Pemanis blog =)

Search

Thursday, November 24, 2011

Peminat Coklat ini advantage nye =)

Suka nak up kan advantage makan coklat ni sebab saya chocolateholic (ada ke words ni dalam kamus?)



Coklat baik untuk peredaran darah. (ini fakta bukan auta ^^)
Menikmati coklat dapat mengurangkan tekanan darah dan mengurangkan risiko strok,
Lebih tepat pilihlah dark chocolate kerana ia mengandungi banyak 'flavonoids' iaitu salah satu antioksidan yang berfungsi membuat pembuluh darah menjadi lebih fleksibel.

Sebuah penelitian telah membuktikan pengambilan 40gm dark chocolate setiap hari selama 2 minggu dapat mengurangkan produksi hormon yang membuatkan anda cepat panik

p/s : no wonder bila menikmati coklat rasa 'calm' je..tenang kan.
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Wednesday, November 23, 2011

WW : Skincare Set

Currently use..gambar tak clear..Basic skincare

-Bio Essence Tanaka White Gentle Cleansing Form-
-Bio Essence Tanaka White Bright White Clarifying Softener-
-Garnier Pure Active Multi Action Scrub-
-Aiken Tea Tree Oil Spot Away Daily Moisturising Lotion-
-Bio Essence Anti Freckles Cream-


Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Doktor Hospital Kerajaan camni ke?

Malam tadi anak sedara jatuh kerusi yang tinggi, tangan tak boleh bergerak langsung, abang terus bawak pergi Hospital Klang (HTAR), sangat sakit hati doktor sangat sombong sangat tak bertanggungjawab, die check guna mata je pastu cakap takde pape tade pape ulang2 dengan muka annoying. Nak cakap stupid confirm belajar tinggi, dah nama budak kalau sampai tangan tak boleh bergerak dia boleh cakap takde pape baik takyah jadi doktor la, kalau orang dewasa jatuh mungkin la tak pape, budak jatuh paham la camne, haish sakitnye hati..

Pagi ni tangan Umairah dah nampak bengkak, abang bawak gi klinik swasta je..nak cek tulang.

Doktor, kalau kau malas nak buat kerja pun fikirlah, kalau orang dah terpaksa bawak anak dia pagi-pagi buta means dia betul-betul need your help, at least check la. Menangis kak ipar doktor tu buat camtu. Pelik betul la, sememangnya kau tak layak jadi doktor.. at all. doktor bukan sekadar merawat, kena ada perikemanusiaan jugakla.

mood : bengang, sedih
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Us..

Mak balik dari kampung terus inform kat saya, mak sedara kat kampung ada calon untuk saya..huu mulut terus je terdiam dan balas, 'huu takpelah mak bagi kat sepupu yang lain dulu...'



'Mak bagitau je' mak jawab sambil tersenyum..mujurlah, mak saya pun tak minat sgt kot nak calon-calon kan, biar pilihan sendiri, kenal perangai masing-masing baru decide nak ke taknak, bila libatkan keluarga, kalau ada masalah kemudian nanti akan terjadi salah menyalahkan satu sama lain kan..

ni kali kedua, sebelum ni pak sedara yang nak calonkan anak angkat dia, jawapan saya sama jugaklah..
soal sehidup semati ni biarlah kita tentukan sendiri..

'dia' reason yang utama, tapi jodoh itu rahsia Allah
takde sorang manusia pun tau apa yang akan jadi


Walaubagaimanapun...

Kenangan yang indah takkan boleh dilupakan...kenangan jugaklah pengikat kasih sayang kan
Teringat lagi saat 'date' kat kelas prep(study) asrama dulu, kena kejar dengan pakcik guard sampai dapat gelaran putera & princess..dengar suara pakcik guard sorang lari ke kiri, sorang lari ke kanan, tawaf asrama terjumpa balik, gelak sama-sama..aish nakal..nyorok kat makmal sebab taknak pakcik guard nampak..kesian pakcik tu..tapi kenangan kan. hee dulu kecik-kecik mana pikir kesian..mana tau ikut undang-undang..siswa siswi tak boleh bercinta-cinta..ingat..adeh..saya minta maaf pakcik ye..

