Pemanis blog =)

Search

Tuesday, January 31, 2012

Kenapa Diam??

Bila kita diam, mesti orang kata kita sombong. Betul?

Kenapa Diam??

Bukan taknak bercakap banyak, tapi bimbang tersalah cakap.

Bukan sengaja mendiamkan diri, cuma takut kata-kata yang keluar boleh menyakitkan hati.

Bukan mahu mendiamkan diri, tapi terasa tak perlu join aktiviti yang tak berfaedah. Eg: mengumpat.

Diam tanda setuju. Yela tu, kalau tak setuju mesti kena bersuara bagi pendapat, tapi kadang tak sampai hati nak membantah kata-kata orang yang lebih tua.

Diam kerana tak mampu dan tak layak mengkritik ciptaan Allah, semuanya indah. Hanya ucapkan syukur kerana dapat melihat.

Jadi tak perlu pandang orang yang diam ni menyombong, pasti ada sebabnya.

Till then..
Take care..
(^_^)

P/s : sekarang mood update pagi-pagi buta je, time guling-guling layan mata..so ayat nak feeling-feeling je..sori eh..sebenarnya lappy terbakar..sobs T_T jadinya nak review-review produk cam tak best pakai phone sebab tak dapat upload gambar..sobs
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Thursday, January 26, 2012

Manusia busuk hati

Seorang lelaki, dikenali orang luar sebagai lelaki budiman, berharta, melabur duit bina surau, miliki rumah besar, anak-anak sekolah agama, kereta 2-3 buah...dia rasa diri dia mulia, alangkah bagusnya kalau dia miliki semua tu tanpa riak dan busuk hati.

Suatu hari..lelaki budiman dikenali sebagai Z, iparnya dikenali sebagai Ani, Anne anak kepada Ani, graduan sebuah universiti, namun hidup mereka tak sesenang Z, sementara Anne nak dapat kerja, dia berniaga kecil-kecilan, Z pernah caci maki Anne sebab tak kerja, pernah baling surat khabar kat Anne dengan kasar suruh cari kerja. Sebab rasa masih hormat Anne tak melawan, tapi segalanya pasti ada balasan. Allah itu adil

Z : U, Anne dah kerja ke?

Ani : Dah... (Jawab acuh tak acuh sebab kenal perangai Z)

Z : Baguslah dah kerja, takla duduk bawah ketiak U je...U tau tak Anne tu dah ada pakwe..

Ani : tau dah tau lama dah..

Z terus terdiam..dan sambung lagi..

Z : dah nak kawin la tu, u kena kawinkan cepat, biarkan nanti ntah ape jadi

Ani beredar malas nak layan, sebab anak-anak si Z ni rapat dengan Ani, segalanya anaknya dah cerita, Z bajet dia lelaki budiman hakikatnya Ani dah tau institusi kekeluargaan dia taklah hebat sangat, dah mak bapak sibuk jaga tepi kain orang.

Z tak tau anak dia lagi ikut lelaki sana sini,
Z tak tau anak dia curi-curi keluar rumah tengah malamm,
Z tak tau anak dia yang belajar sekolah agama tu bila kat kolej dah buka tudung,
Z sibuk suruh Ani kahwinkan anne, tapi anak Z dah mintak nak nikah on the spot Z tak bagi,
Z tak tau yang kitorang tau dia suami isteri ibarat telur di hujung tanduk je, depan kitorang punyalah berlakon loving couple, belakang kitorang asyik gaduh je, isteri ada laki lain, kalau kena marah lari dari rumah (ni anaknya yang cerita)
Dan Z tak tau anak dia pun berlakon je baik dan alim depan dia

#kisah benar

Kesimpulan : jangan sibuk jaga tepi kain orang, kalau kita banyak harta, banyak sedekah tak boleh lagi tentukan kita bahagia dan mulia, janganlah nak hina orang lain sangat. Hina orang lain mungkin kerana tak berharta, tapi lebih hina seseorang tu kalau rasa diri dia dah hebat sangat sampai lupa asal usul, harta banyak macam mana sekalipun anda tetap seorang hamba..dunia ni tak kekal..suatu hari nanti pasti ada penghujungnya..itu janji Allah..segala yang kita ada hanyalah pinjaman

Sekian~


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Que Sera Sera

When I was just a little girl
I asked my mother, what will I be
Will I be pretty, will I be rich
Here's what she said to me.
Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

Masa kecik-kecik suka nyanyi lagu ni, pastu buat muka kiut walau hakikatnya tak kiut. Bila dah besar, kalau hati rasa down entah kenapa lagu ni jugak yang berlagu kat dalam hati.

'The future not ours to see' cuma Dia yang Maha Mengetahui

Special post by phone sweet phone..sambil berbaring dan hampir memejamkan mata :)

P/s : Kadang-kadang blog boleh dijadikan 'pendengar' yang setia kan..

