Pemanis blog =)

Search

Showing posts with label Health. Show all posts
Showing posts with label Health. Show all posts

Wednesday, March 13, 2013

TESTIMONI : PURE MARINE COLLAGEN

Assalammualaikum...
kembali kite..
eh dah 2013 rupanye..first post nih untuk tahun ni..hehe meniti usia yang semakin tua..
ok topik harini
siapa sini ada consume Pure Marine Collagen (PMC) ? 
Saya pun dah mula addict dgn PMC ni. Yela semua yang makan bagi feedback yang baik, apa salahnya kita mencuba. Dan siapa pernah follow blog ni mesti tau sy memang suka benda-benda collagen ni..haha
First time dengar pasal PMC ni pandang macam nak taknak je..huhu tapi bila hari-hari bukak facebook ada je yang bagi testimoni yang best-best sampailah satu tahap mereka berjaya menggoda hati tulus ni :D 
first try, sy beli dengan jiran. sy try PMC gred AA (yellow) . lepas dah habis tu sy terus beli borong banyak-banyak..haha kalini tak toleh belakang dah..try yang purple gred AAA terus. Beza memang berbeza
Bezanya :
Gred AA (Yellow) 
- tak berbau/hanyir lepas dah cuci & rendam
- color lebih menyelerakan :D
-khasiat kurang dari purple sesuai untuk kecantikan/kosmetik
Gred AAA (Purple)
- yep kuat baunya, agak hanyir (sy rebus dengan daun pandan untuk hilangkan baunya)
-khasiat sgt byk, sesuai untuk kesihatan dan kecantikan
Kesan lepas amalkan PMC
- kulit tambah cerah (ini memang khasiat collagen yang utama)
- kulit lembut..dan lebih tegang
- jerawat susah naik
- banyak lagi kesan dalaman dan luaran
(kalau search mcm2 ade :)
Pendapat sendiri :
Yep sy suka, kesannya boleh nampak dengan cepat, harga pun murah :)
Bila orang tanya ok tak rasanya ? jawapan sy takde rasa..huhu..
Biasa sy akan bancuh sunquick pekat tanpa gula dan masukkan 2 sudu agar-agar rumpai laut, bila minum just rasa air sunquick tu je dan ada bau2 pandan sikit sebab sy masak agar-agar bersama pandan :)
kalau bagi 2-3 kali minum sy sanggup lagi minum :) tapi kalau makan macam tu je tanpa sunquick memang tekak susah terima, sebab maybe terasa die lembik-lembik..hehe
Sepeket 100g tu boleh dapat banyak, sangat jimat collagen ni..suke suke
Kesimpulannya, siapa nak cuba boleh cuba..
oh tapi untuk yang ada alahan seafood tu tak digalakkan takut gatal-gatal :) 
but if nak juga cuba sekali dulu, kalu tak serius boleh teruskan sbb tak semua alahan ade tindak balas yang sama kan. (sy pun ada alergik seafood jugak tapi alhamdulillah minor shj)
kulit tak la perfect 100% tapi bolehla puas hati ada improvement :D

Kalau sesiapa teringin nak try, boleh beli kat mana-mana online shop yg jual eh..ok orait..hehe :)

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Saturday, July 14, 2012

I am rich of calcium, but i love pimple :)






Adeh deh sakitnya pinggang, nak bongkok pun rasa tegang je sebab dah lama sangat tak exercise, dah la tak exercise tak minum susu pulak tu..so tulang dah tak kuat..mungkinkah?

dulu memang Gnie biasa amalkan minum susu, tapi ikut mood, pastu dah tak minum langsung

risaukan takut masalah tulang, secara drastik terus ke pasaraya terdekat cari susu tepung untuk diminum..nekad nak rajin minum susu balik


alolo comey




Bila dah lama tak minum, nak start balik ada perasaan pelik, tiap kali minum, sakit perut..jerawat pun naik balik macam ruam..aih mungkin alergik kot, tapi sy just alergik seafood, taktau pulak susu pun alergik. Bila cerita kat orang, diorang kata bukan alergik tapi dia betulkan penghadaman.

