Pemanis blog =)

Search

Monday, February 1, 2016

Pulut Kuning Rendang Kerang

Request by mr husben. Kite pun teringin jugak.

First time buat, markah sikit lg nk penuh dari incik husben. Kena tolak markah sebab rendang pedas katanya. (Walaupun lidah ku kata tak pedas sangat pun..hehe)

Kebetulan abanglong n family datang. Tp time tu pulut da licin. Kak ipar kata sodap rendangnye.

Next time leh wat lagi, sebelum terlupa baiklah kiranya kita coretkan kat blog ni.

Resepi pulut kuning

Bahan : saiz hidangan (2 orang)

250g beras pulut
1/2 sudu serbuk kunyit
1/2 inci kunyit hidup
Air untuk bancuh kunyit (agak2 menutup paras beras)
1 cawan santan kelapa
Garam secukup rasa

Cara :
1. Bancuh kunyit hidup yang telah ditumbuk dan serbuk kunyit dengan air.
2. Basuh beras pulut dan toskan.
3. Curahkan air kunyit ke dalam beras dan rendam 1 jam.
4. Sediakan santan yang sudah dibancuh dengan garam.
5. Selepas 1 jam kukus beras pulut hingga keluar wap dari tepi penutup.
6. Keluarkan pulut letak dalam bekas dan curahkan santan(4) sedikit-sedikit dan gaulkan (kaup balik)
7. Masukkan pulut kedalam pengukus semula dan kukus hingga keluar wap.
8. Siap.

* tips bonda mertua semasa kukus letak pulut di tepi pengukus. Biarkan berlubang ditengah. Buat bulatan.Pulut lebih cepat masak dan sekata.
* kalau taknak pakai serbuk kunyit pun boleh. Kunyit hidup lebihkan sikit lagi sedap kot. Lenkali nak try.

Rendang kerang

Resepi asal dari fb de orang share tp tak ingat siapa..saiz hidangan dia lagi banyak..ni kita wat untuk 2 orang ikut sukati ubah2 sikit.

Bahan : saiz hidangan (2 orang)

1kg kerang saiz sederhana/kecil
1cawan santan kelapa
2sb kerisik
2helai Daun kunyit
2helai daun limau purut
1keping asam jawa

Bahan tumis
5biji bawang merah
3biji bawang putih
1inci halia
1inci lengkuas
1inci kunyit hidup
3batang serai
Cili (ikut kepedasan yang disukai)

Cara :
1. Cuci dan Rebus kerang tanpa air hingga masak. Dan keluarkan isinya.
2. Blender bahan tumis dan tumis dengan sedikit minyak hingga naik bau/garing/naik minyak
3. Masukkan santan, kerisik, asam jawa, garam, gula, aji kacau hingga agak pekat.
4. Masukkan kerang dan kacau lagi hingga sebati.
5. Masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Kacau.
6. Siap.

*tanda kerang masak = cengkerang terbuka

My e-Shop

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bloggroll

Hye Everyone, exchange your link here. This list will be use for blogwalking :)

Thank You So Much For Visiting ^^

Thank You So Much For Visiting ^^
From : Gnie The Manager of this blog..lalala