Pemanis blog =)

Search

Showing posts with label Beauty. Show all posts
Showing posts with label Beauty. Show all posts

Wednesday, March 13, 2013

TESTIMONI : PURE MARINE COLLAGEN

Assalammualaikum...
kembali kite..
eh dah 2013 rupanye..first post nih untuk tahun ni..hehe meniti usia yang semakin tua..
ok topik harini
siapa sini ada consume Pure Marine Collagen (PMC) ? 
Saya pun dah mula addict dgn PMC ni. Yela semua yang makan bagi feedback yang baik, apa salahnya kita mencuba. Dan siapa pernah follow blog ni mesti tau sy memang suka benda-benda collagen ni..haha
First time dengar pasal PMC ni pandang macam nak taknak je..huhu tapi bila hari-hari bukak facebook ada je yang bagi testimoni yang best-best sampailah satu tahap mereka berjaya menggoda hati tulus ni :D 
first try, sy beli dengan jiran. sy try PMC gred AA (yellow) . lepas dah habis tu sy terus beli borong banyak-banyak..haha kalini tak toleh belakang dah..try yang purple gred AAA terus. Beza memang berbeza
Bezanya :
Gred AA (Yellow) 
- tak berbau/hanyir lepas dah cuci & rendam
- color lebih menyelerakan :D
-khasiat kurang dari purple sesuai untuk kecantikan/kosmetik
Gred AAA (Purple)
- yep kuat baunya, agak hanyir (sy rebus dengan daun pandan untuk hilangkan baunya)
-khasiat sgt byk, sesuai untuk kesihatan dan kecantikan
Kesan lepas amalkan PMC
- kulit tambah cerah (ini memang khasiat collagen yang utama)
- kulit lembut..dan lebih tegang
- jerawat susah naik
- banyak lagi kesan dalaman dan luaran
(kalau search mcm2 ade :)
Pendapat sendiri :
Yep sy suka, kesannya boleh nampak dengan cepat, harga pun murah :)
Bila orang tanya ok tak rasanya ? jawapan sy takde rasa..huhu..
Biasa sy akan bancuh sunquick pekat tanpa gula dan masukkan 2 sudu agar-agar rumpai laut, bila minum just rasa air sunquick tu je dan ada bau2 pandan sikit sebab sy masak agar-agar bersama pandan :)
kalau bagi 2-3 kali minum sy sanggup lagi minum :) tapi kalau makan macam tu je tanpa sunquick memang tekak susah terima, sebab maybe terasa die lembik-lembik..hehe
Sepeket 100g tu boleh dapat banyak, sangat jimat collagen ni..suke suke
Kesimpulannya, siapa nak cuba boleh cuba..
oh tapi untuk yang ada alahan seafood tu tak digalakkan takut gatal-gatal :) 
but if nak juga cuba sekali dulu, kalu tak serius boleh teruskan sbb tak semua alahan ade tindak balas yang sama kan. (sy pun ada alergik seafood jugak tapi alhamdulillah minor shj)
kulit tak la perfect 100% tapi bolehla puas hati ada improvement :D

Kalau sesiapa teringin nak try, boleh beli kat mana-mana online shop yg jual eh..ok orait..hehe :)

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Wednesday, August 8, 2012

Confident with Cosmoderm

Assalammualaikum..
lamanya tak review product kan kan..
so lepas beberapa product skincare dah try..antaranya
Garnier Light
Garnier Pure Active
Susu kambing
Bio Essence Tanaka White
Safi Balqis Perfect 10
Safi Gamat
semua produk ni dah stop pakai after 2-3bulan kecuali garnier light tu pakai time remaja duit ciput so memang tak tukar produk bertahun lamanya :) bila dah kerja baru ngengade nak tukar

yang sekarang ni guna Cosmoderm Tea Tree Oil (TTO)..lebih 2 bulan dah kot..hopefully yang terakhir..tapi bulan pertama Gnie just pakai pencuci muka sebab: sila baca post sebelum ni, malas nak tulis dah :) taknak baca pun takpe..tak penting.

Start pakai set lengkap Cosmoderm TTO sehari atau 2 hari sebelum puasa, 

Problem :
Kulit bermasalah, jerawat yang berulang, parut jerawat, kulit berminyak & freckles
(jenis kulit : combination - oily sikit,dry sikit)
1. First time pakai pencuci muka je, kulit memang rasa bersih sangat, then campur dengan toner safi perfect 10  & pelembap safi gamat. Lama juga pakai campur-campur ni jerawat tak surut-surut. maybe tak sesuai campur.

2. Stop pakai campur, just pakai pencuci muka TTO je. Jerawat dah kurang tapi kulit pulak jadi kering.

3. Sehinggalah dapat beli cosmoderm TTO ni 1 set (pencuci, toner, pelembab, anti blemish),
- first day pakai toner & anti blemish pedih muka kat bahagian kulit kering & sensitif especially tepi-tepi hidung yang selalu merah (sensitif), serius rasa macam terbakar.
- 2nd day, 3rd day dan sampai seminggu ada lagi rasa pedih tapi makin berkurang, masa ni mungkin dah serasi atau kulit dah repair/heal :)
- hari-hari seterusnya, pakai macam biasa 1 set, tak pedih dah, jerawat memang kering, kalau naik jerawat baru pun jenis jerawat kecik cepat-cepat letak anti-blemish sehari/dua keringlah dia :)
- kulit berminyak? 99% memang dah takde :) kulit dah jadi macam kulit normal

