Pemanis blog =)

Search

Showing posts with label My Day. Show all posts
Showing posts with label My Day. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

KehendakNya :)


Alhamdulillah, beberapa hari lepas rasa bertuah sebab perniagaan yang Gnie usahakan dah sampai kepada pengetahuan penduduk Brunei.

Bukan nak berbangga, sebab sy tau peniaga dan usahawan lain dah berkali-kali dah dapat customer dari luar Malaysia kan which i really salute them sebab berjaya menarik hati pelanggan dari sana.

Bukan senang nak memenangi hati pelanggan luar Malaysia sebab kita pun akur yang postage ke luar lebih mahal kan. Gnie bersyukur sebab hari Ahad lepas dapat pengalaman berurusan jual beli dengan pelanggan dari Brunei sebab selama ni pelanggan luar just tanya-tanya-tanya tapi tak jadi beli, macam upset sikit la sebab sy betul-betul nak kan pengalaman berurusan jual beli dengan customer luar so this is my first time, first time guna western union, first time guna international air parcel..oklah..semuanya berjalan lancar :) Ahad dapat notification dari customer, Isnin check transaction, harini dah post barang. Harap barang akan sampai dalam keadaan yang sempurna :) insyaAllah

Not to forget..
yang menggerakkan hati manusia hanya Dia.
yang memberi rezeki hanya Dia.
Alhamdulillah for this valuable experience.
Syukur ya Allah.

p/s : selalu baca je pengalaman orang, harini dapat pengalaman sendiri :) happy..haruslah



Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Thursday, February 2, 2012

Mak ni bila nak facebook..


Soalan : Mak ni bila nak facebook (dengan intonasi iklan jacob)

Jawapan : Anytime.. (haha itu mak saya, tak sama dengan iklan)

Bila mak dah mula fesbuk, gerak geri anaknya pun di pantau..ngeh ngeh..takpela kan, senang, anak-anak dah tinggal jauh dari mak, nak lepas rindu tengoklah gambar anak, gambar anak, gambar anak..haha mak jarang upload gambar, anak-anak je beriya upload. so dah takdelah istilah demam rindu :)

Yang jauh terasa dekat, yang dekat kita rapat-rapatkan :)

Till then..

taktau pe motif post ni..ngeee



Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Tuesday, January 17, 2012

Nite Blues...2in1

Hati rasa sangat-sangat bersyukur..
Allah tau segalanya, bila kita dekatkan diri denganNya..
Hati yang gundah pun akan tenang,

Kalau terasa duit yang ada tak cukup pun, insyaAllah rezeki masing-masing dah ditulis sejak azali lagi,
tak perlu dengki mendengki sesama manusia, tau tak hasad dengki tu sebenarnya kerja syaitan je.

Allah dah tetapkan rezeki kita setakat tu je, buat la macam mana pun rezeki untuk orang lain tetap kita takkan dapat walau sedikit pun hak orang tu. 

Usaha, kita akan dapat apa yang dijanjikan untuk kita, setakat mana, banyak ke sikit ke, Alhamdulillah syukur, semuanya akan jadi cukup. Kalau ada lebih itu bonus untuk kita.

Suka nak petik satu ayat
'Dunia ni kena letak kat tapak tangan je, senang kita nak mentadbirnya, jangan dihati, jangan ia dicinta sebab ia hanyalah sementara'

cuba fahamkan dalam-dalam ayat tu

*******************************************************************

Eh sebenarnya nak bagitau satu lagi novel best yang i am currently reading, hehe ayat cliche, rasanya semua novel best sebenarnya, semua menusuk ke jantung hati

Novel Contengan Jalanan
~Coretan Pengalaman Perjalanan Mencari Tuhan~
Karya : Hlovate

Novel ni ayat maskulin betul, hati tisu perempuan kadang-kadang susah nak faham, maybe novel ni sesuai untuk lelaki kot/orang muzik/orang yang cepat pickup..ngee 

Novel ni unik coz terbalik depan belakang, kalau orang yang taktau mesti akan cakap anda baca novel terbalik, sebenarnya ada 2 kisah pengalaman dalam satu novel, sy tak habis baca lagi, baru baca kisah ll-K2 je separuh, anyway memang interesting.

