Pemanis blog =)

Search

Thursday, March 31, 2011

Nenek pun ada belog tau....

Salam readers...

Pernah tak korang terfikir if sekarang umur korang 20an, lagi 20-30-40 tahun akan datang korang akan kekal berbelog...biar tua jiwa tetap muda tau..

masa tu InsyaAllah dah ada cucu...mungkin cicit...
sedang cucu cicit korang blogwalking
dengan selamba korang berkata dari belakang...
'Nenek pun ada belog tau'
ngeeee....

cam best je...
adakah blog ku ini akan jadi kisah klasik di masa hadapan...
wahhh...
cu....jemputlah singgah blog nenek ye...

mungkin masa tu header aku bertukar ke rupa ini

20 years later

atau ini

 30 years later

Dah jangan tengok lama-lama
nak test gi kat link ni in20years.com

kalau umur panjang see ya in 20 years nanti =)
Mampukah?? huhu 

p/s : kalau nak tau yang 20 years later tu sama dgn muka ibu ku sekarang....heheh...dasat...

Berhati-hati memberi private info

Sekarang ni kan dah pelbagai penipuan di alam cyber. 
Manusia makin pandai, makin advance...
namun menggunakan di jalan yang salah.

Terbaru penipuan cyber oleh seorang lelaki yang dikenali 'Pakar Kelentong' menjual barangan seperti kereta, dan pelbagai barangan mewah yang lain memperdaya mangsa dengan menawarkan barangan yang berharga tersebut dengan harga yang lebih rendah.

Maklumat mangsa pula dijadikan sumber untuk membuat kad kredit tanpa pengetahuan mangsa. 
Selepas menerima wang dari mangsa, 'Pakar Kelentong' bijak melarikan diri, malah dia juga bijak menyamar. Hasilnya ramai yang menjadi mangsa.

'Pakar Kelentong' tersebut telah berjaya diberkas oleh pihak polis selepas 7 anggota dari siasatan jenayah komersial IPD Daerah Gombak.
Sumber Akhbar Metro, 30 Mac 2011


Risau kan. 
Tapi walau 'pakar kelentong' dah pun diberkas, kita masih perlu berhati-hati. Jangan terlampau mudah mempercayai orang yang kita belum kenal, terutama dalam alam cyber. Perniagaan yang melibatkan harga beribu ringgit, walaupun harga ditawarkan lebih murah, jangan mudah terpedaya..haruslah di siasat dahulu latar belakang penjual terbabit.

Begitu juga halnya dalam dunia blogging, sekarang banyak contest yang melibatkan hadiah wang tunai. Berhati-hatilah jika penganjur meminta maklumat yang tidak sepatutnya. Especially mykad number ye kawan-kawan. Dari situ segala maklumat kita yang lain akan terdedah dengan senangnya.

takde siapa yang suka bila maklumat peribadi dia dicerobohi..^_~

berhati-hati ye semua, Gnie pernah juga menang contest minta IC num. sebenarnya orang tu tak tipu kot tapi tetap taknak lah bagi coz benda tu betul-betul private. dan tak logik sebenarnya bila dia cakap nak guna IC coz nak keluarkan duit dari syarikat. Pelik-pelik...me bukan menang sampai 1000 ringgit pun sampai nak kena guna duit syarikat..bawah 50 ringgit je kot. Plus, kalaupun dia nak guna duit syarikat, keluarkan je lah guna ic dia..haha..macam-macam. Takpelah tolak duit yang bawah 50 tu daripada hilang beribu kang ^_~

p/s : sedangkan nuffnang pun tak minta IC number kan nak bagi duit..hehe

Cabaran 30 hari VCO...[day3]

Bismillahirrahmanirrahim...

Dah pagi dah...

Dah hari ke 3 cabaran VCO catalyst..ramai cakap hari ke3 dah nampak perubahan ketara

me pulak?

voila...

jom kita tengok gambar..........

muka bangun pagi
v
v
v
v
v
v
v
v
v

ngeehee...op..op jangan marah pagi-pagi...

ni gambar kena simbah flash...memang clean & clear lah

Maap belum sedia lagi...tunggu....

Apepun...memang result positif....tak rugi kalau u all beli...hehe..

p/s : sebenarnya nak bagitau...feeling macam muka dah terbentuk elok...means takdela lemak berkumpul kat pipi macam dulu2..takdela bulat sangat muka ini..tapi ni really tak sure coz of supplement VCO atau faktor lain..sebab tu tak berani nak tulis sebagai exact result

Wednesday, March 30, 2011

Oh air-cond...

