Pemanis blog =)

Search

Wednesday, August 8, 2012

Confident with Cosmoderm

Assalammualaikum..
lamanya tak review product kan kan..
so lepas beberapa product skincare dah try..antaranya
Garnier Light
Garnier Pure Active
Susu kambing
Bio Essence Tanaka White
Safi Balqis Perfect 10
Safi Gamat
semua produk ni dah stop pakai after 2-3bulan kecuali garnier light tu pakai time remaja duit ciput so memang tak tukar produk bertahun lamanya :) bila dah kerja baru ngengade nak tukar

yang sekarang ni guna Cosmoderm Tea Tree Oil (TTO)..lebih 2 bulan dah kot..hopefully yang terakhir..tapi bulan pertama Gnie just pakai pencuci muka sebab: sila baca post sebelum ni, malas nak tulis dah :) taknak baca pun takpe..tak penting.

Start pakai set lengkap Cosmoderm TTO sehari atau 2 hari sebelum puasa, 

Problem :
Kulit bermasalah, jerawat yang berulang, parut jerawat, kulit berminyak & freckles
(jenis kulit : combination - oily sikit,dry sikit)
1. First time pakai pencuci muka je, kulit memang rasa bersih sangat, then campur dengan toner safi perfect 10  & pelembap safi gamat. Lama juga pakai campur-campur ni jerawat tak surut-surut. maybe tak sesuai campur.

2. Stop pakai campur, just pakai pencuci muka TTO je. Jerawat dah kurang tapi kulit pulak jadi kering.

3. Sehinggalah dapat beli cosmoderm TTO ni 1 set (pencuci, toner, pelembab, anti blemish),
- first day pakai toner & anti blemish pedih muka kat bahagian kulit kering & sensitif especially tepi-tepi hidung yang selalu merah (sensitif), serius rasa macam terbakar.
- 2nd day, 3rd day dan sampai seminggu ada lagi rasa pedih tapi makin berkurang, masa ni mungkin dah serasi atau kulit dah repair/heal :)
- hari-hari seterusnya, pakai macam biasa 1 set, tak pedih dah, jerawat memang kering, kalau naik jerawat baru pun jenis jerawat kecik cepat-cepat letak anti-blemish sehari/dua keringlah dia :)
- kulit berminyak? 99% memang dah takde :) kulit dah jadi macam kulit normal

Kesan penggunaan berpanjangan :
- kulit dah tak berminyak bila sentuh rasa lembut je kulit
- pori kat muka makin mengecil sebab tu tak berminyak dah
- jerawat susah naik
- bintik macam ruam kat tepi hidung dah kurang/ mostly disappeared
- parut lambat hilang tapi serius memang makin pudar sebab ada vit E, takyah pakai concealer tebal dah, cukup dengan foundation/bb cream je
- freckles? tak hilang..hee biasalah freckles ni perlu rawatan rapi atau perlu guna produk whitening mungkin.
Dan Yang paling best..harus highlight..produk ni bukan sekadar mengawal tapi merawat tau..
Kulit sy yang over oily dulu sekarang dah less sgt, dah rasa macam kulit normal dah..tipu la kan kalau claim takde minyak langsung, adela jugak sikit-sikit tapi tak mengganggu langsung..minyak sikit-sikit okla kan, kang kalau jadi kulit kering pulak..lagi takbest cepat kedut..hee
Siapa ada masalah yang sama cubala kot-kot ok..ni produk Malaysia & halal tau..tak mahal sangat, 1 set tu boleh cukup 2 bulan atau lebih bergantung pada cara pakai..Gnie beli online RM50++ termasuk postage, sehari je sampai dah 1 set dalam goodie bag..terbaek :)

Ini bukan iklan berbayar, im just another satisfied customer :)
 kalau nak beli produk Cosmoderm sila ke website mereka atau farmasi terdekat okeng :)
p/s : ish..ishk..kalau dapat cerita pasal produk skincare mesti karangan nak panjang je..huu..sorila ek
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Saturday, July 28, 2012

Pasar dan Kuih berbuka febret


Dah hari ke 7 ni perut dah mula biasa tak terima makanan tengahari, berbuka pun takde nak gelojoh sangat hopefully kan. Alhamdulillah bagi yang masih belum kantoi puasa..yeay..tepuk bahu sendiri...congratulation :)

Haa...masa bulan puasa ni juadah berbuka semestinya lengkap dengan kuih muih kan, kalau tak hari-hari pun sehari mesti ada kuih :) apepun jangan sampai membazir ok.

