Pemanis blog =)

Search

Monday, February 28, 2011

The reason why tak aktif sangat dengan contest & GA lagi

Assalamualaikum...

Firstly, dulu sy suka sangat join contest dan GA. Tapi sekarang dah hambar. kenapa..kenapa..? huhu

Pertama, 1st, one
- Tak suka kalau join GA yang ambil masa sebulan hingga 2 bulan nak umumkan keputusan. Rasa menyampah. tarikh tutup on sekian2 haribulan, result kena tunggu lagi 2 bulan. hampeh. Kalau contest tu ok lagi, coz memang banyak criteria perlu ambil kira untuk evaluation. Memanglah sometime perlu ambil masa yang lama. Kalau GA ambil masa lama sangat memang rasa nak sekeh, malas nak tunggu T_T.

Kedua, 2nd, two
- Join GA beriya-iya. Then nama tak disenaraikan without notice. What i mean is kita rasa dah cukup ikut segala syarat, then nama tak disenaraikan. Kalau betul tak cukup syarat bagila comment ke apa kan..sobs. yess ramai penganjur yang at last sebelum result ada notes mana2 nama tak disenaraikan inform back mereka tapi ada juga yang tak buat camtu, plus dengan 2-3 bulan tunggu result last2 nama takde dalam senarai. rasa fedap tak?

Ketiga, 3rd
- about contest, my bad la memang tak suka raih undi. Sebab kadang2 rasa tak adil. Evaluation 100% dari pengundi, so senanglah kalau picture takde kena mengena dengan tajuk contest pun takpe, janji ramai member vote. andalah yang menang..funny huh..tak kisahla masing2 dengan cara masing2..sebab tu jarang nak join contest...wuuuhuuu

Itu je kot..ni just my opinion je..takde nak kondem sape2 yah..based on my experience..terkena sendiri..hehe..GA still lagi kadang2 join..cuma dah tak over cam dulu ;p

Aku lupe...

Semalam bday party yang ke 1 tahun Putri Nur Umairah my niece somey ni, on 22nd February lahirlah seorang putri tapi napa party baru semalam. hehe normal la kena sambut time cuti lah, kalau tidak sapa pulak yang rajin nak datang. sampai kul 2 pagi..huargghh ngantok..hehe birthday gurl dah tido dulu. Tak aci

See mom 'n' dad Umairah yang teruja potong kek...lalala

and of course, aku menyupport puding cocktail..seronok tengok orang makan makanan yang kita buat =p

ni citer lain pulak...
Aritu my man dia nak jugak puding koktel tu, so memang buat lebih untuk dia.
Tadi baru je bagi. Aku lupa sangat2 kak Huda, kakak dia pregnant. and guess what dia pun lupa kakak dia pregnant. hampeh. dalam puding tu de buah nenas. alaa siannya kena muntahkan balik. Sori sis. huu

p/s : baru aku ingat mama umairah pun pregnant lor. tapi aku cam lupa la dia makan ke tak semalam puding tu. OMG..nape la aku tak ingat langsung, kalau tau wat puding milo je..huhu


Sunday, February 27, 2011

Bukan Tidak Sengaja

Ingatlah Wahai Sayang,
Tidak ada sesuatu yang terjadi di dunia ini
Yang tidak di dalam perancangan Allah Yang Maha Bijaksana.
Akurlah,
Dan Berjalanlah di jalan yang kamu lalui kini
Dan berusaha melaluinya dengan semangat untuk senantiasa melakukan yang terbaik.
Kamu disini bukan kerana tidak sengaja,
Kamu disini untuk memenuhi satu pengajaran yang mulia di dalam diri
Kamu dalam rangka mengabdikan diri kepada-Nya,
Supaya kamu dapat menyingkap Rahsia hidupmu.
Laluilah hidupmu dengan memanjat kesyukuran kepada Allah,
Walau apa pun yang datang.
Suatu hari nanti kamu akan tahu
apakah rahsia hidupmu kini.

















Semoga Allah senantiasa memeliharamu.

