Ingatlah Wahai Sayang,
Tidak ada sesuatu yang terjadi di dunia ini
Yang tidak di dalam perancangan Allah Yang Maha Bijaksana.
Akurlah,
Dan Berjalanlah di jalan yang kamu lalui kini
Dan berusaha melaluinya dengan semangat untuk senantiasa melakukan yang terbaik.
Kamu disini bukan kerana tidak sengaja,
Kamu disini untuk memenuhi satu pengajaran yang mulia di dalam diri
Kamu dalam rangka mengabdikan diri kepada-Nya,
Supaya kamu dapat menyingkap Rahsia hidupmu.
Laluilah hidupmu dengan memanjat kesyukuran kepada Allah,
Walau apa pun yang datang.
Suatu hari nanti kamu akan tahu
apakah rahsia hidupmu kini.
Semoga Allah senantiasa memeliharamu.
No comments:
Post a Comment