Pemanis blog =)

Search

Loading...

Monday, February 1, 2016

Pulut Kuning Rendang Kerang

Request by mr husben. Kite pun teringin jugak.

First time buat, markah sikit lg nk penuh dari incik husben. Kena tolak markah sebab rendang pedas katanya. (Walaupun lidah ku kata tak pedas sangat pun..hehe)

Kebetulan abanglong n family datang. Tp time tu pulut da licin. Kak ipar kata sodap rendangnye.

Next time leh wat lagi, sebelum terlupa baiklah kiranya kita coretkan kat blog ni.

Resepi pulut kuning

Bahan : saiz hidangan (2 orang)

250g beras pulut
1/2 sudu serbuk kunyit
1/2 inci kunyit hidup
Air untuk bancuh kunyit (agak2 menutup paras beras)
1 cawan santan kelapa
Garam secukup rasa

Cara :
1. Bancuh kunyit hidup yang telah ditumbuk dan serbuk kunyit dengan air.
2. Basuh beras pulut dan toskan.
3. Curahkan air kunyit ke dalam beras dan rendam 1 jam.
4. Sediakan santan yang sudah dibancuh dengan garam.
5. Selepas 1 jam kukus beras pulut hingga keluar wap dari tepi penutup.
6. Keluarkan pulut letak dalam bekas dan curahkan santan(4) sedikit-sedikit dan gaulkan (kaup balik)
7. Masukkan pulut kedalam pengukus semula dan kukus hingga keluar wap.
8. Siap.

* tips bonda mertua semasa kukus letak pulut di tepi pengukus. Biarkan berlubang ditengah. Buat bulatan.Pulut lebih cepat masak dan sekata.
* kalau taknak pakai serbuk kunyit pun boleh. Kunyit hidup lebihkan sikit lagi sedap kot. Lenkali nak try.

Rendang kerang

Resepi asal dari fb de orang share tp tak ingat siapa..saiz hidangan dia lagi banyak..ni kita wat untuk 2 orang ikut sukati ubah2 sikit.

Bahan : saiz hidangan (2 orang)

1kg kerang saiz sederhana/kecil
1cawan santan kelapa
2sb kerisik
2helai Daun kunyit
2helai daun limau purut
1keping asam jawa

Bahan tumis
5biji bawang merah
3biji bawang putih
1inci halia
1inci lengkuas
1inci kunyit hidup
3batang serai
Cili (ikut kepedasan yang disukai)

Cara :
1. Cuci dan Rebus kerang tanpa air hingga masak. Dan keluarkan isinya.
2. Blender bahan tumis dan tumis dengan sedikit minyak hingga naik bau/garing/naik minyak
3. Masukkan santan, kerisik, asam jawa, garam, gula, aji kacau hingga agak pekat.
4. Masukkan kerang dan kacau lagi hingga sebati.
5. Masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Kacau.
6. Siap.

*tanda kerang masak = cengkerang terbuka

Wednesday, March 25, 2015

Before tahu diri ni pregnant

Assalammualaikum..

Ok just nak share satu perkara yang mungkin orang lain tak rasa.

Sebelum pregnant, kami takdalah tergesa-gesa nak dapatkan anak. Takde merancang dan takde usaha extreme macam makan ubat ke urut2 ke. Maybe sebab belum setahun jadi tak tertekan sangat. Tapi  dalam doa tiap kali solat kami minta dikurniakan zuriat dan hati berserah sepenuhnya kalau Allah nak bagi cepat kami terima dengan syukur dan gembira. Kalau lambat kami usaha lagi.

Desakan orang luar kita abaikan, bukan diorang boleh kurniakan nyawa dalam rahim kita pun kan..sebok je. Hehe.

Kami letak setahun la untuk just berserah biarkan secara semulajadi. Usaha tepati masa je..haha (dalam setahun 12x je kan masa sesuai.) Dan dari segi pemakanan tu jaga sikit2.

Teringat sebelum tau pregnant, rezeki datang tak disangka2. Tiba-tiba dapat duit yang bukan hari-hari dapat. Banyak la benda yang tak disangka-sangka.

Dan perkara pelik, kadang-kadang kami keluar makan sedap-sedap..hee. Tiap kali nak makan akan ada kucing datang tunggu kat tepi tengokkan je. Biasa pun akan cakap kat asben, 'b mungkin rezeki yang kita dapat tu Allah suruh kongsi2'..sebenarnya tak payah ingatkan pun asben memang sentiasa ready nak bagi makan kucing..kalau makanan pedas dia siap jilatkan or siramkan dulu so kucing tak sakit perut katanye..haha..comel lama jugak makan kami ditemani kucing..sebulan kot.

Selepas 8 bulan nikah.
Kemuncak rezeki tak disangka rupanya check upt dah double line(positive pregnant). Masa tu 4 hari sebelum due period, double line pun samar2 tapi Gnie check 3 kali tau(excited punya pasal) keluar double line bukan false positive so bagitau husband. Ok dia tak caya. Tak kisah..taknak caya sudah..haha tarikh period memang tetap tiap bulan. Lepas 2 hari period tak muncul asben tetiba tanya. 'Syg dah lewat period kan, btol la ni pregnant?' Pastu senyum2, mata bertakung je..haha apela..org da excited 6 hari lepas dah.

Peristiwa kucing tu abes takat tu je..lepas tau pregnant, bayang-bayang kucing pun takde sampai dah 5bulan sekarang. Tertanya2 jugak mana pergi kucing2 ni. Misteri ni..hehe..

Kesimpulannya..korang simpulkan la sendiri. Hehe. Semua yang jadi ada sebabnya.

5 months pregnant

Syukur Alhamdulillah dengan rezeki dan amanah yang Allah kurniakan. Dah 5 bulan pregnant, banyak benda Gnie belajar sepanjang tempoh tu. Tahap kesabaran suami isteri kena pada tahap yang tinggi :)

5 bulan baru rasa pregnant..haha. bulan pertama sampai 4 bulan perut memang tak nampak. Mak cakap anak pertama perut ketat lagi. Maybe betul la kot sebab mak pun camtu dulu. Tanya member pun camtu masa anak first..tapi anak second dia 2 bulan perut dah nampak. Hehe.

Masa 5 bulan ni jugak barulah terasa sakit badan yang teramat hebat. Subhanallah. Patutla syurga itu dibawah tapak kaki ibumu. Jasa ayah jangan lupa juga. Dia la yang redakan sakit-sakit badan, dia la yang bagi warning jangan mengeluh sebab reward bukan kecik. Dapat satu anak, satu nyawa yang tak boleh dibeli jadi apalah sangat sakit-sakit ni kan :)

Pengalaman yang sangat berharga.

Nanti nak share cerita before tau mengandung :) till then

My e-Shop

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bloggroll

Hye Everyone, exchange your link here. This list will be use for blogwalking :)

Thank You So Much For Visiting ^^

Thank You So Much For Visiting ^^
From : Gnie The Manager of this blog..lalala