Aku merupakan pelajar di sebuah sekolah teknik di negeri sembilan, dan memang majoriti yang belajar di situ tinggal di asrama. peristiwa ni berlaku kira-kira jam 1.00 pagi. Time tu semua pelajar form 4 bercuti kerana dewan digunakan untuk peperiksaan SPM. So tinggallah kami pelajar form 5 di asrama. Maka bangunan pelajar form 4 yang mengadap bangunan asrama pelajar form 5 kosong sepanjang tempoh itu.
Seperti biasa, bermula hari pertama SPM kami (aku dan 2 orang kawan lagi) stay up bersama. Kami tak dibenarkan memasang lampu dorm selepas jam 11 malam, so kami gunakan lampu corridor untuk study (ni kes malas nak pergi bilik study). Sama-sama duduk di depan pintu dorm.
Pada malam kejadian, memang aku rasa seram sejuk, suasana pun sunyi sepi. aku pun rasa mengantuk sangat malam tu tapi gagahkan diri untuk study. Jam menunjukkan 11.50 malam, disebabkan mata dah tersangat mengantuk aku pun bancuh nescafe 3 in 1 dan mengajak rakan-rakan yang lain makan beskot cicah untuk menghilangkan mengantuk.
Aku duduk mengadap pintu, dua rakan yang lain membelakangkan pintu. Dorm kami di tingkat 2 bangunan tersebut. Kami minum sambil berbual kosong. sehingga jam menunjukkan pukul 1pagi. Sedang aku leka memerhatikan ke luar/ bangunan asrama form 4 tiba-tiba sehelai kain putih melantun dari arah bawah. Ya melantun, aku pun pelik sambil mukaku terkejut macam nampak hantu (ni kawan-kawan yang ceritakan semula esoknya). Rakan-rakan yang lain terus menoleh walaupun aku belum beritahu apa-apa pun pada mereka sebab aku memang terdiam seribu bahasa, namun rakan-rakan yang lain berseloroh sambil nak menyedapkan hatiku dan hati mereka juga perhaps. Dalam fikiranku, mungkin rakan-rakan yang lain main badminton di bawah
Kami teruskan menjamah biskut kering bercicahkan air nescafe sambil masing-masing kelu lidah tak berkata.
Namun usikan tu tidak terhenti di situ. Lagi sekali lantunan itu terjadi selepas kami reda. Dan kalini lebih tinggi dan agak menampakkan 1/3 bahagian kain tersebut, jantung aku terus laju. terus je mulut berkata 'Korang tutup je lah pintu, jom tido'..rakan aku dua orang tu seperti faham dan terus tutup pintu pergi ke katil masing-masing. Tinggalkan semua cawan di depan pintu.
Aku masih curious, namun kami harus ke toilet sebelum tido...coz dah teguk banyak gila air sebab nak hilangkan rasa takut. Aku tak sure kenapa dalam perjalanan ke toilet, dengan perasaan ingin tahu, aku sempat menjenguk ke bawah dari koridor atas. Takde sesiapa, kebanyakan pelajar dah tidur, takde yang study di bilik study di bawah pun harini. Confuse. kami cepat-cepat ke toilet dan balik ke dorm untuk tidur.
Keesokan harinya, selepas tamat satu exam, rakanku terus bertanya 'kenapa muka ko pucat gila semalam pastu terus ajak tido, ko nampak ape?'...baru aku tau kenapa diorang ikut je bila aku ajak tido. Diorang perasan muka aku macam tak berdarah dah dan mereka dah agak mesti ternampak sesuatu...haha
Sampai sekarang aku still teringat peristiwa ni, mungkinkah gurauan benda tu atau just khayalan aku..tak mungkin khayalan boleh muncul 2 kali berturut kan..memang sejak form 4 aku pernah tengok gambar yang diambil ada Po*o*g menumpang. Tak sangka usikan tu terjadi padaku sendiri. itulah pertama dan diharap yang terakhir aku nampak. huhu...tak sanggup mak...
p/s : mujur that thing tak sergah, just menampakkan diri je..boleh demam seminggu kau kalau die say 'Hi'
1 comment:
gila seram....nasib baik dia tak meloncat depan muka...hehehe
Post a Comment