Pemanis blog =)

Search

Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Wednesday, December 10, 2014

Sotong Goreng Telur Masin Tanpa Butter

Assalammualaikum wbt

Rentetan dari teringin lepas hubby cerita company dia belanja makan-makan kat bagan port klang maka terjadilah resepi ni untuk dinner


Resepi ni sangat simple tapi sedap, Gnie dah pernah cuba guna butter tapi tak best la, muak rasanya so Gnie cuba guna minyak sapi+minyak masak dan hasilnya husband approve. ok jom try.

Sotong Goreng Telur Masin

Bahan-bahan :
2 biji Telur Masin - direbus dan ambil kuningnya
10 ekor sotong putih - saiz sederhana - potong bulat2*
1 cwn tepung jagung
serbuk lada hitam/black pepper secukup rasa
2 tangkai daun kari
1 sb minyak sapi + 2 sb minyak masak - boleh kurangkan
5 biji cili padi kampung (pedas) - ikut selera 
secubit gula

Cara-cara :
1. Rebus telur masin ambil kuningnya sahaja lenyek dan hancurkan, putihnya boleh ambil sikit nak bagi masin.
2. Tabur serbuk black peper keatas sotong dan gaul ke dalam tepung jagung**. Goreng kan dengan minyak panas. tak perlu lama sangat takut sotong liat. Angkat dan toskan.
3. Panaskan minyak sapi+minyak masak, kurang harum tapi masih sedap juge. hehe
4. Masukkan kuning telur hancur tadi dan gaul sebentar
5. Agak2 dah berbuih masukkan daun kari dan cili. kacau
6. Akhir sekali masukkan sotong goreng tepung tadi dan gula. Kacau. 
7. Siap untuk dihidang.

Perut kenyang, suami pun puji.

* kalau dapat sotong fresh lagi best 
** nak tabur black pepper dalam tepung jagung pun sodap
Sekian. Selamat mencuba.
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Saturday, July 28, 2012

Pasar dan Kuih berbuka febret


Dah hari ke 7 ni perut dah mula biasa tak terima makanan tengahari, berbuka pun takde nak gelojoh sangat hopefully kan. Alhamdulillah bagi yang masih belum kantoi puasa..yeay..tepuk bahu sendiri...congratulation :)

Haa...masa bulan puasa ni juadah berbuka semestinya lengkap dengan kuih muih kan, kalau tak hari-hari pun sehari mesti ada kuih :) apepun jangan sampai membazir ok.

Kalau kat Shah Alam ni, Gnie suke pegi pasar seksyen 17 atau seksyen 18 atau pasar Stadium atau Padang Jawa, sangat meriah, dan sangat sesak. Walaupun tak suka tempat sesak, still nak pegi sana jugak bulan puasa sebab banyak pilihan. Salah satunya, ni kuih tepung pelita ni

Hari Rabu haritu Gnie pegi ronda-ronda kat pasar seksyen 17, tetiba ternampak jejaka-jejaka jual kuih ni, hamboi ramainya orang beli. Kita pun tak lepas peluang beli samalah, sejenis kuih ni je brader-brader ni jual. Tangan masing-masing laju je packing, murah rezeki diorang :)
5pcs = RM2

After dah beli, singgah nak buka puasa kat gerai berdekatan bersama incik Naim, so merasa la kuih sang jejaka...hahaha eh sedap kau sebab tepung pelita yang ni ada sengkuang cina kat dalamnya, dah lama tau cari tepung pelita yang ada sengkuang cina, susah betul nak cari, biasa jumpa yang kosong je. Next-next-next day bolehla beli lagi :) my kuih febret..owh tapi incik Naim tak makan kuih ni, rugi la..banyak sangat benda die tak makan, gnie pulak semua benda nak makan..haha contra..eh termengumpat :D hehe

Haa ni lagi satu kuih febret, susah jugak nak cari..round pasar seksyen 17 tak jumpa ;( sampai sekarang tak jumpa lagi kuih ni..kempunan den..huhu

Anyway, selamat berbuka ye japgi :) boleh tak jom terbang gi Sabah, berbuka awal kat sana kan..lalala

Happy-happy selalu ok :) have a nice day
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Saturday, July 14, 2012

I am rich of calcium, but i love pimple :)