Malam tadi searching-searching baca artikel pasal susu, then terbacalah yang susu lembu ni boleh mengakibatkan jerawat sebab ia menambah aktifkan hormon androgen yang menyebabkan pengeluaran minyak berlebihan kat muka, kalau tak rajin bersihkan muka opkos pori tersumbat..hee
so untuk orang yang muka berjerawat yang tak boleh dikawal cuba elak minum susu lembu, kot-kot boleh kurang :)

Pastu ada yang tanya, betul ke susu tak elok sedangkan Nabi s.a.w pun gemar minum susu.

Bukan tak elok, cuma tak sesuai untuk kulit berjerawat.

dan Nabi kita minum susu kambing bukan susu lembu, dari kajian saintifik pun memang susu kambing sangat banyak khasiatnya, bahkan ianya susu kedua terbaik selepas susu ibu.

Tapi sayangnya susu kambing ni lebih mahal kat pasaran, kalau dapat yang fresh mungkin murah sikit 250ml=RM5 dan puas hati sebab confirm 100% susu, itupun ..still mahal tapi bolehla..hehe

Masalah kedua, susah sikit nak cari yang fresh. Tadi gni cari yang tepung tapi just jumpa 3in1 je..mungkin takde lagi syarikat yang pasarkan susu tepung macam anlene dari susu kambing.


ni produk susu kambing, dapat pic kat google tapi taktau sape yang jual T_T


at last minum jela susu lembu yang ada. habiskan stok, tinggal cukup 5 cawan je boleh ni..ngee

satu soalan : kenapakah susu kambing lebih mahal berganda-ganda?
dan mungkin sebab mahal, orang kita lebih ramai pilih susu lembu, senang dapat dan tak mahal sangat. Walaupun tau susu kambing tu lebih baik :)

oklah till then..choose wise ok
take care geng ^_~
Moga sihat selalu..baibai

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Thursday, May 31, 2012

Cocoa Collagen lagi.. :)





Salam ...






Haritu sy just buat review berdasarkan apa yang dijanjikan oleh penjual kan, kali ni nak buat review dari ketulusan hati ku ini :D

First collagen yang Gnie try, cocoa collagen power plus ni
pertama : sebab murah, antara collagen yang paling murah (tapi kandungan collagen tak banyak sangat)
kedua : sebab sy peminat coklat/cocoa
ketiga : saje sebab tergoda dengan testimoni orang lain

First time try, cepat-cepat cakap kat mak...sedappppp..hoichi..cepat-cepat paksa mak try jugak..haha
sebelum try ingatkan rasa koko, tapi tak..silap besar..rasanya ala-ala neslo sebab ada kopi arabica dalam ramuan bahan-bahan nya. Tapi sedap tak tipu. 

Feedback sebelum ni ada yang cakap tak berani nak consume sebab kopi kan, tapi sebenarnya sy pun jenis tak tahan kopi, tapi apa yang dapat saya rasa, kopi dia tak heavy sangat sebab masih boleh diterima :) kalau siapa minum rasa macam pening-pening itu tandanya kurang minum air masak, cocoa collagen ni ada satu bahan untuk nyahtoksin jadi kita kena minum air masak untuk gantikan air dalam badan dan bantu proses nyahtoksin tu..ok paham

Lepas cuba 3 kotak(1set) cocoa collagen power plus(ccpp) ni sy sendiri boleh rasa la badan macam bertenaga je, lagi best jerawat hilang, best best best, jerawat Gnie ni mungkin sebab hormon kot atau sebab toksin, bila minum ni hormon jadi stabil so jerawat bye-bye..macam tu je :D actually dari kotak pertama da terasa kurang jerawat, sebab tu berani teruskan

Lagi satu yang ketara kulit jadi halus, tapak kaki yang ngade-ngade alergi dengan simen tu pun jadi halus :D

kulit muka pun boleh rasa tight. :)