Kalau kat Shah Alam ni, Gnie suke pegi pasar seksyen 17 atau seksyen 18 atau pasar Stadium atau Padang Jawa, sangat meriah, dan sangat sesak. Walaupun tak suka tempat sesak, still nak pegi sana jugak bulan puasa sebab banyak pilihan. Salah satunya, ni kuih tepung pelita ni

Hari Rabu haritu Gnie pegi ronda-ronda kat pasar seksyen 17, tetiba ternampak jejaka-jejaka jual kuih ni, hamboi ramainya orang beli. Kita pun tak lepas peluang beli samalah, sejenis kuih ni je brader-brader ni jual. Tangan masing-masing laju je packing, murah rezeki diorang :)
5pcs = RM2

After dah beli, singgah nak buka puasa kat gerai berdekatan bersama incik Naim, so merasa la kuih sang jejaka...hahaha eh sedap kau sebab tepung pelita yang ni ada sengkuang cina kat dalamnya, dah lama tau cari tepung pelita yang ada sengkuang cina, susah betul nak cari, biasa jumpa yang kosong je. Next-next-next day bolehla beli lagi :) my kuih febret..owh tapi incik Naim tak makan kuih ni, rugi la..banyak sangat benda die tak makan, gnie pulak semua benda nak makan..haha contra..eh termengumpat :D hehe

Haa ni lagi satu kuih febret, susah jugak nak cari..round pasar seksyen 17 tak jumpa ;( sampai sekarang tak jumpa lagi kuih ni..kempunan den..huhu

Anyway, selamat berbuka ye japgi :) boleh tak jom terbang gi Sabah, berbuka awal kat sana kan..lalala

Happy-happy selalu ok :) have a nice day
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Saturday, July 21, 2012

Petua kurangkan lapar


Petua ni sy dapat dari rakan facebook :) 

Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga.

## Mesti sahur ##
-Ketika nak makan nasi, bacalah apa yang sepatutnya dibaca sebagai seorang muslim.
-Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul.
Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal.
-Baca lagi, makan lagi.

(Ada 3 gumpal nasi, jadi 3 kali lah kita kena baca surah Al Ikhlas)
-Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa.
-Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji.
-Sebelum makan kurma tu, bacakan selawat 1 kali dan baru makan buah kurma.
-Baca lagi selawat dan makan kurma lagi sampai habis.

(Ada 7 biji kurma, jadi kena baca 7 kali selawat)
Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya.

Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.
Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis takkan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga.
Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam.

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Tuesday, July 17, 2012

KehendakNya :)


Alhamdulillah, beberapa hari lepas rasa bertuah sebab perniagaan yang Gnie usahakan dah sampai kepada pengetahuan penduduk Brunei.

Bukan nak berbangga, sebab sy tau peniaga dan usahawan lain dah berkali-kali dah dapat customer dari luar Malaysia kan which i really salute them sebab berjaya menarik hati pelanggan dari sana.

Bukan senang nak memenangi hati pelanggan luar Malaysia sebab kita pun akur yang postage ke luar lebih mahal kan. Gnie bersyukur sebab hari Ahad lepas dapat pengalaman berurusan jual beli dengan pelanggan dari Brunei sebab selama ni pelanggan luar just tanya-tanya-tanya tapi tak jadi beli, macam upset sikit la sebab sy betul-betul nak kan pengalaman berurusan jual beli dengan customer luar so this is my first time, first time guna western union, first time guna international air parcel..oklah..semuanya berjalan lancar :) Ahad dapat notification dari customer, Isnin check transaction, harini dah post barang. Harap barang akan sampai dalam keadaan yang sempurna :) insyaAllah

Not to forget..
yang menggerakkan hati manusia hanya Dia.
yang memberi rezeki hanya Dia.
Alhamdulillah for this valuable experience.
Syukur ya Allah.

p/s : selalu baca je pengalaman orang, harini dapat pengalaman sendiri :) happy..haruslah



Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Monday, July 16, 2012

Sinopsis akhir Dejavu Di Kinabalu



Hai, 

Mesti ramai yang layan cerita yang romantik ni kan..Tv3 7malam setiap Isnin-Khamis..timing pun baik time orang ramai dah balik kerja :)

Ikut pada sinopsis akhir, nanti Nadira (Tiz Zaqyah) dapat tahu jantung yang dimiliki itu adalah jantung Innara bekas kekasih Ammar (Aqasha). Nadira sedar perasaan dia pada Ammar sedikit sebanyak disebabkan jantung tu, so Nadira berbalik pada Bazli tapi akhirnya nanti Bazli berbaik dengan Ammar dan suruh Nadira bernikah dengan Ammar. Kat sini Nadira yang serba salah taktau nak pilih yang mana satu..kita tunggu dan lihat je la eh..
oh ya, penonton yang akan tentukan melalui sms samada Nadira pilih Ammar atau Bazli *berdasarkan apa yang Gnie baca kat blog kepala bergetar



For me, dua-dua ada kekurangan & kelebihan..

If in realiti..

Ammar ni sebagai orang ke3 tak sepatutnya la kan, boleh je kalau die tak kejar Nadira tu. Cuma kalau dah jodoh kita pun tak mampu lawan. 

