Pemanis blog =)

Search

Wednesday, June 5, 2013

Jom Daftar AssignJobs

Assalammualaikum..

Pagi.. :)

Hi korang..nak cari duit lebih tak..jom daftar kat sini

Senang je just signup, then buat kerja yang diberi. Simple. Korang akan dibayar dalam USD
Jadikan side income ok jugak :)

Ni antara kerja yang available, ade quota jadi kena cepat :)


Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Tuesday, June 4, 2013

RAKAN SEKERJA KUAT MENGARAH?

ASSALAMMUALAIKUM..

Entry pendek je.

Rakan saya mengadu kat saya. Ada kawan office die ni kuat mengarah, kuat sangat kalah boss. Memang sangat bossy la. Lama-lama kita yang tak tahan, rasa nak blah je tapi takkan sebab tu nak bagi surat berenti.

Kalau saya, apa yang saya buat..

1) Ignore je arahan die kalau kerja tu takde kena mengena ngan kita. 
2) Cakap la awk busy, boss bagi kerja lain nak siapkan cepat.
3) Buat tak tau walaupun kau tau. 

Ini praktikal untuk rakan sekerja yang setaraf ngan korang je ek, kalau die boss ke, leader ke cheerleader ke janganla pergi ignore terus. Habis performance korang nanti, silap haribulan tak dapat bonus, takde naik gaji T_T

Kalau korang pulak, ape nak buat...


Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Friday, May 31, 2013

WHAT WILL YOU DO

assalammualaikum...

lahir kedunia, korang dah start belajar..
masuk sekolah rendah, result korang tiptop
masuk sekolah menengah, dah byk main result so-so je
masuk U (diploma) kembali bersemangat, so result tiptop
further study (degree), down sikit sebab susah sangat
habis degree

dapat tawaran kerja bidang yang korang study

dah kerja tapi bidang kerja korang tak minat, keputusan korang

1) berhenti, kerja bidang lain yang korang minat dan have fun tapi gaji rendah
(tapi one fine day akan study balik separa masa/pjj bidang kerja sekarang)

2) terus kerja bidang yang sama dengan gaji tinggi sebab kelulusan dah ada 

ANTARA 1 & 2 mana yang akan korang pilih.




Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Monday, May 27, 2013

Monday Morning

6.30am alarm handset berbunyi, tangan merayap cari button dismissed, sambung tidur..kul 7 phone berbunyi matahari da naik, angkat phone..mak call suruh bangun tgk suis periuk nasi dah matikan ke belum. Terus bergegas bangun mandi dan sebagainye..pergerakan masih lemah longlai bersiap.

Bismillah..langkah keluar. Nyaman pagi ni, terus bersemangat dan harap segalanya dipermudahkan harini.

Monday blues~

Manjadda Wajadda (siapa yang berusaha, dia akan dapat hasilnya)

Till then..

Tuesday, May 14, 2013

Congratulations...

First sekali congrats to k.Huda (kakak en.tunang) for your graduation..then nak sambung pHD pulak..sangat respect semangat belajar dia.
'google pic'
(maapkn sy takde kamera canggih nak amik gambar time tu)
Convocation Day (hari kejadian)
Sabtu lepas, i've been there (@ uitm)  to congratulate her (k.huda) sambil-sambil lepas rindu kt uitm dihatiku..haha memula masa masuk uitm tu puasla en.tunang terangkan segala bangunan kt uitm tu macam tour guide..layankan jela, da habis dia cakap barula kita cakap pulak, 'awak...., sy ni student sini dulu' ok fine mungkin dia dah lupa..tacing.. sobs..tapi tak dinafikan terlalu banyak perubahan kat dalam tu.

Sampai-sampai tu kitorang naik tangga "batu caves" untuk pergi dewan agong tuanku canselor.. sampaila k.yang (kakak yg first en.tunang) kol kata dah sampai, time tu hati rasa lega sikit sbb confirm ada anak-anaknye datang bolehla melayan keletah budak-budak yang sentiasa having fun sambil mengelakkan ketiduran saat menunggu istiadat konvo..

