnie just summarize sikit2 apa yang ditulis ye)
  • Elakkan solekan terlalu galak atau bersifat eksperimental. 
  • Perlu bersolek yang tidak keterlaluan, jangan tak bersolek langsung nanti tudung lebih menyerlah dari muka =) biarlah harmoni.
  • Untuk wajah bulat dan lebar, gunakan teknik shading tetapi jangan terlalu gelap hingga menghilangkan keayuan ajah =)
  • Apabila shading di bahagian rahang, pastikan ia dipanjangkan sedikit kerana apabila memakai tudung ia akan menutupi sebahagian besar tepi wajah.
  • Jika belum pandai guna shading tools, just gunakan bedak asas shj, senang diperbaiki jika ada kesilapan.
  • Bersolek sebelum pakai tudung
  • Untuk Touch Up, sebaiknya leraikan tudung dahulu, tinggalkan anak tudung sahaja bagi mengelak makeup terkena tudung dan juga memastikan kamu boleh melihat keseluruhan wajah 
Selain Tips, 
ada tutorial makeup & shading untuk mereka yang tak yakin kalau tak pakai tudung awning(visor).
means bila pakai tudung lekap dia rasa muka lebar dan bulat..makeup yang diajar sangat natural =)

Nahh preview sikit..sorila guna hp cikai je T_T


Satu lagi, ada blogger Fashionista Maria Elena buat tutorial penggayaan shawl, korang tau la kan how she is..cantik orangnya pakai la ape pun  =)

Jangan lupa dapatkan inTrend September 2011 =) sebelum habis dipasaran
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Thursday, August 25, 2011

Sajian/Kuih Raya Wajib Ada..


Wajib ada bermakna raya korang tak lengkap kalau takde kuih ni..haa
mesti masing-masing ada kuih favourite kan..

1. Mini Popia (Serunding Ikan bilis)
Bila raya mesti terbayang mini popia yang opah buat, dari dah tumbuh gigi sampai sekarang, balik kampung gi dapur check opah de buat mini popia tak (tak senonoh perangai, sila jangan ikut)..haha..kdg opah simpankan, kdg sepupu yang lain makan habis T_T sirius..takde mini popia kat pasaran sesedap mini popia yang opah buat...eceh..dan susah nak cari mini popia serunding ikan bilis..biasa ayam dan daging je...takbest

2. Nasi Impit + Kuah Lodeh + Kuah Kacang
 Kuah Lodeh emak masak yang paling digemari..hehe..biasalah air tgn ibu yang paling sedap =) dan kuah lodeh mak banyak lauk...tu yang sedap tu =) pastu kuah lodeh kalau makan ngan nasi ke sambal sotong ke tak sedap..kena sekalikan dengan kuah kacang + nasi impit..baru feel =)
(ni myMan tak suka T_T rugi die)

3. Sambal Tahun
Ni orang jawa punya resepi =) Mak dengan sy belum pakar lagi buat ni..so bila beraya kampung abah, kami mengharapkan makcik buatkan sambal tahun..haha..kalau tak buat tak WORLD lah raya tahun ni...
(sesiapa tak biasa makan sila rasa-rasa dulu, kalau tekak boleh terima, teruskan =) sebab sambal ni pedas sangat dan bukan untuk kanak-kanak)

4. Rendang
Gnie tak minat sangat tapi kalau takde rendang tak terasa raya..maybe bau die dah sebati dengan malam ray =) Biasa mak buat rendang ayam, tapi kalau buat rendang kerang lagi sedap...walaupun sy alergik dengan seafood sy tetap tak lepaskan makan...malam-malam telan ubat =)

5. Biskut Almond London
Ni dah jadi favourite ramai kan...bila makan feel ada kat london (takde..tipu je) tapi kebanyakan beli kat kedai tak sedap..buat sendiri juga yang umphh...lupalah resepi sbb tak buat lagi tahun ni..