Kalau Nadira pilih Bazli yang dah banyak berkorban untuk dia, ok jugak, cuma dia akan bahagia ke kalau kahwin dengan Bazli? atau sekadar balasan terhutang budi sebab perasaan cinta die dah kat Amar time ni walaupun semua tu disebabkan oleh jantung Innara :)

For me, mestilah nak dia kahwin dengan orang yang dia boleh bahagia..hehe
Ramai yang pilih Bazli..sy taknak pilih sesiapa la, biasanya mestila hero menang..hee

Tunggu dan lihat je lah ^_~ takde nak emotional sangat, just suka-suka je pilih

Kalau korang, korang pilih siapa?

eh oklah till then :)
hehe..
Pilih jangan tak pilih
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Sunday, July 15, 2012

When you are stress


When you're stress, it really can show up in your face.
Try to put on smile :)
You'll be surprised at how difficult to continue feeling stress while you are smiling & looking happy.

Senyum tak perlu kata apa-apa :)


when u smiling
u'll improve your facial appearance for freeeeeee

so smile now..hehe

Till then everyone :)
Take care

Lots' of love,
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Saturday, July 14, 2012

I am rich of calcium, but i love pimple :)






Adeh deh sakitnya pinggang, nak bongkok pun rasa tegang je sebab dah lama sangat tak exercise, dah la tak exercise tak minum susu pulak tu..so tulang dah tak kuat..mungkinkah?

dulu memang Gnie biasa amalkan minum susu, tapi ikut mood, pastu dah tak minum langsung

risaukan takut masalah tulang, secara drastik terus ke pasaraya terdekat cari susu tepung untuk diminum..nekad nak rajin minum susu balik


alolo comey




Bila dah lama tak minum, nak start balik ada perasaan pelik, tiap kali minum, sakit perut..jerawat pun naik balik macam ruam..aih mungkin alergik kot, tapi sy just alergik seafood, taktau pulak susu pun alergik. Bila cerita kat orang, diorang kata bukan alergik tapi dia betulkan penghadaman.

Malam tadi searching-searching baca artikel pasal susu, then terbacalah yang susu lembu ni boleh mengakibatkan jerawat sebab ia menambah aktifkan hormon androgen yang menyebabkan pengeluaran minyak berlebihan kat muka, kalau tak rajin bersihkan muka opkos pori tersumbat..hee
so untuk orang yang muka berjerawat yang tak boleh dikawal cuba elak minum susu lembu, kot-kot boleh kurang :)

Pastu ada yang tanya, betul ke susu tak elok sedangkan Nabi s.a.w pun gemar minum susu.

Bukan tak elok, cuma tak sesuai untuk kulit berjerawat.

dan Nabi kita minum susu kambing bukan susu lembu, dari kajian saintifik pun memang susu kambing sangat banyak khasiatnya, bahkan ianya susu kedua terbaik selepas susu ibu.

Tapi sayangnya susu kambing ni lebih mahal kat pasaran, kalau dapat yang fresh mungkin murah sikit 250ml=RM5 dan puas hati sebab confirm 100% susu, itupun ..still mahal tapi bolehla..hehe

Masalah kedua, susah sikit nak cari yang fresh. Tadi gni cari yang tepung tapi just jumpa 3in1 je..mungkin takde lagi syarikat yang pasarkan susu tepung macam anlene dari susu kambing.


ni produk susu kambing, dapat pic kat google tapi taktau sape yang jual T_T


at last minum jela susu lembu yang ada. habiskan stok, tinggal cukup 5 cawan je boleh ni..ngee

satu soalan : kenapakah susu kambing lebih mahal berganda-ganda?
dan mungkin sebab mahal, orang kita lebih ramai pilih susu lembu, senang dapat dan tak mahal sangat. Walaupun tau susu kambing tu lebih baik :)

oklah till then..choose wise ok
take care geng ^_~
Moga sihat selalu..baibai

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Misi Mencari Pencuci Muka


Hamboih kemain lama tak update :D
kesian blog ni terabai oleh tuannya yang berat jari nak menaip..hee
apepun, harap masih ada yang sudi menjenguk blog usang ni :D

ok harini, sy awal-awal dah message incik love nak mintak tolong teman gi post besar pos barang sebab harini dah terlajak time, lupa nak request pickup poslaju, so bila si dia kata 'boleh' , otak terus menghantar signal kepada bibir supaya tersenyum lebar..Alhamdulillah selesai satu masalah :D

After post barang, si dia tanya nak pegi mana-mana lagi tak..hehe best kan best kan bf sporting. Then laju-laju teringat yang pencuci muka Cosmoderm dah nak habis, Gnie memang dah seronok pakai Cosmoderm ni, dah 2 bulan pakai pencuci muka sahaja (tu je ada jual kat guardian jusco bukit raja..tak lengkap) tapi masalah yang teramat nyata memang susah nak cari, tak banyak tempat yang jual. 