Goodnite, sweet dream~

Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Tuesday, January 17, 2012

Masalah keguguran rambut dan luka jerawat

Tajuk as skema as possible..

Untuk yang ada masalah rambut gugur, ladies especially yang rambut panjang, atau ibu-ibu yang baby nya baru nak tumbuh gigi biasalah rambut gugur ni. Kalau dah gugur rambut jadi nipis, bila rambut nipis muka nampak tua dari asal. 

Walaupun kita bertudung, penjagaan rambut tersangatlah penting. Untuk keselesaan sendiri juga kan :)

Gnie pernah ambil supplement ni, makan dah 2 botol, elok, rambut cepat tumbuh..haha..maybe ia stabilize hormon, and then kalau luka jerawat kat muka tu pun cepat je kering.

Ni supplement nya


Fungsi Bio-Zinc
-Penyembuh luka-luka
-Baik untuk kesuburan lelaki ^_~

Tapi jangan risau perempuan boleh je makan, tapi...mesti ada tapi..kalau jenis yang banyak bulu roma lepas wax memang jadi cepat tumbuh dari biasa...tak best yang tu..

Produk ni ada Vit C tau, so kulit jadi bright (yang ni ladies suka) macam makan collagen, tapi tak banyak la..bio zinc lebih banyak dalam ni..

Lepas masalah rambut tu dah ok stop la makan, tukar supplement lain pulak :)

Just helping :)

I've gain weight -_-

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Nite Blues...2in1

Hati rasa sangat-sangat bersyukur..
Allah tau segalanya, bila kita dekatkan diri denganNya..
Hati yang gundah pun akan tenang,

Kalau terasa duit yang ada tak cukup pun, insyaAllah rezeki masing-masing dah ditulis sejak azali lagi,
tak perlu dengki mendengki sesama manusia, tau tak hasad dengki tu sebenarnya kerja syaitan je.

Allah dah tetapkan rezeki kita setakat tu je, buat la macam mana pun rezeki untuk orang lain tetap kita takkan dapat walau sedikit pun hak orang tu. 

Usaha, kita akan dapat apa yang dijanjikan untuk kita, setakat mana, banyak ke sikit ke, Alhamdulillah syukur, semuanya akan jadi cukup. Kalau ada lebih itu bonus untuk kita.

Suka nak petik satu ayat
'Dunia ni kena letak kat tapak tangan je, senang kita nak mentadbirnya, jangan dihati, jangan ia dicinta sebab ia hanyalah sementara'

cuba fahamkan dalam-dalam ayat tu

*******************************************************************

Eh sebenarnya nak bagitau satu lagi novel best yang i am currently reading, hehe ayat cliche, rasanya semua novel best sebenarnya, semua menusuk ke jantung hati

Novel Contengan Jalanan
~Coretan Pengalaman Perjalanan Mencari Tuhan~
Karya : Hlovate

Novel ni ayat maskulin betul, hati tisu perempuan kadang-kadang susah nak faham, maybe novel ni sesuai untuk lelaki kot/orang muzik/orang yang cepat pickup..ngee 

Novel ni unik coz terbalik depan belakang, kalau orang yang taktau mesti akan cakap anda baca novel terbalik, sebenarnya ada 2 kisah pengalaman dalam satu novel, sy tak habis baca lagi, baru baca kisah ll-K2 je separuh, anyway memang interesting.

Those yang suka jamming mesti lagi senang faham sebab segala band yang LEGEND semua disebut,

my bf orang music jamming-jamming, berdasarkan pengalaman, kalau diorang bersembang sesama ahli kumpulan memang korang harus buat pekak je, kalau tidak korang pening..hehe..

Orang music bila bercakap memang duduk dalam dunia diorang je, so takyah buat tanda soal banyak-banyak kalau ada ayat diorang yang korang tak faham ^_~ just ignore

Ok till then
Nite nite
Photobucket 
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Friday, January 13, 2012

Hot Chocolate...

Salam pagi Jumaat semua,

Morning...

Thumbs up untuk semua yang bangun pagi, semoga dibukakan seluas-luasnya pintu rezeki :)

Ni nak story..

Pagi-pagi kalau tak sempat sarapan inilah die habuannya, 

hot chocolate Perl Choco jadi santapan..

buat alas perut..

Dah tinggal 5 packet je..nak kena restock lagi..huhu

Actually, Power Root Cafe Kacip Fatimah tu pun ada tapi tak boleh la,

Gni minum cafe tu sehari tak tidur, pagi-pagi buta boleh segar lagi..tension je..hebat penangan nya..hehe

Perl Choco ni best, dah la sedap, ada kacip fatimah + collagen..