6. Tat Nenas
Favourite abah tapi yang habiskan Gnie..haha kira my favourite la kan..tat nenas ni yang jual pun banyak yang sedap2 sebab tak susah buatnye

7. Samprit../semperit
Taktau ejaan yang betul, kuih ni almost every year..paksu/adik mak akan suruh mak buatkan, die taknak yang kedai punya..kuih ni plain je..tapi tgn mak de magic kot buat kuih ni jadi sedap =) Nasib baik senang je buatnya =) tak leceh..seronok buat kuih ni..memang sedap walaupun plain

All pictures credit to google

Tu saja yang terlintas kat fikiran..kalau ada lain nanti next entri pula =) yes perut dah menggelegak tengok gambar makanan favourite..sabar-sabar..puasa
^_~

siapa yang sama favourite ngan Gnie..meh comment..yang tak sama pun share la ye pe favourite u all..kot2 favourite gnie jugak terlupa nak letak sini =)

till then..
t.c
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Kasut Raya Dah Ready =)


Sebelum ni Gnie ada berkira-kira nak beli kasut raya tahun ni jenis wedges..
Tengok entry ni kasut pilihan Gnie raya tahun ni..

Dan sy ada juga buat poll kat sidebar tu, wah wah..nampaknya ramai yang pilih wedges untuk raya tahun ni..suker suker..

Dalam entry yang lepas, gnie dok mengigau-igau nak beli kasut sebijik macam kat gambar tu..nak beli online cam tak puas coz nak cuba sebab kaki senang melecet..kalau tak kena material dia habislah rosak raya ku tanpa kasut..then..round jusco..habis semua kedai cari..dan banyak-banyak kedai yang gnie round, ada satu kedai je jual yang sebijik camtu, harga lebih rm10 la dari yang dijual online =)

Tapi cam biasalah, bila dah banyak pilihan, jadi rambang mata..dah nampak yang tu, nampak yang lain lagi lawa.. kalau sy jutawan, dah dengan kedai-kedai wajib beli...lalala..

Tapi sy bukan jutawan, maka haruslah buat 1 pilihan..
Kasut mcm entri lepas tetibe jadi tak berkenan T_T sebab ada 2 color je, hitam gelap dengan color ape tah satu lagi tu, then...........
Ter berkenan dengan satu lagi wedges..lebih cun kot =)

Tadaaa...ni dia...
3 inci yu..so tinggi sy akan jadi 160cm =) is it?..yes yes...



huhu dah tak surprise..takpelah kot..
nanti raya dah takde masa nak online coz mungkin kat kampung..
anak dara kejenye di dapur T_T..

p/s : tetiba dlm gambar macam tak cun..sobs...tp depan mata cun je..takpelah janji puas hati..lega dah lepas bajet untuk kasut ^_~



Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Tuesday, August 23, 2011

Kek dah siap =)


Ahad lepas kakyang a.k.a akak kepada myMan de bagi free kek dari kedai dia..hehe..sedap pulak kek gula hangus a.k.a kek sarang semut..dah lama tak buat...dulu biasa buat pastu de sekali baking gula terhangus sangat pulak..so jadi pahit tak best..terus malas nak buat kek tu...haa...nk buat kek ni perlu kesabaran time cairkan gula tu.. =)


Ni kek yang diberi =) haa sape nak cuba boleh gi blog Farah Delicious Delight
Pasti tak nyesal =)


Harini merajinkan diri, cek kt dapur semua bahan ada..apa lagi..
Bab buat kek serahkan padaku =) lalala..sbb mak tak berapa rajin buat kek..
Tapi anak dia ni dah dikira hobi kot..haha
Kadang tlg bake je, mkn nya tak..seronok tengok family mkn =)

Dengan senyum maneh..siaplah kek sarang semut ni =)
Tapi Gnie ngelat..perap 1 setengah jam je..patutnya 3 jam, baru die jadi mcm sarang semut tu =)

Hasilnya

Gambar ada flash..suka tengok kilauan emas gula hangus tu =)
ni color tanpa flash, yes color sebenar =)
Panas dari periuk kukus

Kek ku bagai di pam-pam..
tak potong lagi..
nanti dah potong nak tgk tekstur dalamnya pulak
jadi ke tidak ni..

