Pemanis blog =)

Search

Showing posts with label Survey. Show all posts
Showing posts with label Survey. Show all posts

Thursday, March 10, 2011

Online Shopping VS Offline Shopping Part1

Assalammualaikum ........
Shhhhh entri serius ni....hehe..ops tergelak...fine memang takleh series

Korang suka shopping tak? Tak kisahlah online atau offline...suka tak? heyhey jangan tipu cakap tak suka, especially girlsss...kalau redah pasaraya kalau boleh setiap ruang dan celah awk nak redah...tak bohong...dats my true story...lalala.hehe tapi tu kalau ada motif dan poket berisi, kalau takda apa nak cari memang bertapak gi cari tempat makan je la.

Tapi ni nak tanya...antara online shopping dan offline shopping mana korang prefer?
for me, i think online kot...hehe...tapi dua-dua sama je ada pros and cons..ikut mood jugak....

10 sebab Kenapa saya suka shopping ONLINE...dan kenapa anda harus Shopping Online

1st : Sebab saya boleh tengok model menggayakan item-item yang dijual

2nd : Sebab saya boleh pilih tanpa risau ada orang yang dah letih menunggu ;p

3rd : Sebab saya tak perlu tengok peniaga buat muka masam acuh tak acuh je, tengok orang pakai
        biasa- biasa sebelah mata pun tak pandang...kalau aku pakai ala2 artis dengan serta merta diorang
        bangun dan layan...pelik, diorang boleh scan ke poket orang dengan pandang pada gaya...huu T_T sobs

4th : Sebab saya takkan mudah tergoda dengan ayat-ayat manis peniaga

5th : Sebab saya tak perlu letih berjalan round2 pusing shopping complex

6th : Sebab duit saya akan habis kat satu barang je bukan banyak2...hehe rasa tak berbaloi kalau dah keluar
        shopping beli 1 barang je..kalau online tade hal lah :)

7th : Sebab online kita boleh pikir lama sikit untuk order..

8th : Sebab online kita boleh compare harga dengan online shop yang lain, sekarang kan dah terlampau
        banyak online shopping kat Malaysia :)

9th : Sebab save masa :)

10th : Sebab relax, sambil baring pun leh order..haha 24 hours k.. =)

(Picture from google)

Sambungan Part 2 nanti tentang shopping offline pula

Wednesday, March 2, 2011

Wanita Oh Wanita

Pernahkah anda mengalami nasib seperti
- Dimarah
- Dimaki
Tanpa sebab. Oleh seorang wanita? haha..
Itulah kelebihan wanita, kelemahan juga. Mereka perlu melalui fasa-fasa, 'ah rasa nak tido je arini', 'jangan tegur aku kalau kau nak selamat', 'everything soo boring today'..fasa-fasa seperti ini disebut fasa PMS.

Kalau korang pernah terkena situasi kat atas tu harap mengertilah, saat-saat tersebut wanita kalau salah sikit dia cepat melenting, lepas marah-marah boleh jadi jap lagi dia nangis, dalam masa 2 jam nanti korang tengok dia happy gila pastu yang malas jadi rajin buat kerja. Orang kata dah macam buang tebiat. Di saat macamni anda sebagai ahli keluarga atau rakan atau boipren silalah tahan sabar dan cuba memahami. hehe..its complicated being a girl but its anugerah kan.. ;p

Bila waktu wanita didatangi datang bulan, mereka akan rasa insecure, completely tak selesa, dan kalau boleh nak berkurung dalam bilik je. Nak bercakap pun malas. So tak perlu kata apa2. sehari dua baiklah tu =)

Kalau korang nak lagi memahami, korang kena sediakan ini sebagai persediaan..T_T

Yep..Panadol menstrual

Pinkish..wink wink..hehe

Sekian, Wassalam....

p/s : aku teringat drama korea/jepun 'Personal Taste' romantik tau encik boipren pegi carikan ubat untuk awek. Tapi diorang ni tak couple pun semenanya. Masing2 ego, dalam hati ada taman..wuu
Korang carilah cerita tu..mesti berbunga-bunga je hati ;D
Actor & Actress dia comey sangat-sangat..hihi

Actor
Lee Min-ho

Actress
Son Ye-Jin

Tengok jangan tak tengok =)


Tuesday, March 1, 2011

Antara lelaki yang akan di reject oleh gurls...

Harini nak cerita pula pasal lelaki dan wanita, sebabkan saya wanita so haruslah bagi pandangan dari sudut wanita. Ni based on pengalaman masa muda mudi..dah tua rupanya T_T. Dan kemahuan ni pun based on gurl yang mempunyai citarasa seperti saya..ngeehee..taklah ni common je rasanya. Untuk wanita yang dah berfikir nak ikatan serius. Kalau gurls yang masih di bangku sekolah fenomena diorang lain. puppy love..wink..wink

1st : Lelaki yang TAK MATURED
hah apa maksud tak matured? sebenarnya lelaki tak matured ni banyak kategori, dan kategori yang paling menyampah sekali lelaki yang menggunakan perkataan euw semasa ber'message..contohnya : "dah makan kew","dah minum kew","dah mandi kew","awak busuk lew","takdew"..kalau dulu dapat message camni rasa nak campak je handset..sian handset yang jadi mangsa. Harap dah takde la yang message aku guna word euw....

