Pemanis blog =)

Search

Wednesday, December 10, 2014

Mrs kepada Mr Naim already

Almost a year berlalu sejak tarikh kejadian.
Macam tak caya dah jadi isteri orang. 
Dan macam tak caya dah setahun still feeling2 pengantin baru lg nih..hihi
honeymoon tak menyempat dok sibukkan keje.

01 March 2014

Tarikh nikah kite. Masuk surau terasa macam gempa bumi dalam badan. nervous..haha Syukur da lepas, tengok bakal asben dari jauh makin segak pulak jadi pengantin, jatuh cinta taktau kali keberapa. Selesai lafaz nikah, tengok semua orang senyum. Syukur. Restu tu takyah guna kata-kata, senyum je pun boleh. Alhamdulillah.

02 March kenduri rumah sendiri

Sebelum nikah banyak yang terjadi, biasa kan tension2 buat persiapan sampai rasa nak tarik diri, family dah dengan tugas masing-masing.
Terfikir camne org yang kawin 2 or 3 or 4 or 5 kali tu. Tak penat ke. Nasib mak setuju taknak wat malam berinai so majlis agak ringkas. Petang sabtu nikah & jamuan makan kecik-kecik, malam doa selamat, pengantin pakai baju kurung je pun..haha. Esoknye sanding. 
Petang terus outdoor photoshoot.
Sekali jalan sekali penat
:


6 April 2014

Majlis bertandang rumah family husband. Masa ni persiapan mostly dah ready.
Family yang settle. i jadi pengantin je..haha..
Tapi letih nya sama je. letih senyum..haha..nama pun pengantin kn.

serius penat jadi pengantin tapi its fun. yeah.
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Sotong Goreng Telur Masin Tanpa Butter

Assalammualaikum wbt

Rentetan dari teringin lepas hubby cerita company dia belanja makan-makan kat bagan port klang maka terjadilah resepi ni untuk dinner


Resepi ni sangat simple tapi sedap, Gnie dah pernah cuba guna butter tapi tak best la, muak rasanya so Gnie cuba guna minyak sapi+minyak masak dan hasilnya husband approve. ok jom try.

Sotong Goreng Telur Masin

Bahan-bahan :
2 biji Telur Masin - direbus dan ambil kuningnya
10 ekor sotong putih - saiz sederhana - potong bulat2*
1 cwn tepung jagung
serbuk lada hitam/black pepper secukup rasa
2 tangkai daun kari
1 sb minyak sapi + 2 sb minyak masak - boleh kurangkan
5 biji cili padi kampung (pedas) - ikut selera 
secubit gula

Cara-cara :
1. Rebus telur masin ambil kuningnya sahaja lenyek dan hancurkan, putihnya boleh ambil sikit nak bagi masin.
2. Tabur serbuk black peper keatas sotong dan gaul ke dalam tepung jagung**. Goreng kan dengan minyak panas. tak perlu lama sangat takut sotong liat. Angkat dan toskan.
3. Panaskan minyak sapi+minyak masak, kurang harum tapi masih sedap juge. hehe
4. Masukkan kuning telur hancur tadi dan gaul sebentar
5. Agak2 dah berbuih masukkan daun kari dan cili. kacau
6. Akhir sekali masukkan sotong goreng tepung tadi dan gula. Kacau. 
7. Siap untuk dihidang.

Perut kenyang, suami pun puji.

* kalau dapat sotong fresh lagi best 
** nak tabur black pepper dalam tepung jagung pun sodap
Sekian. Selamat mencuba.
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

My e-Shop

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bloggroll

Hye Everyone, exchange your link here. This list will be use for blogwalking :)

Thank You So Much For Visiting ^^

Thank You So Much For Visiting ^^
From : Gnie The Manager of this blog..lalala