Mintak-mintak jadila sebab gni kacau sendiri (manual je) tak guna mixer..eh entah apa namanya benda alah tu..alah pengadun bahan tu..gara-gara malas nak selongkar dari kabinet a.k.a store kecik..heheh..
tak sabar tunggu berbuka =)

nyum..nyum
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Tips :: Pernafasan Yang Baik


Bila rasa marah atau takde idea Gnie gunakan kaedah ni nak relaxkan otak..
Gnie buat satu note jadikan mcm bookmark letak kat diari..so sebelum nak emo2 menulis, bila terbaca ni, tarik nafas panjang2 rasa tenang sikit nak menulis..bila dah tenang, tak jadi nk tulis dlm keadaan mrh..hasilnya diari gnie dah jadi buku resepi..haha..ngarut kan

Mengatasi Masalah Gemuruh
Tarik nafas dan hembus nafas melalui hidung

Meredakan Perasaan Marah
Tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut

Mencari Idea Baru
Tarik nafas melalui mulut dan hembus melalui hidung

Meredakan kesakitan
Tarik nafas melalui mulut dan hembus melalui mulut
(yang ni selalu tengok kat tv, time babak wanita nak bersalin ^_~)

Menghilangkan Tekanan
Pejam mata, tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung dan hembus melalui mulut

Cuba try, pasti berkesan =) especially meredakan perasaan marah tu..
Pernafasan yang betul sangat membantu tau =)

till then
take care
^_~

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Sunday, August 21, 2011

Review : BB Cream


Salam all..

Tak sabar-sabar nak review BB cream..
ada ke yang menunggu.. =)

Hasil dari influence rakan-rakan blog di Entry sebelum ni, majoriti pilih BB cream, maka sy pun buatlah pilihan yang sama untuk pilih BB cream bukan foundation.
 
Ni adalah BB cream ke2 sy try, first dulu Maybelline..still good tp oily sikit for my skin, kena touch up dengan bedak. Plus harga maybelline pun lebih murah..or rasanya lebih kurang dengan yang sy baru beli ni, sebab sukatan ml nye 18ml je RM20. affordable la..yang sy baru beli ni pek paling kecil just ada 30ml RM49..erm ok mahal sikit..sikit je..beza tak banyak sgt kalau time diskaun boleh dpt RM45 for 30ml.


 
hajat hati nak tunjuk BB cream tu tapi rasanya pegang terbalik daa..hehe
Takpe..ni gambar full nya
BB Cream Dr. Young..
Made in Korea

Sy tercari-cari BB cream Dr. Jart seperti yang di suggest adik blogger yang sweet qlah, tapi takde rezeki, dah order online, seller nya buat hal pula. Nak order online shop lain nanti brg tak sempat sampai before raya. So sy pergi round Sasa cari BB cream. Tanya2 SA, katanya yang ni ok..lagipun ada terbaca BB cream Dr. Young ni dari review blogger lain, okla not bad..adik beradik Dr.G =) harga pun boleh tahan & dah tahu ada jual kat sasa, mudahlah nanti =)

Dr Young BB cream ni ada 2 jenis..
-2p Pearl Brightening Balm (kata SA untuk glowing & mencerah)
-Blemish Balm (untuk kulit bermasalah)

SA suggest sy amik Blemish Balm sbb sy cerita kat dia nak cari yang boleh cover parut jerawat..tp lepas test dua2 i decided amik 2p Pearl Brightening Balm. Sebab ia blend to my skin very well..yang Blemish Balm tu jadikan kulit sy greyish..

Untuk BB cream ni..ia dikatakan can protect & prevent..
2 hari try..yes absolutely right..