Saturday, February 26, 2011

Siapa lahir bulan 7..meh sini usha =)

Assalammualaikum w.b.t
Kali ni tafsirannya agak tepat..banyak yang tepat dari yang tidak. hehe.. so sape2 yang nak mengenali aku lebih dekat sila baca dulu perihal diriku ini.. yelah bukan semua orang boleh ngam kan. Bukan semua kawan boleh jadi kawan baik. Yang stab from back pun boleh tahan ramai. tapi tu lah lumrah kehidupan. kalau semua nya baik no challenge lah..hee

Ok takpe, jom usha ciri2 insan yang lahir bulan Julai.


aku ingat lagi kes Mudah Memaafkan tapi sukar melupakan.
dulu time sekolah aku pernah gado2 ngan kawan baik ni. gado memang perkara remeh la. Entahla budak lagi kot fikiran tak matang. Mujur kami dorm berlainan. gado lama sampaila nak dekat final exam, exam aku tak memuaskan. memang betul walaupun gaduh, dah nama kawan baik, sikit sebanyak mempengaruhi emosi tapi sebab dah terlajak kata tak boleh berundur lagi. Ego aku sgt tinggi dulu, tapi boleh lak dia bagi surat, dia kata exam aku kurang memuaskan sebab tak minta maaf ngan dia. Aku tak ingat de balas ke tak. wutevalahkan. Jodoh kami panjang, lepas sekolah kami sambung belajar ke universiti, dapat jurusan yang sama tapi lain U. tak kisahlah tu, tak lama lepas tu ada kawan baik yang sama U ngan aku berpindah dapat U sama dengan member yang gado ni & dia secara tak sengaja berkawan baik dengan member aku tu. semuanya kebetulan. masa sambung degree pun kami dpt U yang sama, jurusan yang sama. gila ah. memang ngadap. aku dah pun maafkan dia kat sekolah dulu tapi sangatlah sukar nak berkawan baik semula. Yes ni kenangan 8 tahun lalu, dan aku masih ingat. so  betullah tafsiran Dato' Dr Fadzillah Kamsah ni =)

Pendiam dan Lemah dari segi Kesihatan perut dan Suka duduk rumah dan Pemerhatian yang tajam..memang aku lah tu..haha boleh kata semua betul la. cuma rajin, kurang rajin lah..haha

See ya :)
Bubye.

Friday, February 25, 2011

Cuak

Assalammualaikum,

Tadi dah settle segala saman PDRM. melayang duit..huwaa..letih tengok ramai betul orang yang nak bayar saman. bagus2..semua takut kena blacklist ke? including me..huhu..susa woo kalau dah kena blacklist. xmo..xmo..

Anyway tadi lepas2 bayar saman gi la tesco ngan my dad & danisya(my niece yang kiut miut), elok je turun kete de sorang lelaki ni datang. he claim himself dari Perodua. tak tunjuk pengenalan diri pun tapi pakaian dia memang dari perodua..dia nak tunjuk cara macamana pencuri dalam masa 2 minit boleh bawak lari kereta anda tanpa dikesan..uishh sangatlah pantas. haha aku sangat cuak, memula taknak bagi ..yelah how do i know he's a real person. buatnya die menyamar tak ke naya..tapi curious nak tau so tawakal je. huhu..tapi dalam bagi tu standby gak pape yg patut. ngee always berjaga2 k.

So dia pun tunjuk la macamana cara, camne yea kalau die tunjuk cara tu pada orang yang ada intention untuk buat benda jahat tu..huhu kagum..mmg pantas dan aku pun tak dpt amik gambar pape.

Kesimpulannya sedara tu nak introduce alarm system yang kita boleh langgan dari perodua. alarm sistem ni dia leh detect kalau kereta kena curi automatically kereta tu akan jammed. kalau tak silap la coz my dad yang rajin mendengar. hehe..aku da lari dulu ikutkan cik danisya yang takleh diam tu

Meh layan gambar cik Danisya
Ohh gambar senget lagi, dah kul 3 pagi ni aku tak rajin nak edit..huhu
Pic ni dak comey ni da takleh blah, teruja nak gi kenjah mainan kat tesco

Taktau pict bila
Scary ohh...hihi apela dak kicik ni

Saturday, February 19, 2011

Macam tak kena je....