Kesan penggunaan berpanjangan :
- kulit dah tak berminyak bila sentuh rasa lembut je kulit
- pori kat muka makin mengecil sebab tu tak berminyak dah
- jerawat susah naik
- bintik macam ruam kat tepi hidung dah kurang/ mostly disappeared
- parut lambat hilang tapi serius memang makin pudar sebab ada vit E, takyah pakai concealer tebal dah, cukup dengan foundation/bb cream je
- freckles? tak hilang..hee biasalah freckles ni perlu rawatan rapi atau perlu guna produk whitening mungkin.
Dan Yang paling best..harus highlight..produk ni bukan sekadar mengawal tapi merawat tau..
Kulit sy yang over oily dulu sekarang dah less sgt, dah rasa macam kulit normal dah..tipu la kan kalau claim takde minyak langsung, adela jugak sikit-sikit tapi tak mengganggu langsung..minyak sikit-sikit okla kan, kang kalau jadi kulit kering pulak..lagi takbest cepat kedut..hee
Siapa ada masalah yang sama cubala kot-kot ok..ni produk Malaysia & halal tau..tak mahal sangat, 1 set tu boleh cukup 2 bulan atau lebih bergantung pada cara pakai..Gnie beli online RM50++ termasuk postage, sehari je sampai dah 1 set dalam goodie bag..terbaek :)

Ini bukan iklan berbayar, im just another satisfied customer :)
 kalau nak beli produk Cosmoderm sila ke website mereka atau farmasi terdekat okeng :)
p/s : ish..ishk..kalau dapat cerita pasal produk skincare mesti karangan nak panjang je..huu..sorila ek
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Saturday, July 14, 2012

I am rich of calcium, but i love pimple :)






Adeh deh sakitnya pinggang, nak bongkok pun rasa tegang je sebab dah lama sangat tak exercise, dah la tak exercise tak minum susu pulak tu..so tulang dah tak kuat..mungkinkah?

dulu memang Gnie biasa amalkan minum susu, tapi ikut mood, pastu dah tak minum langsung

risaukan takut masalah tulang, secara drastik terus ke pasaraya terdekat cari susu tepung untuk diminum..nekad nak rajin minum susu balik


alolo comey




Bila dah lama tak minum, nak start balik ada perasaan pelik, tiap kali minum, sakit perut..jerawat pun naik balik macam ruam..aih mungkin alergik kot, tapi sy just alergik seafood, taktau pulak susu pun alergik. Bila cerita kat orang, diorang kata bukan alergik tapi dia betulkan penghadaman.

Malam tadi searching-searching baca artikel pasal susu, then terbacalah yang susu lembu ni boleh mengakibatkan jerawat sebab ia menambah aktifkan hormon androgen yang menyebabkan pengeluaran minyak berlebihan kat muka, kalau tak rajin bersihkan muka opkos pori tersumbat..hee
so untuk orang yang muka berjerawat yang tak boleh dikawal cuba elak minum susu lembu, kot-kot boleh kurang :)

Pastu ada yang tanya, betul ke susu tak elok sedangkan Nabi s.a.w pun gemar minum susu.

Bukan tak elok, cuma tak sesuai untuk kulit berjerawat.

dan Nabi kita minum susu kambing bukan susu lembu, dari kajian saintifik pun memang susu kambing sangat banyak khasiatnya, bahkan ianya susu kedua terbaik selepas susu ibu.

Tapi sayangnya susu kambing ni lebih mahal kat pasaran, kalau dapat yang fresh mungkin murah sikit 250ml=RM5 dan puas hati sebab confirm 100% susu, itupun ..still mahal tapi bolehla..hehe

Masalah kedua, susah sikit nak cari yang fresh. Tadi gni cari yang tepung tapi just jumpa 3in1 je..mungkin takde lagi syarikat yang pasarkan susu tepung macam anlene dari susu kambing.


ni produk susu kambing, dapat pic kat google tapi taktau sape yang jual T_T


at last minum jela susu lembu yang ada. habiskan stok, tinggal cukup 5 cawan je boleh ni..ngee

satu soalan : kenapakah susu kambing lebih mahal berganda-ganda?
dan mungkin sebab mahal, orang kita lebih ramai pilih susu lembu, senang dapat dan tak mahal sangat. Walaupun tau susu kambing tu lebih baik :)

oklah till then..choose wise ok
take care geng ^_~
Moga sihat selalu..baibai

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Thursday, May 31, 2012

Cocoa Collagen lagi.. :)





Salam ...






Haritu sy just buat review berdasarkan apa yang dijanjikan oleh penjual kan, kali ni nak buat review dari ketulusan hati ku ini :D

First collagen yang Gnie try, cocoa collagen power plus ni
pertama : sebab murah, antara collagen yang paling murah (tapi kandungan collagen tak banyak sangat)
kedua : sebab sy peminat coklat/cocoa
ketiga : saje sebab tergoda dengan testimoni orang lain

First time try, cepat-cepat cakap kat mak...sedappppp..hoichi..cepat-cepat paksa mak try jugak..haha
sebelum try ingatkan rasa koko, tapi tak..silap besar..rasanya ala-ala neslo sebab ada kopi arabica dalam ramuan bahan-bahan nya. Tapi sedap tak tipu. 