Adeh deh sakitnya pinggang, nak bongkok pun rasa tegang je sebab dah lama sangat tak exercise, dah la tak exercise tak minum susu pulak tu..so tulang dah tak kuat..mungkinkah?

dulu memang Gnie biasa amalkan minum susu, tapi ikut mood, pastu dah tak minum langsung

risaukan takut masalah tulang, secara drastik terus ke pasaraya terdekat cari susu tepung untuk diminum..nekad nak rajin minum susu balik


alolo comey




Bila dah lama tak minum, nak start balik ada perasaan pelik, tiap kali minum, sakit perut..jerawat pun naik balik macam ruam..aih mungkin alergik kot, tapi sy just alergik seafood, taktau pulak susu pun alergik. Bila cerita kat orang, diorang kata bukan alergik tapi dia betulkan penghadaman.

Malam tadi searching-searching baca artikel pasal susu, then terbacalah yang susu lembu ni boleh mengakibatkan jerawat sebab ia menambah aktifkan hormon androgen yang menyebabkan pengeluaran minyak berlebihan kat muka, kalau tak rajin bersihkan muka opkos pori tersumbat..hee
so untuk orang yang muka berjerawat yang tak boleh dikawal cuba elak minum susu lembu, kot-kot boleh kurang :)

Pastu ada yang tanya, betul ke susu tak elok sedangkan Nabi s.a.w pun gemar minum susu.

Bukan tak elok, cuma tak sesuai untuk kulit berjerawat.

dan Nabi kita minum susu kambing bukan susu lembu, dari kajian saintifik pun memang susu kambing sangat banyak khasiatnya, bahkan ianya susu kedua terbaik selepas susu ibu.

Tapi sayangnya susu kambing ni lebih mahal kat pasaran, kalau dapat yang fresh mungkin murah sikit 250ml=RM5 dan puas hati sebab confirm 100% susu, itupun ..still mahal tapi bolehla..hehe

Masalah kedua, susah sikit nak cari yang fresh. Tadi gni cari yang tepung tapi just jumpa 3in1 je..mungkin takde lagi syarikat yang pasarkan susu tepung macam anlene dari susu kambing.


ni produk susu kambing, dapat pic kat google tapi taktau sape yang jual T_T


at last minum jela susu lembu yang ada. habiskan stok, tinggal cukup 5 cawan je boleh ni..ngee

satu soalan : kenapakah susu kambing lebih mahal berganda-ganda?
dan mungkin sebab mahal, orang kita lebih ramai pilih susu lembu, senang dapat dan tak mahal sangat. Walaupun tau susu kambing tu lebih baik :)

oklah till then..choose wise ok
take care geng ^_~
Moga sihat selalu..baibai

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Thursday, May 31, 2012

Cocoa Collagen lagi.. :)





Salam ...






Haritu sy just buat review berdasarkan apa yang dijanjikan oleh penjual kan, kali ni nak buat review dari ketulusan hati ku ini :D

First collagen yang Gnie try, cocoa collagen power plus ni
pertama : sebab murah, antara collagen yang paling murah (tapi kandungan collagen tak banyak sangat)
kedua : sebab sy peminat coklat/cocoa
ketiga : saje sebab tergoda dengan testimoni orang lain

First time try, cepat-cepat cakap kat mak...sedappppp..hoichi..cepat-cepat paksa mak try jugak..haha
sebelum try ingatkan rasa koko, tapi tak..silap besar..rasanya ala-ala neslo sebab ada kopi arabica dalam ramuan bahan-bahan nya. Tapi sedap tak tipu. 

Feedback sebelum ni ada yang cakap tak berani nak consume sebab kopi kan, tapi sebenarnya sy pun jenis tak tahan kopi, tapi apa yang dapat saya rasa, kopi dia tak heavy sangat sebab masih boleh diterima :) kalau siapa minum rasa macam pening-pening itu tandanya kurang minum air masak, cocoa collagen ni ada satu bahan untuk nyahtoksin jadi kita kena minum air masak untuk gantikan air dalam badan dan bantu proses nyahtoksin tu..ok paham

