Assalammualaikum w.b.t
Kali ni tafsirannya agak tepat..banyak yang tepat dari yang tidak. hehe.. so sape2 yang nak mengenali aku lebih dekat sila baca dulu perihal diriku ini.. yelah bukan semua orang boleh ngam kan. Bukan semua kawan boleh jadi kawan baik. Yang stab from back pun boleh tahan ramai. tapi tu lah lumrah kehidupan. kalau semua nya baik no challenge lah..hee
Ok takpe, jom usha ciri2 insan yang lahir bulan Julai.
aku ingat lagi kes Mudah Memaafkan tapi sukar melupakan.
dulu time sekolah aku pernah gado2 ngan kawan baik ni. gado memang perkara remeh la. Entahla budak lagi kot fikiran tak matang. Mujur kami dorm berlainan. gado lama sampaila nak dekat final exam, exam aku tak memuaskan. memang betul walaupun gaduh, dah nama kawan baik, sikit sebanyak mempengaruhi emosi tapi sebab dah terlajak kata tak boleh berundur lagi. Ego aku sgt tinggi dulu, tapi boleh lak dia bagi surat, dia kata exam aku kurang memuaskan sebab tak minta maaf ngan dia. Aku tak ingat de balas ke tak. wutevalahkan. Jodoh kami panjang, lepas sekolah kami sambung belajar ke universiti, dapat jurusan yang sama tapi lain U. tak kisahlah tu, tak lama lepas tu ada kawan baik yang sama U ngan aku berpindah dapat U sama dengan member yang gado ni & dia secara tak sengaja berkawan baik dengan member aku tu. semuanya kebetulan. masa sambung degree pun kami dpt U yang sama, jurusan yang sama. gila ah. memang ngadap. aku dah pun maafkan dia kat sekolah dulu tapi sangatlah sukar nak berkawan baik semula. Yes ni kenangan 8 tahun lalu, dan aku masih ingat. so betullah tafsiran Dato' Dr Fadzillah Kamsah ni =)
Pendiam dan Lemah dari segi Kesihatan perut dan Suka duduk rumah dan Pemerhatian yang tajam..memang aku lah tu..haha boleh kata semua betul la. cuma rajin, kurang rajin lah..haha
See ya :)
Bubye.
No comments:
Post a Comment