Pemanis blog =)

Search

Saturday, July 28, 2012

Pasar dan Kuih berbuka febret


Dah hari ke 7 ni perut dah mula biasa tak terima makanan tengahari, berbuka pun takde nak gelojoh sangat hopefully kan. Alhamdulillah bagi yang masih belum kantoi puasa..yeay..tepuk bahu sendiri...congratulation :)

Haa...masa bulan puasa ni juadah berbuka semestinya lengkap dengan kuih muih kan, kalau tak hari-hari pun sehari mesti ada kuih :) apepun jangan sampai membazir ok.

Kalau kat Shah Alam ni, Gnie suke pegi pasar seksyen 17 atau seksyen 18 atau pasar Stadium atau Padang Jawa, sangat meriah, dan sangat sesak. Walaupun tak suka tempat sesak, still nak pegi sana jugak bulan puasa sebab banyak pilihan. Salah satunya, ni kuih tepung pelita ni

Hari Rabu haritu Gnie pegi ronda-ronda kat pasar seksyen 17, tetiba ternampak jejaka-jejaka jual kuih ni, hamboi ramainya orang beli. Kita pun tak lepas peluang beli samalah, sejenis kuih ni je brader-brader ni jual. Tangan masing-masing laju je packing, murah rezeki diorang :)
5pcs = RM2

After dah beli, singgah nak buka puasa kat gerai berdekatan bersama incik Naim, so merasa la kuih sang jejaka...hahaha eh sedap kau sebab tepung pelita yang ni ada sengkuang cina kat dalamnya, dah lama tau cari tepung pelita yang ada sengkuang cina, susah betul nak cari, biasa jumpa yang kosong je. Next-next-next day bolehla beli lagi :) my kuih febret..owh tapi incik Naim tak makan kuih ni, rugi la..banyak sangat benda die tak makan, gnie pulak semua benda nak makan..haha contra..eh termengumpat :D hehe

Haa ni lagi satu kuih febret, susah jugak nak cari..round pasar seksyen 17 tak jumpa ;( sampai sekarang tak jumpa lagi kuih ni..kempunan den..huhu

Anyway, selamat berbuka ye japgi :) boleh tak jom terbang gi Sabah, berbuka awal kat sana kan..lalala

Happy-happy selalu ok :) have a nice day
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Saturday, July 21, 2012

Petua kurangkan lapar


Petua ni sy dapat dari rakan facebook :) 

Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga.

## Mesti sahur ##
-Ketika nak makan nasi, bacalah apa yang sepatutnya dibaca sebagai seorang muslim.
-Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul.
Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal.
-Baca lagi, makan lagi.

(Ada 3 gumpal nasi, jadi 3 kali lah kita kena baca surah Al Ikhlas)
-Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa.
-Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji.
-Sebelum makan kurma tu, bacakan selawat 1 kali dan baru makan buah kurma.
-Baca lagi selawat dan makan kurma lagi sampai habis.

(Ada 7 biji kurma, jadi kena baca 7 kali selawat)
Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya.

Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.
Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis takkan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga.
Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam.

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Tuesday, July 17, 2012

KehendakNya :)


Alhamdulillah, beberapa hari lepas rasa bertuah sebab perniagaan yang Gnie usahakan dah sampai kepada pengetahuan penduduk Brunei.

Bukan nak berbangga, sebab sy tau peniaga dan usahawan lain dah berkali-kali dah dapat customer dari luar Malaysia kan which i really salute them sebab berjaya menarik hati pelanggan dari sana.

Bukan senang nak memenangi hati pelanggan luar Malaysia sebab kita pun akur yang postage ke luar lebih mahal kan. Gnie bersyukur sebab hari Ahad lepas dapat pengalaman berurusan jual beli dengan pelanggan dari Brunei sebab selama ni pelanggan luar just tanya-tanya-tanya tapi tak jadi beli, macam upset sikit la sebab sy betul-betul nak kan pengalaman berurusan jual beli dengan customer luar so this is my first time, first time guna western union, first time guna international air parcel..oklah..semuanya berjalan lancar :) Ahad dapat notification dari customer, Isnin check transaction, harini dah post barang. Harap barang akan sampai dalam keadaan yang sempurna :) insyaAllah

Not to forget..
yang menggerakkan hati manusia hanya Dia.
yang memberi rezeki hanya Dia.
Alhamdulillah for this valuable experience.
Syukur ya Allah.

p/s : selalu baca je pengalaman orang, harini dapat pengalaman sendiri :) happy..haruslah



Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Monday, July 16, 2012

Sinopsis akhir Dejavu Di Kinabalu



Hai, 

Mesti ramai yang layan cerita yang romantik ni kan..Tv3 7malam setiap Isnin-Khamis..timing pun baik time orang ramai dah balik kerja :)

Ikut pada sinopsis akhir, nanti Nadira (Tiz Zaqyah) dapat tahu jantung yang dimiliki itu adalah jantung Innara bekas kekasih Ammar (Aqasha). Nadira sedar perasaan dia pada Ammar sedikit sebanyak disebabkan jantung tu, so Nadira berbalik pada Bazli tapi akhirnya nanti Bazli berbaik dengan Ammar dan suruh Nadira bernikah dengan Ammar. Kat sini Nadira yang serba salah taktau nak pilih yang mana satu..kita tunggu dan lihat je la eh..
oh ya, penonton yang akan tentukan melalui sms samada Nadira pilih Ammar atau Bazli *berdasarkan apa yang Gnie baca kat blog kepala bergetar



For me, dua-dua ada kekurangan & kelebihan..

If in realiti..

Ammar ni sebagai orang ke3 tak sepatutnya la kan, boleh je kalau die tak kejar Nadira tu. Cuma kalau dah jodoh kita pun tak mampu lawan. 

Kalau Nadira pilih Bazli yang dah banyak berkorban untuk dia, ok jugak, cuma dia akan bahagia ke kalau kahwin dengan Bazli? atau sekadar balasan terhutang budi sebab perasaan cinta die dah kat Amar time ni walaupun semua tu disebabkan oleh jantung Innara :)

For me, mestilah nak dia kahwin dengan orang yang dia boleh bahagia..hehe
Ramai yang pilih Bazli..sy taknak pilih sesiapa la, biasanya mestila hero menang..hee

Tunggu dan lihat je lah ^_~ takde nak emotional sangat, just suka-suka je pilih

Kalau korang, korang pilih siapa?

eh oklah till then :)
hehe..
Pilih jangan tak pilih
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Sunday, July 15, 2012

When you are stress


When you're stress, it really can show up in your face.
Try to put on smile :)
You'll be surprised at how difficult to continue feeling stress while you are smiling & looking happy.

Senyum tak perlu kata apa-apa :)


when u smiling
u'll improve your facial appearance for freeeeeee

so smile now..hehe

Till then everyone :)
Take care

Lots' of love,
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Saturday, July 14, 2012

I am rich of calcium, but i love pimple :)






Adeh deh sakitnya pinggang, nak bongkok pun rasa tegang je sebab dah lama sangat tak exercise, dah la tak exercise tak minum susu pulak tu..so tulang dah tak kuat..mungkinkah?

dulu memang Gnie biasa amalkan minum susu, tapi ikut mood, pastu dah tak minum langsung

risaukan takut masalah tulang, secara drastik terus ke pasaraya terdekat cari susu tepung untuk diminum..nekad nak rajin minum susu balik


alolo comey




Bila dah lama tak minum, nak start balik ada perasaan pelik, tiap kali minum, sakit perut..jerawat pun naik balik macam ruam..aih mungkin alergik kot, tapi sy just alergik seafood, taktau pulak susu pun alergik. Bila cerita kat orang, diorang kata bukan alergik tapi dia betulkan penghadaman.

Malam tadi searching-searching baca artikel pasal susu, then terbacalah yang susu lembu ni boleh mengakibatkan jerawat sebab ia menambah aktifkan hormon androgen yang menyebabkan pengeluaran minyak berlebihan kat muka, kalau tak rajin bersihkan muka opkos pori tersumbat..hee
so untuk orang yang muka berjerawat yang tak boleh dikawal cuba elak minum susu lembu, kot-kot boleh kurang :)

Pastu ada yang tanya, betul ke susu tak elok sedangkan Nabi s.a.w pun gemar minum susu.

Bukan tak elok, cuma tak sesuai untuk kulit berjerawat.

dan Nabi kita minum susu kambing bukan susu lembu, dari kajian saintifik pun memang susu kambing sangat banyak khasiatnya, bahkan ianya susu kedua terbaik selepas susu ibu.