Air-Cond atau air conditioner atau penghawa dingin

I wish i had one for my room...

Dengan cuaca sekarang yang agak panas....
notebook pun ikut panas...
Bila notebook panas...
system pun jadi slow...
tak guna pun pakai streamyx yang laju...
notebook tetap sangkut-sangkut...
berblogging pun tak semangat...

Haruskah pasang aircond?
Bilik pun sekangkang kera...
huuuu....
bukan mengeluh cuma notebook mintak dibelai... ^_~


Cuaca panas ni meh nak bagi korang terliur sikit...hehe...ABC prado Seksyen 2...nyum2


Sejuk tekak...jemputlah datang Shah Alam...ngee

p/s : teringat manager praktikal dulu cakap..'biar aku panas takpe, notebook aku takleh panas'..huhu..

Promosi set shawl di SimplyStyle Collection


Peminat-peminat shawl jangan ketinggalan...
dapatkan shawl yang menarik pada harga tawaran yang terendah =)

Bermula jam 1 petang hari ini 30/03/2011

nak tau lebih lanjut..jom ke

Tarian Poco-Poco Di haramkan

Agak terkejut rasanya bila baca berita mengenai tarian poco-poco rupanya mempunyai unsur pemujaan bagi orang kristian. Boleh dikatakan kemana sahaja kita pergi tarian ni ada je dalam aktiviti sesuatu event.



IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.
“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Baca Berita selanjutnya di Kosmo

p/s : dulu time study kat Perlis siap hafal step lagi @_@

Sarapan pagi dengan cucur

Morning...baru bangun ke tu.. =)

Senyum seawal bangun dari tidur kerana ia akan mempengaruhi mood keseluruhan hari anda. Kekal ceria dengan senyuman........

Pagi ni gnie teringin nak makan cucur lah...jom belajar cara buat...senang je..yang bujang2 pun leh try....cecey macam akak neh dah kawin lak  =)

Ni cara gnie paling suka buat..tak reti sukat...just campak-campak je..asal boleh...hehe

Bahan2

-Tepung gandum
-Ikan Bilis (rendam & tumbuk sikit)
-Ubi Kentang (potong dadu)
-Bawang besar (potong dadu)
-Sedikit serbuk kunyit (nak bagi kekuningan)
-Baking powder sikit (kalau nak kembung)
-Garam secukup rasa
-Air
-Minyak untuk menggoreng

Cara2
1. Campurkan semua bahan (kecuali minyak dan air)
2. Masukkan air sedikit demi sedikit
3. Gaul sehingga sebati
4. Panaskan minyak
5. Goreng sehingga kekuningan keemasan (pandai-pandai agak)
6. Angkat dan sedia untuk dihidang

pic google...bukan yang gnie buat...haha..dah lapar kan tak sempat dah amik gambar


Sediakan teh'O suam makan bersama cucur...bestnye...

Sekian sahaja resepi dari chef Gnie... ^_~

Cabaran 30 hari VCO...[day2]


Hari ke-2 berlalu...dan bermula hari ke-3 which is today

result for day-2
Serius best..badan da tak rasa letih macam dulu..nak bangun pagi tak malas macam dulu =)
tapi penyakit alahan ni still tak dapat dibendung..huu kena bersabar
Kulit muka..still belum ada hasil yang ketara, tapi jerawat yan dah seminggu bertakhta di muka dah mula mengecik/susut semuanya =) nice

p/s : me suka makan seafood..memang makan tak pernah pantang..tapi kesannya rasakan sendiri..huwaa..

Masa berblogwalking..

Hai semua..

Dah nak tido ke..

Me baru nak blogwalking.

Dah malam-malam baru boleh nak blogwalking...

internet barulah laju sikit...

kalau tak,  sakit jiwa jadi nye...

hehe..

anyway, have a good nite sleep everyone yang dah nak tido...hehe


Jana pendapatan dengan heartbeat

Tuesday, March 29, 2011

Kisah kain putih...

Kisah ni aku lalui sendiri...masa tu baru berusia 17 tahun..sweet 17..sedang bertungkus lumus study untuk SPM.

Aku merupakan pelajar di sebuah sekolah teknik di negeri sembilan, dan memang majoriti yang belajar di situ tinggal di asrama. peristiwa ni berlaku kira-kira jam 1.00 pagi. Time tu semua pelajar form 4 bercuti kerana dewan digunakan untuk peperiksaan SPM. So tinggallah kami pelajar form 5 di asrama. Maka bangunan pelajar form 4 yang mengadap bangunan asrama pelajar form 5 kosong sepanjang tempoh itu.