2nd : Lelaki yang TAK SEMENGGAH
korang faham tak word 'semenggah'? aku tak ingat la mana belajar word tu, tapi cam best nak sebut. :D korang google la maksudnya, de kata maksudnya tak 'Siap'. macam tak kena je laki tak siap, cacat ke? huu..bukan..Tak Semenggah ni macam Tak Terurus la. Baju comot, nak gi dating tapi selekeh sgt. Scenario : Pegi Timesquare masuk toilet cuci muka, keluar toilet air menitik2 dari muka. Walaupun nampak macam biasa, mungkin air sembahyang..good boy..tapi malangnya scenario tu buatkan si gadis think. 'Selekeh mamat ni, kalu ye pun lap la dulu air kat muka tu, tak semenggah betul la'..kepada lelaki on first date jgn buat camni. Kalau dah lama bercinta tu up to u lah, tapi seeloknya takyah la. Jaga sikit penampilan tu. ok.

3rd : Lelaki MANJA vs Lelaki BARAN
Mesti ramai tau, lelaki kalau dah manja akan mengalahkan manja perempuan. setuju? Tak salah pun manja, as long as dia boleh manjakan perempuan tu jugak. Sebab majoriti lelaki dalam dunia ni akan manja dengan keluarga dia, dan biasanya lelaki yang manja ngan family dia sangat menyayangi family, tapi jangan dilupa anda ada awek. Bagi manja tu sikit pun jadila kat awek tu. Kebanyakan awek tak suka memanjakan tapi suka dimanjakan, so jangan berlebih2 gedik nak bermanja cam meow. Jangan pula terus garang ngan awek. Sedang2 aje. Lelaki baran pula, spesis yang ni memang dibenci wanita, so beware dan belajar kawal emosi, bila nak marah istighfar banyak2 =)

4th : Lelaki yang Tak Boleh Berdikari
hee..tak tau lah ada ke tak. Bila nak beli barang dia suruh awek je pegi, dia tunggu dalam kete. Kadang2 takpe, selalu2 tak boleh. Coz perkara ni akan terbawa2 sampai kahwin nanti, masa bercinta memang takpe tak rasa, nanti dah kawin korang tengok. Nak gi hari Laporan anak, isteri yang kena pegi, suami dok dalam kete. Tak menyirap darah camtu. Mana2 pegi semua isteri yang kena, susah nanti. Cukuplah isteri dah buat kerja sebagai isteri, suami tolonglah protect isteri ok.

5th : Lelaki yang Memaksa/Push/Desperado
Situation : SMS (antara girl dan boy laki ni secret admire girl)
Boy : Hai awak, lama tak dengar cite
Girl : Yup, hai
Boy : Awak sombong eh sekarang
Girl : Bz sket
Boy : Awk kenal sy lagi?
Girl : Ada save number, kenal nama jela tak kenal muka
Boy : Oh yeke, nama saya Anuar <---(konon2 nak test la tu)
Girl : Oh yeke Anuar, bukan Ahmad ke.. <---(gurl dah separa menyampah)
Boy : Awk ingat sy lagi eh
Girl : yup <---(dah tau nama dia kira ingat la lagi laki yang selalu ngacau hidup)
Boy : Dah lama tak message, yela dulu awak tolak cinta sy
Girl : Tak penah becinta, kwn je kot 
Boy : Awk bz ke, maafla kalau menggangu <---(baru nak tanya ke)
Girl : <---(tak balas message sebab dah hyper menyampah)
Boy : Awk nape tak balas
(lepas 2 saat msg tak dibalas)
Boy : awk?
(lagi 2 saat msg tak dibalas)
Boy : Awk bz sgt ke?
(2 saat berlalu)
(Ringtone phone girl berbunyi, girl terus angkat tanpa tengok nombor)
Girl : Helo (bunyi tepon di letak)
(Girl : Check number, oh mamat tu..gila kedekut, dah kol letak pulak..pengecut)
(2 saat berlalu)
(Ringtone berbunyi lagi)
Girl : (cepat2 bagi phone kat abang dia, haha ni taktik nak stopkan perbualan)
Boy : (Terus letak phone) message : awak, ade laki angkat fon
Boy : awak dengan sapa tu?  <---(kalau aku ngan sapa2 pun ada kena mengena hidup dan mati kau ke)
hahah...dan girl terus tak balas dah, korang boleh nampak tak macam laki desperate..wutevalahkan..
(aku emo je tulih part ni, sbb aku baru terkena, dan ini kisah benar, cuma nama ditukar, dan salah aku juga awal2 pegi balas message T_T)

Setakat 5 je la dulu, kalau nak senaraikan lagi tak habis kang. Semua orang pun ada sifat ni kadang2 cuma jangan keterlaluan dan jangan selalu buat perangai ni lah. Kalau ciri-ciri ni diterbalikkan jadi tajuk "antara girl yang akan di reject oleh lelaki" pun boleh juga kan..huhu lebih kurang je. Nobody perfect.

Salam, dan jangan marah2 k.
Sehingga bersua lagi V(^_^)V peace

AKU MASIH DARA
sape tak tengok lagi movie ni sila pegi tengok..best jugak ;p banyak aspek pengajaran disitu cuma takleh blah ending tengok tgn Ashraf Muslim pulak yang patah tiba2 je..hahaha 

My e-Shop

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bloggroll

Hye Everyone, exchange your link here. This list will be use for blogwalking :)

Thank You So Much For Visiting ^^

Thank You So Much For Visiting ^^
From : Gnie The Manager of this blog..lalala