hmm : rasa rindu nak terima surat yang diselit kat buku, kat bawah meja prep, bukak pencil box ada surat, buku kena conteng ilebiu, surat ada bau wangi-wangi bedak johnson, surat ajak jumpa..haha ape-ape je

Sekarang semua sms/call je..takde sentimental value dah kan..hee..


p/s : mak pesan, pilih lelaki biarlah laki tu sayang lebih kat kite..paham maksudnya? kalau ada 2 lelaki untuk dipilih, pilihlah lelaki yang sayang korang lebih dari korang sayang dia, kalau korang yang lebih2 sayangkan laki tu nanti laki tu rimas..is it?..huhu maaf kalau salah

Till then..take care ^_^
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Sunday, November 20, 2011

Simple Tips : Solekan Tahan Lama + hariku


Tips 1 : Sebelum mula bersolek atau letak apa-apa kat muka, sapukan muka dengan ais ketul/ice cube, biarkan rasa dingin menyerap ke muka selama 15 minit sebelum memulakan solekan.


Tip 2 : Ratakan bedak asas atau pedapkan bedak padat ke bibir sebelum pakai gincu untuk menjadikan gincu tahan lebih lama dan sapuan lebih mudah

Sekian =)

*********************************************************
p/s : tengah create post ni tetibe dengar bunyi berdentum kat luar, kereta & motor berlanggar. Tak tau nak kesian kat sape, motor kena langgar, kereta kena maki, motor yang salah bawak laju. Tapi kereta yang langgar, orang tetap nampak kereta yang salah.. huu.

cerite lain....
20/11/2011
Fresh from oven, petang tadi incik naim belanja eskem 
mint chocolate chip + cappucino + caramel
Hoichiii =) Mint tu memang favourite kitorang

senyum lebar dapat eskem...

dah ngap separuh & kena candid..hee
ayat pertama incik naim, awak sgt biru harini..>.<
ni tshirt pertama gnie yang berwarna biru..haha..baru sampai semalam, beli online..
shawl pun xde biru yang boleh match, so pakai tudung lama je la, tudung itali..cam tudung bawal (kekok dah) 

Till then, thanks for reading
take care
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Tuesday, November 15, 2011

Sesedap rasa hati je kan..

marah benor muka, propa semata..hee
Pelik ngan manusia ni, sesuka hati dia je nak marah orang tak bertempat. hampeh..dia yang salah pulak tu tak nak baca info betul-betul, pastu marah kat orang tu macam orang tu yang salah. Nak cover malu la tu. hampes..bila orang betulkan salah die, dikatanya perli. hahaha susah cakap dengan orang camni, die je yang betul.

kalau anak ke adik ke boleh la sesuka hati nak marah cik kak oi, ni awok tak kenal boleh pulak marah-marah. gila ke ape, atau PMS?..

hehe..nak marah biorlah bertempat. peace yaw (^_~)Y
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Saturday, November 12, 2011

Jom Menang Produk Kosmetik Kate A/W worth RM350



Jom menang & dapat Kosmetik dari Kate..weehee worth RM350 tau
Contest Period : 11 Nov - 9 Dec 2011
klik SINI
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Friday, November 11, 2011

Grilled Sirloin Steak


Dah masuk 11/11/11, tengok kat facebook status masing-masing ada benda nak ingatkan, Gnie ada gak..ada..tarikh akhir nak claim contact lens percuma dari Acuvue..hehe.. tak pergi ambik lagi, malasnye..huu

For those yang bernikah esok, happy nikah day =) semoga semuanya lancar



Berbalik pada tajuk, semalam pergi mencuba steak kat satu western food restaurant, sori serious tak ingat nama restoran tu, bertempat dekat Carefour Seksyen 24 Shah Alam, carefour jalan nak gi uptown Shah Alam  tu :)

Experience ok la, sedap..Menikmati Grill Sirloin Steak, disamping cik bf yang prefer chickenchop dari steak ^_~ nak wat camne, die tak tahan makan daging, Gnie pulak memang minat daging :) minat kami always berbeza, tapi alhamdulillah still boleh bersama, mungkin jodoh =)