Macam ni punya orang pun ada eh..
huhu...sebenarnya ni antara salah satu benda pelik bulan Feb yang jarang orang nak buat la..tapi Gnie buat
aish ayat cam pelik sgt je kan....

Dulu Gnie de announce blogshop nak naik taraf guna domain name sendiri, hosting sendiri which is really good...traffic pun mantap..dan banyak lagi kebaikan kalau difikirkan.

Yang menjadi masalahnya sekarang, Gnie tak betah dengan penggunaan wordpress, pengakuan ikhlas ni. tak best dashboard die, tempat nak posting, nak main2 ngn widget. Entahla macam tension gak bila nak update picture tudung. leceh giler. sobs T_T

at last i have decided to redirect back my own domain to domain blogspot ni..T_T.. bazir je beli. seb bek beli time diskaun. Kena godek2 lagi bagi hati rasa senang nak guna wordpress tu. da nak dekat sebulan kot try tapi tetap rasa tak best. pastu try guna oscommerce, cubecart pun try jugak..best memang best tapi negara luar punya software so semua setting standard ikut diorang punya. nak guna Niagakit (Produk e-commerce buatan anak Malaysia) bangga2, hehe tapi masih mahal kurasakan walaupun dah pakej yang termurah. tunggu lah bisnes mantap semantapnya dulu :) ni modal pun ciput de hati..;p 

Nih antara item yang akan masuk clearance sale esok..jangan lupe singgah
hehe..klik je nanti kena redirect ke blogspot jugak T_T


Thursday, February 17, 2011

Tutorial Cara Pakai Shawl Silk

Yeszzz akhirnya dapat jugak siapkan video yang diminta oleh customer2 ku. Tapi sayangnya dah buat vid tp suara slow giler. Terpaksala sesapa yang nak dengar suara gedik tu pasang volume kuat2 atau letak telinga dekat speaker rapat2..hihi..sori beb. tanpa membuang masa jomlah belajar...dah suka nanti pakat2 beli shawls ni kat my blogshop tau ;p



Kadang2 terbuat ekspresi muka cam bangga2..ah mls nak edit..korang layan je la eh..huhu

Thanx for watching =)



Friday, February 11, 2011

Tips :: Cara Letak Iklan Nuffnang antara Post

Salam..
Yess .. tahukah anda..hehe kasi ayat skema sket. Meletakkan iklan diantara post adalah cara terbaik menarik minat pembaca untuk mengklik iklan anda. 2nd. Kat header/skyscraper. Last kat sidebar..sidebar ni susah sikit nak tarik perhatian orang. kenapa saya cakap macamtu. Sebab kalau iklan antara post, pembaca lebih cenderung nampak semasa mereka baca post anda =) so meh sini nak ajar cara nak letak iklan antara post. Siapa dah tau boleh cepat-cepat scroll tengok entry lain.

1st :
For blogger
open Dashboard --> Design --> Edit HTML --> Expand Widget

2nd :
-Cari ayat-ayat/code dibawah ni
-(tips nak cari : ctrl+F copy code baris atas sekali dan paste kan)
-Search [enter]

<div class='post-footer-line post-footer-line-1'>
<span class='post-author vcard'>
        <b:if cond='data:top.showAuthor'>
          <data:top.authorLabel/>
          <span class='fn'><data:post.author/></span>
        </b:if>
      </span>

3rd :
Copy code iklan nuffnang atau apa saja dan paste kan dibawah penutup code diatas
(contoh jika dari nuffnang : Nuffnang --> Login --> Add ads --> [copy code between contents] --> Paste kan dibawah code seperti diatas </span>)


dah siap...

Selamat mencuba =)
Baibai..
See ya..

