Pemanis blog =)

Search

Tuesday, March 1, 2011

Antara lelaki yang akan di reject oleh gurls...

Harini nak cerita pula pasal lelaki dan wanita, sebabkan saya wanita so haruslah bagi pandangan dari sudut wanita. Ni based on pengalaman masa muda mudi..dah tua rupanya T_T. Dan kemahuan ni pun based on gurl yang mempunyai citarasa seperti saya..ngeehee..taklah ni common je rasanya. Untuk wanita yang dah berfikir nak ikatan serius. Kalau gurls yang masih di bangku sekolah fenomena diorang lain. puppy love..wink..wink

1st : Lelaki yang TAK MATURED
hah apa maksud tak matured? sebenarnya lelaki tak matured ni banyak kategori, dan kategori yang paling menyampah sekali lelaki yang menggunakan perkataan euw semasa ber'message..contohnya : "dah makan kew","dah minum kew","dah mandi kew","awak busuk lew","takdew"..kalau dulu dapat message camni rasa nak campak je handset..sian handset yang jadi mangsa. Harap dah takde la yang message aku guna word euw....

2nd : Lelaki yang TAK SEMENGGAH
korang faham tak word 'semenggah'? aku tak ingat la mana belajar word tu, tapi cam best nak sebut. :D korang google la maksudnya, de kata maksudnya tak 'Siap'. macam tak kena je laki tak siap, cacat ke? huu..bukan..Tak Semenggah ni macam Tak Terurus la. Baju comot, nak gi dating tapi selekeh sgt. Scenario : Pegi Timesquare masuk toilet cuci muka, keluar toilet air menitik2 dari muka. Walaupun nampak macam biasa, mungkin air sembahyang..good boy..tapi malangnya scenario tu buatkan si gadis think. 'Selekeh mamat ni, kalu ye pun lap la dulu air kat muka tu, tak semenggah betul la'..kepada lelaki on first date jgn buat camni. Kalau dah lama bercinta tu up to u lah, tapi seeloknya takyah la. Jaga sikit penampilan tu. ok.

3rd : Lelaki MANJA vs Lelaki BARAN
Mesti ramai tau, lelaki kalau dah manja akan mengalahkan manja perempuan. setuju? Tak salah pun manja, as long as dia boleh manjakan perempuan tu jugak. Sebab majoriti lelaki dalam dunia ni akan manja dengan keluarga dia, dan biasanya lelaki yang manja ngan family dia sangat menyayangi family, tapi jangan dilupa anda ada awek. Bagi manja tu sikit pun jadila kat awek tu. Kebanyakan awek tak suka memanjakan tapi suka dimanjakan, so jangan berlebih2 gedik nak bermanja cam meow. Jangan pula terus garang ngan awek. Sedang2 aje. Lelaki baran pula, spesis yang ni memang dibenci wanita, so beware dan belajar kawal emosi, bila nak marah istighfar banyak2 =)

4th : Lelaki yang Tak Boleh Berdikari
hee..tak tau lah ada ke tak. Bila nak beli barang dia suruh awek je pegi, dia tunggu dalam kete. Kadang2 takpe, selalu2 tak boleh. Coz perkara ni akan terbawa2 sampai kahwin nanti, masa bercinta memang takpe tak rasa, nanti dah kawin korang tengok. Nak gi hari Laporan anak, isteri yang kena pegi, suami dok dalam kete. Tak menyirap darah camtu. Mana2 pegi semua isteri yang kena, susah nanti. Cukuplah isteri dah buat kerja sebagai isteri, suami tolonglah protect isteri ok.

5th : Lelaki yang Memaksa/Push/Desperado
Situation : SMS (antara girl dan boy laki ni secret admire girl)
Boy : Hai awak, lama tak dengar cite
Girl : Yup, hai
Boy : Awak sombong eh sekarang
Girl : Bz sket
Boy : Awk kenal sy lagi?
Girl : Ada save number, kenal nama jela tak kenal muka
Boy : Oh yeke, nama saya Anuar <---(konon2 nak test la tu)
Girl : Oh yeke Anuar, bukan Ahmad ke.. <---(gurl dah separa menyampah)
Boy : Awk ingat sy lagi eh
Girl : yup <---(dah tau nama dia kira ingat la lagi laki yang selalu ngacau hidup)
Boy : Dah lama tak message, yela dulu awak tolak cinta sy
Girl : Tak penah becinta, kwn je kot 
Boy : Awk bz ke, maafla kalau menggangu <---(baru nak tanya ke)
Girl : <---(tak balas message sebab dah hyper menyampah)
Boy : Awk nape tak balas
(lepas 2 saat msg tak dibalas)
Boy : awk?
(lagi 2 saat msg tak dibalas)
Boy : Awk bz sgt ke?
(2 saat berlalu)
(Ringtone phone girl berbunyi, girl terus angkat tanpa tengok nombor)
Girl : Helo (bunyi tepon di letak)
(Girl : Check number, oh mamat tu..gila kedekut, dah kol letak pulak..pengecut)
(2 saat berlalu)
(Ringtone berbunyi lagi)
Girl : (cepat2 bagi phone kat abang dia, haha ni taktik nak stopkan perbualan)
Boy : (Terus letak phone) message : awak, ade laki angkat fon
Boy : awak dengan sapa tu?  <---(kalau aku ngan sapa2 pun ada kena mengena hidup dan mati kau ke)
hahah...dan girl terus tak balas dah, korang boleh nampak tak macam laki desperate..wutevalahkan..
(aku emo je tulih part ni, sbb aku baru terkena, dan ini kisah benar, cuma nama ditukar, dan salah aku juga awal2 pegi balas message T_T)

Setakat 5 je la dulu, kalau nak senaraikan lagi tak habis kang. Semua orang pun ada sifat ni kadang2 cuma jangan keterlaluan dan jangan selalu buat perangai ni lah. Kalau ciri-ciri ni diterbalikkan jadi tajuk "antara girl yang akan di reject oleh lelaki" pun boleh juga kan..huhu lebih kurang je. Nobody perfect.

Salam, dan jangan marah2 k.
Sehingga bersua lagi V(^_^)V peace

AKU MASIH DARA
sape tak tengok lagi movie ni sila pegi tengok..best jugak ;p banyak aspek pengajaran disitu cuma takleh blah ending tengok tgn Ashraf Muslim pulak yang patah tiba2 je..hahaha 

No comments:

My e-Shop

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bloggroll

Hye Everyone, exchange your link here. This list will be use for blogwalking :)

Thank You So Much For Visiting ^^

Thank You So Much For Visiting ^^
From : Gnie The Manager of this blog..lalala