Seperti biasa, bermula hari pertama SPM kami (aku dan 2 orang kawan lagi) stay up bersama. Kami tak dibenarkan memasang lampu dorm selepas jam 11 malam, so kami gunakan lampu corridor untuk study (ni kes malas nak pergi bilik study). Sama-sama duduk di depan pintu dorm.

Pada malam kejadian, memang aku rasa seram sejuk, suasana pun sunyi sepi. aku pun rasa mengantuk sangat malam tu tapi gagahkan diri untuk study. Jam menunjukkan 11.50 malam, disebabkan mata dah tersangat mengantuk aku pun bancuh nescafe 3 in 1 dan mengajak rakan-rakan yang lain makan beskot cicah untuk menghilangkan mengantuk.

Aku duduk mengadap pintu, dua rakan yang lain membelakangkan pintu. Dorm kami di tingkat 2 bangunan tersebut. Kami minum sambil berbual kosong. sehingga jam menunjukkan pukul 1pagi. Sedang aku leka memerhatikan ke luar/ bangunan asrama form 4 tiba-tiba sehelai kain putih melantun dari arah bawah. Ya melantun, aku pun pelik sambil mukaku terkejut macam nampak hantu (ni kawan-kawan yang ceritakan semula esoknya). Rakan-rakan yang lain terus menoleh walaupun aku belum beritahu apa-apa pun pada mereka sebab aku memang terdiam seribu bahasa, namun rakan-rakan yang lain berseloroh sambil nak menyedapkan hatiku dan hati mereka juga perhaps. Dalam fikiranku, mungkin rakan-rakan yang lain main badminton di bawah dek kerana nak menyedapkan hati sendiri. (sangat tak logik sebenarnya, pukul 1 pagi main badminton) .

Kami teruskan menjamah biskut kering bercicahkan air nescafe sambil masing-masing kelu lidah tak berkata.
Namun usikan tu tidak terhenti di situ. Lagi sekali lantunan itu terjadi selepas kami reda. Dan kalini lebih tinggi dan agak menampakkan 1/3 bahagian kain tersebut, jantung aku terus laju. terus je mulut berkata 'Korang tutup je lah pintu, jom tido'..rakan aku dua orang tu seperti faham dan terus tutup pintu pergi ke katil masing-masing. Tinggalkan semua cawan di depan pintu.

Aku masih curious, namun kami harus ke toilet sebelum tido...coz dah teguk banyak gila air sebab nak hilangkan rasa takut. Aku tak sure kenapa dalam perjalanan ke toilet, dengan perasaan ingin tahu, aku sempat menjenguk ke bawah dari koridor atas. Takde sesiapa, kebanyakan pelajar dah tidur, takde yang study di bilik study di bawah pun harini. Confuse. kami cepat-cepat ke toilet dan balik ke dorm untuk tidur.

Keesokan harinya, selepas tamat satu exam, rakanku terus bertanya 'kenapa muka ko pucat gila semalam pastu terus ajak tido, ko nampak ape?'...baru aku tau kenapa diorang ikut je bila aku ajak tido. Diorang perasan muka aku macam tak berdarah dah dan mereka dah agak mesti ternampak sesuatu...haha

Sampai sekarang aku still teringat peristiwa ni, mungkinkah gurauan benda tu atau just khayalan aku..tak mungkin khayalan boleh muncul 2 kali berturut kan..memang sejak form 4 aku pernah tengok gambar yang diambil ada Po*o*g menumpang. Tak sangka usikan tu terjadi padaku sendiri. itulah pertama dan diharap yang terakhir aku nampak. huhu...tak sanggup mak...

p/s : mujur that thing tak sergah, just menampakkan diri je..boleh demam seminggu kau kalau die say 'Hi'

Amalan Diet..mengikut cara Rasulullah S.A.W

[pic from google]

Mulakan dengan Bismillah..
Tak kira apa pun yang kita buat harus dimulakan dengan Bismillah...begitu juga makan...kadang-kadang dah lapar sampai terlupa baca Bismillah =)
Jika terlupa pada awal dan teingat pada pertengahan makan, bacalah
'Bismillahi awwaluhu wa akhirahu'(HR Abu Dawud & at-Tirmidzi)

Gunakan tangan kanan
Kita semua sedia maklum.Tangan kanan adalah tangan bersih dan lebih mulia dari tangan kiri :)