Feedback sebelum ni ada yang cakap tak berani nak consume sebab kopi kan, tapi sebenarnya sy pun jenis tak tahan kopi, tapi apa yang dapat saya rasa, kopi dia tak heavy sangat sebab masih boleh diterima :) kalau siapa minum rasa macam pening-pening itu tandanya kurang minum air masak, cocoa collagen ni ada satu bahan untuk nyahtoksin jadi kita kena minum air masak untuk gantikan air dalam badan dan bantu proses nyahtoksin tu..ok paham

Lepas cuba 3 kotak(1set) cocoa collagen power plus(ccpp) ni sy sendiri boleh rasa la badan macam bertenaga je, lagi best jerawat hilang, best best best, jerawat Gnie ni mungkin sebab hormon kot atau sebab toksin, bila minum ni hormon jadi stabil so jerawat bye-bye..macam tu je :D actually dari kotak pertama da terasa kurang jerawat, sebab tu berani teruskan

Lagi satu yang ketara kulit jadi halus, tapak kaki yang ngade-ngade alergi dengan simen tu pun jadi halus :D

kulit muka pun boleh rasa tight. :)

Lepas dah rasa best tu, habis 1 set entah kenapa gatal nak try yang lain pulak, kononnya taknak consume kafein, so gnie try tomato collagen..mahal tapi sanggup semata-mata nak elak kafein dan termakan ayat penjual kata sedap dan berkesan, mungkin berkesan kat dia, kat gni tak berkesan so stop minum tu, try pulak dherbs punya glow bwhite, yang tu sedap, kulit jadi glow & cerah tapi jerawat takmo hilang so stop jugak, pastu try cocoa collagen shake sendayu tinggi punya, entah kenapa beli tu tah..kandungannya takde ape pun yang best, main beli je sebab tengah rushing masa beli tu, tengok cocoa terus je ambik, balik rumah nyesal tapi habiskan jugak, takde kesan, so stop jugak, masa ni jerawat memang dah memang tahap menyampah la tengok, nak pakai krim muka/foundation pun rimas gatal-gatal. So gnie beli balik ccpp sekotak, time tengah kering beli sekotak jela, guess what jerawat sy surut balik, nampak sangat serasi :)

so teruskan je minum ccpp ni, tapi time period kena berenti sebab ada lobata, takut ganggu hormon. Masa first set tu gnie main langgar je sbb kurang ilmu kan, time period pun minum jadinya timing lari. Sekarang ni time period berenti (wajib) seminggu takyah minum, dah habis baru boleh sambung balik :)

Kesimpulannya sekarang, dah jumpa yang serasi kita guna je yang serasi bersama :)
Murah pun murah, sesiapa yang takut-takut nak try sebab kafein jangan takut la ye, asalkan minum air putih banyak-banyak mesti ok :) insyaAllah.

Oklah sampai sini je, CCPP ni boleh cari kat kedai-kedai jamu berdekatan atau online pun ada.
Kat Shah Alam ada 2 tempat yang jual murah tapi murah pun murah sket je RM50/set (3kotak)..banyak tempat Gnie tanya RM60..huhu

oklah till then :)




Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Tuesday, March 13, 2012

Ping!


I miss u..

^_~

Rindu nak menaip post blog..
Tapi risau tak boleh nak bagi commitment..
Blogwalking selalu tergendala..
Bimbang dikatakan sombong.. T_T
actually sekarang memang super busy..
tido pun tak cukup..
tapi makan terlebih..hehe

okeh dah cukup lah monolog dalaman

Gni sebenar nak share macam-macam benda tapi malas amik gambar..ngee

pinjam google je la eh

Currently tengah minum minuman ni..maklumlah tahun ni dah masuk 26 tahun ni..lebih selesa bahasakan diri akak dengan sesiapa sy jumpa sekarang..ape kes rasa diri tua.. T_T


ini antara khasiatnye..kita review satu-satu
ikut pada hasil atas diri sendiri selepas sebulan minum ye (3 kotak/30 sachet)

Khasiat CCPP bagi anak dara:-
*Whole Body bertambah kemas/menarik/reshape (YES)
*Yang peha besar --> CCPP reshape size peha bertambah menarik (NOT SURE)
*Kulit cerah dari dalam (sy fair skin jadi tak perasan sangat)
*Kulit mulus, gebu (YES)
*Jerawat less (YES)
*Parut jerawat insyaallah hilang (NO) - untuk parut 
 - gni pakai mederma & moogo[malam] sangat best
*Less jeragat (NOT YET)
*Tenaga/ tak letih/ tak mengantuk (AWAL-AWAL MEMANG BERTENAGA, TAPI LAMA-LAMA TERASA TOO MUCH KAFEIN PULAK)
*Tumit pecah2 bertambah licin (YES)
*Less rambut gugur (YES)
*Naik seri pengantin ... (HAHA DONT KNOW LA..mood gatal dah menyerang)
*Hormon stabil (YES)
*Perjalanan darah lancar (HOW DO I KNOW?)
*Mengenyangkan (YES)
*Kencing lawas (OF COURSE LA KAN, MINUM AIR APE PUN LAWAS)
*Lebam bawah mata less (NO....)
*Muka glowing .. (NOT SURE)
*Hilang lenguh2 sendi (SOMETIMES..TAPI AFTER MINUM BANYAK AIR MASAK)
*Lancar penghadaman (YES)
*Merangsang pertumbuhan sel baru/antikedut (YES, KEDUT BAWAH MATA KURANG SIKIT)
*Memontokkan dan menegangkan punggung dan payudara (HAHAHA..NTAHLA)
*Melambatkan Proses Penuaan (YE KOT SEBAB KULIT JADI ANJAL SEMULA)