- ia Protect dari UVA & UVB rays coz ia ada SPF35 PA++
sy try tak pakai sunblock keluar harini, my skin tak burn =) BEST

- Prevent skint dari Dull look (wajah tak bermaya) coz ia ada Pearl Powder
boleh google sikit if nak tau manfaat pearl powder ni..mmg ia menaikkan seri muka =) BEST BEST

- Present Natural Skin Tone with Light Feeling
Yes sangat natural & tak terasa pakai mekap, & even taknak pakai bedak pun takpe coz ia tak berminyak BEST BEST BEST

- satu lagi, ia ada vit C..
kalau tak silap vitamin C ni boleh menganjalkan kulit (lifting) serta anti penuaan dan juga membantu proses penyembuhan (if ada luka-luka jerawat cepat la baik)
maaf if salah, tak arif sangat tentang vitamin..sy google sikit je baca2 pasal vitamin C..dan nak buktikan lagi surprising pagi semalam(Sabtu) jerawat naik satu..petang semalam (Sabtu) lepas beli, dah balik rumah, nak keluar balik petang tu pakai BB cream ni, harini keluar pun pakai BB cream ni..perasan jerawat tu dah kecut sikit..BEST ler =)

Baunya pun tak busuk..^_~..just nice..tak wangi menusuk hidung..bau natural je =)

Coverage rasanya so-so je..hee coz parut jerawat sy still menampakkan dirinya
but memudarkan yes..maybe betul ckp SA tu, untuk parut jerawat gunalah blemish balm..huhu
tapi degil kan..lagipun sebab ia kelabu kan muka..kalau tidak memang dah ambik dah..

Gnie nak reveal my bare face ni..haha..jatuh saham i...tp takpelah kan..bukan nak cari pakwe pun kat blog..haha

Before   &  After..

Before : sgt dull wajah sy, sebab selalu tak cukup tidur, mata panda & parut jerawat
After : At least cover sikit parut & jerawat baru tu betul2 kat garis pipi tu (kat apple of cheek ek orang panggil)..dan juga boleh perasan muka glow time pakai tu.. =) no more redness & mata panda

actually picture sebelum tu after sy dah cuci BB cream tu..sebelum pakai tak teringat nak ambik so pencahayaan (before) waktu malam lain sikit..
Tak berapa digalakkan untuk klik besarkan gambar tu..T_T



Repurchase : Yes =)
Price : NP- RM49 (RM45 after discount)
Quantity : 30ml
Store : SASA 





That's all for now..
have a nice day everyone..
Sesiapa pakai BB cream..sharing2 BB cream ape yg awk semua guna boleh
^_~

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Murah Rezeki...Baby baru & Buffered Earning


Semalam bersamaan 20/08/2011 (20 Ramadhan) lahirlah Putra Muhammad Irfan kedunia =) nama still dlm suggestion) anak buah ke-3 =) anak buah lelaki yg 1st =) Gembira rasa hati..
Comelnya..

Semalam first time dpt tatap baby baru belajar buka mata..
Subhanallah matanya...Perfect ciptaanNya..bersinar-sinar anak mata Irfan...terus rasa syg sgt =)

Welcome to this family Irfan =)

dapat ambik time tidur..time buka mata tak berani amik takut phone ada flash..

****************************************************************
Buffered Earning
Satu lagi Buffered Earning(BE) received untuk blogshopping ku =)
kali ni dari Standard Chartered Liverpool LB
BE Celcom still go on =)
Alhamdulillah..rezeki bulan puasa ni..happy.
Thanks so much nuffnang

Korang yang belum pasang iklan nuffnang cpt2 pasang ye =) besh



Photobucket
**************************************************** 
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Review : Concealer


At last..Gnie akan review 3 concealer yang biasa & pernah gunakan
Elianto
SilkyGirl
Avon

Concealer yang mula sy pakai ialah Avon, then SilkyGirl dan sekarang Elianto..