Those yang suka jamming mesti lagi senang faham sebab segala band yang LEGEND semua disebut,

my bf orang music jamming-jamming, berdasarkan pengalaman, kalau diorang bersembang sesama ahli kumpulan memang korang harus buat pekak je, kalau tidak korang pening..hehe..

Orang music bila bercakap memang duduk dalam dunia diorang je, so takyah buat tanda soal banyak-banyak kalau ada ayat diorang yang korang tak faham ^_~ just ignore

Ok till then
Nite nite
Photobucket 
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Friday, January 13, 2012

Hot Chocolate...

Salam pagi Jumaat semua,

Morning...

Thumbs up untuk semua yang bangun pagi, semoga dibukakan seluas-luasnya pintu rezeki :)

Ni nak story..

Pagi-pagi kalau tak sempat sarapan inilah die habuannya, 

hot chocolate Perl Choco jadi santapan..

buat alas perut..

Dah tinggal 5 packet je..nak kena restock lagi..huhu

Actually, Power Root Cafe Kacip Fatimah tu pun ada tapi tak boleh la,

Gni minum cafe tu sehari tak tidur, pagi-pagi buta boleh segar lagi..tension je..hebat penangan nya..hehe

Perl Choco ni best, dah la sedap, ada kacip fatimah + collagen..

Ladies-ladies tau la kan apa fungsinya :)

Sedap-sedap-sedap

Hantu coklat memang akan cakap sedap kan, tapi betul siries rasa pure coklat

Harga pun tak mahal sangat..

RM10.90 kalau tak silap, dalam ada 15packet + free 2packet..

Cubalah...

^_~
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Thursday, January 5, 2012

TyPo...

Dilema awal tahun, 
bila tulis tarikh
5/1/2011

Fuuuuu...
2012 dah la Gnie oi..

*Setiap tahun pun camni..fuuu (=.=)



Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Wednesday, November 23, 2011

Us..

Mak balik dari kampung terus inform kat saya, mak sedara kat kampung ada calon untuk saya..huu mulut terus je terdiam dan balas, 'huu takpelah mak bagi kat sepupu yang lain dulu...'



'Mak bagitau je' mak jawab sambil tersenyum..mujurlah, mak saya pun tak minat sgt kot nak calon-calon kan, biar pilihan sendiri, kenal perangai masing-masing baru decide nak ke taknak, bila libatkan keluarga, kalau ada masalah kemudian nanti akan terjadi salah menyalahkan satu sama lain kan..

ni kali kedua, sebelum ni pak sedara yang nak calonkan anak angkat dia, jawapan saya sama jugaklah..
soal sehidup semati ni biarlah kita tentukan sendiri..

'dia' reason yang utama, tapi jodoh itu rahsia Allah
takde sorang manusia pun tau apa yang akan jadi


Walaubagaimanapun...

Kenangan yang indah takkan boleh dilupakan...kenangan jugaklah pengikat kasih sayang kan
Teringat lagi saat 'date' kat kelas prep(study) asrama dulu, kena kejar dengan pakcik guard sampai dapat gelaran putera & princess..dengar suara pakcik guard sorang lari ke kiri, sorang lari ke kanan, tawaf asrama terjumpa balik, gelak sama-sama..aish nakal..nyorok kat makmal sebab taknak pakcik guard nampak..kesian pakcik tu..tapi kenangan kan. hee dulu kecik-kecik mana pikir kesian..mana tau ikut undang-undang..siswa siswi tak boleh bercinta-cinta..ingat..adeh..saya minta maaf pakcik ye..

hmm : rasa rindu nak terima surat yang diselit kat buku, kat bawah meja prep, bukak pencil box ada surat, buku kena conteng ilebiu, surat ada bau wangi-wangi bedak johnson, surat ajak jumpa..haha ape-ape je

Sekarang semua sms/call je..takde sentimental value dah kan..hee..


p/s : mak pesan, pilih lelaki biarlah laki tu sayang lebih kat kite..paham maksudnya? kalau ada 2 lelaki untuk dipilih, pilihlah lelaki yang sayang korang lebih dari korang sayang dia, kalau korang yang lebih2 sayangkan laki tu nanti laki tu rimas..is it?..huhu maaf kalau salah

Till then..take care ^_^
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Sunday, November 20, 2011

Simple Tips : Solekan Tahan Lama + hariku


Tips 1 : Sebelum mula bersolek atau letak apa-apa kat muka, sapukan muka dengan ais ketul/ice cube, biarkan rasa dingin menyerap ke muka selama 15 minit sebelum memulakan solekan.


