Pemanis blog =)

Search

Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Tips Solekan Manis Bertudung


Selsema dah datang lagi, seksa kan selsema time puasa..takleh nak minum ayor..sob sobs

ok ni gnie nak share, semalam baru beli intrend September =)
Menarik intrend kali ni banyak cerita tentang hijabis =) sempena raya..
so dalam tu ada diselitkan seperti tajuk diatas..
Tips Solekan Manis Bertudung

(olahan ayat sendiri je, gnie just summarize sikit2 apa yang ditulis ye)
  • Elakkan solekan terlalu galak atau bersifat eksperimental. 
  • Perlu bersolek yang tidak keterlaluan, jangan tak bersolek langsung nanti tudung lebih menyerlah dari muka =) biarlah harmoni.
  • Untuk wajah bulat dan lebar, gunakan teknik shading tetapi jangan terlalu gelap hingga menghilangkan keayuan ajah =)
  • Apabila shading di bahagian rahang, pastikan ia dipanjangkan sedikit kerana apabila memakai tudung ia akan menutupi sebahagian besar tepi wajah.
  • Jika belum pandai guna shading tools, just gunakan bedak asas shj, senang diperbaiki jika ada kesilapan.
  • Bersolek sebelum pakai tudung
  • Untuk Touch Up, sebaiknya leraikan tudung dahulu, tinggalkan anak tudung sahaja bagi mengelak makeup terkena tudung dan juga memastikan kamu boleh melihat keseluruhan wajah 
Selain Tips, 
ada tutorial makeup & shading untuk mereka yang tak yakin kalau tak pakai tudung awning(visor).
means bila pakai tudung lekap dia rasa muka lebar dan bulat..makeup yang diajar sangat natural =)

Nahh preview sikit..sorila guna hp cikai je T_T


Satu lagi, ada blogger Fashionista Maria Elena buat tutorial penggayaan shawl, korang tau la kan how she is..cantik orangnya pakai la ape pun  =)

Jangan lupa dapatkan inTrend September 2011 =) sebelum habis dipasaran
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Saturday, August 13, 2011

Hadiah menang GA =) & cara gayakan shawl

Sejak akhir-akhir ni entry asyik nak panjang berjela je
Kali ni biar gambar bercerita
Sebelum ni sy ada cerita tentang menang GA..refer sini
hadiah dari Lulu ni diterima Rabu lalu T_T sadis..harini baru nk post entry
Thanks Lulu yang gorjes =)

Time terima tu packagingnya 3 layer..huhu..suspens

first..
Brown Envelope with buble wrap + stamp

Dalamnya.. posekspress envelope pula..
ni mesti kes pos reject kan..
sekarang ni memang, tak boleh langsung post benda lain selain dokumen guna posekspress..
kalau org poslaju dpt detect, die akan pulangkan balik..huh

3rd layer..nampak dah bungkusan comel 
Lulu-pages..sinonim dengan color biru =)

dan akhirnya
ni hadiahnya =) 
Pastu garu-garu kepala..camne ye nk pakai..telinga ni dah lama tak pakai subang/anting-anting..lubang anting2 pun mcm dah tertutup je ni..boleh ke pakai lg..huhu

tapi really appreciate it..
thanks again Lulu =)

jom ke page Lulu peminat Chelsea ni =)

p/s : hepi dpt hadiah \(^_^)/


***********************************************
Cara gayakan shawl


visit my blogshopping : SimplyStyle Collections

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Tuesday, August 9, 2011

Tak reti buat sanggul? Meh tengok ni


Salam readers yang dikasihi... =)
ni entry sesuai untuk ladies..

Rambut, memang sangat cantik kalau kemas rapi kan =) baik yang pakai tudung atau freehair mesti nak rambut sentiasa kemas/rapi kan..tapi kalau freehair lagi cantik lepaskan rambut =) ayu je..yang pakai tudung ni mesti lagi cantik kalau sanggul.. tapi ada masalah...

- nak buat sanggul tapi asyik terburai je T_T like me la ni

-nak buat sanggul tapi rambut terkeluar tak kemas T_T ladies yang rambut layer mmg ada masalah ni..rimas kan? 