Sy review Elianto first..sbb ia paling powerful.. =)

Concealer Elianto

Concealer dah berbulan-bulan pakai..tak berapa ingat tapi more than 6 months..baru 1/3 je pakai =) see 1/3 dah lopong..mmg perangai...suka usik satu tempat je..tak suka calit rata2..if ada tu means 'ter'calit la tu =)
Suka & Tak suka
Concealer elianto ni paling powerful nak menyamarkan noda-noda, parut hitam, parut jerawat, sometimes frackles (macam jeragat juga tapi bintik-bintik), dan lingkaran gelap bawah mata ofcourse..selama sy guna, okla. Not so much..sebab ia terlalu thick, then bila dah lama pakai, jadi oily sikit, maybe sebab creme base, kulit gni sensitif sikit dengan cream. Yang lebih tak best, sy terbeli dark shade 03, adeh..bila pakai jadi macam shading kat muka..muka jadi kelabu..maybe sbb color kan..

time beli tu ada tanya SA, 'takde shade lain ke awk, yang lighter?' SA tu jawab 'takde, mmg takde', disebabkan first time beli brg elianto, so blur2 percaya je ckp SA tu, tp basically mestila ada yang light kan..maybe dia pekerja baru T_T..dan atas ke'blur'an sendiri, main beli jugak yg dark tu coz time tu memang jiwa terkinja-kinja nk try concealer elianto. Hasilnya Not so bad la, maybe if lighter sy suka kot..oily tu boleh cover =) dan disebabkan ia dark, sy jarang pakai, sbb tu boleh thn lama =) Harganya tak berapa ingat, rasa macam 21++. not sure

Concealer SilkyGirl
Yang ni light dari elianto, mmg kulit sy, ok je..Beli lepas concealer Avon habis, jarang pakai
Suka & Tak Suka
Ianya lighter dari elianto, tak terasa muka pakai cream, tapi not really good as coverage. Parut-parut hitam tak boleh dicover, kalau untuk cover dark circles bwh mata boleh =) ni pun dah lama beli, lg lama dari elianto sebab harganya lagi murah, tapi jarang pakai, so sampai sekarang tak habis-habis..T_T

Concealer Avon
Concealer ni adalah concealer first yang sy try, time tu baru start kerja, baru nak start belajar makeup, nak kena jaga penampilan (selama ni keluar naked face je T_T), time tu rumah takde internet pun, nak google brg best pun tak boleh. Macam biasalah kalau namanya baru nak mencuba, dont expect too much la kan.
Concealer ni duo, sekali dengan foundation, yang dalam tube tu foundation, concealer dekat penutupnya..convenient kan =)
Suka & Tak Suka
Suka bila pakai ia boleh cover/just pudarkan parut & dark circles tapi ia cepat hilang, dah pakai lama nanti tengok muka kat cermin dah ada parut-parut tu menyerlahkan hiasan di muka =) Walaubagaimanapun (tatabahasa) see..hampir habis sy guna...time takde pilihan kan..time tu baru kenal concealer kan..nak taknak guna jela. =)

Ok kesimpulan sekarang, sy tak jumpa lagi concealer yang betul2 boleh menepati apa yang sy nak =)
tapi nasib baik ada bb cream skrg ..bb cream best =) next time sy review bb cream yang baru beli, selepas dikecewakan tak dpt beli bb cream online..kene belit dengan seller T_T ada cerita kat entry sebelum ni dan lanjutan disini

Have a nice day semua =)

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Saturday, August 20, 2011

Tak faham..tak faham..


Lanjutan dari entry semalam..seller yg emo..