Makan yang berhampiran
Ini sering terjadi semasa makan beramai-ramai, jamahlah makanan yang berdekatan dengan kita.
Lagipun kan lebih sopan. tak perlu nak menjangkau makanan-makanan yang jauh dari kita =)

Digalakkan menggunakan 3 jari
Jika menggunakan 5 jari kita menampakkan sifat gelojoh seseorang itu.
Dari Ka'ab bin Malik r.a. "Aku melihat Rasulullah SAW makan menggunakan 3 jari (ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah) (HR muslim)

Larangan mencela makanan
Jangan sesekali mencela makanan seperti 'tak sedap lah makanan ni, masin sangat, tawar dan sebagainya'..Jika tidak suka rasa sesuatu makanan itu elakkan daripada memakannya.

Tidak bersandar ketika makan
Makan dengan tertib dan duduk dengan betul bagi membolehkan makanan terhadam dengan baik

Jilat jari setelah selesai makan
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata. Rasullullah SAW bersabda, "Apabila seseorang selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)" HR Bukhari dan Muslim

Last, Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, ia akan menjadikan cepat kenyang dan membantu menyerap nutrien segar dari buah tersebut. jika makan nasi dahulu, nutrien buah tersebut akan hilang disebabkan oleh PH asid dari makanan berat yang lebih tinggi

p/s : semoga perkongsian ini dapat membantu (hasil dari bacaan mag. dara.com =))

Perasaan Bila BFF nak bertunang...

Salam...

Semalam me dapat perkabaran my BFF nak bertunang...

memula saja je message sebab tengok picture kat FB die nak bertukar tempat kerja dah..so nak tanya lah kot2 die keje kat Shah Alam...best la...hehe..alih-alih dapat berita dia tunang end of April....waa perasaan tu

Terkejut + Happy sangat + rasa bilalah turn aku pulak...haha

seriusly, dienye yang dulu takde cintan cintun sangat tetibe nak bertunang....
Wish u luck and happy always Farah...teringat dulu selalu ejek dia riang-riang...sebab dia tersangatlah riang...lagi pulak nama dia Farah maksudnya riang...belakang Farhana pula...maksud riang juga...so Farah Farhana jadinya?  hehe...so childish lah me...

Bestnye nak tunang dah...tapi me belum sedia lagi lah...huhu...

Bila message myMan bagitau farah nak bertunang...balasnya 'bestnye'...
Bila tanya awk dah bersedia ke kalau turn kita....jawabnya...'bersedia'...haha ok fine dengan yakinnya die jawab kan
me yang tak sedia lagi buat masa ni...sorie...huhuhu

ni lah my bestie...starting umur 18..dah 7 tahun dah berkawan rupanya =)
Kakcik ni sangatlah tak suka picture ni...haha...tapi saya suke...comey pe wat muka blur2 camtu..


dan ini couple yang selalu kena kejar pak guard...crazy lorh
[gambar kitorang awal bercinta dulu...form 3 yaww..]

now im form 13 dah ^_~...memang dah time ni...tapi sabar ye b...lalala

p/s : Comotnya saya..saja letak gambar dolu2..nak perasan muda jap..sape pandai, kesimpulan dari cerita di atas ce teka berapakah umur saya sekarang...haha..sape dapat teka dia memang comey =)

Cabaran 30 hari VCO...[day1]

Hai gurls...or guys pun boleh

Salam & Pagi.......

adakah kita nak lakukan sesuatu yang mencabar harini..

jawapan tidak bukan harini...

Jawapan nya adalah selama 30 hari...^^

Macam ada game pulak...

takde pun saja je nak cabar diri sendiri..

Kena scheduled baik-baik makan VCO yang baru dapat semalam...hehe..

Me ni jenis 2-3 hari rajin la..tengok nanti hari ke 4..mulalah lazy2..haha...so dengan adanya Cabaran 30 hari dengan VCO ni...harap dapatlah ingatkan me supaya makan capsule VCO tu...kata nak kulit cantik kan...kan...
so kena rajin...gambate...haha

Cabaran 30 hari VCO Catalyst..
[1st day accomplished]

Result...

Jerawat yang batu-batu dah tak jadi batu tapi still ada ye =)
Badan tak rasa lesu..ringan tulang la jadinya ek

Picture..
Tunggu2...last day nanti k...atau anytime lah dah sedia nanti..shy2...hee...

p/s : Kulit jerawat tandanya masih remaja kan..kan...lalala

1'st GA For BELOVED Followers - Mutiara NoLan

Me Join GA dari Mutiara NoLan ni =)

Jom Join Sama

[Klik Picture Untuk Join sama]

Tarikh Tutup : 11-04-11

(^_^)

Harap ada rezeki

Monday, March 28, 2011

Majalah wajib tiap bulan....