-dah buat sanggul elok2 at last jatuh turun, maknanya rambut licin la tu...cantik =) tapi buat sanggul susah nak stay T_T

-Rambut dah cukup panjang tapi tak boleh nak lilit sebab rambut tebal..kena tunggu panjang lagi T_T nangis lagi..

sesiapa ada masalah cam kat atas tu, gnie ada penyelesaian =)

meh nak share

Bukan sanggul palsu..tak best la rambut dah panjang nak pakai sanggul palsu buat pe kan =) 

ni die bendanya =)

Sebelum dan selepas dibuka =) masukkan rambut kat tengah2 tu =)

benda ni rambut paras bahu pun boleh pakai...ni yang panjang..gnie beli RM5 je =) yang pendek pun ada tapi sesuai untuk rambut nipis halus cantik tu =) yang pendek RM4 je =)

Best pakai ni..takyah risau rambut menurun ke apa time pakai tudung..time kat rumah pun pakai je la..kemas =) takla bersepah rambut..

Gnie beli kat Econsave Pandamaran..tempat lain rasanya ada jual..mesti ada..tesco pun ada kalau tak silap

Jumpa ni kat youtube..cara pakai =) tapi alat die ni macam lain je..boleh stretch..yang gnie beli tu just boleh lentur..tapi cara pakai sama je =)


Hasilnya... =) terletak kemas..takyah risau apa2..try test anak buah mengganas pun still selamat lagi sanggul tu..huhu

Inner Neck dah restock mlm td..jom kite ke SimplyStyle Collections

Till then..
see ya..take care..
Thanks sudi baca =)


Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Saturday, August 6, 2011

Tutorial(Video) : Styling Shawl/ Pashmina

Saje nak share kat sini jugak =)
gaya macam yang pakai kat blogshop


Ramai yang tanya 2 gaya ni..sebenarnya simple je...simple sangat2..so ni tutorialnya..selamat mencuba =)





Using : shawl jojet safia dari SimplyStyle Collections

2 tutorial pertama requested by customers & friends, yang last tu tahla...saja nak drag masa kot..^_~
sy adalah manusia yang super malas nak buat video..haha..sy kan pemalu (tgn dibahu mata ke atas) tapi dpt jugak buat  ni..hope can help la ye =)

sebarang ketaksengajaan, ketaksempurnaan or wutever tu maaf ye..coz malas edit..semua pun malas anak dara ni..huhu
im not perfect T_T

*sorry for the black & white video...suara kalau tak dengar sila pakai headphone =)

notes : this is not my own style..gnie pun belajar kat youtube je =) seriously boleh cari pelbagai gaya kat situ..video ni just buat sbb customer yang request =) macam tak sedap pula nak letak video org lain kat blogshop kan =)

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Thursday, July 28, 2011

Apply BB Cream bagi Tahan Lama - Cara Saya

Assalammualaikum..hai readers..

Tutorial kali ni Gnie nak cerita pasal BB cream..tak kisahlah apa jenama pun..sy pakai yang murah je..Maybelline Clear Smooth Minerals BB Cream, time beli kat Watson ada promotion RM21 je..harga die normal 20++. Tak ingat exact price.

*credit picture from Google..BB Cream
Texture BB cream ni sangat soft & sangat ringan tak terasa pakai Cream kat muka =)
Untuk muka yang blemish tu kan..sesuai la...sy jenis tak pakai sangat foundation kalau keluar jalan sbb tak suka, foundation pakai bila ada event je, tapi muka ada blemish & warna tak sekata (uneven tone) ..so takkan nak biar comot je keluar jalan kan..hee..so pakai BB cream ni penyelesaian nya.

Biasa lepas pakai BB cream ni taknak bagi muka nampak shining atau berpeluh/berminyak sy completekan dengan Maybelline Clear Smooth Shine Free Face Powder, harga tak ingat..sorry.
*credit picture from Google..Face Powder

Face Powder ni best, memang clear smooth..=) 
Fragrance free, oil free, Non Comedogenic(penting ni) dan Won't Clog Pores (Lagi penting) =)

So, dekat pamphlet (betul ke eja ni) maybelline BB cream pun ada tunjuk cara pakai nye..tapi sy modified sikit. sebab if pakai macamni je..tak best la..huhu

