Pemanis blog =)

Search

Showing posts with label NovelBook. Show all posts
Showing posts with label NovelBook. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Nite Blues...2in1

Hati rasa sangat-sangat bersyukur..
Allah tau segalanya, bila kita dekatkan diri denganNya..
Hati yang gundah pun akan tenang,

Kalau terasa duit yang ada tak cukup pun, insyaAllah rezeki masing-masing dah ditulis sejak azali lagi,
tak perlu dengki mendengki sesama manusia, tau tak hasad dengki tu sebenarnya kerja syaitan je.

Allah dah tetapkan rezeki kita setakat tu je, buat la macam mana pun rezeki untuk orang lain tetap kita takkan dapat walau sedikit pun hak orang tu. 

Usaha, kita akan dapat apa yang dijanjikan untuk kita, setakat mana, banyak ke sikit ke, Alhamdulillah syukur, semuanya akan jadi cukup. Kalau ada lebih itu bonus untuk kita.

Suka nak petik satu ayat
'Dunia ni kena letak kat tapak tangan je, senang kita nak mentadbirnya, jangan dihati, jangan ia dicinta sebab ia hanyalah sementara'

cuba fahamkan dalam-dalam ayat tu

*******************************************************************

Eh sebenarnya nak bagitau satu lagi novel best yang i am currently reading, hehe ayat cliche, rasanya semua novel best sebenarnya, semua menusuk ke jantung hati

Novel Contengan Jalanan
~Coretan Pengalaman Perjalanan Mencari Tuhan~
Karya : Hlovate

Novel ni ayat maskulin betul, hati tisu perempuan kadang-kadang susah nak faham, maybe novel ni sesuai untuk lelaki kot/orang muzik/orang yang cepat pickup..ngee 

Novel ni unik coz terbalik depan belakang, kalau orang yang taktau mesti akan cakap anda baca novel terbalik, sebenarnya ada 2 kisah pengalaman dalam satu novel, sy tak habis baca lagi, baru baca kisah ll-K2 je separuh, anyway memang interesting.

Those yang suka jamming mesti lagi senang faham sebab segala band yang LEGEND semua disebut,

my bf orang music jamming-jamming, berdasarkan pengalaman, kalau diorang bersembang sesama ahli kumpulan memang korang harus buat pekak je, kalau tidak korang pening..hehe..

Orang music bila bercakap memang duduk dalam dunia diorang je, so takyah buat tanda soal banyak-banyak kalau ada ayat diorang yang korang tak faham ^_~ just ignore

Ok till then
Nite nite
Photobucket 
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Friday, August 26, 2011

Tips Solekan Manis Bertudung


Selsema dah datang lagi, seksa kan selsema time puasa..takleh nak minum ayor..sob sobs

ok ni gnie nak share, semalam baru beli intrend September =)
Menarik intrend kali ni banyak cerita tentang hijabis =) sempena raya..
so dalam tu ada diselitkan seperti tajuk diatas..
Tips Solekan Manis Bertudung

(olahan ayat sendiri je, gnie just summarize sikit2 apa yang ditulis ye)
  • Elakkan solekan terlalu galak atau bersifat eksperimental. 
  • Perlu bersolek yang tidak keterlaluan, jangan tak bersolek langsung nanti tudung lebih menyerlah dari muka =) biarlah harmoni.
  • Untuk wajah bulat dan lebar, gunakan teknik shading tetapi jangan terlalu gelap hingga menghilangkan keayuan ajah =)
  • Apabila shading di bahagian rahang, pastikan ia dipanjangkan sedikit kerana apabila memakai tudung ia akan menutupi sebahagian besar tepi wajah.
  • Jika belum pandai guna shading tools, just gunakan bedak asas shj, senang diperbaiki jika ada kesilapan.
  • Bersolek sebelum pakai tudung
  • Untuk Touch Up, sebaiknya leraikan tudung dahulu, tinggalkan anak tudung sahaja bagi mengelak makeup terkena tudung dan juga memastikan kamu boleh melihat keseluruhan wajah 
Selain Tips, 
ada tutorial makeup & shading untuk mereka yang tak yakin kalau tak pakai tudung awning(visor).
means bila pakai tudung lekap dia rasa muka lebar dan bulat..makeup yang diajar sangat natural =)

Nahh preview sikit..sorila guna hp cikai je T_T


Satu lagi, ada blogger Fashionista Maria Elena buat tutorial penggayaan shawl, korang tau la kan how she is..cantik orangnya pakai la ape pun  =)

Jangan lupa dapatkan inTrend September 2011 =) sebelum habis dipasaran
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Friday, July 22, 2011

end of Novel Stanza Cinta

Novel Stanza Cinta..
Previous review-Sinopsis click here
Lain dari jalan cerita drama di tv..
Novel lagi best, lagi details..
Pastu terasa diri jadi heroin..
Apa yang boleh dikatakan..
Novel ni memang best lah..best..best..
Ending suam-suam kuku..*sebab sy harapkan Irfan jadi suami die..^_~
Jalan cerita penuh dengan pengajaran..
Ada part sedih..ada part sweet2..
Watak heroin Amni Sorfina sangatlah menjaga adab sebagai wanita Islam..Subhanallah..
Kagum dengan penyampaian penulis..
Macam berdakwah dalam cerita..
Sambil membaca sambil menambah ilmu agama, sirius tak tipu..
Ini bukan kisah cinta biasa tapi cinta pada Dia, cinta yang kekal abadi