Tip 2 : Ratakan bedak asas atau pedapkan bedak padat ke bibir sebelum pakai gincu untuk menjadikan gincu tahan lebih lama dan sapuan lebih mudah

Sekian =)

*********************************************************
p/s : tengah create post ni tetibe dengar bunyi berdentum kat luar, kereta & motor berlanggar. Tak tau nak kesian kat sape, motor kena langgar, kereta kena maki, motor yang salah bawak laju. Tapi kereta yang langgar, orang tetap nampak kereta yang salah.. huu.

cerite lain....
20/11/2011
Fresh from oven, petang tadi incik naim belanja eskem 
mint chocolate chip + cappucino + caramel
Hoichiii =) Mint tu memang favourite kitorang

senyum lebar dapat eskem...

dah ngap separuh & kena candid..hee
ayat pertama incik naim, awak sgt biru harini..>.<
ni tshirt pertama gnie yang berwarna biru..haha..baru sampai semalam, beli online..
shawl pun xde biru yang boleh match, so pakai tudung lama je la, tudung itali..cam tudung bawal (kekok dah) 

Till then, thanks for reading
take care
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Monday, November 7, 2011

Alone @ Aidiladha

hee tajuk nak sayu je..Tapi taklah sayu sangat pun coz diri sendiri yang malas ikut balik kampung, penat badan balik kampung 7hours minimum, tu yang malas, so raya la sorang-sorang, kat Selangor ni area Shah Alam, raya Qurban tak meriah sangat pun, cuma rasa sayu sangat bila dengar takbir pagi-pagi raya. Yela kan..dok sorang-sorang, layan perasaan je la, nak layan sape lagi =) 

Anyway, masih belum terlambat kan nak wish
Salam Aidiladha buat semua..
Banyak cerita kat TV buat menitis airmata =) especially directed by Sheila Rusly..salute ^_~

oK take care k
Drive safely =)





Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Sunday, October 23, 2011

Persoalan yang tiada jawapan



Kadang kita selalu tertanya-tanya. 
Apa salah kita. Hingga orang bermasam muka.

Kita yang salah ke atau just salah faham.
Maybe sebab bad communication.

Boleh ke orang yang having bad communication hidup bersama.
Prefer to keep quiet till the end.
And kita pun just keep quiet.
'Diam' is the key ke?

Kita try to help je, tapi macamana kalau dia taknak buka mulut.
Takpelah maybe masalah dia terlampau peribadi.
Atau mungkin masalah dia tu adalah 'Kita'
atau mungkin jugak dia can predict kita tak dapat membantu pun.
Tapi kita tak seronok kan kalau dia asyik buat muka.

Maybe dia tak suka kita.
Can we just go?
hmm..I dont know. Rasa syg dengan relationship tu.
now it's Really Confusing.

Maybe we should talk..
please la..


Teleporting here without realising =)

Bila hati rasa kacau bilau..
This is the place..
Ombak seakan mengalunkan iramanya yang menenangkan jiwa.
erk adakah saya sedang menggunakan ayat novel.
Tapi seriusly, nature never lie to us kan. 
Iramanya tak pernah ada prasangka, sentiasa mengalu-alukan kedatangan kita


Found this while walking..dari jauh kusangka 'landak laut', yeah wa kena beb..hanyalah setandan kelapa sawit entah dari mana, berapa banyak tempat dah kamu mendarat hah T_T


Music of my heart.
Found back happiness disebalik alunan ombak


Till then.
Thanx for reading.

Hope u guys happy sentiasa
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Friday, October 7, 2011

Kisah si ladies

Dah jadi rutin, gnie akan pi post barang customer tak kisah la pejabat pos mana kan..ikut mood..^_~
Petang tadi, gi pej. pos kat *****
Tiap kali pi pejabat pos tu mesti ada sorang ladies merayau dalam pej. pos tu
dia akan mintak sorang singgit kat orang-orang yang ada dalam pej. pos. tu..
pernah la jugak bagi, tapi taklah tiap kali pergi gnie bagi, baik nya hati, tengok la juga time bila hati tu nak jadi dermawan...^_~
sebab memang tau dia mintak singgit nak beli rokok (main thing)
kalau ada dapat lebih dia akan beli makanan & air..
nak dijadikan cerita..
Tadi ladies ni mintak singgit kat sorang mamat ni,
mamat ni tengah pos barang time tu so ada duit lebih sen sen dia pun hulur la kat ladies tu..