Semua result ni tak boleh nak kata 100% sebab minuman ni kan sebabnya product skincare yang sy pakai sekarang pun penyumbang utama jugak
-apricot cleanser st ives-
-pelembab siang safi perfect 10-
-Moogoo moisturizing lotin- (apply sebelum tidur..terhebat lah product ni..kulit lembut cam baby lepas pakai ni sebab product ni baby pun boleh pakai..100% safe)
-Mederma- (untuk parut jerawat)



Bagi yang dah kahwin ada khasiat lain yang di gebang, sy belum boleh review..huhu..coming soon..ececeh

Khasiat CCPP bagi yg dah berkahwin:-Menjadi SUPER POWER ...
*Mengetatkan vagina
*Yang monopous insyaallah ada pelincir
*Yang bermasalah dr segi pelincir insyaallah solve problem
*Hubungan suami isteri lebih intim ...(luar biasa .... Pempaham la segan lak)
*Yang dah bersalin, pinggul kembali kecik. Kemas .. tulang pinggul rapat. Biasa dh bersalin pinggul akan lebar.
*Tambah air susu bg yg menyusu
*Bantu mengecutkan rahim
*Repair rahim yang bermasalah. (utk cyst, fibroid jgn bergantung pd CCPP. Please dptkan rawatan doktor)
*Membantu mudah lekat (mengandung if dh smp rezeki insyaallah)
*Memperbetulkan kitaran haid yg lebih teratur
*Whole Body bertambah kemas/menarik/reshape
*Yang peha besar --> CCPP reshape size peha bertambah menarik
*Kulit cerah dari dalam
*Kulit mulus, gebu
*Jerawat less
*Parut jerawat insyaallah hilang
*Less jeragat
*Tenaga/ tak letih/ tak mengantuk
*Celahan pelipat (peha, ketiak, siku) semakin cerah
*Tumit pecah2 bertambah licin
*Less rambut gugur
*Body menggeleber lepas kurus ... push up balik
*Masalah resdung berkurangan .. leh sebat macam2...
*Hormon stabil
*Perjalanan darah lancar
*If high water retention .. leh turun kg
*Seimbang berat badan
*Mengenyangkan
*Kencing lawas
*Lebam bawah mata less
*muka glowing ..
*Hilang lenguh2 sendi
*Lancar penghadaman
*Merangsang pertumbuhan sel baru/antikedut
*Memontokkan dan menegangkan punggung dan payudara
*Melambatkan Proses Penuaan


Cocoa Collagen ni gni beli RM50/1set-3kotak
kalau beli satu2 RM18
beli kat kedai-kedai jamu mostly ada
kalau beli online pun ada :)
harga pandai-pandai survey..tapi ok la dari bazir masa & minyak kalau yang rumah jauh dari town

Ok till then..panjang lebar

Regards,
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Friday, February 3, 2012

Kuruskan pipi tembam


Siapa ada masalah sama ngan saya, badan cam kurus (bajet nak kata diri slim ^_~), 
tapi pipi tembam..kiranya badan saiz s. pipi saiz L..huu camne nak buat

Cara-cara nya
- Buat senaman mulut sebut a.e.i.o.u bersungguh-sungguh 20kali berturut-turut setiap hari
- kurangkan double chin/dagu berlapis, jelir lidah sepanjang yang boleh (buat depan cermin, matikan lampu, ambil lampu suluh, suluh dari bawah muka..haha acah je..tapi yang jelir lidah tu betul eh :) ) 

amalkan 2 senaman ni insyaAllah pipi boleh selim.
keypoint ialah rajin (^_^)v

kata hati : masalah saya, saya kurang rajin..huu

Vintage Shawl @ SimplyStyle Collections ^^


Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Tuesday, January 17, 2012

Masalah keguguran rambut dan luka jerawat

Tajuk as skema as possible..

Untuk yang ada masalah rambut gugur, ladies especially yang rambut panjang, atau ibu-ibu yang baby nya baru nak tumbuh gigi biasalah rambut gugur ni. Kalau dah gugur rambut jadi nipis, bila rambut nipis muka nampak tua dari asal. 

Walaupun kita bertudung, penjagaan rambut tersangatlah penting. Untuk keselesaan sendiri juga kan :)

Gnie pernah ambil supplement ni, makan dah 2 botol, elok, rambut cepat tumbuh..haha..maybe ia stabilize hormon, and then kalau luka jerawat kat muka tu pun cepat je kering.

Ni supplement nya


Fungsi Bio-Zinc
-Penyembuh luka-luka
-Baik untuk kesuburan lelaki ^_~

Tapi jangan risau perempuan boleh je makan, tapi...mesti ada tapi..kalau jenis yang banyak bulu roma lepas wax memang jadi cepat tumbuh dari biasa...tak best yang tu..

Produk ni ada Vit C tau, so kulit jadi bright (yang ni ladies suka) macam makan collagen, tapi tak banyak la..bio zinc lebih banyak dalam ni..

Lepas masalah rambut tu dah ok stop la makan, tukar supplement lain pulak :)

Just helping :)

I've gain weight -_-

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Wednesday, January 4, 2012

Pusing Pusing Akhirnya Produk ni jugak jadi pilihan

Hai semua, rasa belum terlambat nak ucap Selamat Tahun Baru 2012, up satu lagi nombor dan selamat mentuakan diri..ngee..age doesnt matter :)

Anyway, Gnie pun on and off je update blog sekarang ni, mesti ada yang macam malas dah nak follow..huu..taktau la nape, tak minat sangat nak cerita hal peribadi, hal kecantikan pun nak cerita lebih-lebih saya bukan beauty consultant, nak cerita kisah cinta lagila menyampah..haha. Last-last sunyi je la jadinya blog ni.