Cosmoderm ni boleh je nak beli online tapi tak puas beli online, Gnie jenis suka belek ingredient semua tu..konon-konon dermatologist la, check tengok kot-kot ada bahan terlarang..hehe but dont worry cosmoderm punya produk dah ada signature halal :)

Disebabkan nak jugak beli offline, on BB check tengok outlet pharmacy yang ada jual Cosmoderm, so yang paling dekat ada 3 tempat
-Apple Green Pharmacy, Plaza Alam Sentral Shah Alam-
-Vitacare Pharmacy, Plaza Alam Sentral Shah Alam-
-Vitacare Pharmacy, Ole-Ole Seksyen 18 Shah Alam-

Dah alang-alang ada kat pos besar dah dekat sangat dengan Plaza Alam Sentral so singgah situ dulu, first jumpa Apple Green Pharmacy, belek-belek semua lengkap cuma die tak jual yang dah siap packing 1 set (lebih murah beli 1 set), so move to the next pharmacy, kitorang pusing-pusing ground floor tu tak nampak pun pharmacy lain selain watson, then tgk alamat, ground floor lot G7, tak jumpa jugak..siap kira tiap kedai sebab ada kedai yang tak letak nombor kedai, so bila kira 1 sampai 7, kedai nombor 7 tu kedai Kodak, eh..tak puas hati jugak, mintak si dia tolong tengok pulak, last-last si dia masuk kedai kek, belikan kek..haha ngade kan..besday dah seminggu yang lepas. lambat ;P apepun..mekaseh incik :D

ok, disebabkan taknak beli yang satu-satu, si dia ajak gi ole-ole, sampai kat ole-ole berpusing lagi sekali cari pharmacy tu, tak jumpa, cari alamatnya ground floor 1-5 so cari kedai lot1-5, nak nangis rasa tengok dah bertukar jadi easy RHB, gigit jari je la..padan muka sendiri taknak beli kat Apple Green tadi. so dengan pasrah cakap kat incik, takpelah Gnie beli online je T_T senang, jimat, tak penat..hehe sedapkan hati sendiri.

Kesimpulannya, kita guna jelah kemudahan kedai online yang ada..hee
For the first time, Gnie cari kedai sambil mengira T_T

oklah till then..
cosmoderm cosmoderm, silalah letakkan set lengkap di Guardian Jusco Bukit Raja..huhu

Bye..
Take Care darl <3

Drive safely
by : Irfan cute sangat
(dah besar nanti bawak acik gi beli cosmoderm eh..ngee)

muka bintik-bintik akibat terlampau aktif kawad kaki masa sekolah T_T tolonglah bagi petua nak hilangkan pigmentation ni..serabut..huu


Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Tuesday, June 12, 2012

Dalam keluarga..siapa yang halal & haram bagi kita





In case kita was-was nak salam dgn orang, tak sure samada die mahram atau tidak walaupun saudara/adik beradik belah suami/isteri..meh check sini sape boleh & sape tak boleh :)

Klik gambar



Sy sendiri ada masalah keliru sape boleh sape tak boleh ni, dari dulu..huhu

Kadang-kadang gi rumah saudara-mara tengok die tgh baca yasin/Quran kita jadi serba salah nak salam ke tak sebab taktau..ada chart ni senang sikit nak refer

summary yang sy dapat..
ok baru tau sepupu lelaki kita dengan bapa sedara tak boleh jugak rupanya/haram bersalam dan wajib berhijab..

kalau dah berkahwin *semua ahli keluarga lelaki belah suami (termasuk anak buah die) bukan mahram kita kecuali bapa suami dan atuk suami atau moyang lelaki belah suami kalau masih ada :)

dan juga bapa angkat..haram bersalam dan haram dedah aurat.. huhu saje highlight bapa angkat sebab orang sekarang main langgar je..memula bapa angkat, dah habis belajar jadi suami angkat..toing toing..hai la dunia


::Sibling = Adik beradik


Islam itu mudah dan indah :)







Photobucket




****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Thursday, May 31, 2012

Cocoa Collagen lagi.. :)





Salam ...






Haritu sy just buat review berdasarkan apa yang dijanjikan oleh penjual kan, kali ni nak buat review dari ketulusan hati ku ini :D

First collagen yang Gnie try, cocoa collagen power plus ni
pertama : sebab murah, antara collagen yang paling murah (tapi kandungan collagen tak banyak sangat)
kedua : sebab sy peminat coklat/cocoa
ketiga : saje sebab tergoda dengan testimoni orang lain

First time try, cepat-cepat cakap kat mak...sedappppp..hoichi..cepat-cepat paksa mak try jugak..haha
sebelum try ingatkan rasa koko, tapi tak..silap besar..rasanya ala-ala neslo sebab ada kopi arabica dalam ramuan bahan-bahan nya. Tapi sedap tak tipu. 