Lepas cuba 3 kotak(1set) cocoa collagen power plus(ccpp) ni sy sendiri boleh rasa la badan macam bertenaga je, lagi best jerawat hilang, best best best, jerawat Gnie ni mungkin sebab hormon kot atau sebab toksin, bila minum ni hormon jadi stabil so jerawat bye-bye..macam tu je :D actually dari kotak pertama da terasa kurang jerawat, sebab tu berani teruskan

Lagi satu yang ketara kulit jadi halus, tapak kaki yang ngade-ngade alergi dengan simen tu pun jadi halus :D

kulit muka pun boleh rasa tight. :)

Lepas dah rasa best tu, habis 1 set entah kenapa gatal nak try yang lain pulak, kononnya taknak consume kafein, so gnie try tomato collagen..mahal tapi sanggup semata-mata nak elak kafein dan termakan ayat penjual kata sedap dan berkesan, mungkin berkesan kat dia, kat gni tak berkesan so stop minum tu, try pulak dherbs punya glow bwhite, yang tu sedap, kulit jadi glow & cerah tapi jerawat takmo hilang so stop jugak, pastu try cocoa collagen shake sendayu tinggi punya, entah kenapa beli tu tah..kandungannya takde ape pun yang best, main beli je sebab tengah rushing masa beli tu, tengok cocoa terus je ambik, balik rumah nyesal tapi habiskan jugak, takde kesan, so stop jugak, masa ni jerawat memang dah memang tahap menyampah la tengok, nak pakai krim muka/foundation pun rimas gatal-gatal. So gnie beli balik ccpp sekotak, time tengah kering beli sekotak jela, guess what jerawat sy surut balik, nampak sangat serasi :)

so teruskan je minum ccpp ni, tapi time period kena berenti sebab ada lobata, takut ganggu hormon. Masa first set tu gnie main langgar je sbb kurang ilmu kan, time period pun minum jadinya timing lari. Sekarang ni time period berenti (wajib) seminggu takyah minum, dah habis baru boleh sambung balik :)

Kesimpulannya sekarang, dah jumpa yang serasi kita guna je yang serasi bersama :)
Murah pun murah, sesiapa yang takut-takut nak try sebab kafein jangan takut la ye, asalkan minum air putih banyak-banyak mesti ok :) insyaAllah.

Oklah sampai sini je, CCPP ni boleh cari kat kedai-kedai jamu berdekatan atau online pun ada.
Kat Shah Alam ada 2 tempat yang jual murah tapi murah pun murah sket je RM50/set (3kotak)..banyak tempat Gnie tanya RM60..huhu

oklah till then :)




Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Tuesday, March 13, 2012

Ping!


I miss u..

^_~

Rindu nak menaip post blog..
Tapi risau tak boleh nak bagi commitment..
Blogwalking selalu tergendala..
Bimbang dikatakan sombong.. T_T
actually sekarang memang super busy..
tido pun tak cukup..
tapi makan terlebih..hehe

okeh dah cukup lah monolog dalaman

Gni sebenar nak share macam-macam benda tapi malas amik gambar..ngee

pinjam google je la eh

Currently tengah minum minuman ni..maklumlah tahun ni dah masuk 26 tahun ni..lebih selesa bahasakan diri akak dengan sesiapa sy jumpa sekarang..ape kes rasa diri tua.. T_T


ini antara khasiatnye..kita review satu-satu
ikut pada hasil atas diri sendiri selepas sebulan minum ye (3 kotak/30 sachet)

Khasiat CCPP bagi anak dara:-
*Whole Body bertambah kemas/menarik/reshape (YES)
*Yang peha besar --> CCPP reshape size peha bertambah menarik (NOT SURE)
*Kulit cerah dari dalam (sy fair skin jadi tak perasan sangat)
*Kulit mulus, gebu (YES)
*Jerawat less (YES)
*Parut jerawat insyaallah hilang (NO) - untuk parut 
 - gni pakai mederma & moogo[malam] sangat best
*Less jeragat (NOT YET)
*Tenaga/ tak letih/ tak mengantuk (AWAL-AWAL MEMANG BERTENAGA, TAPI LAMA-LAMA TERASA TOO MUCH KAFEIN PULAK)
*Tumit pecah2 bertambah licin (YES)
*Less rambut gugur (YES)
*Naik seri pengantin ... (HAHA DONT KNOW LA..mood gatal dah menyerang)
*Hormon stabil (YES)
*Perjalanan darah lancar (HOW DO I KNOW?)
*Mengenyangkan (YES)
*Kencing lawas (OF COURSE LA KAN, MINUM AIR APE PUN LAWAS)
*Lebam bawah mata less (NO....)
*Muka glowing .. (NOT SURE)
*Hilang lenguh2 sendi (SOMETIMES..TAPI AFTER MINUM BANYAK AIR MASAK)
*Lancar penghadaman (YES)
*Merangsang pertumbuhan sel baru/antikedut (YES, KEDUT BAWAH MATA KURANG SIKIT)
*Memontokkan dan menegangkan punggung dan payudara (HAHAHA..NTAHLA)
*Melambatkan Proses Penuaan (YE KOT SEBAB KULIT JADI ANJAL SEMULA)