Apepun sebelum melalut kelaut, baik mulakan topik ni.

Sebelum-sebelum ni Gnie ada review macam-macam skincare Safi Rania Gold lah, Fair n Lovely lah, and latest Bio Essence, tapi semuanya tak kekal, ada je yang tak kena. huu. ada tu dah suka pencuci mukanya, set lain tak ngam pulak, semua jadi tak best after 2 month..tapi...cuma satu je yang kekal dan masih rasa best which is produk Garnier. 

Produk Garnier jugalah produk pertama yang Gnie guna masa mula berjinak dengan pencuci muka secara serius, serius disitu ermaksud masa mula-mula ada perasaan nak jaga muka (time remaja dewa dewi) :) Tapi dulu Gnie guna Garnier Light, time tu  tak banyak range produk Garnier, so pakai yang mana ada, Garnier Light memang berkesan, diri sendiri tak perasan pun tapi member-member yang tegur kata nampak beza brightening effect tu, tapi Garnier Light ni berminyak, sebab tu Gnie berhenti pakai.

So today, Gnie tukar lagi, babai bio essence..try pulak produk baru Garnier yang untuk yang ada masalah oily dan jerawat which is Pure Active, sebelum ni ada review Pure Active Scrub, now dah beli 1 set, pencuci muka & toner dan tambah Garnier Light Oil Control.

Range Garnier Pure Active
-Pencuci Muka-
-Toner-
-Scrub-

*Roll on je tak beli lagi coz belum diperlukan :) *

Garnier Light Oil Control Cream


One word, Best..haha

Jangan marah ye sebab takde nak review produk harini.
Next time la review, dah maghrib ni...babai..hee


Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Sunday, December 25, 2011

Bio Essence Tanaka White + Other Skin Regime Review

Assalammualaikum, lama tak update blog, bersawang mawang... ^_~

Sebelum ni ada Gnie letak WW gambar macam kat atas ni, tapi tak elaborate apa-apa pun kan. So harini nak cerita panjang-panjang, coz ada yang bertanya kan

Condition sebelum pakai : muka ada parut-parut jerawat yang jelas + freckles + tak sekata

First, Gnie start guna Bio Essence Tanaka White (1 set) bulan puasa yang lepas, lagi seminggu nak raya =) tapi pakai trial set je, dalam pack tu ada pencuci muka, toner, moisturizer siang, moisturizer malam, double essence, dan facial sheet mask. Boleh tahan sebulan la jugak Gnie pakai kecuali mask tu pakai sekali je dan essence 1+1 sachet je.

Condition selepas seminggu pakai : muka rasa gebu je, soft, bright & fair, pori pun mengecik, parut and freckles pudar. Pendek kata best sangat.

Masa pakai trial set super best, time malam sehari sebelum raya tu dah nampak kesan. Kiranya berkesan produk ni tapi kena pakai satu set lengkap, pencuci + toner + moisturizer. 

Then, memandangkan perjalanan dari Shah Alam ke kampung berjam-jam(gerak lepas berbuka, sampai kampung dah nak sahur) lalu jalan dalam (jalan lama/jalan kampung) so muka ni pun tak bercuci sampai la kat kampung, kat kampung pulak, tolong kemas rumah opah, kulit Gnie ni sentimental sikit, takleh kena habuk, takleh makan makanan laut, so jerawat naik hari raya pertama, hangin rasanya :(

Condition lepas jerawat naik kesan dari habuk : Produk ni tak sesuai dengan kulit yang ada jerawat, jerawat tak mengecut, jadi makin banyak.

BE Pencuci mukanya jenis foam - Ok tak harsh
BE Toner - Ok sebab clarify (untuk pori terbuka, sangat sesuai)
BE Moisturizer siang - Best tapi berminyak untuk sesiapa jenis kulit berminyak, gnie skip-skip pakai
BE Moisturizer malam - Super Best
*BE = Bio Essence

Bila kulit dah naik jerawat dekat sebulan sampai dah nak habis raya, Gnie stop pakai produk yang berminyak, so moisturizer siang tu Gnie tukar ke Moisturizer Aiken yang khas untuk acne + oily.

Aiken - Pun best, jerawat makin surut, tapi ia tak pudarkan parut

Lepas jerawat dah kurang, trial set pun habis, nak beli satu-satu, harga nya agak mahal kot..ngee
tapi botol besar boleh tahan 2 bulan
BE Facial Foam - RM20
BE Moisturizer - RM20
Moisturizer siang/malam - RM50/each
*Anggaran je,harga sebenar tak ingat

disebabkan time nak beli tu terasa sayang duit, so Gnie just beli facial foam dan toner je. Sampai sekarang tak beli pun moisturizer nye. heeeee dan takde perubahan dah kat muka, just maintain, tak boleh nak hilangkan parut-parut jerawat tu sebab tak pakai 1 set, moisturizer malam tu yang work best kalau tak silap.

Additional item 1 : gambar atas tu ada Bio Essence anti freckles cream (Bukan dalam range Tanaka White), tak berkesan pun untuk Gnie..huhu dan oily, sangat jarang pakai.