Feedback sebelum ni ada yang cakap tak berani nak consume sebab kopi kan, tapi sebenarnya sy pun jenis tak tahan kopi, tapi apa yang dapat saya rasa, kopi dia tak heavy sangat sebab masih boleh diterima :) kalau siapa minum rasa macam pening-pening itu tandanya kurang minum air masak, cocoa collagen ni ada satu bahan untuk nyahtoksin jadi kita kena minum air masak untuk gantikan air dalam badan dan bantu proses nyahtoksin tu..ok paham

Lepas cuba 3 kotak(1set) cocoa collagen power plus(ccpp) ni sy sendiri boleh rasa la badan macam bertenaga je, lagi best jerawat hilang, best best best, jerawat Gnie ni mungkin sebab hormon kot atau sebab toksin, bila minum ni hormon jadi stabil so jerawat bye-bye..macam tu je :D actually dari kotak pertama da terasa kurang jerawat, sebab tu berani teruskan

Lagi satu yang ketara kulit jadi halus, tapak kaki yang ngade-ngade alergi dengan simen tu pun jadi halus :D

kulit muka pun boleh rasa tight. :)

Lepas dah rasa best tu, habis 1 set entah kenapa gatal nak try yang lain pulak, kononnya taknak consume kafein, so gnie try tomato collagen..mahal tapi sanggup semata-mata nak elak kafein dan termakan ayat penjual kata sedap dan berkesan, mungkin berkesan kat dia, kat gni tak berkesan so stop minum tu, try pulak dherbs punya glow bwhite, yang tu sedap, kulit jadi glow & cerah tapi jerawat takmo hilang so stop jugak, pastu try cocoa collagen shake sendayu tinggi punya, entah kenapa beli tu tah..kandungannya takde ape pun yang best, main beli je sebab tengah rushing masa beli tu, tengok cocoa terus je ambik, balik rumah nyesal tapi habiskan jugak, takde kesan, so stop jugak, masa ni jerawat memang dah memang tahap menyampah la tengok, nak pakai krim muka/foundation pun rimas gatal-gatal. So gnie beli balik ccpp sekotak, time tengah kering beli sekotak jela, guess what jerawat sy surut balik, nampak sangat serasi :)

so teruskan je minum ccpp ni, tapi time period kena berenti sebab ada lobata, takut ganggu hormon. Masa first set tu gnie main langgar je sbb kurang ilmu kan, time period pun minum jadinya timing lari. Sekarang ni time period berenti (wajib) seminggu takyah minum, dah habis baru boleh sambung balik :)

Kesimpulannya sekarang, dah jumpa yang serasi kita guna je yang serasi bersama :)
Murah pun murah, sesiapa yang takut-takut nak try sebab kafein jangan takut la ye, asalkan minum air putih banyak-banyak mesti ok :) insyaAllah.

Oklah sampai sini je, CCPP ni boleh cari kat kedai-kedai jamu berdekatan atau online pun ada.
Kat Shah Alam ada 2 tempat yang jual murah tapi murah pun murah sket je RM50/set (3kotak)..banyak tempat Gnie tanya RM60..huhu

oklah till then :)




Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Wednesday, May 30, 2012

Mana Satu Yang Betul?



Yang mana satu jawapan yang betul?

p/s : saje bagi buat kira-kira pagi-pagi ni..hehe

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Monday, May 7, 2012

Kenapa mesti contact lens??


al kisah..
First time pakai contact lens umur 19 tahun, muda..semua benda nak cuba..tak takut apa-apa, redah je semua..tak fikir banyak just buat je ape yang rasa nak buat, darah muda kan :) 

Sebelum pakai contact lens, memang dah rabun sejak spm, sweet 17, tapi time kat kelas je pakai spek, muka memang tak boleh blah, nerd..haha dah la memang pendiam sket lagila nampak nerd..oleh kerana tak suka tengok muka sendiri pakai spek, bukan semata-mata takut nampak nerd, tapi rasa view terbatas..kena pandang straight je, kiri kanan atas spek dah tak cover, so bila nak toleh kiri takleh jeling, kena toleh dengan kepala-kepala sekali, thats why la tak suka, lagipun kulit jenis sensitif, pakai beberapa jam je pun dah berbekas kat batang hidung waima pakai spek yang paling ringan sekalipun tetap berbekas dan akhirnya macam berparut...wuwuwuu sedey

niat nak pakai lens tu terdetik bila nak amik lesen, time daftar kena cek mata, time tu terhegeh-hegeh lagi keluarkan spek..habis daftar kalau tak silap terus ajak member gi pekan Kangar (19tahun still musafir di Perlis..hehe) cari lens sebab memikirkan bawak kete memang sangat tak selesa kalau pakai spek =_= dan time amik lesen motor pulak memikirkan nak pakai helmet dengan spek..erk memang tak la.. 

so..sampai pekan jumpa kedai spek check mata dan terus beli, pakai lens acuvue clear je..memang tak nampak perubahan kat mata, sekadar membantu membetulkan kerabunan mataku.. :) dan membantu jadi lebih berkeyakinan, sebab dah boleh nampak jelas kan :D

First time nak pakai, terkial-kial..bayangkan macam nak cocok mata sendiri sampai penat SA tunggu bila la nak success budak ni. tapi itu dulu, sekarang ni takyah cermin, tak sempat kira 1, 2, 3 dah melekap dah lens tu kat dalam mata, kira dah pakar la kan..lalala

sekarang dah jadi macam sebahagian benda wajib bila nak keluar rumah mesti pakai. Sekarang dah tak main dah clear lens, semua nak color-color, lagipun color lens diameter lagi besar so dia tak mencengkam anak mata..

