Rentetan dari teringin lepas hubby cerita company dia belanja makan-makan kat bagan port klang maka terjadilah resepi ni untuk dinner
Resepi ni sangat simple tapi sedap, Gnie dah pernah cuba guna butter tapi tak best la, muak rasanya so Gnie cuba guna minyak sapi+minyak masak dan hasilnya husband approve. ok jom try.
Sotong Goreng Telur Masin
Bahan-bahan :
2 biji Telur Masin - direbus dan ambil kuningnya
10 ekor sotong putih - saiz sederhana - potong bulat2*
1 cwn tepung jagung
serbuk lada hitam/black pepper secukup rasa
2 tangkai daun kari
1 sb minyak sapi + 2 sb minyak masak - boleh kurangkan
5 biji cili padi kampung (pedas) - ikut selera
secubit gula
Cara-cara :
1. Rebus telur masin ambil kuningnya sahaja lenyek dan hancurkan, putihnya boleh ambil sikit nak bagi masin.
2. Tabur serbuk black peper keatas sotong dan gaul ke dalam tepung jagung**. Goreng kan dengan minyak panas. tak perlu lama sangat takut sotong liat. Angkat dan toskan.
3. Panaskan minyak sapi+minyak masak, kurang harum tapi masih sedap juge. hehe
4. Masukkan kuning telur hancur tadi dan gaul sebentar
5. Agak2 dah berbuih masukkan daun kari dan cili. kacau
6. Akhir sekali masukkan sotong goreng tepung tadi dan gula. Kacau.
7. Siap untuk dihidang.
Perut kenyang, suami pun puji.
* kalau dapat sotong fresh lagi best
** nak tabur black pepper dalam tepung jagung pun sodap
No comments:
Post a Comment