Lepas dah rasa best tu, habis 1 set entah kenapa gatal nak try yang lain pulak, kononnya taknak consume kafein, so gnie try tomato collagen..mahal tapi sanggup semata-mata nak elak kafein dan termakan ayat penjual kata sedap dan berkesan, mungkin berkesan kat dia, kat gni tak berkesan so stop minum tu, try pulak dherbs punya glow bwhite, yang tu sedap, kulit jadi glow & cerah tapi jerawat takmo hilang so stop jugak, pastu try cocoa collagen shake sendayu tinggi punya, entah kenapa beli tu tah..kandungannya takde ape pun yang best, main beli je sebab tengah rushing masa beli tu, tengok cocoa terus je ambik, balik rumah nyesal tapi habiskan jugak, takde kesan, so stop jugak, masa ni jerawat memang dah memang tahap menyampah la tengok, nak pakai krim muka/foundation pun rimas gatal-gatal. So gnie beli balik ccpp sekotak, time tengah kering beli sekotak jela, guess what jerawat sy surut balik, nampak sangat serasi :)

so teruskan je minum ccpp ni, tapi time period kena berenti sebab ada lobata, takut ganggu hormon. Masa first set tu gnie main langgar je sbb kurang ilmu kan, time period pun minum jadinya timing lari. Sekarang ni time period berenti (wajib) seminggu takyah minum, dah habis baru boleh sambung balik :)

Kesimpulannya sekarang, dah jumpa yang serasi kita guna je yang serasi bersama :)
Murah pun murah, sesiapa yang takut-takut nak try sebab kafein jangan takut la ye, asalkan minum air putih banyak-banyak mesti ok :) insyaAllah.

Oklah sampai sini je, CCPP ni boleh cari kat kedai-kedai jamu berdekatan atau online pun ada.
Kat Shah Alam ada 2 tempat yang jual murah tapi murah pun murah sket je RM50/set (3kotak)..banyak tempat Gnie tanya RM60..huhu

oklah till then :)




Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Tuesday, August 23, 2011

Tips :: Pernafasan Yang Baik


Bila rasa marah atau takde idea Gnie gunakan kaedah ni nak relaxkan otak..
Gnie buat satu note jadikan mcm bookmark letak kat diari..so sebelum nak emo2 menulis, bila terbaca ni, tarik nafas panjang2 rasa tenang sikit nak menulis..bila dah tenang, tak jadi nk tulis dlm keadaan mrh..hasilnya diari gnie dah jadi buku resepi..haha..ngarut kan

Mengatasi Masalah Gemuruh
Tarik nafas dan hembus nafas melalui hidung

Meredakan Perasaan Marah
Tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut

Mencari Idea Baru
Tarik nafas melalui mulut dan hembus melalui hidung

Meredakan kesakitan
Tarik nafas melalui mulut dan hembus melalui mulut
(yang ni selalu tengok kat tv, time babak wanita nak bersalin ^_~)

Menghilangkan Tekanan
Pejam mata, tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung dan hembus melalui mulut

Cuba try, pasti berkesan =) especially meredakan perasaan marah tu..
Pernafasan yang betul sangat membantu tau =)

till then
take care
^_~

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Tuesday, June 14, 2011

Resdung.....& Cara simple mengatasinya =)

Salam & Hi readers,

First, memang dah lama gnie nak share kan benda ni tapi tunggu mood datang.. =)
Nak share pengalaman..
Tapi sebelum tu, jom ambil tahu sikit tentang penyakit resdung ni

So...apa itu resdung




-Resdung ni adalah radang pada lapisan rongga hidung puncanya dari alahan pada makanan tertentu, habuk, bulu binatang, parasit atau kutu.

Apabila mengalami alahan tersebut, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak, dan ia akan menyebabkan pergerakan udara yang tak dapat dikeluarkan.

Jika udara terkumpul didalam, hidung akan jadi semakin bengkak dan rasa tak selesa atau sakit.



Huuuuuu..so macamana nak buang jauh-jauh resdung ni..?