Tapi sayangnya susu kambing ni lebih mahal kat pasaran, kalau dapat yang fresh mungkin murah sikit 250ml=RM5 dan puas hati sebab confirm 100% susu, itupun ..still mahal tapi bolehla..hehe

Masalah kedua, susah sikit nak cari yang fresh. Tadi gni cari yang tepung tapi just jumpa 3in1 je..mungkin takde lagi syarikat yang pasarkan susu tepung macam anlene dari susu kambing.


ni produk susu kambing, dapat pic kat google tapi taktau sape yang jual T_T


at last minum jela susu lembu yang ada. habiskan stok, tinggal cukup 5 cawan je boleh ni..ngee

satu soalan : kenapakah susu kambing lebih mahal berganda-ganda?
dan mungkin sebab mahal, orang kita lebih ramai pilih susu lembu, senang dapat dan tak mahal sangat. Walaupun tau susu kambing tu lebih baik :)

oklah till then..choose wise ok
take care geng ^_~
Moga sihat selalu..baibai

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Misi Mencari Pencuci Muka


Hamboih kemain lama tak update :D
kesian blog ni terabai oleh tuannya yang berat jari nak menaip..hee
apepun, harap masih ada yang sudi menjenguk blog usang ni :D

ok harini, sy awal-awal dah message incik love nak mintak tolong teman gi post besar pos barang sebab harini dah terlajak time, lupa nak request pickup poslaju, so bila si dia kata 'boleh' , otak terus menghantar signal kepada bibir supaya tersenyum lebar..Alhamdulillah selesai satu masalah :D

After post barang, si dia tanya nak pegi mana-mana lagi tak..hehe best kan best kan bf sporting. Then laju-laju teringat yang pencuci muka Cosmoderm dah nak habis, Gnie memang dah seronok pakai Cosmoderm ni, dah 2 bulan pakai pencuci muka sahaja (tu je ada jual kat guardian jusco bukit raja..tak lengkap) tapi masalah yang teramat nyata memang susah nak cari, tak banyak tempat yang jual. 

Cosmoderm ni boleh je nak beli online tapi tak puas beli online, Gnie jenis suka belek ingredient semua tu..konon-konon dermatologist la, check tengok kot-kot ada bahan terlarang..hehe but dont worry cosmoderm punya produk dah ada signature halal :)

Disebabkan nak jugak beli offline, on BB check tengok outlet pharmacy yang ada jual Cosmoderm, so yang paling dekat ada 3 tempat
-Apple Green Pharmacy, Plaza Alam Sentral Shah Alam-
-Vitacare Pharmacy, Plaza Alam Sentral Shah Alam-
-Vitacare Pharmacy, Ole-Ole Seksyen 18 Shah Alam-

Dah alang-alang ada kat pos besar dah dekat sangat dengan Plaza Alam Sentral so singgah situ dulu, first jumpa Apple Green Pharmacy, belek-belek semua lengkap cuma die tak jual yang dah siap packing 1 set (lebih murah beli 1 set), so move to the next pharmacy, kitorang pusing-pusing ground floor tu tak nampak pun pharmacy lain selain watson, then tgk alamat, ground floor lot G7, tak jumpa jugak..siap kira tiap kedai sebab ada kedai yang tak letak nombor kedai, so bila kira 1 sampai 7, kedai nombor 7 tu kedai Kodak, eh..tak puas hati jugak, mintak si dia tolong tengok pulak, last-last si dia masuk kedai kek, belikan kek..haha ngade kan..besday dah seminggu yang lepas. lambat ;P apepun..mekaseh incik :D

ok, disebabkan taknak beli yang satu-satu, si dia ajak gi ole-ole, sampai kat ole-ole berpusing lagi sekali cari pharmacy tu, tak jumpa, cari alamatnya ground floor 1-5 so cari kedai lot1-5, nak nangis rasa tengok dah bertukar jadi easy RHB, gigit jari je la..padan muka sendiri taknak beli kat Apple Green tadi. so dengan pasrah cakap kat incik, takpelah Gnie beli online je T_T senang, jimat, tak penat..hehe sedapkan hati sendiri.

Kesimpulannya, kita guna jelah kemudahan kedai online yang ada..hee
For the first time, Gnie cari kedai sambil mengira T_T

oklah till then..
cosmoderm cosmoderm, silalah letakkan set lengkap di Guardian Jusco Bukit Raja..huhu

Bye..
Take Care darl <3

Drive safely
by : Irfan cute sangat
(dah besar nanti bawak acik gi beli cosmoderm eh..ngee)

muka bintik-bintik akibat terlampau aktif kawad kaki masa sekolah T_T tolonglah bagi petua nak hilangkan pigmentation ni..serabut..huu


Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

My e-Shop

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bloggroll

Hye Everyone, exchange your link here. This list will be use for blogwalking :)

Thank You So Much For Visiting ^^

Thank You So Much For Visiting ^^
From : Gnie The Manager of this blog..lalala