Harga 1 set steak ni dengan soft drink bawah RM20, boleh tahan la kalau ada yang mengidam tapi nak budget bolehla gi kat sini. Bersesuaian dengan harga, steaknya tak tebal macam kat hotel harga biasa sirloin RM55 kalau tak silap =) 

Tapi Chicken Chop yang incik bf makan tu kat Kajang Gnie makan baru RM7.90..haha rugi makan ayam, baik makan beef..lalala =)



Lama tak jumpa incik ni, sesekali jumpa happy nya rasa walaupun jumpa pun 2 jam je..hee..dapat bagi hadiah besday walaupun belated (besday incik 30okt), dan yang terkilannya dia request kek yang gnie bake sendiri coz incik ni tak makan kek icing, huu..tapi tak sempat nak buat, jumpa pun tak rancang kan, gamble je, nasib ler. Next time ye incik. lebyu ^_~

Pesanan Ikhlas Penaja : Silalah mencuba Grilled Sirloin Steak ni, sangat sedap ^_^

Hoyeh..
thanks sudi baca..
till then, take care =)

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Wednesday, November 9, 2011

Review : Garnier Pure Active Multi Action Scrub


Hai lama dah rasanya tak buat review produk
Harini kerajinan datang kembali =)

Garnier Pure Active Multi-Action Scrubs

Lepas tengok iklan di TV..hati macam.."wahh Fights 6 Signs of Acne harus cuba ni"
so semalam gi watson beli, beli small tube first sebab just nak try

I always found Garnier suit my skin very well ^_^


6 Tanda Jerawat yang bermaharajalela
1. Jerawat itself
2. Bintik-bintik putih
3. Bendasing (ni gnie tak paham pebenda,mungkin kotoran kot)
4. Kulit Berminyak
5. Pori Terbuka
6. Kulit Tidak Sekata

I have all these problem, tapi tak serious, just minor, cuma bila jerawat tumbuh sekali sekala muka rasa gatal miang ish taktau nak cakap,


Orang kata, kalau muka tengah jerawat, tak boleh scrub bimbang jerawat merebak sebab scrub form nya agak tajam/kasar. So Gnie memang tak berani nak scrub muka time jerawat. 

Tapi, lepas try produk ni, tak risau lagi dah
Apa yang best tentang new produk dari Garnier ni, claim yang sangat menarik perhatian Gnie selain fight 6 sign tu ialah it is Tested on Acne-Prone Skin, bermaksud scrub ni telah diuji pada kulit yang ada 6 masalah-masalah diatas, temasuk yang berjerawat bermakna selamat untuk kulit yang berjerawat.

Just trust it & try on my skin,

Yes it is true, walaupun scrub, ia tak terlampau kasar,
Scrub nya soft di kulit, dan once dah bilas muka terasa kulit lembut & miang jerawat pun dah kurang ^_^ muka pun rasa betul-betul bersih =)

Happy & tak teragak-agak nak share dengan korang..hee..boleh try coz harga memang mampu milik

Produk : Garnier Pure Active Multi-Action Scrub

Harga : RM6.50 / 50ml ( @Watsons)

Mengandungi : Purifying Salicylic Acid + Herba Repair

Repurchase : YES ^_~

p/s : before this Gnie ada test banyak jenis scrub tapi tak sesuai, so at last gnie pakai oatmeal je untuk scrub (haha sangat organic), but now dah jumpa produk yang sesuai..yeay 

Pure Active Untuk Perempuan Acno Fight untuk Lelaki =)



Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Tuesday, November 8, 2011

Try Test Style Tudung Diana Amir

Malam-malam ni bosan pulak takleh tidur..
So..tebiat la malam-malam test style tudung/shawl ala-ala Diana Amir
Since Diana Amir start pakai tudung haritu tengok comel sangat dia, adorable sangat. 
Terpikat dengan style tudung Diana Amir ni sejak pandang pertama. ngee..nak mencuba tapi tak reti
ada kata style Hana Tajima, ada la sikit tapi takla 100%
belum jumpa tutorial, so just try2 je la main lilit2

Pointnye :
-Diana pakai menutup bawah dagu
-Nice & tak over
-Menutup apa yang patut

Cantik kan..