Alopz...haa ni lah dia majalah favourite...

Dulu dapat harga staff... ^_~

Sekarang beli harga kedai je lah..gatal resign

Majalah dara.com ni actually cite pasal remaja + fashion muslimah + ggirl..pasal agama pun ada

Tapi yang tak ggirl macam kite pun leh baca pe...lalala

Me paling suka tengok gaya bertudung, cute2 staff yang diorang promote, fesyen muslimah,

Latest ni Edisi 106 April '11 Gnie sangat seronok baca
'9 Surah yang mujarab Amalan  Rasulullah'
&
'Short Cut Untuk Solekan'

Me patutnya dah kena baca majalah Nur / Wanita neh...
tapi penat sebab tak bape suke membaca, suke tengok gambar je...majalah Nur & Wanita banyak teks so sesuai untuk mereka yang suka membaca

Majalah rapi pula cerita tentang kesihatan/kecantikan + teknik bersenam yang betul

Yang gnie suke edisi ni Bil 161 April ' 11
'Tip Cantik : Cara Terbaik Perangi Jerawat'

Tiap bulan memang tak miss kot...salah satu lah..kadang-kadang beli dua tapi lain2 time...pantang pergi kedai majalah..kadang2 beli majalah wanita..majalah nur kalau majalah dara dah habis...hehe..ikut mood lah sebenarnya nak beli apa...tapi majalah Dara tu dah jadi macam rutin kot ^_~

Haa peminat2 majalah leh la pergi Pesta buku Karangkraf kat dewan PWTC KL 22Apr ~ 1 Mei 2011
mesti banyak sangat diskaun yang korang dapat, boleh join game..hadiah mesti best2..


p/s : kalaulah ada diskaun untuk loyal customer kan best....ahahaha..joke

Virgin Coconut Oil dah sampai =)

Salam Readers...

Selamat Tengahari...

Dilema Isnin siapa yang alami? hehe..

Tapi saya happy harini, coz barang yang saya order dah sampai =)

Bila posmen call dah agak dah, nak hantar barang ni..hehe


Masa dapat kotak dah kemek sikit...hehe..takpe...kotak je pun...
Ni lah barang yang dah lama ku idamkan...hihi..supplement pun nak mengidam -_^
Seriously ingat dalam botol kaca...rupanya botol plastik je..hehe


Sebijik capsul yang bakal di telan :)

hehe dapat-dapat terus makan..

me lubangkan sikit coz nak sapu kat muka...

orang kata bau nya bad

tapi takdelah bad sangat..cuma tak wangi...bau minyak kelapa je...hee...bukan bau 'tengik' pun

Korang boleh dapatkan kat mana-mana kedai online..dah ramai agent yang jual..harga sama je cuma depends nasib korang time promosi ataupun mungkin postage fee beza-beza...harga tetap sama RM39.90...kalau ada yang promosi pun harga mungkin RM37.00...tapi tak ramai kot yang jual RM37...hee

ada 60 kapsul sebotol..
2x sehari makan
so cukuplah sebotol untuk sebulan =)

Yang ni Gnie beli dari ciksucatalyst
terperasan blog ciksu ni sebab beliau anjurkan cute couple contest..hee...

Sambil join sambil membeli... =)

Harap-harap lah produk ni berkesan pada diriku...hee..Aminn...

Sunday, March 27, 2011

Melepas Rindu.... ;P

Hari ahad kan, hari cuti-cuti sedunia...yeay..dan hari untuk berdetim..

nak wat gane..ni je hari free...hehe

Takde buat aktiviti ape pun...juz habiskan masa coz dah lama tak jumpe kan...

Aktiviti pertama mestilah makannnnnnn....

singgah mcD lah..Mc Value Lunch 12pm

BIG Mac .vs. MEGA Mac

ce teka sape big sape mega...haha...

Mega Mac berada di side saya...manakala Big Mac di side si dia..

........................................

Habis makan lepak luar jap....


Cara tebaik yer nak kave pimples...tiru macam saya...lalala

and

Shopping Jangan Dilupa....tak dapat beli banyak benda pun takpe tapi mesti nak ada beli satu benda...
habit kot

Lip Ice Sheer Color
Fragrance Free


Dah test dan berbaloi lah beli..coz sesuai ngan bibir ini...dan yang lagi best...die ikut color asal bibir kita/ mungkin color darah sendiri..soo natural..nanti saya watkan entri khas nak cite panjang lebar...hehe

Ok...see ya =)

Thanks sudi Reading...