Semua result ni tak boleh nak kata 100% sebab minuman ni kan sebabnya product skincare yang sy pakai sekarang pun penyumbang utama jugak
-apricot cleanser st ives-
-pelembab siang safi perfect 10-
-Moogoo moisturizing lotin- (apply sebelum tidur..terhebat lah product ni..kulit lembut cam baby lepas pakai ni sebab product ni baby pun boleh pakai..100% safe)
-Mederma- (untuk parut jerawat)



Bagi yang dah kahwin ada khasiat lain yang di gebang, sy belum boleh review..huhu..coming soon..ececeh

Khasiat CCPP bagi yg dah berkahwin:-Menjadi SUPER POWER ...
*Mengetatkan vagina
*Yang monopous insyaallah ada pelincir
*Yang bermasalah dr segi pelincir insyaallah solve problem
*Hubungan suami isteri lebih intim ...(luar biasa .... Pempaham la segan lak)
*Yang dah bersalin, pinggul kembali kecik. Kemas .. tulang pinggul rapat. Biasa dh bersalin pinggul akan lebar.
*Tambah air susu bg yg menyusu
*Bantu mengecutkan rahim
*Repair rahim yang bermasalah. (utk cyst, fibroid jgn bergantung pd CCPP. Please dptkan rawatan doktor)
*Membantu mudah lekat (mengandung if dh smp rezeki insyaallah)
*Memperbetulkan kitaran haid yg lebih teratur
*Whole Body bertambah kemas/menarik/reshape
*Yang peha besar --> CCPP reshape size peha bertambah menarik
*Kulit cerah dari dalam
*Kulit mulus, gebu
*Jerawat less
*Parut jerawat insyaallah hilang
*Less jeragat
*Tenaga/ tak letih/ tak mengantuk
*Celahan pelipat (peha, ketiak, siku) semakin cerah
*Tumit pecah2 bertambah licin
*Less rambut gugur
*Body menggeleber lepas kurus ... push up balik
*Masalah resdung berkurangan .. leh sebat macam2...
*Hormon stabil
*Perjalanan darah lancar
*If high water retention .. leh turun kg
*Seimbang berat badan
*Mengenyangkan
*Kencing lawas
*Lebam bawah mata less
*muka glowing ..
*Hilang lenguh2 sendi
*Lancar penghadaman
*Merangsang pertumbuhan sel baru/antikedut
*Memontokkan dan menegangkan punggung dan payudara
*Melambatkan Proses Penuaan


Cocoa Collagen ni gni beli RM50/1set-3kotak
kalau beli satu2 RM18
beli kat kedai-kedai jamu mostly ada
kalau beli online pun ada :)
harga pandai-pandai survey..tapi ok la dari bazir masa & minyak kalau yang rumah jauh dari town

Ok till then..panjang lebar

Regards,
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Friday, January 13, 2012

Hot Chocolate...

Salam pagi Jumaat semua,

Morning...

Thumbs up untuk semua yang bangun pagi, semoga dibukakan seluas-luasnya pintu rezeki :)

Ni nak story..

Pagi-pagi kalau tak sempat sarapan inilah die habuannya, 

hot chocolate Perl Choco jadi santapan..

buat alas perut..