Bacalah..
Rate : 4.5/5 sebab sy pernah baca novel yang lebih menyayat hati 'Andai itu takdirNya'..tapi to be truth, bila baca Stanza Cinta ni korang akan rasa nak menginsafi diri, bergenang air mata terasa banyak sangat dosa T_T




Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Thursday, July 14, 2011

Andainya...

YA ALLAH, jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku ...
Damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tetapi aku tidak pasti ... rencana Ilahi
Apakah dia akan kumiliki?

~~Stanza Cinta~~
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Monday, July 4, 2011

Currently Reading...Stanza Cinta

"Ya Allah, bilakah saatnya aku dipertemukan dengan pemilik tulang rusukku?"


Tajuk : Stanza Cinta
Author : Nurull Halawati

Sinopsis
Amni Sorfina memerlukan seorang lelaki yang mampu membimbingnya, bukan lelaki yang dia perlu bimbing. Dalam masa yang sama, dia berasa bertanggungjawab membimbing Irfan ke jalan yang lurus. Perlukah dia mengorbankan cintanya yang terlalu mendalam buat Taufiq, demi menunaikan sekeping janji dan amanah?
Berhadapan dengan saat paling sukar dalam hidupnya, Amni harus belajar tersenyum dalam derita dan bersangka baik dengan segala takdir Allah buatnya. Apakah ini bermakna dia harus melepaskan pergi sesuatu yang paling diinginkan, yang sejak sekian lama baru ditemui?
Sinopsis yang dipetik dari belakang novel :)

Gnie baru baca sampai chapter 3, not bad la ceritanya..cerita cinta, jujur sebenarnya tak minat sangat cerita cinta tapi as long as cerita tak berat, layan je.. dan novel ni berunsur Islam..cinta kepada Pencipta kita..Allah S.W.T. so sambil baca sambil-sambil muhasabah diri, jangan asyik melayan cinta dunia je =)

Drama tv pun sedang dimainkan sekarang kan kat TV3 setiap ahad kalau tak silap. Sekarang dah episod 2..huhu penat ye nak tunggu sambungan ahad depan..sementara tunggu tu, jomlah baca novel dulu..=)

oh yer...permulaan kisah kejadian dalam novel ni  kat uitm Shah Alam, kolej Melati & area shah alam lah..hehe sesape student uitm atau resident kolej melati mesti dapat bayangkan suasana life watak heroin dalam ni (Amni) =)

k lah
nak sambung baca...bubye
^_~



Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Monday, March 28, 2011

Majalah wajib tiap bulan....


Alopz...haa ni lah dia majalah favourite...

Dulu dapat harga staff... ^_~

Sekarang beli harga kedai je lah..gatal resign

Majalah dara.com ni actually cite pasal remaja + fashion muslimah + ggirl..pasal agama pun ada

Tapi yang tak ggirl macam kite pun leh baca pe...lalala

Me paling suka tengok gaya bertudung, cute2 staff yang diorang promote, fesyen muslimah,

Latest ni Edisi 106 April '11 Gnie sangat seronok baca
'9 Surah yang mujarab Amalan  Rasulullah'
&
'Short Cut Untuk Solekan'

Me patutnya dah kena baca majalah Nur / Wanita neh...
tapi penat sebab tak bape suke membaca, suke tengok gambar je...majalah Nur & Wanita banyak teks so sesuai untuk mereka yang suka membaca

Majalah rapi pula cerita tentang kesihatan/kecantikan + teknik bersenam yang betul

Yang gnie suke edisi ni Bil 161 April ' 11
'Tip Cantik : Cara Terbaik Perangi Jerawat'

Tiap bulan memang tak miss kot...salah satu lah..kadang-kadang beli dua tapi lain2 time...pantang pergi kedai majalah..kadang2 beli majalah wanita..majalah nur kalau majalah dara dah habis...hehe..ikut mood lah sebenarnya nak beli apa...tapi majalah Dara tu dah jadi macam rutin kot ^_~

Haa peminat2 majalah leh la pergi Pesta buku Karangkraf kat dewan PWTC KL 22Apr ~ 1 Mei 2011
mesti banyak sangat diskaun yang korang dapat, boleh join game..hadiah mesti best2..


p/s : kalaulah ada diskaun untuk loyal customer kan best....ahahaha..joke

My e-Shop

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bloggroll

Hye Everyone, exchange your link here. This list will be use for blogwalking :)

Thank You So Much For Visiting ^^

Thank You So Much For Visiting ^^
From : Gnie The Manager of this blog..lalala