 tapi kalaulah dapat mata ni tak rabun memang tak pakai la kot, takdela selesa sgt pun pakai lens ni..rasa macam ada benda dalam mata cuma tak menyakitkan je. dan kadang-kadang mencantikkan mata..hee..mata nampak awake..dan mendisiplinkan mata supaya tak tertidur dalam kelas (ini serious memang berkesan :p)

(gambar first tanpa lens, gambar second dengan lens)
tanpa lens..mata sy akan menjadi daring..kuyu je

Bila pakai lens nampak awake sket la sebab anak mata nampak full takde ruang kosong 

Akhir kata..
Terima kasih pencipta contact lens ^_~ lalala

takde motif~

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Sunday, April 22, 2012

Gambaran Hari Kiamat




Mengalir air mata Ku tanpa Ku sedari ketika membaca kisah ini... Astaughfirullah!!!

- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Friday, April 20, 2012

Jcard Day/ Aeon Member Card day



Semalam 19/4/2012
Memang bagus la aeon ni buat Jcard day time-time org belum dapat gaji takla sesak seksa sangat macam tahun lepas..haha tapi untuk org yang dah tau memang akan save duit awal-awal, so sesak jugak la semalam walaupun tak sangat-sangat sesak. (ayat dah keling)

sebelum ni incik love susah la nak diajak tempat crowds, tapi setelah dicanang-canang kehebatan discount time jcard day akhirnya dia tergoda jugak, sehari beb, sehari je dapat diskaun camni..huhu

Lagipun memang tengah nak shopping barang hantaran, mungkin sebab tu kot incik love lembut hati sikit..hehe

Semalam menunggu incik love pulang dari kerja, pastu terus dia dtg amik gi makan-makan, terus gi shopping, berpinar mata tgk semua diskaun..barang yang RM360 jadi RM100, haish mana boleh lepas..ahaha

Jcard Day, kedai-kedai dalam jusco cam seed, Pdi, Padini etc semua tak lepas peluang. Gnie tengok kat Seed Kemeja lelaki RM119 jadi RM19 sahaja, gila betul..haha tapi time tu dah beli kemeja lain kat jusco untuk hantaran, so tak terpikir pulak nak beli yang RM19 tu..control nafsu shopping, gnie just grab seluar jeans kat seed..harga takyah tanya la mmg superb la lepas diskaun..tapi tak dapat semurah kemeja tu, kalau semurah kemeja tu gni amik seploh (over) haha

Alhamdulillah semalam dapat cari kasut, sepatutnya kasut untuk hantaran cam yang boleh kilat2 tu kan tapi tahla incik love tak minat, so beli je yang memang dia akan pakai.

Incik love cari beg tangan untuk hantaran, i dun mind..semua beg sy pakai..ahaha..so beli je lah ape yang die nampak cantik..see betapa tak cerewetnye sy..elele..lepas dah beli pun tgk seimbas je, alaa tak surprise la kalau belek dulu kan, dah kata hadiah hantaran ^_~

Kemeja lelaki pun pokcik tu yg pilih..hee Gnie memang failed pilih brg laki sebenarnye.

Sebelum balik, mkn lagi (recharge)
Pastu teliti resit, haha amik kau, baru la kira-kira balik macam dah terlebih budget je ni..haha
tak kisah la janji nampak barangnya, 1 task selesai..

Masa submit resit nak tukar coupon, tengok org lain semua belanja 2-3ribu, kitorang je kot yang ratus-ratus =_= nak wat camne, orang lain semua ada credit card kan..hehe takpelah tak minat pun hutang-hutang credit card..belanja setakat yang mampu je

U..u...and u..next jcard day jgn lupa pegi :) cepat gi daftar jcard harini ^_^


Akhirnya..Selesai shopping =)
Incik love lagi over tau shopping..Gnie pulak yang lari dari crowds..:) haha terbalik sudah

oklah till then :) see ya next post
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Tuesday, April 17, 2012


Kadangkala kita tak mampu menyatakan betapa hati tersangat gembira melihat kawan-kawan gembira, tapi sedihnya bila disalah anggap yang kita bakal merosakkan kebahagiaan mereka. Luluh hati ni tapi hanya mampu mendiamkan diri. Biarlah apa yang jadi sebagai satu pengalaman & pengajaran dalam hidup :) baru kita kenal yang mana kawan sebenar.

Diberikan satu nikmat, mungkin juga akan ditarik salah satu nikmat yang ada. Jadi tak perlu merungut bila kita tak dapat apa yang kita inginkan, just be thankfull for what God give us. Alhamdulillah.