Dah tinggal 5 packet je..nak kena restock lagi..huhu

Actually, Power Root Cafe Kacip Fatimah tu pun ada tapi tak boleh la,

Gni minum cafe tu sehari tak tidur, pagi-pagi buta boleh segar lagi..tension je..hebat penangan nya..hehe

Perl Choco ni best, dah la sedap, ada kacip fatimah + collagen..

Ladies-ladies tau la kan apa fungsinya :)

Sedap-sedap-sedap

Hantu coklat memang akan cakap sedap kan, tapi betul siries rasa pure coklat

Harga pun tak mahal sangat..

RM10.90 kalau tak silap, dalam ada 15packet + free 2packet..

Cubalah...

^_~
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Thursday, November 24, 2011

Peminat Coklat ini advantage nye =)

Suka nak up kan advantage makan coklat ni sebab saya chocolateholic (ada ke words ni dalam kamus?)



Coklat baik untuk peredaran darah. (ini fakta bukan auta ^^)
Menikmati coklat dapat mengurangkan tekanan darah dan mengurangkan risiko strok,
Lebih tepat pilihlah dark chocolate kerana ia mengandungi banyak 'flavonoids' iaitu salah satu antioksidan yang berfungsi membuat pembuluh darah menjadi lebih fleksibel.

Sebuah penelitian telah membuktikan pengambilan 40gm dark chocolate setiap hari selama 2 minggu dapat mengurangkan produksi hormon yang membuatkan anda cepat panik

p/s : no wonder bila menikmati coklat rasa 'calm' je..tenang kan.
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Thursday, August 25, 2011

Sajian/Kuih Raya Wajib Ada..


Wajib ada bermakna raya korang tak lengkap kalau takde kuih ni..haa
mesti masing-masing ada kuih favourite kan..

1. Mini Popia (Serunding Ikan bilis)
Bila raya mesti terbayang mini popia yang opah buat, dari dah tumbuh gigi sampai sekarang, balik kampung gi dapur check opah de buat mini popia tak (tak senonoh perangai, sila jangan ikut)..haha..kdg opah simpankan, kdg sepupu yang lain makan habis T_T sirius..takde mini popia kat pasaran sesedap mini popia yang opah buat...eceh..dan susah nak cari mini popia serunding ikan bilis..biasa ayam dan daging je...takbest

2. Nasi Impit + Kuah Lodeh + Kuah Kacang
 Kuah Lodeh emak masak yang paling digemari..hehe..biasalah air tgn ibu yang paling sedap =) dan kuah lodeh mak banyak lauk...tu yang sedap tu =) pastu kuah lodeh kalau makan ngan nasi ke sambal sotong ke tak sedap..kena sekalikan dengan kuah kacang + nasi impit..baru feel =)
(ni myMan tak suka T_T rugi die)

3. Sambal Tahun
Ni orang jawa punya resepi =) Mak dengan sy belum pakar lagi buat ni..so bila beraya kampung abah, kami mengharapkan makcik buatkan sambal tahun..haha..kalau tak buat tak WORLD lah raya tahun ni...
(sesiapa tak biasa makan sila rasa-rasa dulu, kalau tekak boleh terima, teruskan =) sebab sambal ni pedas sangat dan bukan untuk kanak-kanak)

4. Rendang
Gnie tak minat sangat tapi kalau takde rendang tak terasa raya..maybe bau die dah sebati dengan malam ray =) Biasa mak buat rendang ayam, tapi kalau buat rendang kerang lagi sedap...walaupun sy alergik dengan seafood sy tetap tak lepaskan makan...malam-malam telan ubat =)

5. Biskut Almond London
Ni dah jadi favourite ramai kan...bila makan feel ada kat london (takde..tipu je) tapi kebanyakan beli kat kedai tak sedap..buat sendiri juga yang umphh...lupalah resepi sbb tak buat lagi tahun ni..