Okey habis dengan fakta, ni Gnie nak cerita pengalaman..
Beberapa tahun lalu, time umur 17 - 18 tahun tak berapa ingat
Dulu tak tau sangat pasal resdung ni, sometime sakit kepala, dekat kening rasa ada benda denyut-denyut (orang kata ulatnya, not sure), asik bersin je..sampailah satu hari ada yang tegur kata mungkin kena resdung..
Time tu resdung biasa je, kiranya taklah nampak kat muka, so abaikan je..tapi rimas jugak la sebab hidung gatal-gatal selalu especially bila pekena sambal belacan (favourite tu) hihi

So, satu hari tu saje-saje nak try, korang pernah tengok tak orang asap muka..lebih kurang camni lah

Picture from GOOGLE



haa tu salah satu teknik nak ubatkan resdung la tu, so gnie pun beli la rokok resdung tu 3btg/1pack mintak tolong kawan perasap muka..huiii..tak tahan asapnya..pedih..so gnie buat 1/2 je daripada 3 batang..haha..series pedih..serik taknak buat dah..at last buang je benda tu..
Lepas perasap tu lah jerawat berlumba-lumba naik, sakitnya hati time tu...huu tapi takleh wat ape, time tu student lagi belajar di Perlis, jauh sangat-sangat dari keluarga, so kena jimat...hihi

Masuk degree dah dok ngan family, mulalah google sana sini nak berubat..ada baca pasal bekam lintah, macam berkesan tapi geli sangat tengoknye..huhu...tak jadi lah nak cuba

Pastu ada satu produk, tak ingat produk apa, tapi die titiskan kat idung nanti pesakit akan bersin berapa puluh kali tah, letih woo bersin...so..tak jadi jugak

Dah abis ikhtiar, tawakal je..
Satu hari terjumpa petua nenek moyang, senang je, why not give it a try kan =)
So Gnie pun try, buat selalu...Alhamdulillah, ulat yang denyut-denyut kat kening tu dah takde, bersin pun dah takde, idung lubang-lubang tu kena cari produk lah nak elok kan balik..tapi Alhamdulillah dah kurang, nak kata hilang semua tu tak sure lah sebab benda tak nampak, tapi tanda-tanda yang teruk tu dah takde..

Panjang kan ceritanya, so Gnie share petua nenek moyang ni,Gnie pun baca ni dari satu website jugak tapi tak ingat time bila, url pun taktau, time tu tak kenal blog-blog lagi..




Caranya
Tiap hari time mandi, masukkan/sedut air ke dalam hidung dan hembuskan sekuat hati..



sehari sekali pun takpe, taknak buat time mandi pun takpe, bila-bila teringat nak buat pun boleh.hoho tapi ianya agak disgusting la, jangan buat kat tandas awam pulak..dan amaran keras, jangan buat kat sinki mcD atau restoran-restoran...ngeehee..better time mandi la orang tak perasan sangat kot 

senang sesangat kan, so siapa yang dah habis ikhtiar, habis duit nak setelkan resdung ni, cubalah kot-kot berkesan kat korang jugak, berkesan sikit pun jadila dari takde langsung..selebihnya tawakal =)

okeh..
panjang entri nih
Good Luck...hoho




Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Sunday, June 12, 2011

TQ babe, Really need it =)

Dah tengah malam buta..
Just a short entry..
Really thankful,
Dah 3 hari kena selsema, tidur malam memang tak lena sebab susah bernafas
petang tadi myMan give me these





Thanx so much..luv u

p/s : know what, sangat effective...selamat malam =)


Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Thursday, June 9, 2011

Selsema...

Achommmm...




adeh..
dah selsema dah..
kepala jadi berat,
mata pun berair..
Hidung takyah cakapla..ready tisu je
 merah macam pakai blusher..


Punca?
Malam tadi gi redah je ujan renyai-renyai,
bajet superwoman..
at last..
ni lah ni..
berapa kali bersin dah
rasa nak tercabut hidung..huhu
sobs T_T

apapun itu ujian dari-Nya
Alhamdulillah pasti ada hikmahnya kan
'Setiap musibah terselindung nikmat serta menyedarkan manusia kelemahan diri sendiri'


Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Wednesday, June 8, 2011

Tulang mungkin mula merosot seawal umur 30 jika....