Pamplet 3 simple step how to apply BB cream

ok jom ikut cara Gnie, mudah je =)
Firstly, sediakan benda kat atas tu BB Cream, Face Powder & Mineral Water/ Face Mist yang uols ada..sy ada mineral water je. =)

Dah ready dengan barang tu semua, muka dah bersih, 

sy kartunkan muka, senang nak conteng-conteng =)

apply sunblock untuk elak sinar UV - optional tapi elok pakai, sy pakai Biore UV Perfect Face Milk as makeup base + Sunblock
Notes : if nak pakai concealer, pakai sebelum apply BB cream & after makeup base

Then
Sediakan muka yang comel tu, dan dot kan BB cream kat muka

Banyak nya dots..letak kecik-kecik je dots tu ikut keperluan muka. nak letak satu-satu dot je pun boleh..tapi makesure boleh cover seluruh muka ye =) semua dots tu kawasan yang nak di cover - Dahi, bawah Mata, pipi, dagu, dan batang hidung. If perasan area tu sama dengan area kalau kita nak highlight muka bagi nampak berseri (except kat pipi, kalau nak highlight perlu atas lagi kat tulang pipi.) 

Lepas dah dots kan, korang sapu je..blend ikut dari dagu lepas tu pipi, bawah  mata, ikut arah anak panah kat bawah ni
Untuk mata make sure satu arah je yer supaya mata tak cepat berkedut

Dagu - 2 arah
Pipi - Satu arah

Lepas dah sapu kat dagu, pipi dan bawah mata barulah sapu T-Zone..Dahi dan Hidung, sapu jugak kat tepi-tepi hidung. Sapu sehingga rata.

Lepas dah sapu, nak finishkan step. Dap-dapkan compact powder dekat muka, especially tulang pipi, dahi, dagu dan batang hidung. macam highlight =)


Then ambil air Mineral percikkan kat muka, takyah banyak, ni macam nak terkejutkan orang yang mengantuk, so muka korang akan jadi fresh =)

Kalau ada face mist lagi bagus spray je kat muka, takpun masukkan air mineral dalam spray bottle yang untuk muka tu. (kalau ada) if takde percik je lah guna jari kan.maybe kurang rata lah percikan tu =)

Lepas dah spray, ambik semula face powder tadi dapkan lagi sekali for finish look =) 

siap dah..hehe..pastu pakai la makeup korang...sy tak reti makeup, kalo makeup nanti muka jadi opera cina. so tambah lipice..keluar gitu je, kadang-kadang pakai la eyeliner tu kalau dah mata letih sangat

Then..
Ready untuk keluar..
Muka akan rasa fresh & Glow(tu depends ngan BB cream yang korang guna la ye)

Ok done for this tutorial, panjang berjela
Thanx sudi baca..

p/s : ini just cara sy apply (just a girl, im not professional), just nak share best ways to apply, if ada suggestion lebih baik do drop a comment ye.

see ya..take care ^_~



Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Tuesday, July 12, 2011

Tutorial : Cara nak letak favicon =)

Salam..
Dah lama tak buat tutorial..harini tgh rajin ni..jom..

tutorial ni untuk Pengguna blogspot sahaja ye..uols perasan tak features baru kat blogger ni..
sy baru perasan sebenarnya..taktau la pulak kalau dah lama ada kan =)

favicon ni icon comel untuk url masing-masing..biasa ada dekat sebelah tab nama blog korang atau dalam bahasa lain 'A favicon (short for favorites icon), also known as a website icon, shortcut icon, url icon, or bookmark icon is a 16×16, 32×32 or 64×64 pixel square icon associated with a particular website or webpage'
translate sendiri...sy tau awk semua terer english =)

kalau tak dpt bayangan jugak tengok gambar kat anak panah ni

Ops..kecik pulak...gambar header yang besar T_T
ok takpe 

1st Step
Mula-mula kena sediakan icon yang mewakili website korang, pastikan icon tu size die segiempat sama atau ikut je size ni 16×16, 32×32 or 64×64 pixel square
Contoh gambar angeling ni petak..tapi yang ni size 100x100..korang kecik kan lagi guna Microsoft Office Picture Manager pun boleh =) atau photoshop confirm lah boleh kan