Untuk Garnier Pure Active Multi-action Scrub tu dah pernah buat review sebelum ni. Klik kat sini

Done review 5 produk
-Bio Essence Tanaka White Gentle Cleansing Form-
-Bio Essence Tanaka White Bright White Clarifying Softener-
-Garnier Pure Active Multi Action Scrub-
-Aiken Tea Tree Oil Spot Away Daily Moisturising Lotion-
-Bio Essence Anti Freckles Cream-

Hope dapat membantu sesiapa yang baru nak mencuba

*Tested pada skin saya sahaja, orang lain mungkin akan dapat result berbeza

Sori lama tak update dan tak dapat bloogwalking sangat, internet slow sangat :(

Till then..take care

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Wednesday, November 23, 2011

WW : Skincare Set

Currently use..gambar tak clear..Basic skincare

-Bio Essence Tanaka White Gentle Cleansing Form-
-Bio Essence Tanaka White Bright White Clarifying Softener-
-Garnier Pure Active Multi Action Scrub-
-Aiken Tea Tree Oil Spot Away Daily Moisturising Lotion-
-Bio Essence Anti Freckles Cream-


Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Sunday, November 20, 2011

Simple Tips : Solekan Tahan Lama + hariku


Tips 1 : Sebelum mula bersolek atau letak apa-apa kat muka, sapukan muka dengan ais ketul/ice cube, biarkan rasa dingin menyerap ke muka selama 15 minit sebelum memulakan solekan.


Tip 2 : Ratakan bedak asas atau pedapkan bedak padat ke bibir sebelum pakai gincu untuk menjadikan gincu tahan lebih lama dan sapuan lebih mudah

Sekian =)

*********************************************************
p/s : tengah create post ni tetibe dengar bunyi berdentum kat luar, kereta & motor berlanggar. Tak tau nak kesian kat sape, motor kena langgar, kereta kena maki, motor yang salah bawak laju. Tapi kereta yang langgar, orang tetap nampak kereta yang salah.. huu.

cerite lain....
20/11/2011
Fresh from oven, petang tadi incik naim belanja eskem 
mint chocolate chip + cappucino + caramel
Hoichiii =) Mint tu memang favourite kitorang

senyum lebar dapat eskem...

dah ngap separuh & kena candid..hee
ayat pertama incik naim, awak sgt biru harini..>.<
ni tshirt pertama gnie yang berwarna biru..haha..baru sampai semalam, beli online..
shawl pun xde biru yang boleh match, so pakai tudung lama je la, tudung itali..cam tudung bawal (kekok dah) 

Till then, thanks for reading
take care
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Wednesday, November 9, 2011

Review : Garnier Pure Active Multi Action Scrub


Hai lama dah rasanya tak buat review produk
Harini kerajinan datang kembali =)

Garnier Pure Active Multi-Action Scrubs

Lepas tengok iklan di TV..hati macam.."wahh Fights 6 Signs of Acne harus cuba ni"
so semalam gi watson beli, beli small tube first sebab just nak try

I always found Garnier suit my skin very well ^_^


6 Tanda Jerawat yang bermaharajalela
1. Jerawat itself
2. Bintik-bintik putih
3. Bendasing (ni gnie tak paham pebenda,mungkin kotoran kot)
4. Kulit Berminyak
5. Pori Terbuka
6. Kulit Tidak Sekata

I have all these problem, tapi tak serious, just minor, cuma bila jerawat tumbuh sekali sekala muka rasa gatal miang ish taktau nak cakap,


Orang kata, kalau muka tengah jerawat, tak boleh scrub bimbang jerawat merebak sebab scrub form nya agak tajam/kasar. So Gnie memang tak berani nak scrub muka time jerawat. 

Tapi, lepas try produk ni, tak risau lagi dah
Apa yang best tentang new produk dari Garnier ni, claim yang sangat menarik perhatian Gnie selain fight 6 sign tu ialah it is Tested on Acne-Prone Skin, bermaksud scrub ni telah diuji pada kulit yang ada 6 masalah-masalah diatas, temasuk yang berjerawat bermakna selamat untuk kulit yang berjerawat.

Just trust it & try on my skin,

Yes it is true, walaupun scrub, ia tak terlampau kasar,
Scrub nya soft di kulit, dan once dah bilas muka terasa kulit lembut & miang jerawat pun dah kurang ^_^ muka pun rasa betul-betul bersih =)

Happy & tak teragak-agak nak share dengan korang..hee..boleh try coz harga memang mampu milik

Produk : Garnier Pure Active Multi-Action Scrub

Harga : RM6.50 / 50ml ( @Watsons)

Mengandungi : Purifying Salicylic Acid + Herba Repair

Repurchase : YES ^_~

p/s : before this Gnie ada test banyak jenis scrub tapi tak sesuai, so at last gnie pakai oatmeal je untuk scrub (haha sangat organic), but now dah jumpa produk yang sesuai..yeay 

Pure Active Untuk Perempuan Acno Fight untuk Lelaki =)



Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Thursday, September 29, 2011

Moisturizer untuk kulit berminyak..

Tahukah anda...
Moisturizer sangat penting untuk kulit..
Ramai yang salah faham, ingat moisturizer ni untuk kulit kering je, kulit berminyak tak perlu pakai nanti jadi lagi berminyak.

Dulu sy pun tak suka lah pakai moisturizer..ish rimas..kulit jadi berminyak..bila berminyak muka naik jerawat..bila naik jerawat mood pun kurang, nak keluar rumah malas (sebab nak kena tepek seribu satu macam benda kat muka semata-mata nak cover pimple), bila nak tempek benda kat muka de gunung berapi so jadi tak flawless, bila tak flawless kita jadi tak yakin, bila tak yakin maka ape pun tak boleh..bla bla bla

amboi intro..bebel je

ye betul kebanyakan moisturizer menyebabkan kulit jadi lebih berminyak untuk kulit yang dah sedia oily, so kena cari moisturizer yang betul-betul sesuai dan tak oily. 