Thursday, February 10, 2011

My Clumsy Day..sakit deh

Tadi keluar rumah jap pergi cari barang atau lebih tepat menghilangkan kebosanan, pastu singgah lah kedai RM2..haha aku suke gi kedai RM2, aku tak takut nak beli2 barang..boleh beli banyak2..tapi kualiti..pandai2 lah pilih..kalau setakat nak beli brg yang taknak pakai lama/pakai selalu bolehla beli kat sini contohnya, aku beli Diy mask bowl benda ni bukanla penting sangat, kalau takde pun takpe, tapi disebabkan aku nak mengadakan so aku beli gak..RM2 je takdela terasa sangat. Cam beselah aku kalau bab shopping2 ni selalu dengan mak je. Beliaulah rakan, beliaulah ibu, beliaulah guru..hehe..dan beliau juga rambang mata okay..mak round belah kanan, aku round belah kiri. Mak pun amik satu kuali, untuk goreng telor katanya..comey je kuali tu tapi boleh tahan berat la juga. Lepas dah bayar-bayar cam besela aku gendong barang2, dan tengah syok2 pegang barang tu ops pegang barang pun syok yeh aku pun gatal2 nak tukar tgn, dari kiri ke kanan, suddenly bedebum...haha sebenarnye aku tak tau nak buat bunyi kuali yang berat tu jatuh, dan jatuhnya atas kuku ibu jari kaki ku..huwa sakit seh.. sakit bukan kepalang, nak nangis..seb bek aku bukan jenis nangis dpn org ramai..tercalar egoku..haha muka leh senyum lg ni, cover malu pun ye jugak, very clumsy. I'm really that kind of girl. dalam hidup mmg aku elakkan pakai baju putih walaupun aku suke coz nanti baju putih bersih akhirnya jadi corak2 yang cantik..hahah..jatuh saham aku. takpelah masih ada yang sayang



"I dont want someone to tahan dengan kekuranganku, i need someone that will love my kekurangan..and i found one..Thanks mr naim a.k.a Karl Mers...wink..wink..die tak rajin pun baca blog..but if someday die baca aku harap die paham perangaiku ini..hee"

All about me je..
Thanks sudi baca...
babai...see ya :)

Cara Reset Modem Streamyx

Salam Readers, Pagi yang nyaman, tetiba rasa nak wat tutorial ni, coz smlm baru je calling2 streamyx, seb bek brother tu ok melayan kerenah aku. haha of coz la..sebab ada ini 'perbualan anda akan dirakamkan.harap maklum'..hehe tp brother tu mmg peramah pn.
tutorial ni untuk korang yang baru-baru pakai streamyx like me =)..disamping nak jadikan notes untuk diri sendiri yang asyik terlupa kalau cara nak reset modem, takkan nak call encik streamyx lagi. Yang dah lama pakai tu rasanya dah tau kan. Kalau ada tersilap sila betulkan

Perhatian ni untuk streamyx yang dengan wireless tu..BB deals..modem D-Link rasanya sama je kot mana2 pun. not sure coz tak pernah try yang lain..ok ni step by step

1 . Reset modem. Tekan button reset lebih kurang 20saat.
2 . Lepas dah release button, just tunggu sampai semua lampu stabil (DSL, Cable, Wireless, Internet, dan
     Power) *notes, after reset ni memang segalanya akan kembali ke factory setting
3 . Sambungkan cable internet ke Laptop/CPU
4 . Open browser, taip kat address bar 192.168.1.1
5 . Login screen akan dipaparkan, masukkan username & password
  
6 . Bila dah berjaya masuk, pergi ke tab setup (atas sebelah kiri)dan klik kat button setup wizard

7 . Step 1 - Masukkan Login ID ******@streamyx
dan Password 
Protocol : PPpOE
Connection type : LLC


8 . Step 2 - Yang ni boleh biarkan default tapi tak recommend la. Better tukar SSID tu so senang nanti nak detect nama wireless u ols. WEP key sangat penting, unless u all bermurah hati bagi penduduk2 tetap kat situ guna internet free ;p

9 . Step 3 - Completed & Restart. Tunggu modem restart hingga 100%
10 . Restart Modem - tekan button on off tu je. off selama lebih kurang 15sec ok =)
11 . Lepas on tunggu semua lampu stabil + color hijau.
12 . testing, kalau tak boleh please restart your computer
13 . Kalau tak boleh lagi, call je lah 100..haha

Tutorial ni adalah untuk setup menggunakan wizard simple dan basic sahaja. Untuk advance u ols perlu setup dkt different TAB

Sekian, Terima Kasih.
See ya =)
 

Nak jadikan skin flawless =)

Heyhey..
Gnie nak cerita sikit pasal beauty produk ni...dah beberapa hari ni memang asyik dok usha product ni kat intenet..nak beli thru online pikir 4~5x gak. bukan masalah tak percaya ke apa, masalah produk makeup ni nak kena match kan colour dengan kulit kot. tu yang kena pikir banyak2 tu. So gagahkan diri cari stokis kat Shah Alam. Yang jual2 online ni pun ramai yang dari SA tapi akula yang malas nak buat appointment2 ni. hihi..mmg 'balok liat' kata member dari utara. So cari je sendiri kat kedai2 yang berdekatan. tanya je kedai first pegi dah dpt dah apa yang dicari. hihi rezeki, melayang duitku lagi.