part ni rasa nak gelak tengok..
ladies tu ambik duit syiling yang mamat tu bagi & masukkan dalam tabung derma kat pejabat pos tu..
dalam hati sy ' nice, dia derma guna duit yang orang derma kat dia '
so sy perhatikan je..
lepas dah masuk kan syiling dalam tabung,
dia pusing balik kat mamat tadi mintak singgit..
hahaha..
rupanya dia tak terima duit syiling
nak duit kertas singgit..
demand ye kau..
hehe...
ikut kamu ler..asalkan tak kacau orang sudah 


lesu



Photobucket
**************************************************** 
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Saturday, September 24, 2011

Blue's for Today

Malam tadi Jalan-Jalan Dalam Blog..
Terdengar Lagu 'More Than Words'
kat blog incik ni

Then, terus layan..takmo keluar dari blog tu (padahal boleh je download sendiri kan)
Biar je lagu tu berkumandang sampai dah nak lelap..haha
Punya la berhantu lagu tu..

Actually lagu tu mengingatkan time sekolah dulu, kat convent de sorang gadis tapi berperwatakan lelaki, die perform lagu tu sedap giler..sambil die main gitar..
Gnie pun layan dengan syahdunya..
cuba memahamkan bait-bait lirik lagu tu..
& masa tu tgh bercinta ngan MyMan...lalala form 3 kot..cinta monkey

yes

More than Words..

Tak perlu ucapkan sayang..
"Saying i love you..is not the words i want to hear from you..
.
.
.
But..
If u only knew..
How easy..it would be to show me how you feel..
"More than Words"
Is all you have to do to make it real..
Then you wouldn't have to say..
That you love me..
Cuz i already knew....."

hehe
to : MyMan..
nak touch my heart..buatla seprais...hahah...easy breezy

Aiseh jiwang..

I'm ready to head out to..........................
(isi tempat kosong..)

jom jalan-jalan =)


Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Thursday, September 22, 2011

Senyum ke Telinga


Senyum ke telinga..
sebab? hehe rahsia

*yuuuu Pucatnya muka sy..2 hari tak lena tido sebab cuaca yg teramat sejuk sekarang ni..selimut bushuk tu terasa nipis je..

Cuaca tempat korang sejuk tak

sy nak Tido awl lah..
^_~
goodnite




Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Tuesday, September 20, 2011

Melihat keindahan matahari terbenam

Salam..
Saja nak share..hari ahad, gnie & family gi pantai remis sebab nak mandikan budak kecik danisya kena gatal-gatal. So mandikan dengan air laut (air masin)..walaupun pantai remis tu takla bersih sgt tp meriah kat situ..hehe..maybe sebab gerai-gerai yang ada kat situ kot. Femly suka gi sana makan kerang bakar, ikan bakar, sotong bakar...nyummy..

Tak sangka budak kecik tu takut ombak, gigil-gigil...papa dia bangun nak gi kat tepi pantai pun dia cepat-cepat halang & tarik tangan suruh duduk balik..comey je..tapi kena paksa la jugak kalau tidak tak baik gatal-gatal nye.

Lembaga hitam tu sape..belakang tu Danisya & papanye (angah)

Sambil nak mandikan Danisya, sempat tunggu matahari terbenam..cantik..cantik sgt..tenang je rasa..lupa segala masalah dikepala.
 


Alhamdulillah, sekarang dah elok takde gatal-gatal lagi, hari isnin tu dah elok dah. Yang luka dia garu tu pun dah kering =) senang hati tengok. Tak payah ubat mahal-mahal.

*gambar 2nd tu dah buat jadi wallpaper..bila celaru tengok gambar tu..tenang sikit..hee
Photobucket

****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Monday, September 12, 2011

Buddies..

Semua Kedah mai..haha
Aku je sesat..dan sukalah kan tak pandang kamera..peng'corrupt gambar..sobs T_T sorry babe..