6. Tat Nenas
Favourite abah tapi yang habiskan Gnie..haha kira my favourite la kan..tat nenas ni yang jual pun banyak yang sedap2 sebab tak susah buatnye

7. Samprit../semperit
Taktau ejaan yang betul, kuih ni almost every year..paksu/adik mak akan suruh mak buatkan, die taknak yang kedai punya..kuih ni plain je..tapi tgn mak de magic kot buat kuih ni jadi sedap =) Nasib baik senang je buatnya =) tak leceh..seronok buat kuih ni..memang sedap walaupun plain

All pictures credit to google

Tu saja yang terlintas kat fikiran..kalau ada lain nanti next entri pula =) yes perut dah menggelegak tengok gambar makanan favourite..sabar-sabar..puasa
^_~

siapa yang sama favourite ngan Gnie..meh comment..yang tak sama pun share la ye pe favourite u all..kot2 favourite gnie jugak terlupa nak letak sini =)

till then..
t.c
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Tuesday, August 23, 2011

Kek dah siap =)


Ahad lepas kakyang a.k.a akak kepada myMan de bagi free kek dari kedai dia..hehe..sedap pulak kek gula hangus a.k.a kek sarang semut..dah lama tak buat...dulu biasa buat pastu de sekali baking gula terhangus sangat pulak..so jadi pahit tak best..terus malas nak buat kek tu...haa...nk buat kek ni perlu kesabaran time cairkan gula tu.. =)


Ni kek yang diberi =) haa sape nak cuba boleh gi blog Farah Delicious Delight
Pasti tak nyesal =)


Harini merajinkan diri, cek kt dapur semua bahan ada..apa lagi..
Bab buat kek serahkan padaku =) lalala..sbb mak tak berapa rajin buat kek..
Tapi anak dia ni dah dikira hobi kot..haha
Kadang tlg bake je, mkn nya tak..seronok tengok family mkn =)

Dengan senyum maneh..siaplah kek sarang semut ni =)
Tapi Gnie ngelat..perap 1 setengah jam je..patutnya 3 jam, baru die jadi mcm sarang semut tu =)

Hasilnya

Gambar ada flash..suka tengok kilauan emas gula hangus tu =)
ni color tanpa flash, yes color sebenar =)
Panas dari periuk kukus

Kek ku bagai di pam-pam..
tak potong lagi..
nanti dah potong nak tgk tekstur dalamnya pulak
jadi ke tidak ni..

Mintak-mintak jadila sebab gni kacau sendiri (manual je) tak guna mixer..eh entah apa namanya benda alah tu..alah pengadun bahan tu..gara-gara malas nak selongkar dari kabinet a.k.a store kecik..heheh..
tak sabar tunggu berbuka =)

nyum..nyum
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Thursday, August 18, 2011

Pembuka Selera : Menu Berbuka Susu Kocak Oreo / Milkshake


If korang penggemar susu dan coklat dan oreo..
Resipi ni mungkin boleh buat tekak meronta-ronta =)

Jom cekidout

Yummeh...

Bahan-bahannya :-

Bahan Baru beli tadi @ Carefour

Untuk hidangan 4 cawan
  • Syrup Chocolate (4 sudu teh) - sy beli brand Hershey's (RM10.90), other brand pun tak kisah
  • Biskut Oreo (8 keping dibahagikan) - sy amik DoubleStuf Oreo(inti putih) (RM2.95)
  • Susu (1 setengah cawan) - sy guna DutchLady Full Cream (RM3.99), other brand pun boleh
  • Aiskrim perisa Vanilla (2 cawan dilembutkan) - sy guna King's Ice cream perisa vanilla dgn serpihan biskut.. ^_~ saja2 nak banyakkan biskut (RM5.99)
Total Duit Habis T_T : RM23.83
tapi semua bahan ni boleh buat banyak cawan ni..terpaksa la beli kan...takkan nak mintak sirap coklat 4 sudu teh je nak beli..haha..ingat ape..

So cara nak buat mudah sangat
  1. Masukkan sirap coklat Sesudu setiap cawan (4 cawan)
  2. Golekkan gelas untuk bentuk lapisan coklat dibawah gelas =)
  3. Hancurkan Biskut Oreo 4 keping hingga halus dan ketepikan
  4. Kisar biskut selebihnya menggunakan pengisar
  5. Campur sekali susu & aiskrim, kisar hingga sebati dan halus
  6. Curah ke dalam gelas yang telah disediakan coklat tadi, hiasi dengan biskut yang telah dihancurkan
  7. Hidangkan segera =)
Hasilnya seperti gambar yang first tu =)
Yummeh...