Untuk pengetahuan korang, produk ni dah glamor sangat. Hampir seluruh Malaysia even Brunei pun dah conquer pasaran. Produk buatan Malaysia. Saya bangga jadi rakyat Malaysia. Haha..hope pasni boleh tembus pasaran luar. cheh aku ni cakap cam menteri pemasaran..eh ada ke menteri bidang tu? T.T

Ok2 dah menyimpang banyak ni, jom cite2 pasal produk ni, actually gnie pun baru je cuba2. Sebelum ni usha Kryolan ke apa dari overseas kot produk tu. Cam best memula bila baca2 info untuk flawless kan skin, mmg ketara la flawlessnye, tapi ada info tak best la..kalau tak silap produk kryolan ni boleh tutup pori kulit. Hoh terus reject la coz dahlah memang kulit problem lagi mau tutup ka..huhu..actually gnie tak suka makeup2 ni, kadang makeup pn sebab terpaksa, kadang makeup tak sampai 5 min cuci balik dengan makeup remover. haha serius rimas.

So disebabkan kryolan telah pun di reject, google product lain pulak dan takdir telah menemukan ku dengan produk Ronasutra ni..hehe..selamba je nak promote, harap maklum..saya tak jual eh..juz nak share opinion :)
korang nak tengok product tu camne...ni tengok bawah ni


Betapa tak cantiknya packaging dia, nampak macam bedak murah je..huhu..tapi harga boleh tahan la. ops tapi still jauh lebih murah dari kryolan =)
korang nampak tu segala kehebatan dia tulis kat kotak tu
--100% natural minerals  (like ^_^)
--Preservative & Talc-free  (like juge ^_^ )
--UV protection  (dah tak payah pakai sunblock)
--100% beautiful  (haha btol ok, its mean kulit cantik la, flawless je and yang terbaik ialah very natural which i really like (^_^))
--Flawless Skin

huhu tu die tulis la...nanti gnie try banyak2 kali, majoriti produk makeup ni tak sesuai untuk mukaku..kalau yang ni ok means daku akan stick dgn yg ni jela..

Mineral loose powder..
Masa beli ni tak disertakan sponge/brush..kena beli sendiri.
untuk hasil lebih baik guna kabuki brush.tapi gnie pakai sponge untuk loose powder je, cari kabuki brush tak jumpa tadi.tunggu cuti lah keluar boleh cari rata2 :)

tu je nak share..
see ya =)
babai..

Gnie in da blog... =)

Assalammualaikum....Heyhey
Untuk pengetahuan u all u alls semua. Ni adalah my 2nd blog. Blog yang lama tu macam tak berapa nak layan lah sekarang. Blog tu pun asalnya buat untuk Contest/GA. Tapi sekarang da malas nak join sgt. Kadang2 je leh join..Blog yang ni mmg untuk mengisi masa-masa lapang atau lebih selamat kata open diaries. dan Secara jujurnya takde nak mengejar trafik sgt la mcm blog sebelum-sebelum ni. hee..Sape-sape nak jadi kawan gnie silalah ikuti perkembangan kat sini. Selamat berkenalan...cheh macamla baru buat blog..heheh..blog ni akan banyak mengupas isi-isi kehidupan aku di alam dewasa ni. Weird, aku dah dewasa. Wanita beb..;p

babai..

p/s : aku rasa cam ramai sangat je bila pakai 'u all u alls semua'. :D

My e-Shop

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bloggroll

Hye Everyone, exchange your link here. This list will be use for blogwalking :)

Thank You So Much For Visiting ^^

Thank You So Much For Visiting ^^
From : Gnie The Manager of this blog..lalala