Sy bukanlah pakar, tapi sy buat research betapa pentingnya pelembab untuk muka
1. Untuk mengelak kulit kering, kulit kering boleh menyebabkan bakteria mudah masuk dan menyebabkan infection yang mengakibatkan jerawat dan cela yang susah dirawat.
2. Mengurangkan tanda penuaan, kulit yang kurang kelembapan akan mudah meregang dan mengakibatkan kedutan

Sabtu lepas sy beli Aiken. Dah lama tergoda lepas baca kat blog fyna ^_~ tapi tak tergerak hati beli awal-awal dulu.

Puas mencari Aiken ni, cari kat supermarket takde, kat watson takde..last cari kat guardian ada..terus grab one =) berbunga hati.


So dah jadi rutin pakai moisturizer ni..dah tak pakai Bio Essence Tanaka White punya moisturizer, sy suka moisturizer Bio Essence, memudarkan bintik hitam dimuka sy tapi takleh get rid jerawat T_T sayangnya

  about 1 month, start sehari sebelum raya haritu jerawat naik sebab mengemas rumah habuk-habuk. My face kalau satu jerawat naik, ia akan membiak sehari satu..so kalau dah 30 hari, ada 30 jerawat...lalala..acah je..

Sabtu lepas sy beli Aiken ni, then pakai sambil Tawakal pada Allah (yang ni penting ye, kita hanya berusaha, yang menyembuhkan hanyalah Dia..insyaAllah..sy pun baru diperingatkan, so just sharing, thanks to a person yang mengingatkan..dulu jahil asyik fikir produk tu boleh sembuhkan, produk ni boleh sembuhkan..tapi hasilnya, pakaila yang mahal mana pun, kulit sy tetap begitu)

After 1 week..harini Khamis, jerawat sy yang sebulan riang ria kat muka ni dah kering/surut..alhamdulillah..yes dah surut, dan rasa best sgt pakai pelembab ni. muka tak berminyak. Baunya segar, dan awal2 pakai muka rasa sejuk/terasa segar..Owh parut jerawat sy cam beselah..ada mmg ada..^_~ (pengakuan ikhlas u) takpelah takpe..asalkan takde jerawat gatal-gatal tu kat muka dah dan bukit bukau tu sudah rata..lega sikit rasa. Anyway..

Im satisfied =)

Price : RM9.90 sebotol 75ml
Buy at : Guardian =)

notes :: *tested only on my skin, different people might get different result

Sorry panjang post ni T_T
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Wednesday, September 14, 2011

Kenali Bentuk Mata dan Cara Terbaik Apply Makeup untuk Mata

Punyalah panjang tajuk =) taktau nak bagi tajuk apa..huh

ok
Kadang-kadang kita tengok kat youtube atau mana-mana link yang bagi tutorial makeup selalu je cantik kat mata model tu. Tapi apply kat mata sendiri jadi tak cantik pulak..huduh. so kat sini ada bentuk mata dan cara terbaik nak apply =)


H = Highlighter
D = Deep Shade
A = Accent Color

Almond ialah mata paling perfect..pakai makeup camne pun takpe =)


Mata saya? mata kecik (small eyes) ler..awk? hehe



Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Review BB cream lagi =) : Dr Young

Siapa yang biasa baca blog ni mesti tau.. sy pencinta natural look maka sy adalah pencinta BB cream..huhu..pengganti foundation. Walaupun muka tak flawless..still nak jugak cerita kisah kecantikan ni..

Now..BB cream yang Gnie guna ialah Dr Young 2p Pearl Brightening Balm
Sebelum ni pernah review BB Cream ni tapi masa tu baru 2 hari pakai..
If 2 hari pakai pun dah syok kan..
Rasanya sekarang dah nak hampir sebulan dah ni..lama la jugak pakai..masih terasa syoknye..

Dalam masa pakai Dr. Young ni..ada juga Gnie try sample Dr.Jart, BRTC, dan Missha punya BB cream. Tapi still in love dengan Dr. Young =)
why?
Dr. Jart - sangat cair macam maybelline tapi too oily for my skin (coverage sama je dgn dr.young)
BRTC - Likat sangat, susah nak apply (coverage ok sikit tapi still tak boleh cover parut degil ni ha)
Missha - Best tapi silap beli, putih sgt. yang ni bau dia sweet =) (coverage sama je)

haha...nak coverage yang power pakai foundation la kan..

Nampak macam cerewet kan, mmg my skin cerewet, soo mengade-ngade, susah betul nak cari kosmetik yang sesuai.

So bila beli BB cream, ciri-ciri yang sy cari haruslah Natural Color, tak bau kuat sgt, texture ringan, oil control, non-comedogenic, coverage, non-alcohol (alcohol can cause irritation to your skin/jerawat/redness/pedih), glowing, even skin tone (brightening effect), act as sunscreen(sunblock), good for long term

meh nak cerita satu-satu kenapa in love dgn Dr. Young

Natural Color (rate : 5/5)
Yep. Dr Young ada 2 jenis, this one tiub silver untuk Yellow undertone. Kulit sy kuning langsat so tak putih just kuning yang cerah, tak boleh pakai makeup under pink, BB cream ni maybe a bit dark colornya bila tengok kat jari, tapi bila dah sapu rata kat muka ia blend very well =) sesuai untuk kulit kuning langsat dan sawo matang (macam liyana jasmay =) )