Congratulations..dah mommy to be dah pun =)

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Usia bukan sekadar angka

Ramai yang cakap, usia hanyalah nombor. Sy sendiri pernah cakap gitu..sebenarnya saja nak sedapkan hati atau berseloroh dengan kawan-kawan. Hakikat sebenar usia bukanlah sekadar nombor, usia lebih dari sekadar nombor.

Cuba bayangkan kalau usia hanyalah nombor, umur 1 tahun dengan umur 25 tahun beza ke tidak kehidupan kita. Kalau sekadar nombor, hidup kita takkan berubah. 25 tahun still mak suapkan makan, mak mandikan, mak basuhkan uk-uk..hehe mak jugak yang kena. Tanya mak sanggup lagi ke kalau dah 25 tahun nak mandikan kita. Entah kita yang tak sanggup kot. lalala..unless sebab yang tak dapat dielakkan, tak upaya, sakit, atau apa-apa je pun, terpaksa la kan.

Time kanak-kanak (sekolah rendah) selalu imagine, best nye jadi dewasa, ada duit sendiri, boleh beli mainan banyak-banyak. Bila dah dewasa ada ke fikir nak beli mainan. Ada la sesetengah orang tu kan yang jadikan robot mainan sebagai koleksi, barbie sebagai koleksi, tu lain cerita la kan.

Next bila dah remaja, waktu paling happy. Sweet 17, sepuluh ribu orang cakap kita sweet. ada satu kisah, Pernah sekali tolong sorang nyonya teman die tunjuk jalan kat KL. teman die sampai komuter, sepanjang jalan dia sangat ramah sampai dia main teka umur sy, time tu 17 tahun, dia boleh teka umur sy 13 tahun. Dalam hati budak-budak sangat ke aku ni, tak best langsung orang teka umur budak-budak. tapi bila dah 25 tahun, takyah orang teka, sendiri-sendiri perasan baru 15 tahun..haha..

Antara umur 21 hingga 25 pun dah banyak perbezaan dirasa, umur 21 masih terasa muda, gi cari kerja part time semata-mata nak beli baju sendiri, henpon canggih2..tak fikir pun nak guna duit untuk masa depan, seronok gi hangout ngan kawan-kawan, pantang diajak berdesup keluar. Tapi sejak umur 24 tahun, sekarang dah 25 nak hangout? ah malaslah..hari cuti duk rumah berehat atau keluar jalan dengan family. Duit yang ada sekarang barulah terfikir nak buat kahwin la, nak buat beli kereta, beli umah. Banyak nak fikir, daripada gi melepak ronggeng2 habis duit, baik lepak ngan family spend time dengan mak abah, tunggu anak-anak buah datang. Jumpa kawan-kawan pun time ada event je. Camtu kan pemikiran. Sebab tu bila dah 25 perasan nak 15 balik, 15 tahun takyah fikir duit nak kahwin, takde sape sibuk tanya nak kawin bila, bila nak kawin, kawin, kawin, kawin..

Kesimpulannya, usia lebih dari sekadar nombor. its a life, ada nilainya, kita jadi lebih matang. Memang merisaukan tapi itulah fitrah yang kita kena lalui =) chill ya

penulisan adalah hasil dari kanta kehidupan sendiri..
lain orang lain pemikirannya kan =)

Masih tertanya-tanya, at this age, kita dah achieved ke apa yang sepatutnya?
Usia selalu memburu kita, walau di gunung, di darat di air, walau dimana kita berada kita tak dapat lari.
Just live your life ok kawan-kawan =)

Have a nice day..

Photobucket
**************************************************** 
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Tuesday, September 6, 2011

Tragedi Ditindih..

Dalam dunia serba moden ni, jangan dilupa masih ada alam ghaib yang mana mata kasar kita tak dapat melihat bagaimana keadaan di alam itu, hanya insan-insan yang di pilih sahaja dapat melihat.

Teringat dulu ketika tinggal di sebuah asrama di Selangor, waktu tingkatan 3. Asrama tersebut dikatakan 'haunted' atau istilah biasa 'keras'. Sepanjang duduk disana kami diajar supaya tidak meninggalkan solat, sentiasa mengaji Quran dan diperingatkan dengan ilmu agama supaya terhindar dari perkara-perkara tak diingini.