Morning =) 

Tajuk panjang lebar..taknak kalah..

Sebenarnya tu ayat dari Anlene..ngeri tak bila tau tulang mula mereput seawal umur 30-an..
baru sedar lagi beberapa tahun je lagi umur nak 30 dah T_T tsk..dah tua rupanya

Takde siapa akan perasan kalau tulang die dah mula lemah, sebabnya..benda dalaman ni kita tak nampak..

So, better care awal-awal..

Takmo asyik jaga luaran je...hehe *major kan asyik jaga muka, jaga badan

So cara nak jaga tulang, senang je

minumlah susu..

Haa, Gnie tau ramai yang tak lalu minum susu yang betul-betul susu kan...

Jangan risau, Anlene ada alternative nye..

Susu berperisa coklat =)

Hehe Gnie baru beli semalam, so sibukla rajin nak minum susu buat sarapan

wahh...^_~


Nak tau rasanya..
Bagi Gnie...
Siyes sedap... =) 
Takde rasa susu putih tu pun
Macam minum air coklat je

Haa...minum 2 gelas sehari tau untuk TULANG KUAT =) 
okeh...

one more thing


..cawan FREE.. 
Cawan ni dapat free kalau beli anlene yang 700/800g kalau tak silap...
Gnie baru ada satu corak..ada lagi 3 corak comey tunggu next time beli kalau ada lagi promosi
cawan ni dah siap ada sukatan untuk susu..tu yang garisan merah tu =)

hehe...
korang pun minumlah, nanti lawan tulang sapa paling kuat.. =)
gigi pun mesti jadi kuat...sebab kalsium

Maka, Jom minum susu dengan cawan comel itu =)


p/s : Ngeri kalau muda-muda gigi mereput..ouuhhhh



**********************************************
Pecah kaca pecah cermin, kalau suka jom komen-komen =)
**********************************************



Saturday, April 30, 2011

Last Capsule

Rasanya dah lama me tak update pasal VCO ni..yela sedar-sedar je dah habis dah..
Last Capsule =)


Me ada bagitau kan nak update picture last day, huu tapi mintak maaf sangat-sangat, sangat tak suka nak tangkap gambar sekarang. 5 days before habis ni kan..jerawat naik dengan majunya. terkejut bangun pagi tetiba je penuh. tension pun ye jugak. Nak kata salah makan takde pulak, nak kata campur-campur produk pun dah takde. huu kenapa..kenapa...sedih...

tahla tak tau apa punca sebenar..harapkan last day ok sikit, tapi tak ok makin teruk..
Ingat nak teruskan makan vco ni tapi....huuu
nanti nanti lah...punca jerawat ni pun tak tau kenapa..
nak kata period hormon berubah pun tak jugak...
sangatlah musykil..
ada juga dengar orang cakap jerawat dia naik besar-besar camni awal-awal makan vco sebab die nak bersihkan toksin dalam badan..tapi dalam kes ni dah hari-hari yang terakhir..huhu..sedih..selalu naik kecik-kecik je..sapu minyak nye pun dah tak berkesan dah ni..elok2 dahi tak jerawat dah naik jerawat jugak...grrr...tension...

Tapi tak salahkan vco sorang-sorang coz me pun tak tau apa sebab...agaknya kalau dah muka jerawat buat la camne pun kan, tetap naik jugak....huwaaaa....tapi ade yang nasihatkan teruskan je makan, mungkin betul dia bersihkan toksin dalam badan....ok...pikir positif...tapi buat masa ni stop jap lah..sedih-sedih...

Sape ada pengalaman camni, camne eh nak hilangkan jerawat dengan berkesan..atau apa produk yang u all guna untuk hilangkan jerawat..
Please share....huhu

Wednesday, April 6, 2011

Cabaran 30 hari VCO...[week 1] [day 9] + Bio-oil Review

Assalammualaikum...