Betul-betul dah confuse..
Lepas sy cancel semalam, coz mmg dah tawar hati..tawar sangat..
sy bg akaun number untuk die return duit
(Dia yang offer nak return duit kan..)
Dia janji nak return duit pagi ni..
Ni dah malam, cek akaun takde pulak..
then sy pun msg tanya

Pastu dia reply dengan selamba
"So i lupe nak inform yg i dh pos bb cream tu pada u.. atau u still nak duit? Kalu nak i boleh refund skrg n yg i dh Pos tu kire freegift"

Dia ni mmg ckp belit2 ke hah..pening dah..
Nak marah..mlsnye..
Nak mintak refund..if brg dpt nnti jadi brg free ke? takmo la camtu..entah org halalkan ke tidak
Kalau tak mintak refund, die akan terus jadi peniaga yang sesuka hati dia je nanti..
Buat keputusan, buat2 tanya customer, tapi at last dia buat keputusan sendiri..
Semalam beriye ckp dia rugi if post brg tu, kan mcm menghalau customer pun ada..
Harini dia post pulak..tak rugi ke??

Sekarang ni sy pulak yang keliru
ape hal ngan dia ni sebenarnya..

Kalau tak boleh cancel atau tak dibenarkan refund bagitau jela awal2 kan..
Benci lah kena ngan seller macam ni..
hilang sabar..

Sy dah pun beli BB cream baru after cancelling, siyes tawar hati nak tunggu brg dia

Semak la pikir benda ni..

update :: 20/08/2011 12mlm dah malas nak buat entri khas untuk seller ni.. sy pun mls dah nak berbalas msg dengan dia..malam tadi lepas die msg dah post, sy tak dpt reply apa2 coz credit habis, then tak lama lepas tu dpt pulak msg ni
'Xpela, i transfer balik duit u..Susah jugak niat baik disalah erti. Mbb ref *********. Amount Rm** Thanks a lot..Salam ramadhan n aidilfitri'

rasanya mmg dia jiwa kacau, sy tak bls tak ckp apa-apa pun, tak marah, takde ape, tetibe dia bagi ayat tu..selamba dia je menuduh org slah ertikan niat die yang baik tu(katanya niat baik)..dah awl2 dia ckp aku merugikan dia..pastu dia kata dah post brg, pastu tetibe die refund duit..see..mmg dia jadi rugi betulla..ape pun tak dpt..mengong..

Update lagi : Pagi ni 21/08/2011..tergerak hati nak bls msg dia mlm tadi
'Thanks ya..sori smlm kehabisan credit..actually sy dh beli bb cream lain after cancelling order..tak sangka awk akan post coz dah cancel..awk boleh call poslaju suruh hold item yg dah dipost tu..kalo tidak awk yg rugi nnti..ok dear..thanks ya for refund..have a nice day'

my bad side really terserlah T_T
sorry readers..
tak kisahkan brg sgt..just bila dituduh itu ini jadi ralat..harus pertahankan diri..jgnla kena ngan org camtu lagi..business dah establish..tapi failed to manage customer..ape da

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Follower : Pemikiran Lelaki Vs Perempuan


Short Entri..

Argue dengan incik boyfie..
Pasal Follower..
Tapi dia takde blog pun..
Entah nape kisah ni jadi topik kitorang..
Pelik -_-

Cerita sebab napa sesetengah blog ada follower ramai gila

Jawapan yang berbeza antara kami..

Dari Pemikiran lelaki yang tak berblog : Mesti sbb gurl tu cantik atau lelaki kacak ramaila follower die..
Takpun die artis. Gurl mesti follower dia ramai lelaki, Lelaki mesti follower lebih ramai gurl.

(1 point dari lelaki, sebab rupa)

Dari Pemikiran wanita yang ada blog kecik ni : Tak semestinya, Gurl follow blog Gurl jugak pun ramai je..blog ni pun ramai follower perempuan dari lelaki. For me as a women akan follow blog yang ada makeup2, skincare, all gurls stuff, blog2 yang lawak/fun, banyak bagi tutorial, Gurl yang cun pandai bergaya tak terkecuali dan juga blogger yang rajin komen blog kite. Takkan lelaki nak blog pasal makeup kot kan. Haa see..Lelaki pulak taktau la diorang suka follow sbb ape..as im a woman ^_~

(ada berapa point ek dari perempuan..haha)

Dari segi rupa tu tangga terakhir rasanya..sbb ramai je blogger tak tayang muka tapi sukses =)

ni just conversation among us, lain orang lain pemikirannya kan
Kalau korang, korang follow blog yang macam mana?