2nd Step
Login Blogger account korang dan klik Design kat Blog yang korang nak letakkan favicon ni
macam anak panah merah tu tunjuk

3rd Step
Dah masuk bahagian Design >Page Elements korang perhatikan kat hujung belah kiri atas (tengok gambar) ada tulis favicon korang klik je edit


4th Step
Choose File > Pilih gambar yang korang dah resize tadi
lepas done upload, SAVE, pastu SAVE lagi 


Done. View Blog.

kadang die lambat update. haritu sy upload dalam pukul 4 ptg dah tengah malam baru die update. =)

So, selamat mencuba. lepas ni blog memasing dah ada identiti icon =) yeay
apa-apa tak paham sila tinggalkan komen =)

p/s : benda simple je, nak buat tutorial panjang berjela =)
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Thursday, April 7, 2011

Simple Fresh Makeup Day & Night

Hai,

Kat sini Gnie just nak share satu video dari Michelle Phan...hehe sape tak kenal kan..
Just terpesona dengan cara makeup yang ni, kite2 pun boleh try sebab simple je cara die makeup & sesuai dengan cuaca kat negara kita :)


Jom tengok :)



So how..hehe,,,cantik kan,,,orangnye pun cantik...
i'm a big fan of her sebelum kenal erti berblog lagi..^_~
suka the way die apply makeup macam melukis...
Pastu beliau suka bagi tips-tips guna barang yang mudah dapat,,
macam dalam tutorial ni guna tape je untuk jadikan cat eyes look :)

Cuba tau...

Dont forget to subscribe to her channel
MichellePhan

Thursday, March 10, 2011

Timbang Blog

Hi readers,

Nak tanya, berat tak masuk blog ni?
lambat tak nak loading?
please2 share it..coz Gnie guna streamyx, so tak tau kalau pakai broadband lama tak nak menunggu loading page ni...
hope boleh share your experience :)

ni ada tools untuk test speed so u all boleh cek speed untuk blog u all..nak bandingkan dengan blog ni pun boleh...nanti komen yea..nanti Gnie leh optimize blog ni kalau berat sangat...huu
Thanks in advance =)


Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)




(eg. iwebtool.com)




Powered by iWEBTOOL

p/s : pernah terbaca blog yang laju loading ialah blog bawah 100kb...huu mine is 119.34 KB la pulok T_T



Friday, March 4, 2011

Tutorial : Cara nak hilangkan navigation bar Blogger

Salam semua,
Harini nak share cara macamana nak hilangkan navigation bar kat atas blog template. Caranya mudah sangat tak sampai 5 minit pun :)

eh sebelum tu korang tau tak yang mana satu navigation bar tu? kalau yang tak tau sila tgk gambar ni ya

Navigation bar kat atas sekali (Abaikan muka tak lawa tu)

Ok navigation bar ni biasanya kat atas sekali dan biasanya kalau guna template designer baru ada kot. Kadang-kadang template korang tak ngam bila ada benda alah ni. huduh..haha tapi kadang-kadang best jugak coz tak perlu login blogger, create new post dari sini je.

ok sesiapa tak suke ada benda ni silalah ikut tutorial dibawah ni
1,2,3 mula

1st :
buka Dashboard > Design > Edit HTML

2nd :
Copy code ni
#navbar-iframe { display: none !important; }

3rd :
Paste kan kat bawah template description blog korang..tengok picture ni kalau tak tau kat mana template description
Pastekan macam yang dah highlight tu
Ok nampak? pastekan kat bawah garisan template description :)

4th :
Save Template

5th :
View Blog :)

Done
Harap dapat membantu
Selamat mencuba


Cari hadiah yang special? Klik banner

Thursday, February 17, 2011

Tutorial Cara Pakai Shawl Silk

Yeszzz akhirnya dapat jugak siapkan video yang diminta oleh customer2 ku. Tapi sayangnya dah buat vid tp suara slow giler. Terpaksala sesapa yang nak dengar suara gedik tu pasang volume kuat2 atau letak telinga dekat speaker rapat2..hihi..sori beb. tanpa membuang masa jomlah belajar...dah suka nanti pakat2 beli shawls ni kat my blogshop tau ;p



Kadang2 terbuat ekspresi muka cam bangga2..ah mls nak edit..korang layan je la eh..huhu