Keadaan laut sangat tenang
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Saturday, April 14, 2012

Penyelesaian Mata Kering Semasa Pakai Contact Lens


Assalammualaikum..
taktau nak letak tajuk apa..
Tapi mungkin tajuk yang panjang tu boleh menjelaskan tujuan entry ni dibuat :)

Khas untuk pemakai contact lens je..haha
Yang terpaksa pakai contact lens untuk tempoh masa yang lama atau duduk dalam tempat yang ber aircond lama-lama semestinya mata yang pakai contact lens tu rasa kering sangat kan, buat mata jadi mengantuk sebab letih :) Seksa kan, kalau mata letih, atau mata masuk habuk, pakai contact lens memang tak selesa sangat, at the end cermin mata juga yang dicari (bagi yang rabun)

Kalau eye mo/ eye drop biasa tu tak boleh pakai if tengah pakai contact lens, oh sy pun taktau sebab apa, tapi lebih baik elakkan, kita guna je eye drop yang memang dinyatakan untuk contact lens ^_~

Sy tau pasal eye drop ni pun dari member kerja ofis lama, tahun 2010 kalau tak silap.
Lama dah pakai ni, memang ok takde side effect

Ni lah eye drop tu, baru beli tadi so baru teringat nak bagitau..mungkin dah ada yang tau, tapi ni nak bagitau kepada beginner yang baru berjinak pakai contact lens :) atau yang belum tau boleh la try



ROHTO C Cube
kecik je bendanya..lagi kecik dari tapak tangan, comels je.. kotak je besar isi kecik je :)
RM12.80 kat tesco
boleh dapatkan kat watson/guardian juga
quantity : 8 ml

tadi beli cosmopolitan magazine, dapat free gift sample laurier perfect yang baru dengan sample maybeline clear smooth white perfect, sekarang dengan spf50 pa+++ tau :)

gi beli sekarang :)

tata..see u till next post ^_~

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Friday, March 23, 2012

Pendandan Tegar



Comel buat rambut macamni..
Teringat kenangan masa kecik, gni suke sangat-sangat dandan rambut sendiri..~pendandan tegar
sampai kawan-kawan yang rambut panjang semua jadi mangsa gni dandankan..tapi yang rambut bersih la..yang ada kutu tu takmo..haha jahat..ramai taktau nak buat gaya rambut camni, mymom pun tak reti..entah mana tah belajar masa kecik tak ingat, terjadi sendiri kot..lalala

Sampai sekarang minat lagi dandan ni, sekarang mangsa sy anak-anak buah lah, my fruity tuty cutee..







Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Monday, March 19, 2012

Kpop? dan tudung


Taktau pe motif..tapi haritu beli majalah Rapi 15 Mac..punca utama sebab nampak cover page Izara Aisyah..beliau cantik..pastu dalam majalah ada cara makeup ala kpop..oh love it..

Bila tengok artis korean diorang tumpukan pada kulit flawless dan mata..betol tak?
so sejuk je mata tengok kulit diorang..hehe mata diorang pun macam sangat adorable walaupun sepet..

Kalau tengok drama korea..diorang banyak berinteraksi guna mata..
pernah tengok drama korea ..Dream High? bila diorang nyanyi kita rasa macam nak menari sama

so apa motif kisah ni dengan gambar sy..ahaha


Esok 19/3/2012 boleh jenguk my blogshop SimplyStyle Collections kalau minat dengan design shawl ni ^_~


Kisahnya...
sebelum shoot gambar tudung ni rasa macam nak makeup mata ala kpop...sekali jadi popcorn..
then smudge kan je..comot pun comotlah..nasib baik kesalahan tak dapat dirakamkan oleh gambar..

kenapa square hijab sangat laris sekarang..
sebab orang dah rajin nak berbawal dan rajin iron tudung..
trust me..gnie dah ada banyak koleksi square hijab..sekali gosok je pastu dah malas nak gosok sebab tak mudah berkedut sangat..hehee..kalau nak gi kedai sarung je, pin bawah dagu then selempang..siap.. itulah kelebihan item yang bermaterial cotton :)

kenapa ek shawl ni namanya Zara..
haha..kalau ingat lagi drama Vanilla Coklat..
Cover drama tu kan polkadot..so..itula kesinambungan nya
Renung-renungkan dan selamat beramal

motif..kadang-kadang keadaan sekeliling, drama, majalah akan mempengaruhi kehidupan seharian kite waima nak letak nama anak pun kita pilih nama orang-orang yang berjaya/akhlak terpuji dengan harapan

Sekian 
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Tuesday, March 13, 2012

Ping!


I miss u..