Cantik jugak...

kemas je dia pakai,

So sila try lilit-lilit, dan berharap for miracle akan jadi secomel Diana Amir..

Try & try
taktau la jadi ke tak, tapi adala rupe jugak..sikit..asal ada ^_~

Kalau Diana pakai macam Arabic, Gnie pakai macam Bibik..huuu T_T

Kesimpulannya..Gnie tak sesuai kot..haha
Pipi Gemok..

Daa..cukup cukup
Gudnite..
hehe..

mood : kebosanan
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Monday, November 7, 2011

Alone @ Aidiladha

hee tajuk nak sayu je..Tapi taklah sayu sangat pun coz diri sendiri yang malas ikut balik kampung, penat badan balik kampung 7hours minimum, tu yang malas, so raya la sorang-sorang, kat Selangor ni area Shah Alam, raya Qurban tak meriah sangat pun, cuma rasa sayu sangat bila dengar takbir pagi-pagi raya. Yela kan..dok sorang-sorang, layan perasaan je la, nak layan sape lagi =) 

Anyway, masih belum terlambat kan nak wish
Salam Aidiladha buat semua..
Banyak cerita kat TV buat menitis airmata =) especially directed by Sheila Rusly..salute ^_~

oK take care k
Drive safely =)





Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Saturday, November 5, 2011

Zaman Tudung Bawal

Kadang-kadang picture lama boleh buat hati jadi rindu, pastu godek-godek almari cari tudung bawal, nak pakai balik..haha

Gambar ni tak lama sangat, 2009/2010 rasanya..tempat kerja first after habis study. Now dah jadi kenangan coz tak kerja sini lagi dah. Thanks a lot to all, first pengalaman interview, first pengalaman berkerja yang agak perit, haha sebab kerja sy kena perah otak, tidur malam termimpi-mimpi nak solvekan error..Parah bunyinye
habis belajar terus dapat kerja, takde masa rehat T_T walaupun otak masih fresh tapi kerja kat sini tak guna sepatah haram pun apa yang kite belajar, agak down..T_T demotivated


 
ni zaman study lagi, kat Shah Alam, heheh rasanya ponteng class jap kot..amik angin..dalam aircond sejuk gila beb. 



Ni apesal, tahla..Baru amik spek kot time ni, lepak tasik Shah Alam makan rojak. haha makan & nikmati rojak itu.


Time practical kat Kajang, opismate & housemate, diorang memang sangat best.

Jadi urusetia majlis kat Arau, Perlis (time Dip)..haha time ni pakai skirt labuh. Zaman ni belum trend lagi so agak pelik disitu, skirt2 untuk event sahaja, tak nampak pulak skirtnye kan. Skirt putih, ada lagi skirtnye tapi jadi simpanan dalam almari. haha

Convocation Day, lupa la nama, ish...Ibrahim abu Syah ke?..erk maaf ingatan dah kurang sikit. dak UiTM tau la. Person yang hempas pulas perjuangkan UiTM ni hak bumiputera=)

Weh..dalam bas Rapid pun ekau boleh bergambar, haha..time ni bas Rapid RM1 sehari, naikla berapa puluh kali pun bas tu, tunjuk tiket yang satu tu je =) sekarang dah takde kan..

Can you see any makeup's on.ngee masih remaja, comot pun tade hal lah

Seriously, miss the moment



Harini tetiba terdetik tengok cd pic lama, rasa menyesal dulu pergi burn gambar. Haha..CD tu bakal dipatahkan, sebab ada banyak gambar wajib delete coz kat memory dah delete dah tetiba tengok gambar, satu persatu ingatan datang balik. Nak delete gambar dalam CD tak reti pulak. Kalau ada sesiapa yg tau, kot boleh guna software pape ke.mintak tlg bagi tunjuk ajar eh. =)

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Wednesday, November 2, 2011

Thanks berjuta zillion



Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

My e-Shop

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bloggroll

Hye Everyone, exchange your link here. This list will be use for blogwalking :)

Thank You So Much For Visiting ^^

Thank You So Much For Visiting ^^
From : Gnie The Manager of this blog..lalala