Pemanis blog =)

Search

Thursday, May 31, 2012

Cocoa Collagen lagi.. :)





Salam ...






Haritu sy just buat review berdasarkan apa yang dijanjikan oleh penjual kan, kali ni nak buat review dari ketulusan hati ku ini :D

First collagen yang Gnie try, cocoa collagen power plus ni
pertama : sebab murah, antara collagen yang paling murah (tapi kandungan collagen tak banyak sangat)
kedua : sebab sy peminat coklat/cocoa
ketiga : saje sebab tergoda dengan testimoni orang lain

First time try, cepat-cepat cakap kat mak...sedappppp..hoichi..cepat-cepat paksa mak try jugak..haha
sebelum try ingatkan rasa koko, tapi tak..silap besar..rasanya ala-ala neslo sebab ada kopi arabica dalam ramuan bahan-bahan nya. Tapi sedap tak tipu. 

Feedback sebelum ni ada yang cakap tak berani nak consume sebab kopi kan, tapi sebenarnya sy pun jenis tak tahan kopi, tapi apa yang dapat saya rasa, kopi dia tak heavy sangat sebab masih boleh diterima :) kalau siapa minum rasa macam pening-pening itu tandanya kurang minum air masak, cocoa collagen ni ada satu bahan untuk nyahtoksin jadi kita kena minum air masak untuk gantikan air dalam badan dan bantu proses nyahtoksin tu..ok paham

Lepas cuba 3 kotak(1set) cocoa collagen power plus(ccpp) ni sy sendiri boleh rasa la badan macam bertenaga je, lagi best jerawat hilang, best best best, jerawat Gnie ni mungkin sebab hormon kot atau sebab toksin, bila minum ni hormon jadi stabil so jerawat bye-bye..macam tu je :D actually dari kotak pertama da terasa kurang jerawat, sebab tu berani teruskan

Lagi satu yang ketara kulit jadi halus, tapak kaki yang ngade-ngade alergi dengan simen tu pun jadi halus :D

kulit muka pun boleh rasa tight. :)

Lepas dah rasa best tu, habis 1 set entah kenapa gatal nak try yang lain pulak, kononnya taknak consume kafein, so gnie try tomato collagen..mahal tapi sanggup semata-mata nak elak kafein dan termakan ayat penjual kata sedap dan berkesan, mungkin berkesan kat dia, kat gni tak berkesan so stop minum tu, try pulak dherbs punya glow bwhite, yang tu sedap, kulit jadi glow & cerah tapi jerawat takmo hilang so stop jugak, pastu try cocoa collagen shake sendayu tinggi punya, entah kenapa beli tu tah..kandungannya takde ape pun yang best, main beli je sebab tengah rushing masa beli tu, tengok cocoa terus je ambik, balik rumah nyesal tapi habiskan jugak, takde kesan, so stop jugak, masa ni jerawat memang dah memang tahap menyampah la tengok, nak pakai krim muka/foundation pun rimas gatal-gatal. So gnie beli balik ccpp sekotak, time tengah kering beli sekotak jela, guess what jerawat sy surut balik, nampak sangat serasi :)

so teruskan je minum ccpp ni, tapi time period kena berenti sebab ada lobata, takut ganggu hormon. Masa first set tu gnie main langgar je sbb kurang ilmu kan, time period pun minum jadinya timing lari. Sekarang ni time period berenti (wajib) seminggu takyah minum, dah habis baru boleh sambung balik :)

Kesimpulannya sekarang, dah jumpa yang serasi kita guna je yang serasi bersama :)
Murah pun murah, sesiapa yang takut-takut nak try sebab kafein jangan takut la ye, asalkan minum air putih banyak-banyak mesti ok :) insyaAllah.

Oklah sampai sini je, CCPP ni boleh cari kat kedai-kedai jamu berdekatan atau online pun ada.
Kat Shah Alam ada 2 tempat yang jual murah tapi murah pun murah sket je RM50/set (3kotak)..banyak tempat Gnie tanya RM60..huhu

oklah till then :)




Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Wednesday, May 30, 2012

Mana Satu Yang Betul?



Yang mana satu jawapan yang betul?

p/s : saje bagi buat kira-kira pagi-pagi ni..hehe

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Monday, May 7, 2012

Kenapa mesti contact lens??


al kisah..
First time pakai contact lens umur 19 tahun, muda..semua benda nak cuba..tak takut apa-apa, redah je semua..tak fikir banyak just buat je ape yang rasa nak buat, darah muda kan :) 

Sebelum pakai contact lens, memang dah rabun sejak spm, sweet 17, tapi time kat kelas je pakai spek, muka memang tak boleh blah, nerd..haha dah la memang pendiam sket lagila nampak nerd..oleh kerana tak suka tengok muka sendiri pakai spek, bukan semata-mata takut nampak nerd, tapi rasa view terbatas..kena pandang straight je, kiri kanan atas spek dah tak cover, so bila nak toleh kiri takleh jeling, kena toleh dengan kepala-kepala sekali, thats why la tak suka, lagipun kulit jenis sensitif, pakai beberapa jam je pun dah berbekas kat batang hidung waima pakai spek yang paling ringan sekalipun tetap berbekas dan akhirnya macam berparut...wuwuwuu sedey

niat nak pakai lens tu terdetik bila nak amik lesen, time daftar kena cek mata, time tu terhegeh-hegeh lagi keluarkan spek..habis daftar kalau tak silap terus ajak member gi pekan Kangar (19tahun still musafir di Perlis..hehe) cari lens sebab memikirkan bawak kete memang sangat tak selesa kalau pakai spek =_= dan time amik lesen motor pulak memikirkan nak pakai helmet dengan spek..erk memang tak la.. 

so..sampai pekan jumpa kedai spek check mata dan terus beli, pakai lens acuvue clear je..memang tak nampak perubahan kat mata, sekadar membantu membetulkan kerabunan mataku.. :) dan membantu jadi lebih berkeyakinan, sebab dah boleh nampak jelas kan :D

First time nak pakai, terkial-kial..bayangkan macam nak cocok mata sendiri sampai penat SA tunggu bila la nak success budak ni. tapi itu dulu, sekarang ni takyah cermin, tak sempat kira 1, 2, 3 dah melekap dah lens tu kat dalam mata, kira dah pakar la kan..lalala

sekarang dah jadi macam sebahagian benda wajib bila nak keluar rumah mesti pakai. Sekarang dah tak main dah clear lens, semua nak color-color, lagipun color lens diameter lagi besar so dia tak mencengkam anak mata..

 tapi kalaulah dapat mata ni tak rabun memang tak pakai la kot, takdela selesa sgt pun pakai lens ni..rasa macam ada benda dalam mata cuma tak menyakitkan je. dan kadang-kadang mencantikkan mata..hee..mata nampak awake..dan mendisiplinkan mata supaya tak tertidur dalam kelas (ini serious memang berkesan :p)

(gambar first tanpa lens, gambar second dengan lens)
tanpa lens..mata sy akan menjadi daring..kuyu je

Bila pakai lens nampak awake sket la sebab anak mata nampak full takde ruang kosong 

Akhir kata..
Terima kasih pencipta contact lens ^_~ lalala

takde motif~

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

My e-Shop

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bloggroll

Hye Everyone, exchange your link here. This list will be use for blogwalking :)

Thank You So Much For Visiting ^^

Thank You So Much For Visiting ^^
From : Gnie The Manager of this blog..lalala