Tak bau kuat sgt (rate : 5/5) 
Smell good..ahaha takdela good pun, just nice la. tak wangi sangat & tak busuk hapak. Tak kuat lah bau nya nak dibanding dengan Missha punya BB cream

Texture ringan (rate : 5/5)
Yep. senang nak apply, tak perlu tenyeh kuat-kuat nak bagi rata mcm BRTC..heheh

Oil Control (rate : 4.5/5)
tak oily sangat, tapi kalau dah pakai lama sangat, muka sy mmg jenis berminyak, so adela sikit berminyak tapi still tolerate sbb tak nampak pun, diri sendiri je rasa =)

Non-comedogenic (rate : 4/5)
Ciri yang ni, kena tengok berapa lama pakai. Kalau pakai dari pagi sampai ke malam i think mmg liang pori boleh tersumbat, tapi normal time kita pakai pagi ke petang, kul 7 dah cuci muka kan, so its good =)

Coverage (rate : 3/5)
Coverage rate rendah coz mmg tak boleh cover, still kena guna concealer, kalau setakat parut ringan yang dah pudar tu boleh, dan cover bawah mata bolehla..senang kata medium coverage =)


Non-alcohol (alcohol can cause irritation to your skin/jerawat/redness/pedih) (rate : 5/5)
 Ingredients nye takde alcohol, sy taktau sangat jenis alcohol ni but ada la beberapa nama yang sy tau, ada alcohol yang elok(means die untuk vitamin) tapi ada juga yang tak elok, at least 5 ingredients yang paling banyak diguna untuk BB cream ni tak mengandungi alcohol yang tak elok tu. My skin agak sensitif dengan things yang ada alcohol, nanti burn dan pedih sangat pastu merah dan naik jerawat, pakai BB cream ni takde rasa camtu =)

Glowing (rate : 5/5)
hee..ni cerita perasan sendiri, muka korang akan rasa glow, cheek naik ke'pink-pink'an, takyah blusher, tapi tu kalau tak pakai bedak la =) kalau pakai bedak carila bedak yang warna pearl. Rasanya jadi glow tu sebab ada Pearl extract la =) nama pun Dr Young 2p Pearl Brightening Balm

Even skin tone (brightening effect) (rate : 5/5)
Brightening & Whitening adalah sesuatu yang berbeza ye, yang gni maksudkan brighten ni means nampak muka, kulit sihat, tak kusam

Act as sunscreen(sunblock) (rate : 5/5)
Yep, ia ada SPF35 PA++. Protects dari UVA & UVB, yang mana sinar UV ni boleh sebabkan pigmentation dan menyebabkan bekas parut jerawat jadi hitam. Bahaya dua-dua sinar UV ni..huh. but still kalau tengahari terik sy cari sunblock yang SPF50+ macam Biore UV Perfect Face Milk (this one ada alcohol dlm ingredients nya tp bukan 5 ingredients teratas, ia best, tak boleh nak katakan tidak..huhu Click for review..)

Good untuk long term (rate : 5/5)

Ni paling sy suka, susah tau nak cari cosmetic yang betul-betul berkesan macam yang ditulis kat kotak. BB cream ni dikatakan boleh jadikan brigtening effect, memudarkan parut jerawat, vitamin C yang menganjalkan muka. yes boleh dipercayai =) 


Semua product yang dinyatakan tested on my skin sahaja, lain orang lain effectnya. harap maklum ye

Boleh check review sebelum ni BB Cream Dr Young Review untuk tau harga & kat mana nak beli 

Thanks for reading. TC ^_~

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Saturday, August 27, 2011

Bio Essence Tanaka White Skincare Product


Started using Bio Essence Tanaka White Skincare Product
SRG dah tolak tepi..not for my skin
Tak sesuai**..yeye je entry SRG sebelum ni pong pang pong pang best giler..huu T_T
Tapi dah lama guna, dah nak dekat habis 1 set/almost 2 months baru terasa betapa tak sesuainya**..
Makin teruk**..susahnya nak cari yang betul-betul sesuai dengan muka..

Ok, untuk bio essence ni baru cuba dlm lebih kurang seminggu
taknak la ckp result dulu, takut dah..
tapi setakat harini sy puas hati**..

Beli ni pun buat keputusan drastik..lagi seminggu raya sape yang berani nak tukar product muka..huhu..tapi fikir-fikir memang tak boleh terima dah SRG**. fullstop


Cuba trial set supaya tiada pembaziran kalau tak sesuai..harap sesuai sebab suka texture skincare ni lembut sangat, dan bau die pun lembut sgt. Creamnya macam pelembab, mudah disapu dan tak berminyak**. Banyak lagi sebab yang nak puji tapi tunggu dulu ek..tengok sesuai ke tidak dengan kulit sy =)






Bio Essence Tanaka White Trial Set
Price : RM29.90
6pcs/1set seperti first picture
  • Gentle Cleansing Foam 30g
  • Bright White Clarifying Softener 30ml
  • Rejuvenating Day Cream 10g
  • Renewal Night Cream 10g
  • Skin White Perfecting Mask 1pc
  • White & Firm Double Action Essence (sachet separately) /yang color pink kat atas




Will try it sampai habis trial set =) baru bagitau nak beli lagi ke tak =)

Thanks for reading
Have a nice day everyone

** as for my skin, other people might experience different result due to differ of skin set

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

My e-Shop

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bloggroll

Hye Everyone, exchange your link here. This list will be use for blogwalking :)

Thank You So Much For Visiting ^^

Thank You So Much For Visiting ^^
From : Gnie The Manager of this blog..lalala