Morning ^_~

eh..eh harini berapa haribulan...keh keh keh...dah termiss nak update VCO...saya bz sgt...so sorry...dan cabaran pun failed...hehe...tapi gnie still makan tiap hari...cuma report je tak tulih kat blog ;P

Sedar tak sedar dah seminggu dah amalkan VCO..hee



Hasilnya..(^_^) sebenarnya cam bese je...dah tak rasa apa sgt coz perbezaan paling ketara masa mula-mula makan je..yelah sebelum tu kan memang badan lemah kan...

Tapi siyes jerawat memang confirm segan nak hinggap =)
ada juga naik tapi kecik sangat, esok die surut balik...takyah bazir beli ubat jerawat...
terjadinya jerawat tu bukan apa lah, cuma sebab biasalah perempuan kan ada time hormon celaru...
time tu memang biasanya akan naik jerawat dengan banyaknya..tapi alhamdulillah...kali ni boleh dikira yang naik tu..hehe...naik pun kecik sangat...sangat...esoknya hilang..hee...
InsyaAllah, nak amalkan sampai bila-bila =)

tapi....

kalaulah boleh hilangkan parut jerawat kan best...hehe

Bekas parut jerawat masih ada...huhu...tak kisahlah sebab VCO ni takde sebut pun untuk hilangkan parut.. :)
maybe kena makan collagen pulak...mahai sikit

BIO-OIL

untuk hilangkan parut gnie guna minyak bio oil je sekarang ni...try-try...
baguslah minyak ni...
harga lebih kurang VCO...murah lagi sikit
just takleh telan je =)
Boleh sapu kat muka dan badan yang berparut...
hasil positif jugak...gnie baru guna 3 hari...
Parut yang baru memang senang hilang..muka ni lambat sikit coz semua parut lama...huuu

gnie ada alahan ngan seafood...
kadang gatal takleh tahan...gatal macam dari bawah kulit tau...
then garu sampai tak sedar luka
pastu ape lagi
parut lah...
tapi parut baru...
dah sapu Bio-oil...dah pudar...yeay...hehe

ni rupa minyak bi0-oil tu =) beli botol kecik je..banyak jugak isinya



p/s : tengah berusaha hilangkan parut di kaki..hasil kenakalan/keaktifan/kehiperaktifan masa form 4 punya...huu

Selamat mencuba yea...
I love these two products V(^_^)V

Friday, April 1, 2011

Cabaran 30 hari VCO...[day3]

Morning...

hehe...harini lambat buat entry pasal VCO ni..

pagi-pagi tadi bangun tidur terus-terus je siap nak pergi pos barang customer...dah tak ingat benda lain...lagipun bangun tadi memang rasa mls je nak update blog...huhu..

sekarang mood dah mari...mari kita update blog....

Nak cerita pasal VCO ni...sebenarnya kesan nya bukan boleh nampak hari-hari pun..hehe mesti ada tempoh.. ni cabaran ni untuk Gnie stay makan je tiap hari..kalo tidak nanti mesti skip2..

harini macam biasa, lebih bertenaga...
nak bagitau rahsia, sebenarnya gnie ni liat bangun pagi tau...huhu
tapi alhamdulillah sejak amalkan VCO ni tak susah dah nak bangun..
badan pun relax je bangun walaupun tidur lambat..tidur pun dah senang sekarang...kalau tidak memang nak tidur kena guling-guling tenggiling la..lama pejam mata tak tidur-tidur..sakit ati tau... ;P

Apa-apapun virgin coconut oil ni memang bagi efek positif la..tak rugi beli..no regret..ikhlas dari hati...

p/s : wahh testimoni macam iklan dr. Rozmey kat TV tau...haha

Thursday, March 31, 2011

Cabaran 30 hari VCO...[day3]

Bismillahirrahmanirrahim...

Dah pagi dah...

Dah hari ke 3 cabaran VCO catalyst..ramai cakap hari ke3 dah nampak perubahan ketara

me pulak?

voila...

jom kita tengok gambar..........

muka bangun pagi
v
v
v
v
v
v
v
v
v

ngeehee...op..op jangan marah pagi-pagi...

ni gambar kena simbah flash...memang clean & clear lah

Maap belum sedia lagi...tunggu....