Thanx for watching =)



Friday, February 11, 2011

Tips :: Cara Letak Iklan Nuffnang antara Post

Salam..
Yess .. tahukah anda..hehe kasi ayat skema sket. Meletakkan iklan diantara post adalah cara terbaik menarik minat pembaca untuk mengklik iklan anda. 2nd. Kat header/skyscraper. Last kat sidebar..sidebar ni susah sikit nak tarik perhatian orang. kenapa saya cakap macamtu. Sebab kalau iklan antara post, pembaca lebih cenderung nampak semasa mereka baca post anda =) so meh sini nak ajar cara nak letak iklan antara post. Siapa dah tau boleh cepat-cepat scroll tengok entry lain.

1st :
For blogger
open Dashboard --> Design --> Edit HTML --> Expand Widget

2nd :
-Cari ayat-ayat/code dibawah ni
-(tips nak cari : ctrl+F copy code baris atas sekali dan paste kan)
-Search [enter]

<div class='post-footer-line post-footer-line-1'>
<span class='post-author vcard'>
        <b:if cond='data:top.showAuthor'>
          <data:top.authorLabel/>
          <span class='fn'><data:post.author/></span>
        </b:if>
      </span>

3rd :
Copy code iklan nuffnang atau apa saja dan paste kan dibawah penutup code diatas
(contoh jika dari nuffnang : Nuffnang --> Login --> Add ads --> [copy code between contents] --> Paste kan dibawah code seperti diatas </span>)


dah siap...

Selamat mencuba =)
Baibai..
See ya..

Thursday, February 10, 2011

Cara Reset Modem Streamyx

Salam Readers, Pagi yang nyaman, tetiba rasa nak wat tutorial ni, coz smlm baru je calling2 streamyx, seb bek brother tu ok melayan kerenah aku. haha of coz la..sebab ada ini 'perbualan anda akan dirakamkan.harap maklum'..hehe tp brother tu mmg peramah pn.
tutorial ni untuk korang yang baru-baru pakai streamyx like me =)..disamping nak jadikan notes untuk diri sendiri yang asyik terlupa kalau cara nak reset modem, takkan nak call encik streamyx lagi. Yang dah lama pakai tu rasanya dah tau kan. Kalau ada tersilap sila betulkan

Perhatian ni untuk streamyx yang dengan wireless tu..BB deals..modem D-Link rasanya sama je kot mana2 pun. not sure coz tak pernah try yang lain..ok ni step by step

1 . Reset modem. Tekan button reset lebih kurang 20saat.
2 . Lepas dah release button, just tunggu sampai semua lampu stabil (DSL, Cable, Wireless, Internet, dan
     Power) *notes, after reset ni memang segalanya akan kembali ke factory setting
3 . Sambungkan cable internet ke Laptop/CPU
4 . Open browser, taip kat address bar 192.168.1.1
5 . Login screen akan dipaparkan, masukkan username & password
  
6 . Bila dah berjaya masuk, pergi ke tab setup (atas sebelah kiri)dan klik kat button setup wizard

7 . Step 1 - Masukkan Login ID ******@streamyx
dan Password 
Protocol : PPpOE
Connection type : LLC


8 . Step 2 - Yang ni boleh biarkan default tapi tak recommend la. Better tukar SSID tu so senang nanti nak detect nama wireless u ols. WEP key sangat penting, unless u all bermurah hati bagi penduduk2 tetap kat situ guna internet free ;p

9 . Step 3 - Completed & Restart. Tunggu modem restart hingga 100%
10 . Restart Modem - tekan button on off tu je. off selama lebih kurang 15sec ok =)
11 . Lepas on tunggu semua lampu stabil + color hijau.
12 . testing, kalau tak boleh please restart your computer
13 . Kalau tak boleh lagi, call je lah 100..haha

Tutorial ni adalah untuk setup menggunakan wizard simple dan basic sahaja. Untuk advance u ols perlu setup dkt different TAB

Sekian, Terima Kasih.
See ya =)
 

My e-Shop

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bloggroll

Hye Everyone, exchange your link here. This list will be use for blogwalking :)

Thank You So Much For Visiting ^^

Thank You So Much For Visiting ^^
From : Gnie The Manager of this blog..lalala