First try : rasanya mmg superb..yang tak minat susu pon boleh minum ni, sbb takde bau susu, lebih pada bau vanilla dan oreo =)
dan at first try juga, kalau tersalah cara akan jadi manis gile..so kalau tak nak manis sgt..just tambah susu =)

Selamat mencuba =)




Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Friday, August 12, 2011

Lepaskan gian selepas berbuka..


Salam, ni entry pertama untuk harini ^_~

Kalau lelaki lepas berbuka, japgi gi berasap kat luar kan.. (bagi yang merokok)

ada sorang hamba Allah yang daku sayangi berjanji nak berenti rokok bulan puasa ni..tapi tak dapat lagi..hee slow2 la b eh..




Kalau perempuan pulak? me as a women ada satu benda tekak teringin je..walaupun sekarang dah kurangkan benda ni atas sebab-sebab tertentu, tapi...tapi...tak boleh jugak nak buang kesukaan terhadap benda ni.. T_T (tapi tak semua perempuan suke)

ape ek benda tu...hee

Ni santapan kelmarin =)

KitKat Chunky..haa kalau nak menikmati ni kena pejam mata baru feel..hehe..kitkat biasa gnie suke jugak tapi tak puas..yang ni coklat die tebal..rasanya ramai yang dah pernah makan kan =)

Ni pulak santapan malam ni =) 
Cadbury Dairy Milk Black Forest, ni bangun sahur pagi tengok dah ada..abang yg first, along yg bagi sbb die ada buat salah kat sy semalam...lalala.. ^_~

lagi satu..santapan wajib raya nanti
everyone favourite =) Almond London..alala tapi yang ni beli kat pasaraya, coklat sikit..gnie belum start buat lagi..nk dekat raya nanti baru buat..yang pasti kalau buat sendiri..coklat banjir lah..haha.. =)

haiiip...coklat punya pasal..sanggup buat entry khas..hehe
tapi kena control makan..jgn ikut nafsu..tp kalau tekak tak buat hal mmg ikut nafsu la makan coklat ni...hee ada hikmah didatangkan segala penyakit kan..

eh cop sebelum tu..korang yang suka coklat homemade --> klik SINI jom =) ada coklat RM2 dpt 3 ketul dan byk lagi nyummies yang boleh mengecurkan air liur korang..sape nak comel maka makanlah coklat...hehe..(memandai je) ^_~

oK ye..
Have a nice day awk semua =)
thanx for reading



Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Tuesday, August 2, 2011

Just for a while..

Dah pukul 6 ptg..
Dah boleh start masak makanan berbuka satgi..
Apa juadah berbuka awk hari ini??
erk.. gnie teringin pulak kurma coklat yusof taiyob <------betol ke eja nih?
heheh..sedap tau kurma tu (bagi peminat coklat la) =)
Tahun lepas, beli sekotak sekelip mata je abes..huhu pastu myMan belanja lagi sekotak, akak & abg iparnya jual kata =) oh perot...oh perot..

*Shawl ni esok publish kat SimplyStyle Collections, ladies..jangan lupa singgah esok ye =)

Selamat berbuka satgi...oh perot...+_+

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Wednesday, July 27, 2011

Sandwich Tuna Telur Goreng =)

Pagi-pagi buta buang tebiat, nak buat sahur Tuna..check Tuna tengok mak tersalah beli, beli yang tak pedas..Gnie jenis makan makanan pedas..kalau makanan tak pedas, nanti makan tak kenyang..lapar je memanjang T_T ulang2 makan.
So jom kita modified =)

Mummy-mummy boleh buat ni jugak untuk bekal anak sekolah =)
Gnie buat bagi myMom bawak bekal gi kerja...baik tak baik tak..haha buang tebiat
Pic cdt to Google..sama je macam sy buat cuma tak letak tomato =)

Bahan-bahan :

-Roti Gardenia
-1 Tin TC Boy Tuna (Brand lain pun boleh)
-2 biji Telur (Dipukul)
-1 ulas Bawang Putih (Dihiris)
-1/2 biji Bawang Merah (Potong Dadu)
-2 biji Cili (Hiris kecil) tak perlu jika guna Tuna yang dah dengan cili
-Garam, Gula, Serbuk Perasa
-Sedikit Minyak untuk menumis
-Tomato (optional)

Cara-cara :
1. Panaskan Minyak dan masukkan Bawang Putih, Bawang Merah, Cili mayang sehingga wangi.
2. Masukkan Tuna dan kacau rata. Masukkan Garam & Gula secukup rasa. Kacau.
3. Pukul telur dengan sedikit serbuk perasa, dan tuangkan ke dalam masakan tadi gaul hancur.
4. Goreng agak kering, bila dah kering matikan api.
5. Angkat dan hidang bersama roti atau boleh dimakan dengan nasi =)
6. if suka tomato boleh letak tomato.

