Assalammualaikum, lama tak update blog, bersawang mawang... ^_~
Sebelum ni ada Gnie letak WW gambar macam kat atas ni, tapi tak elaborate apa-apa pun kan. So harini nak cerita panjang-panjang, coz ada yang bertanya kan
Condition sebelum pakai : muka ada parut-parut jerawat yang jelas + freckles + tak sekata
First, Gnie start guna Bio Essence Tanaka White (1 set) bulan puasa yang lepas, lagi seminggu nak raya =) tapi pakai trial set je, dalam pack tu ada pencuci muka, toner, moisturizer siang, moisturizer malam, double essence, dan facial sheet mask. Boleh tahan sebulan la jugak Gnie pakai kecuali mask tu pakai sekali je dan essence 1+1 sachet je.
Condition selepas seminggu pakai : muka rasa gebu je, soft, bright & fair, pori pun mengecik, parut and freckles pudar. Pendek kata best sangat.
Masa pakai trial set super best, time malam sehari sebelum raya tu dah nampak kesan. Kiranya berkesan produk ni tapi kena pakai satu set lengkap, pencuci + toner + moisturizer.
Then, memandangkan perjalanan dari Shah Alam ke kampung berjam-jam(gerak lepas berbuka, sampai kampung dah nak sahur) lalu jalan dalam (jalan lama/jalan kampung) so muka ni pun tak bercuci sampai la kat kampung, kat kampung pulak, tolong kemas rumah opah, kulit Gnie ni sentimental sikit, takleh kena habuk, takleh makan makanan laut, so jerawat naik hari raya pertama, hangin rasanya :(
Condition lepas jerawat naik kesan dari habuk : Produk ni tak sesuai dengan kulit yang ada jerawat, jerawat tak mengecut, jadi makin banyak.
BE Pencuci mukanya jenis foam - Ok tak harshBE Toner - Ok sebab clarify (untuk pori terbuka, sangat sesuai)BE Moisturizer siang - Best tapi berminyak untuk sesiapa jenis kulit berminyak, gnie skip-skip pakaiBE Moisturizer malam - Super Best*BE = Bio Essence
Bila kulit dah naik jerawat dekat sebulan sampai dah nak habis raya, Gnie stop pakai produk yang berminyak, so moisturizer siang tu Gnie tukar ke Moisturizer Aiken yang khas untuk acne + oily.
Aiken - Pun best, jerawat makin surut, tapi ia tak pudarkan parut
Lepas jerawat dah kurang, trial set pun habis, nak beli satu-satu, harga nya agak mahal kot..ngeetapi botol besar boleh tahan 2 bulanBE Facial Foam - RM20BE Moisturizer - RM20Moisturizer siang/malam - RM50/each*Anggaran je,harga sebenar tak ingat
disebabkan time nak beli tu terasa sayang duit, so Gnie just beli facial foam dan toner je. Sampai sekarang tak beli pun moisturizer nye. heeeee dan takde perubahan dah kat muka, just maintain, tak boleh nak hilangkan parut-parut jerawat tu sebab tak pakai 1 set, moisturizer malam tu yang work best kalau tak silap.
Additional item 1 : gambar atas tu ada Bio Essence anti freckles cream (Bukan dalam range Tanaka White), tak berkesan pun untuk Gnie..huhu dan oily, sangat jarang pakai.
Untuk Garnier Pure Active Multi-action Scrub tu dah pernah buat review sebelum ni. Klik kat sini
Done review 5 produk-Bio Essence Tanaka White Gentle Cleansing Form-
-Bio Essence Tanaka White Bright White Clarifying Softener-
-Garnier Pure Active Multi Action Scrub-
-Aiken Tea Tree Oil Spot Away Daily Moisturising Lotion-
-Bio Essence Anti Freckles Cream-
Hope dapat membantu sesiapa yang baru nak mencuba
*Tested pada skin saya sahaja, orang lain mungkin akan dapat result berbeza
Sori lama tak update dan tak dapat bloogwalking sangat, internet slow sangat :(
Till then..take care
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************