Kejadian ni aku alami sendiri, sengaja nak berkongsi, pada satu malam, mata tersangat mengantuk, kawan-kawan lain sibuk study memandangkan PMR yang menghampiri. Disebabkan mengantuk sangat, aku ambil keputusan untuk tidur, tak dapat  join kawan-kawan study, terus naik ke katil  dan tidur walaupun masih awal malam (katilku ditingkat atas double decker). Malam tu kalau tak silap, terlupa solat Isyak sebelum tidur. Doa tidur tak baca, ayat 3 kul pun tak baca. Terus terlena tak sedarkan diri.

Baru sekejap terlena, terasa nafas tersekat, dada tak boleh bernafas..terasa ada seseorang duduk diatas badan. Aku cuba tarik nafas panjang tapi tak boleh, badan kaku langsung tak dapat digerakkan. Hanya dapat buka mata namun tiada apa-apa pun di atas badan..aku jeling ke lantai bawah, kawan-kawan masih study disitu, aku jerit sekuat hati mengharapkan pertolongan CPR, namun takde sorang pun yang menoleh T_T sedih..dalam nafas yang tersangkut tu, aku cuba baca beberapa ayat Quran yang dihafaz, paling senang alFatihah, paling susah ayat Qursi, entah kenapa ayat Qursi yang baca hari-hari tu boleh lupa time tu T_T..aku ulang-ulang baca tanpa henti apa2 je ayat yang boleh ingat, teringat ada seseorang pernah bercerita, kalau time kena tindih ngan benda tu, cuma kaki je yang boleh digerakkan, tapi tak tipu, sangatlah berat nak gerakkan kaki. Namun aku gagahkan juga nak gerakkan kaki, ternampak besi penghadang katil, sekuat hati cuba capai besi tu, tak ingat berapa kali dah baca ayat, akhirnya kaki dpt gerak, dan tertendang besi penghadang tu, (lebam kaki ku T_T)

Lepas dapat gerakkan kaki, automatik boleh bernafas, terus duduk sambil istighfar byk2, turun katil, amik wudhuk, solat pastu malam tu tumpang tidur kat katil bawah (katil member) ngee..seram nak tidur katil atas.

esoknya tanya member, tak dengar ke aku jerit..diorang kata takde pun...sobs pasrah..so diam je malas nak cerita, nanti dorang pulak takut nak tidur kang..

Kesimpulannya, jangan tinggal solat..(peringatan untuk diri sendiri jugak)


p/s : teringat opah (mak kepada mak) pernah kena 'tindih', time kena tindih die akan nampak beruk yang menyerupai manusia T_T....mak pun pernah kena 'tindih', bila kena tindih die akan berada kat satu rumah kosong yang terlalu banyak pintu, dan semua pintu tu adalah pintu bilik, takde pintu keluar T_T...nasib baik gnie kena tak nampak pape..tp taknaklah kena lagi..tak best..ingat best ke sesak nafas..langsung tak T_T

notes : dalam sains pun ada sebab musabab kena tindih ni..tapi search sendiri eh..mungkin ada logiknya dalam kes gnie, tapi kes opah ngan mak tu no komen..huhu


Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Friday, September 2, 2011

Im back =)


Assalammualaikum..
rindunye..
alhamdulillah selamat dah sampai kat rumah =)

Malam tadi kul 12 sampai, dari Pengkalan Hulu Perak, ke Shah Alam Selangor..10 jam dalam kereta ikut jalan dalam, memang lenguh2 pinggang..sampai umah dah mandi-mandi ingatkan nak buka blog tp tak sempat..terus ZZzzzz.. =) kepenatan

nak tepek gambar raya pertama, tp takde amik gambar full la pulak, semangat nak raya tak teringat nak bergambar atau lebih tepat kat kampung super busy di pagi raya..yang ada pun belum pakai tudung..takpelah kan, i bukan artis pun..haha..lainkali lah amik gambar =)


ops..kasi rotate


nah ni je la gambar yang ade..ni pun dah abes beraya, nak balik baru teringat nak snap2 gambar...dah super selekeh baru nak bergambar..lalala okla kan..nasib baik ingat nak snap...

=)

Yang sedih..tahun ni opah tak buat mini popia...nasib baik terjumpa orang jual mini popia serunding ikan bilis kat sg.besar, Selangor..pengubat kekecewaan..jadila dari takde..huhu

korang, jangan makan banyak2 sangat tau raya..kang demok..haha..babai
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Sunday, August 28, 2011

Last Post Sebelum Raya =)


Entri sebelum nak balik kampung, kat kampung nanti tak boleh nak tot tet tot tet...