Kebiasaannya, konvo tetamu semua tak dapat masuk dewan kecuali ibu bapa jadi kitorang lepak luar je dengar nama dipanggil..time tu tetiba rasa sebak sikit, rindu nye suatu masa tu. Teringat nama dipanggil perasaan Gemuruh, Hepi, kaki berpeluh-peluh walaupun aircond punyalah kuat sampai x sedar dah salam, dah ambik scroll, siap bagi tunduk hormat macam org jepun tu lagi (over tau) so terakam la detik2 tu kat gambar..hehe..hepi

Dalam tengah syok berangan kt tangga, tetibe en.tunang tanya soalan..taknak sambung study ke..arghh taktau nk jawab ape, hati memang nak tp memikirkn masa dan kewangan, apepun malam tu belek-belek program pjj & plk..haha dalam diam..hati berkobar tp................

kena lepaskan urusan kahwin dulu, insyaAllah ada rezeki nanti insyaAllah.

 
hanya mampu merancang, Allah yang tentukan.
Photobucket
****************yh cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Wednesday, March 13, 2013

TESTIMONI : PURE MARINE COLLAGEN

Assalammualaikum...
kembali kite..
eh dah 2013 rupanye..first post nih untuk tahun ni..hehe meniti usia yang semakin tua..
ok topik harini
siapa sini ada consume Pure Marine Collagen (PMC) ? 
Saya pun dah mula addict dgn PMC ni. Yela semua yang makan bagi feedback yang baik, apa salahnya kita mencuba. Dan siapa pernah follow blog ni mesti tau sy memang suka benda-benda collagen ni..haha
First time dengar pasal PMC ni pandang macam nak taknak je..huhu tapi bila hari-hari bukak facebook ada je yang bagi testimoni yang best-best sampailah satu tahap mereka berjaya menggoda hati tulus ni :D 
first try, sy beli dengan jiran. sy try PMC gred AA (yellow) . lepas dah habis tu sy terus beli borong banyak-banyak..haha kalini tak toleh belakang dah..try yang purple gred AAA terus. Beza memang berbeza
Bezanya :
Gred AA (Yellow) 
- tak berbau/hanyir lepas dah cuci & rendam
- color lebih menyelerakan :D
-khasiat kurang dari purple sesuai untuk kecantikan/kosmetik
Gred AAA (Purple)
- yep kuat baunya, agak hanyir (sy rebus dengan daun pandan untuk hilangkan baunya)
-khasiat sgt byk, sesuai untuk kesihatan dan kecantikan
Kesan lepas amalkan PMC
- kulit tambah cerah (ini memang khasiat collagen yang utama)
- kulit lembut..dan lebih tegang
- jerawat susah naik
- banyak lagi kesan dalaman dan luaran
(kalau search mcm2 ade :)
Pendapat sendiri :
Yep sy suka, kesannya boleh nampak dengan cepat, harga pun murah :)
Bila orang tanya ok tak rasanya ? jawapan sy takde rasa..huhu..
Biasa sy akan bancuh sunquick pekat tanpa gula dan masukkan 2 sudu agar-agar rumpai laut, bila minum just rasa air sunquick tu je dan ada bau2 pandan sikit sebab sy masak agar-agar bersama pandan :)
kalau bagi 2-3 kali minum sy sanggup lagi minum :) tapi kalau makan macam tu je tanpa sunquick memang tekak susah terima, sebab maybe terasa die lembik-lembik..hehe
Sepeket 100g tu boleh dapat banyak, sangat jimat collagen ni..suke suke
Kesimpulannya, siapa nak cuba boleh cuba..
oh tapi untuk yang ada alahan seafood tu tak digalakkan takut gatal-gatal :) 
but if nak juga cuba sekali dulu, kalu tak serius boleh teruskan sbb tak semua alahan ade tindak balas yang sama kan. (sy pun ada alergik seafood jugak tapi alhamdulillah minor shj)
kulit tak la perfect 100% tapi bolehla puas hati ada improvement :D

Kalau sesiapa teringin nak try, boleh beli kat mana-mana online shop yg jual eh..ok orait..hehe :)

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

My e-Shop

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bloggroll

Hye Everyone, exchange your link here. This list will be use for blogwalking :)

Thank You So Much For Visiting ^^

Thank You So Much For Visiting ^^
From : Gnie The Manager of this blog..lalala