Friday, March 25, 2011

Fresh Epal Aloe Vera

Kalau tekak terasa haus time bershopping me mesti beli air nih..takpun twister oren..biasa twister oren coz air ni botolnya kecik..tak puas minum..kena beli 3 botol baru puas..hehe...

Rasa fresh sangat kalau minum masa cuaca panas, pastu air ni baru keluar peti sejuk pulak..perghhh nyaman je rasa...

Start minat air ni dari masa belajar kat Perlis dulu. Hari-hari balik kuliah mesti beli. Tapi yang dalam botol je tau..yang dalam tin, aloe vera nya macam lemau..tak best nak kunyah..huhu

Ni lah air dari F&N Fruit Tree,

Perisa Epal & Aloe Vera..

Yang paling best dapat kunyah aloe vera sebijik-sebijik..hehe

Cubalah...

Aloe Vera kan baik untuk kulit wajah...hihi..

Thursday, March 24, 2011

Adatlah Berniaga Ada Pendengki

sorilah ni entri luah perasaan...tak baca pun takpe...tapi sapa blogshop owner ada pernah kena macamni mehla share...

Pejam celik dah dekat setahun rupanya gnie buat online business ni..memang tak lama mana. Tapi dah banyak dugaan dilalui.

Percaya tak kalau nak cakap berniaga online lagi besar risiko, lagi banyak perbuatan khianat, hasad dengki.

Bersaing tu no hal, tapi buatlah cara baik, tak perlu jadi batu api. Ni pantang tengok ada customer comment kat FB kite. Die terus je message senyap-senyap tawarkan harga lebih rendah. Bloody Heart betol bila dapat tau. Dosa tau mendengki2 ni..huuuu..Rezeki masing-masing lah. Tawakal je semoga terbuka lah pintu hati dia

One more thing, sebenarnya gnie tak pernah kisah pun tau sebelum ni orang nak tag pict ke FB kita ke apa tapi sejak 2011 ni makin menjadi-jadi tau..tak taulah nape..add untuk jadi business partner atau just nak tarik pelanggan. I aim ada satu business yang sama ngan gnie (kalau lain still tolerance), I think dia baru-baru je meniaga, kalau yang kita kenal its ok lagi boleh kautim pass-pass customer tapi memang sure tak kenal. Dia Tag semua item yang die ada, every single picture dia tag ke FB kita..alahai geram dibuatnya. FB gnie tu dah jadi macam FB die..muka hadapan hanyalah gambar dari profile die semata-mata..hukhuk..gnie jenis malas nak sound bising-bising lah..nanti wat gado je kang. Lagi kalau dapat yang jenis takleh terima teguran..huuu...fedap...

Redha je lah kan..ada hikmah tu..rilex je..jangan membalas nanti Tuhan balas balik berganda-ganda kang..Peace V(-_-)V

p/s : sekarang tengah rambang mata nak beli ladies accessories...wink wink...

Wednesday, March 23, 2011

Penangan Main Teka-teka

Ceritanya macam ni...aritu ada main teka-teka kat blog May Happiness Be Around You Now & Forever...siapa lagi kalau bukan blog ardinihumaira.com...Gnie main teka-teka coklat makanan kegemaran Dni. Menang 2x...huhu tamak kan..pasni tak jawab da..bagi chance org len lak T_T

Teka Pertama : Dapat Teka Cocopie...dan Gnie dapat hadiah ini

Dah Sampai Sehari Lepas Dni Post =)

Hehe..Wangi.....

Teka kedua senang sikit : Dapat Teka Coklat Boost (Cadbury)

Dapat Hadiah ni

Sampai Yesterday / mungkin Monday, tak cek peti on monday...huhu

Headband untuk shawls / free hair pun bole pakai =)

dengan message
jom-jom read =)

Hasil Dari Tekaan tu, Bila Tengok Cadbury Boost ni telan airliur...