Apepun...memang result positif....tak rugi kalau u all beli...hehe..

p/s : sebenarnya nak bagitau...feeling macam muka dah terbentuk elok...means takdela lemak berkumpul kat pipi macam dulu2..takdela bulat sangat muka ini..tapi ni really tak sure coz of supplement VCO atau faktor lain..sebab tu tak berani nak tulis sebagai exact result

Wednesday, March 30, 2011

Cabaran 30 hari VCO...[day2]


Hari ke-2 berlalu...dan bermula hari ke-3 which is today

result for day-2
Serius best..badan da tak rasa letih macam dulu..nak bangun pagi tak malas macam dulu =)
tapi penyakit alahan ni still tak dapat dibendung..huu kena bersabar
Kulit muka..still belum ada hasil yang ketara, tapi jerawat yan dah seminggu bertakhta di muka dah mula mengecik/susut semuanya =) nice

p/s : me suka makan seafood..memang makan tak pernah pantang..tapi kesannya rasakan sendiri..huwaa..

Tuesday, March 29, 2011

Amalan Diet..mengikut cara Rasulullah S.A.W

[pic from google]

Mulakan dengan Bismillah..
Tak kira apa pun yang kita buat harus dimulakan dengan Bismillah...begitu juga makan...kadang-kadang dah lapar sampai terlupa baca Bismillah =)
Jika terlupa pada awal dan teingat pada pertengahan makan, bacalah
'Bismillahi awwaluhu wa akhirahu'(HR Abu Dawud & at-Tirmidzi)

Gunakan tangan kanan
Kita semua sedia maklum.Tangan kanan adalah tangan bersih dan lebih mulia dari tangan kiri :)

Makan yang berhampiran
Ini sering terjadi semasa makan beramai-ramai, jamahlah makanan yang berdekatan dengan kita.
Lagipun kan lebih sopan. tak perlu nak menjangkau makanan-makanan yang jauh dari kita =)

Digalakkan menggunakan 3 jari
Jika menggunakan 5 jari kita menampakkan sifat gelojoh seseorang itu.
Dari Ka'ab bin Malik r.a. "Aku melihat Rasulullah SAW makan menggunakan 3 jari (ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah) (HR muslim)

Larangan mencela makanan
Jangan sesekali mencela makanan seperti 'tak sedap lah makanan ni, masin sangat, tawar dan sebagainya'..Jika tidak suka rasa sesuatu makanan itu elakkan daripada memakannya.

Tidak bersandar ketika makan
Makan dengan tertib dan duduk dengan betul bagi membolehkan makanan terhadam dengan baik

Jilat jari setelah selesai makan
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata. Rasullullah SAW bersabda, "Apabila seseorang selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)" HR Bukhari dan Muslim

Last, Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, ia akan menjadikan cepat kenyang dan membantu menyerap nutrien segar dari buah tersebut. jika makan nasi dahulu, nutrien buah tersebut akan hilang disebabkan oleh PH asid dari makanan berat yang lebih tinggi

p/s : semoga perkongsian ini dapat membantu (hasil dari bacaan mag. dara.com =))

Cabaran 30 hari VCO...[day1]

Hai gurls...or guys pun boleh

Salam & Pagi.......

adakah kita nak lakukan sesuatu yang mencabar harini..

jawapan tidak bukan harini...

Jawapan nya adalah selama 30 hari...^^

Macam ada game pulak...

takde pun saja je nak cabar diri sendiri..

Kena scheduled baik-baik makan VCO yang baru dapat semalam...hehe..

Me ni jenis 2-3 hari rajin la..tengok nanti hari ke 4..mulalah lazy2..haha...so dengan adanya Cabaran 30 hari dengan VCO ni...harap dapatlah ingatkan me supaya makan capsule VCO tu...kata nak kulit cantik kan...kan...
so kena rajin...gambate...haha

Cabaran 30 hari VCO Catalyst..
[1st day accomplished]

Result...