^_~

Rindu nak menaip post blog..
Tapi risau tak boleh nak bagi commitment..
Blogwalking selalu tergendala..
Bimbang dikatakan sombong.. T_T
actually sekarang memang super busy..
tido pun tak cukup..
tapi makan terlebih..hehe

okeh dah cukup lah monolog dalaman

Gni sebenar nak share macam-macam benda tapi malas amik gambar..ngee

pinjam google je la eh

Currently tengah minum minuman ni..maklumlah tahun ni dah masuk 26 tahun ni..lebih selesa bahasakan diri akak dengan sesiapa sy jumpa sekarang..ape kes rasa diri tua.. T_T


ini antara khasiatnye..kita review satu-satu
ikut pada hasil atas diri sendiri selepas sebulan minum ye (3 kotak/30 sachet)

Khasiat CCPP bagi anak dara:-
*Whole Body bertambah kemas/menarik/reshape (YES)
*Yang peha besar --> CCPP reshape size peha bertambah menarik (NOT SURE)
*Kulit cerah dari dalam (sy fair skin jadi tak perasan sangat)
*Kulit mulus, gebu (YES)
*Jerawat less (YES)
*Parut jerawat insyaallah hilang (NO) - untuk parut 
 - gni pakai mederma & moogo[malam] sangat best
*Less jeragat (NOT YET)
*Tenaga/ tak letih/ tak mengantuk (AWAL-AWAL MEMANG BERTENAGA, TAPI LAMA-LAMA TERASA TOO MUCH KAFEIN PULAK)
*Tumit pecah2 bertambah licin (YES)
*Less rambut gugur (YES)
*Naik seri pengantin ... (HAHA DONT KNOW LA..mood gatal dah menyerang)
*Hormon stabil (YES)
*Perjalanan darah lancar (HOW DO I KNOW?)
*Mengenyangkan (YES)
*Kencing lawas (OF COURSE LA KAN, MINUM AIR APE PUN LAWAS)
*Lebam bawah mata less (NO....)
*Muka glowing .. (NOT SURE)
*Hilang lenguh2 sendi (SOMETIMES..TAPI AFTER MINUM BANYAK AIR MASAK)
*Lancar penghadaman (YES)
*Merangsang pertumbuhan sel baru/antikedut (YES, KEDUT BAWAH MATA KURANG SIKIT)
*Memontokkan dan menegangkan punggung dan payudara (HAHAHA..NTAHLA)
*Melambatkan Proses Penuaan (YE KOT SEBAB KULIT JADI ANJAL SEMULA)

Semua result ni tak boleh nak kata 100% sebab minuman ni kan sebabnya product skincare yang sy pakai sekarang pun penyumbang utama jugak
-apricot cleanser st ives-
-pelembab siang safi perfect 10-
-Moogoo moisturizing lotin- (apply sebelum tidur..terhebat lah product ni..kulit lembut cam baby lepas pakai ni sebab product ni baby pun boleh pakai..100% safe)
-Mederma- (untuk parut jerawat)



Bagi yang dah kahwin ada khasiat lain yang di gebang, sy belum boleh review..huhu..coming soon..ececeh

Khasiat CCPP bagi yg dah berkahwin:-Menjadi SUPER POWER ...
*Mengetatkan vagina
*Yang monopous insyaallah ada pelincir
*Yang bermasalah dr segi pelincir insyaallah solve problem
*Hubungan suami isteri lebih intim ...(luar biasa .... Pempaham la segan lak)
*Yang dah bersalin, pinggul kembali kecik. Kemas .. tulang pinggul rapat. Biasa dh bersalin pinggul akan lebar.
*Tambah air susu bg yg menyusu
*Bantu mengecutkan rahim
*Repair rahim yang bermasalah. (utk cyst, fibroid jgn bergantung pd CCPP. Please dptkan rawatan doktor)
*Membantu mudah lekat (mengandung if dh smp rezeki insyaallah)
*Memperbetulkan kitaran haid yg lebih teratur
*Whole Body bertambah kemas/menarik/reshape
*Yang peha besar --> CCPP reshape size peha bertambah menarik
*Kulit cerah dari dalam
*Kulit mulus, gebu
*Jerawat less
*Parut jerawat insyaallah hilang
*Less jeragat
*Tenaga/ tak letih/ tak mengantuk
*Celahan pelipat (peha, ketiak, siku) semakin cerah
*Tumit pecah2 bertambah licin
*Less rambut gugur
*Body menggeleber lepas kurus ... push up balik
*Masalah resdung berkurangan .. leh sebat macam2...
*Hormon stabil
*Perjalanan darah lancar
*If high water retention .. leh turun kg
*Seimbang berat badan
*Mengenyangkan
*Kencing lawas
*Lebam bawah mata less
*muka glowing ..
*Hilang lenguh2 sendi
*Lancar penghadaman
*Merangsang pertumbuhan sel baru/antikedut
*Memontokkan dan menegangkan punggung dan payudara
*Melambatkan Proses Penuaan


Cocoa Collagen ni gni beli RM50/1set-3kotak
kalau beli satu2 RM18
beli kat kedai-kedai jamu mostly ada
kalau beli online pun ada :)
harga pandai-pandai survey..tapi ok la dari bazir masa & minyak kalau yang rumah jauh dari town

Ok till then..panjang lebar

Regards,
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

My e-Shop

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bloggroll

Hye Everyone, exchange your link here. This list will be use for blogwalking :)

Thank You So Much For Visiting ^^

Thank You So Much For Visiting ^^
From : Gnie The Manager of this blog..lalala