Siyes tak pernah rasa, selama ni just pandang je coklat tu

Semalam gi Tesco teingat dan terus rembat 1..rasanya sedap wok..crunchy..tak rugi mencuba..hehe

Sambil tu rembat rocky sekali...lalala...coklat budak kecik


Today keluar gi Jusco, rembat lagi 3 coklat Boost ni...hahaha...kalau abis meh cari kat sini meh

Ni lah penangan main Teka-teka coklat ni...pantang nampak dah jadinya ni...huhu

Anyway nak thanks kat Dni bagi hadiah, rasa macam da banyak dapat hadiah dari Dni ni..huhu


Thanks singgah & baca...nak komen silalah =)

Ayork..baru perasan watermark tertempek blogshop punya..hadoi...tgn menulis pikiran ke lain camtu le jadinya...hukhuk...abaikan je la watermark tu ye


Jom Cari Hadiah kat sini pulak :)

Cik Eira Shoppe GiveAway :)

[Klik Mata untuk join]

Entry ringkas, giveaway yang paling ringkas tapi hadiah menarik tau :)

Sesiapa nak join klik mata atas ni tau ^^

Good Luck For Me or You...lalala
(^_^)

*penyertaan di tutup sehingga 1 APRIL 2011 :)

Tuesday, March 22, 2011

Debaran menunggu keputusan SPM

Jantung berdegup kencang, tangan jadi beku, lutut terketar-ketar, bibir tak mampu berkata-kata....aish risau...tapi tu dulu...hehe i'm not sweet seventeen anymore T_T..Perasaan takut tapi bahagia masa nak ambik keputusan..such a nerd pakai baju kurung naik bas dari Shah Alam ke KL tukar naik bas ke Seremban pula..jauh tu..belemoih huhu...tula dulu suka pegi sekolah jauh-jauh..konon-konon nak berdikari la tu..

Esok 23 Mac Oktober bermula jam 10 pagi, adik-adik yang amik keputusan SPM silalah berdoa banyak-banyak semoga dapat keputusan yang cemerlang..hehe...Gnie nak berdoa banyak-banyak untuk adik ku Muhammad Afif Ashraf...cett nama penuh..dia nya relax je, akak die yang berdebar-debar..serius..huu im such a pathetic

Ni gambar lama zaman i'm 17..rindunye
gosh..no more day left

My friend 3 orang tu semua top result...yang tengah tu especially..9A 1B..such a genius..civil engineering..belajar kat sekolah stail belajar kat U..yang Gnie ni tau main je, sy budak accounting..mesti la kena play je selalu hilangkan tension menatap nombor...lalala..alasan

Hari-hari terakhir kat sekolah..gembira , seronok , sedih....sobs

 Yeay...dah takyah pakai uniform sekola
 Memory...

Final Year Dinner
ada kisah sengal terjadi malam ni...hadoi...perang ustazah ngan murid...wahaha..ngarut je..negatif sangat ustazah tu...garang sangat..tapi sapa jadi anak murid dia mesti tau..dia manja sebenarnya ;P....

My School Sweet School..hahah..sekarang dah ada pintu gerbang kot

Oh yer..nak cek result SPM esok boleh juga pakai SMS tau..
Taip SPM RESULT SEMAK [NO KAD PENGENALAN] [angka giliran] hantar SMS ke 15888

Mulai jam 10 pagi hingga 12 malam 23/1003/2011 je tau

malam ni siap sedia amik ic no adik korang tau...hahaha ^(-.-)^ evil face

p/s : result SPM gnie tak hebat pun...tapi A lebih dari satu...ok la tu kan..poor me..huhu

updated 6.07pm : nape tah ada same mistake 2 kali on the same post..huu..tarikh 23/10 & 23 oktober...ape kena aku neh..still Mac la cik gnie oi..

updated 12.09 pm 23/03/2011 : Update cara semak keputusan...latest dari KPM sendiri, before this tengok kat blog orang..tak sangka salah info yang die bagi..cett


Pecah kaca pecah cermin sudah baca harap komen =)

cute couple contest

[klik picture untuk join]

Hehe..sweet couple..
Gnie nak join contest ni..u all kalau nak join klik banner kat ats ye.
Kalau yang tak tau Cik Su penganjur contest ni ada jual barangan catalyst tau..ala yang salah satu produknya, VCO, yang popular untuk menghilangkan jerawat tu. Teringin nak try tapi tengah guna produk lain sekarang, tunggu abis dulu =)

Segan nak letak picture tapi nak join sebab cam best je..hehe
Ni lah gambar yang nak dipertaruhkan..erk..cute ke? layan je eh...exclusive ni

Myman : dak ni makan je tau...mana tak gemok ;p
Me : Takpe..perot banyak partition...lalala =,=

Tarikh Tutup Penyertaan : 26 April 2011

Fuh fuh harap menang..hee

Gnie nak tag

Giveaway zalin onceitalk.com

[Klik Banner Untuk Join]

Harini gnie nak join GA ni..dapat topup free & review free kalau menang =)
Jom meriahkan GA ni

Tag

Sedih baca kisah ni..Al-Fatihah untuk Arwah

Pernah terbaca pasal ni? Bayi tersedak susu di nursery. It is so sad. Please read this & sedekahkan AlFatihah untuk Arwah Adelia bt Fariza.