Ready to eat..

Simple, cepat dan sedap. Selamat Mencuba.

p/s : tetibe jadi chef..haha tukar profession ^_~

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Monday, July 25, 2011

Cencalok Delights..

Pic dari Google


Last week, kak ipar bawak cencalok dari Melaka..
So harus try.. =)
First time makan cencalok..
Wat cicah ikan..woot woot..
Gaul/Lenyek dengan Cili Api, Limau Nipis/Kasturi, Bawang Merah..
Terangkat..hehe..
Selama ni tak penah rasa..dah rasa nak lagi..lagi..lagi =)
Lebih kurang rasa air belacan, tapi air belacan lagi mengancam kot..ikut lidah memasing..^_~

Cencalok yang dah proses..mengancam..hehe..sori gambar tak clear

Budu dah rasa, Cencalok dah rasa ape lagi yang seangkatan dengannya?

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

A day out..



Assalammualaikum,

Ikutkan hati malas nak update harini, tapi dah macam habit, dah jadi kebiasaan..kalau tak update jadi rindu kat blog. tak boleh tidur. Erm parah ni =)

Today, After a month tak berjumpa, akhirnya dapat menggantikan rindu-rindu yang bertamu.. ^_~

Harini aktiviti kami..makan makan makan..tula gambar first pun dah sesi makan.. =) camnela tak gemuk. First gerak, bila sampai tempat dituju, terus check show Harry Potter..amik jam 11.30pagi punya show. Yeah..early bird dapat murah. Sirius Harry Potter tak menghampakan..BEST..Pastu makan McD breakfast..my favourite Hash Brown. nanti kena belajar buat hash brown tu camne =)

After HP show habis, gi pulak PKNS Shah Alam..Pekena Laksa kat situ. Kedai betul-betul depan Avon. Sedap, Kuah dia pekat, peminat laksa mesti suka. Sy makan tak habis sebab makan sikit tergigit timun..T_T tak suka ada timun dalam kuah. So ilang mood nak mkn. Nantilah belajar makan timun dalam kuah.

Lepas makan kami lari gi Alam Sentral gi beli barang sambil nak melarikan diri rimas ramai sangat warga asing kat tasik harini. Diorang lepak siap bukak baju pakai singlet je. Alahai, geli mata memandang. Dah lepak Alam Sentral sementara tunggu redup lepakla jugak kat tasik cari port jauh sikit dari kelompok warga asing tu. Lepak sambil menikmati aiskrim mcD.


Dah pukul 5 gi pulak sec18, cari kedai buku yang jual novel terpakai..haritu cari kat internet ade, tapi tadi time pegi kedai tu tengok semua baru je T_T. ke silap kedai..nthla..jumpa satu kedai tu je. If korang tau kedai novel terpakai kat area Shah Alam, inform me pleasee..

Selepas hampa tak jumpa kedai buku yang dicari, ingat nak terus balik, tapi perut myMan lapar balik katanya..haha..see makan lagi..so ke gerai atas bukit (Area Bukit Kuda, Klang), makanan kat situ selera kami =) Sedap+Murah, Gnie yang konon-konon nak teman je, nak minum je, terorder sekali nasi+daging merah. so bertambah hepi perut ni harini..^_~


Habis makan kami balik dengan gembira..*ayat takleh blah
Selesai satu hari operasi menternak lemak..yay me..
dan apa yang penting Janji nak pakai tudung merah terlaksana..tahniah to me..^_^

Till then..
nak tidur dulu eh, esok sambung lagi =) daa



Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

My e-Shop

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bloggroll

Hye Everyone, exchange your link here. This list will be use for blogwalking :)

Thank You So Much For Visiting ^^

Thank You So Much For Visiting ^^
From : Gnie The Manager of this blog..lalala