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Seller yang emo :(


Baik Online Shop atau Offline,
Dua-dua sama..
Online bila seller sms/email, dari ayat die kita akan rasa die emo,
Offline pulak dari air muka die, tarik muka masam, malas nak layan kite dah

Not to mention anyone..
Just baru terkena kat diri sendiri..alangkah kecewa dan sedihnya..

Why dia ckp ready stock, esoknya die ckp takde stok
(kecewa)
Why dia salah quote price, esoknya nak suruh tambah, if taknak tambah dia nak pulangkan duit
(kecewa lagi)
Why esoknya baru nak bagitau dua yang diatas, kalau setel cpt sepatutnya dah dpt hantar dah brg
(kecewa..kecewa)

Pastu sms bagi ayat macam kita yang salah..
Alahai, yang kite ni dah kecewa, die bising-bising pulak..
Tak pasal-pasal awk kena la balik..
Kite tak suka gaduh..sbb kite pun seller jugak kot..
Tapi takkan nak diam kalau orang yang salah letakkan kesalahan die kat kite..
Lar..mulalah hilang budi bahasa nak balas sms..
Umpama api yang disimbah minyak petrol..huu (siap ada peribahasa u..)

Maka haruslah tak jadi beli benda tu..
Walaupun sy sanggup je tambah duit sebenarnya sebab mmg nak sangat benda tu..
Tapi cara dia tangani customer..failed..failed..
Sedih malam-malam dpt message camtu..
hilang ngantuk..

At last, kepala dah berat rasanya salah sorang perlu mengalah..
ade yang kata sy ni api yang tak marak..haha boleh kata camtu
umpama api baru nak marak, bomba dah dtg..(peribahasa lagi..lalala)
dan dlm cerita ni mmg sy jugaklah yang kena mengalah dulu..
Bagi sms ayat penenang..salam-salam..(bajet macam hero)
Barulah die nak mengalah..
Walhal die salah.. T_T
Tapi disebabkan hati dah malas nak sakit-sakit sebab benda kecik..
Pelik rasa, dia sms melalut-lalut..kejap kata tu kejap kata ni..
Hal-hal yang takde kena mengena pun dengan bisnes..
Hal-hal peribadi atau tah pebenda tah..
Dah last dia bagitau dia tgh tunggu bersalin..ok faham nape die emo terlebih..

Tapi rasanya mmg sy yang buat cerita jadi panjang..
Mula2 sy msg suruh die carefull next time dengan order customer..
Tu yang start tetibe sy kena marah ngan die..macam sy ckp kasar ngan dia la pulak
huu T_T
SMS ni kadang-kadang mengapi-apikan orang..
Intonasi yang lembut pun kalau tersalah cara baca nye akan jadi kasar..
Lebih baikla kalau nak pujuk org telefon je terus..

p/s : Normal thing if a customer cerewet, sensitif about harga, sensitif about stock, timing..sy juga concern pasal tu bila bergelar customer..sy pun ada juga buat silap kadang-kadang as a seller, tapi please all seller di dunia ini tarik nafas panjang-panjang dulu sebelum bersemuka dengan customer, agar dihindari dari syaitan emo ni...ngee ^_~

Siyes, kalau gaduh dua2 nak menang, sampai kiamat pun tak habis..

sobs T_T

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Friday, August 19, 2011

Nak tau tarikh lahir korang boleh?? hehe

Mehla share tarikh lahir korang, tp kena buat ayat ikut ni

Pilih bulan kelahiran anda:
Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:
Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

Gnie dapat : Aku Menari Dengan Handphone Aku Sebab Aku Tak Tahan
(tah pebenda la ayat ni..haha)

Share yer ape ayat korang dpt =)
Release Tension ^_~

***********************************************************************
Ads ::-
4 color lagi Pashmina Dual Tone yang Available =)

berminat..jom ke SimplyStyle Collections =)
*mention blog Gnie untuk diskaun


****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Thursday, August 18, 2011

Bila haiwan update status...


