Pemanis blog =)

Search

Saturday, July 28, 2012

Pasar dan Kuih berbuka febret


Dah hari ke 7 ni perut dah mula biasa tak terima makanan tengahari, berbuka pun takde nak gelojoh sangat hopefully kan. Alhamdulillah bagi yang masih belum kantoi puasa..yeay..tepuk bahu sendiri...congratulation :)

Haa...masa bulan puasa ni juadah berbuka semestinya lengkap dengan kuih muih kan, kalau tak hari-hari pun sehari mesti ada kuih :) apepun jangan sampai membazir ok.

Kalau kat Shah Alam ni, Gnie suke pegi pasar seksyen 17 atau seksyen 18 atau pasar Stadium atau Padang Jawa, sangat meriah, dan sangat sesak. Walaupun tak suka tempat sesak, still nak pegi sana jugak bulan puasa sebab banyak pilihan. Salah satunya, ni kuih tepung pelita ni

Hari Rabu haritu Gnie pegi ronda-ronda kat pasar seksyen 17, tetiba ternampak jejaka-jejaka jual kuih ni, hamboi ramainya orang beli. Kita pun tak lepas peluang beli samalah, sejenis kuih ni je brader-brader ni jual. Tangan masing-masing laju je packing, murah rezeki diorang :)
5pcs = RM2

After dah beli, singgah nak buka puasa kat gerai berdekatan bersama incik Naim, so merasa la kuih sang jejaka...hahaha eh sedap kau sebab tepung pelita yang ni ada sengkuang cina kat dalamnya, dah lama tau cari tepung pelita yang ada sengkuang cina, susah betul nak cari, biasa jumpa yang kosong je. Next-next-next day bolehla beli lagi :) my kuih febret..owh tapi incik Naim tak makan kuih ni, rugi la..banyak sangat benda die tak makan, gnie pulak semua benda nak makan..haha contra..eh termengumpat :D hehe

Haa ni lagi satu kuih febret, susah jugak nak cari..round pasar seksyen 17 tak jumpa ;( sampai sekarang tak jumpa lagi kuih ni..kempunan den..huhu

Anyway, selamat berbuka ye japgi :) boleh tak jom terbang gi Sabah, berbuka awal kat sana kan..lalala

Happy-happy selalu ok :) have a nice day
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Saturday, July 21, 2012

Petua kurangkan lapar


Petua ni sy dapat dari rakan facebook :) 

Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga.

## Mesti sahur ##
-Ketika nak makan nasi, bacalah apa yang sepatutnya dibaca sebagai seorang muslim.
-Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul.
Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal.
-Baca lagi, makan lagi.

(Ada 3 gumpal nasi, jadi 3 kali lah kita kena baca surah Al Ikhlas)
-Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa.
-Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji.
-Sebelum makan kurma tu, bacakan selawat 1 kali dan baru makan buah kurma.
-Baca lagi selawat dan makan kurma lagi sampai habis.

(Ada 7 biji kurma, jadi kena baca 7 kali selawat)
Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya.

Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.
Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis takkan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga.
Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam.

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Tuesday, July 17, 2012

KehendakNya :)


Alhamdulillah, beberapa hari lepas rasa bertuah sebab perniagaan yang Gnie usahakan dah sampai kepada pengetahuan penduduk Brunei.

Bukan nak berbangga, sebab sy tau peniaga dan usahawan lain dah berkali-kali dah dapat customer dari luar Malaysia kan which i really salute them sebab berjaya menarik hati pelanggan dari sana.

Bukan senang nak memenangi hati pelanggan luar Malaysia sebab kita pun akur yang postage ke luar lebih mahal kan. Gnie bersyukur sebab hari Ahad lepas dapat pengalaman berurusan jual beli dengan pelanggan dari Brunei sebab selama ni pelanggan luar just tanya-tanya-tanya tapi tak jadi beli, macam upset sikit la sebab sy betul-betul nak kan pengalaman berurusan jual beli dengan customer luar so this is my first time, first time guna western union, first time guna international air parcel..oklah..semuanya berjalan lancar :) Ahad dapat notification dari customer, Isnin check transaction, harini dah post barang. Harap barang akan sampai dalam keadaan yang sempurna :) insyaAllah

Not to forget..
yang menggerakkan hati manusia hanya Dia.
yang memberi rezeki hanya Dia.
Alhamdulillah for this valuable experience.
Syukur ya Allah.

p/s : selalu baca je pengalaman orang, harini dapat pengalaman sendiri :) happy..haruslah



Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

My e-Shop

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bloggroll

Hye Everyone, exchange your link here. This list will be use for blogwalking :)

Thank You So Much For Visiting ^^

Thank You So Much For Visiting ^^
From : Gnie The Manager of this blog..lalala