Jerawat yang batu-batu dah tak jadi batu tapi still ada ye =)
Badan tak rasa lesu..ringan tulang la jadinya ek

Picture..
Tunggu2...last day nanti k...atau anytime lah dah sedia nanti..shy2...hee...

p/s : Kulit jerawat tandanya masih remaja kan..kan...lalala

Monday, March 28, 2011

Virgin Coconut Oil dah sampai =)

Salam Readers...

Selamat Tengahari...

Dilema Isnin siapa yang alami? hehe..

Tapi saya happy harini, coz barang yang saya order dah sampai =)

Bila posmen call dah agak dah, nak hantar barang ni..hehe


Masa dapat kotak dah kemek sikit...hehe..takpe...kotak je pun...
Ni lah barang yang dah lama ku idamkan...hihi..supplement pun nak mengidam -_^
Seriously ingat dalam botol kaca...rupanya botol plastik je..hehe


Sebijik capsul yang bakal di telan :)

hehe dapat-dapat terus makan..

me lubangkan sikit coz nak sapu kat muka...

orang kata bau nya bad

tapi takdelah bad sangat..cuma tak wangi...bau minyak kelapa je...hee...bukan bau 'tengik' pun

Korang boleh dapatkan kat mana-mana kedai online..dah ramai agent yang jual..harga sama je cuma depends nasib korang time promosi ataupun mungkin postage fee beza-beza...harga tetap sama RM39.90...kalau ada yang promosi pun harga mungkin RM37.00...tapi tak ramai kot yang jual RM37...hee

ada 60 kapsul sebotol..
2x sehari makan
so cukuplah sebotol untuk sebulan =)

Yang ni Gnie beli dari ciksucatalyst
terperasan blog ciksu ni sebab beliau anjurkan cute couple contest..hee...

Sambil join sambil membeli... =)

Harap-harap lah produk ni berkesan pada diriku...hee..Aminn...

Wednesday, March 2, 2011

Wanita Oh Wanita

Pernahkah anda mengalami nasib seperti
- Dimarah
- Dimaki
Tanpa sebab. Oleh seorang wanita? haha..
Itulah kelebihan wanita, kelemahan juga. Mereka perlu melalui fasa-fasa, 'ah rasa nak tido je arini', 'jangan tegur aku kalau kau nak selamat', 'everything soo boring today'..fasa-fasa seperti ini disebut fasa PMS.

Kalau korang pernah terkena situasi kat atas tu harap mengertilah, saat-saat tersebut wanita kalau salah sikit dia cepat melenting, lepas marah-marah boleh jadi jap lagi dia nangis, dalam masa 2 jam nanti korang tengok dia happy gila pastu yang malas jadi rajin buat kerja. Orang kata dah macam buang tebiat. Di saat macamni anda sebagai ahli keluarga atau rakan atau boipren silalah tahan sabar dan cuba memahami. hehe..its complicated being a girl but its anugerah kan.. ;p

Bila waktu wanita didatangi datang bulan, mereka akan rasa insecure, completely tak selesa, dan kalau boleh nak berkurung dalam bilik je. Nak bercakap pun malas. So tak perlu kata apa2. sehari dua baiklah tu =)

Kalau korang nak lagi memahami, korang kena sediakan ini sebagai persediaan..T_T

Yep..Panadol menstrual

Pinkish..wink wink..hehe

Sekian, Wassalam....

p/s : aku teringat drama korea/jepun 'Personal Taste' romantik tau encik boipren pegi carikan ubat untuk awek. Tapi diorang ni tak couple pun semenanya. Masing2 ego, dalam hati ada taman..wuu
Korang carilah cerita tu..mesti berbunga-bunga je hati ;D
Actor & Actress dia comey sangat-sangat..hihi

Actor
Lee Min-ho

Actress
Son Ye-Jin

Tengok jangan tak tengok =)


My e-Shop

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bloggroll

Hye Everyone, exchange your link here. This list will be use for blogwalking :)

Thank You So Much For Visiting ^^

Thank You So Much For Visiting ^^
From : Gnie The Manager of this blog..lalala