Saje boring-boring ni..juadah berbuka just buat sup ayam & sambal..so sementara tunggu sup mendidih terbaca post sorang member fb pasal ni..nak share la..saje have fun sebelum berbuka =)

Anjing Chihuahua : " Aku sekarang tengah menunggu untuk ke saloon"

Lembu : " Majikan aku asyik raba aku, ughh, menyampah betol!"

Kucing :" wei, anak aku yang ke lima ni tanye siapa bapak dea. Macam mana aku nak jawab neh??? buntuu!"

Nyamuk : " adoi.. aku dah sah kena penyakit HIV lor, ni semua aku punya mistake! :( "

Ayam : " Kawan-kawan! Kalo besok aku dah tak update status aku lagi, dats mean aku dah digoreng! :) Love you all!!"

Kambing : " uiks, selamat aku tak disembelih waktu hari raya haji aritu weii! :p "

Siput : "aku dah sehari suntuk taip status ni. Kenapa aku slow sangat? haha ;)

ni lah luahan hati haiwan-haiwan..
haha..
Have Fun =)

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Pembuka Selera : Menu Berbuka Susu Kocak Oreo / Milkshake


If korang penggemar susu dan coklat dan oreo..
Resipi ni mungkin boleh buat tekak meronta-ronta =)

Jom cekidout

Yummeh...

Bahan-bahannya :-

Bahan Baru beli tadi @ Carefour

Untuk hidangan 4 cawan
  • Syrup Chocolate (4 sudu teh) - sy beli brand Hershey's (RM10.90), other brand pun tak kisah
  • Biskut Oreo (8 keping dibahagikan) - sy amik DoubleStuf Oreo(inti putih) (RM2.95)
  • Susu (1 setengah cawan) - sy guna DutchLady Full Cream (RM3.99), other brand pun boleh
  • Aiskrim perisa Vanilla (2 cawan dilembutkan) - sy guna King's Ice cream perisa vanilla dgn serpihan biskut.. ^_~ saja2 nak banyakkan biskut (RM5.99)
Total Duit Habis T_T : RM23.83
tapi semua bahan ni boleh buat banyak cawan ni..terpaksa la beli kan...takkan nak mintak sirap coklat 4 sudu teh je nak beli..haha..ingat ape..

So cara nak buat mudah sangat
  1. Masukkan sirap coklat Sesudu setiap cawan (4 cawan)
  2. Golekkan gelas untuk bentuk lapisan coklat dibawah gelas =)
  3. Hancurkan Biskut Oreo 4 keping hingga halus dan ketepikan
  4. Kisar biskut selebihnya menggunakan pengisar
  5. Campur sekali susu & aiskrim, kisar hingga sebati dan halus
  6. Curah ke dalam gelas yang telah disediakan coklat tadi, hiasi dengan biskut yang telah dihancurkan
  7. Hidangkan segera =)
Hasilnya seperti gambar yang first tu =)
Yummeh...

First try : rasanya mmg superb..yang tak minat susu pon boleh minum ni, sbb takde bau susu, lebih pada bau vanilla dan oreo =)
dan at first try juga, kalau tersalah cara akan jadi manis gile..so kalau tak nak manis sgt..just tambah susu =)

Selamat mencuba =)




Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

My e-Shop

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bloggroll

Hye Everyone, exchange your link here. This list will be use for blogwalking :)

Thank You So Much For Visiting ^^

Thank You So Much For Visiting ^^
From : Gnie The Manager of this blog..lalala