Utusan Malaysia Online -
ARKIB : 20/03/2011

Bayi 2 bulan maut tersedak susu


Adelia Muhammad Nizzam


KUALA LUMPUR 19 Mac - Seorang bayi perempuan berusia dua bulan maut akibat tersedak susu ketika berada di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Seksyen 10, Shah Alam, Selangor pada Rabu lalu.
Adelia Muhammad Nizzam disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan, dipercayai kira-kira sejam sebelum dia dikejarkan ke klinik itu oleh pengasuh Taska.
Bapa bayi, Muhammad Nizzam Aminuddin, 34, melahirkan kesal dengan tindakan pengasuh di Taska tersebut yang lewat menghantar anaknya untuk mendapatkan rawatan, selain gagal memaklumkan segera kejadian itu kepadanya.
"Ketika kejadian, saya dan isteri sedang mencari pakaian untuk arwah di sebuah pusat membeli-belah di Subang Jaya. Apa yang saya kesalkan, pihak Taska lewat memaklumkan kejadian itu iaitu kira-kira pukul 11.30 pagi, selepas bayi kami disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan di klinik tersebut.
"Pihak klinik memaklumkan Adelia mungkin dapat diselamatkan sekiranya pihak Taska bertindak cepat dengan menghantarnya ke klinik sejurus melihat perubahan berlaku," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini. 
Adelia merupakan anak kedua Muhammad Nizzam dan isterinya, Fariza Tukir, 32. Keluarga itu yang menetap di Seksyen 13, Shah Alam baru dua hari menghantar bayi itu ke Taska tersebut.
Bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam pada hari kejadian, namun pihak Taska juga membuat laporan polis berhubung kejadian itu hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob semasa dihubungi mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.


********************************************************************************************
Ye..ibubapa mana yang akan biarkan perkara ni berlalu begitu saja. Mereka yang rasa remuk di hati. Pihak yang patut bertanggungjawab dengan mudah kata itu fitnah. Tak masuk akal betul.




Apabila bapa komen di wall FB nursery tersebut, commentnya di padam..Klik untuk gambar lebih jelas

kata-kata seorang ibu :

Ya Allah Bismillah, help me to strengthened my spirits
Adelia's death was totally unexpected ...my heart is crushed
and I can still feel her linger as I remember the night before how restless she was but there were no cries or tears, how she wanted to cling to us, how she refused to be bottle fed a week before that gave me grave concerns about how I will go back to work.

And thus every drop of breastmilk, I bless thee my daughter in heaven as deemed halal for you.

The morning of 16 March, with great confidence to the nursery I submit Adelia to their care

It breaks my heart to leave you behind. It breaks any mother's heart to do so that I decided to buy new clothes for you to wear to replaced the preloved ones you are wearing from your sister.
...They tried everything but to no respond .. Ya Allah .. Adeline has left for heaven.. Innalillahi wailla hiraji'un .. Mummy Redha your farewell from us dear

.. but why .. WHY .. I need answers.

I did not have the heart to have them slice you up for the post-mortem and to wait for the 2 to 3days process...No mother would have the heart to have their bubbly little princess sliced up.
She ends her note with :

For now .. we know you await us in heaven my child. 
My child is now an Angel. Amin

Gnie baca all this from link2 di bawah & put it on my web just to share
details visit

p/s : better kalau company-company ada sediakan nursery untuk ibu-bapa hantar anaknya so apa-apa jadi lebih senang, lagipun some child yang bawah 2 tahun kan still perlukan susu ibu. 

Al-Fatihah untuk arwah

Saturday, March 19, 2011

Panggilan Hangit Lisa Surihani

Alolo comeynye...

Always adorable...kan

Nak dengar panggilan hangit macaman Lisa tanganinya...meh dengar ni...sian Lisa..huhuhu

p/s : cantik..still cantik bahasanya walau tengah marah ;)

My e-Shop

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bloggroll

Hye Everyone, exchange your link here. This list will be use for blogwalking :)

Thank You So Much For Visiting ^^

Thank You So Much For Visiting ^^
From : Gnie The Manager of this blog..lalala