Barang dah ready
-Baju raya
-Baju tido
-Baju jalan
-Baju *****
-Tudung
-Telekung
-Kasut & Sandal
-Toiletries (Berus gigi jangan lupa)
-Makeup
-Skincare
-Charger henpon

errm nak bawak domo boleh tak..haha...semak kereta..

banyaknye..tu yang malas nak balik kampung tu..packing je pun dah penat T_T

Babai blogku..
Babai Lappy ku..
Babai alam maya..
Babai internet..
Babai kengkawan..
Doakan perjalanan kami selamat..

Sampai kampung nanti kat Perak, tempat pertama harus pergi ialah Baling, Kedah...haha..
jom ramai-ramai menyesakkan jalan kat Baling =)

(Senyum gaya Maskulinn a.k.a Senyum paksa..lalala (-_-) brr)

Selamat Hari Raya Aidilfitri korangg =)
Maaf Zahir Batin
Nak duit raya boley
^_~

Babai
See ya
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Friday, August 26, 2011

Mulalah last minute preparation T_T


Sekarang baru terasa macam ape pun takde persiapan raya T_T..
Baru nak panas enjin, orang lain semua dah ready packing barang balik kampung..
Nanges...

Takpelah takpe..baju yang di target dah ada..cuma nak survey harga..tp sempat lagi ke nak survey harga ni..dush dush..terasa batu jatuh atas kepala..

cool gnie cool gnie..
(bermonolog sorang diri)

Abaikanlah..

Walau tak ready nak raya, bahangnya sudah terasa..
Gnie nak ucap
Selamat Hari Raya Aidlifitri..
Walaupun kita kenal di alam maya je..
Manalah tau ada entri yang mengguris hati, perasaan dan kulit..
Maaf Zahir Batin..
Semoga semua hepi-hepi raya tahun ni ok..
hati-hati di jalan raya..
takmo dengar khabar-khabar tak best ok..
Take Care always..
Senyum sikit ^_~

Raya pertama tahun lepas di bengkel T_T harap tahun ni tak jadi lagi

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Thursday, August 25, 2011

Kasut Raya Dah Ready =)


Sebelum ni Gnie ada berkira-kira nak beli kasut raya tahun ni jenis wedges..
Tengok entry ni kasut pilihan Gnie raya tahun ni..

Dan sy ada juga buat poll kat sidebar tu, wah wah..nampaknya ramai yang pilih wedges untuk raya tahun ni..suker suker..

Dalam entry yang lepas, gnie dok mengigau-igau nak beli kasut sebijik macam kat gambar tu..nak beli online cam tak puas coz nak cuba sebab kaki senang melecet..kalau tak kena material dia habislah rosak raya ku tanpa kasut..then..round jusco..habis semua kedai cari..dan banyak-banyak kedai yang gnie round, ada satu kedai je jual yang sebijik camtu, harga lebih rm10 la dari yang dijual online =)

Tapi cam biasalah, bila dah banyak pilihan, jadi rambang mata..dah nampak yang tu, nampak yang lain lagi lawa.. kalau sy jutawan, dah dengan kedai-kedai wajib beli...lalala..

Tapi sy bukan jutawan, maka haruslah buat 1 pilihan..
Kasut mcm entri lepas tetibe jadi tak berkenan T_T sebab ada 2 color je, hitam gelap dengan color ape tah satu lagi tu, then...........
Ter berkenan dengan satu lagi wedges..lebih cun kot =)

Tadaaa...ni dia...
3 inci yu..so tinggi sy akan jadi 160cm =) is it?..yes yes...



huhu dah tak surprise..takpelah kot..
nanti raya dah takde masa nak online coz mungkin kat kampung..
anak dara kejenye di dapur T_T..

p/s : tetiba dlm gambar macam tak cun..sobs...tp depan mata cun je..takpelah janji puas hati..lega dah lepas bajet untuk kasut ^_~



Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

My e-Shop

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bloggroll

Hye Everyone, exchange your link here. This list will be use for blogwalking :)

Thank You So Much For Visiting ^^

Thank You So Much For Visiting ^^
From : Gnie The Manager of this blog..lalala