Ladies-ladies tau la kan apa fungsinya :)

Sedap-sedap-sedap

Hantu coklat memang akan cakap sedap kan, tapi betul siries rasa pure coklat

Harga pun tak mahal sangat..

RM10.90 kalau tak silap, dalam ada 15packet + free 2packet..

Cubalah...

^_~
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Thursday, January 5, 2012

TyPo...

Dilema awal tahun, 
bila tulis tarikh
5/1/2011

Fuuuuu...
2012 dah la Gnie oi..

*Setiap tahun pun camni..fuuu (=.=)



Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Wednesday, January 4, 2012

Jom pegi sekolah :)

Harini first day sekolah dibuka semula kan..

Selama ni tak ambik kisah pun cuti-cuti ni tapi disebabkan abah baru gantung kalendar yang ada color-color tu, tu yang alert sikit dengan cuti sekolah(color kuning)

(^_^)V tanda semangat dapat kalendar baru...

Mengimbau kenangan darjah 1, saya adalah seorang yang sangat tabah..eceh ayat takleh blah..
Blur je tengok budak-budak lain nanges, best pe sekolah, kenapa diorang taknak sekolah...uhukk

Darjah satu Gnie dapat masuk kelas paling corot sebab lambat daftar, time darjah satu kedudukan kelas ikut siapa cepat dia dapat. hee so lambat daftar masuklah kelas akhir, tapi best dok kelas akhir, sebab asyik dapat no1 je..cikgu pun sayang..haha

Tapi ada satu tragedi masa darjah satu, Gnie kena lempang dengan sir bahasa inggeris, sir Yusri namanya (wajib ingat...mana boleh lupa) dia lempang sekuat hati dia, puncanya ada suara budak perempuan menjerit masa dia masuk kelas, pastu dia suspek Gnie sebab time tu kawan-kawan tengah kerumun tempat Gnie (actually time tu Gnie tengah mengajar kawan-kawan..amanah cikgu suruh ngajar) 

yang menjerit tu budak perempuan sebelah Gnie anak penghulu manalah sir 'moody' tu berani tampar. (kebenaran ni dpt tau sehari selepas tu, budak tu pulak taknak mengaku dia yang menjerit)

Tapi yang pelik Gnie boleh tak menitis air mata langsung, gila kentang..atau takde perasaan..hahaha

Cuba bayangkan boss panggil korang, pastu terus lempang korang..nak nangis ke? i dont think so..sebab kita sangat blur..kita takde salah apa-apa pun kan..apehal kena lempang ni..nak gelak pun ada.

Balik rumah Gnie tak bagitau mak pun, sebab malas japgi mak gi sekolah cari cikgu tu...not cool not cool..

Beberapa tahun lepas baru Gnie cerita kat mak detik-detik pahit tu, umur dah 22 tahun kot baru cerita memang kena bebel ngan mak la tak cerita awal-awal dulu...entahlah Gnie pun taktau kenapa, maybe sebab jenis balik sekolah campak bag, terus pegi main kejar-kejar, konda kondi, manalah nak ingat nak report kat mak hal-hal camtu..ingat main je..haha..nasib baik detik pahit tu tak menjejaskan pelajaran, lagipun tak lama lepas tu sir tu kena pecat sebab panas baran sangat.

Huu Panjangnye entry, mcm cerpen lagi (=.=)

Layan gambar time sekolah nih, kalau terer cari Gnie...haha super duper skema

Darjah 3 dah ni



Photobucket
**************************************************** 
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Pusing Pusing Akhirnya Produk ni jugak jadi pilihan

Hai semua, rasa belum terlambat nak ucap Selamat Tahun Baru 2012, up satu lagi nombor dan selamat mentuakan diri..ngee..age doesnt matter :)

Anyway, Gnie pun on and off je update blog sekarang ni, mesti ada yang macam malas dah nak follow..huu..taktau la nape, tak minat sangat nak cerita hal peribadi, hal kecantikan pun nak cerita lebih-lebih saya bukan beauty consultant, nak cerita kisah cinta lagila menyampah..haha. Last-last sunyi je la jadinya blog ni.

Apepun sebelum melalut kelaut, baik mulakan topik ni.

Sebelum-sebelum ni Gnie ada review macam-macam skincare Safi Rania Gold lah, Fair n Lovely lah, and latest Bio Essence, tapi semuanya tak kekal, ada je yang tak kena. huu. ada tu dah suka pencuci mukanya, set lain tak ngam pulak, semua jadi tak best after 2 month..tapi...cuma satu je yang kekal dan masih rasa best which is produk Garnier. 

Produk Garnier jugalah produk pertama yang Gnie guna masa mula berjinak dengan pencuci muka secara serius, serius disitu ermaksud masa mula-mula ada perasaan nak jaga muka (time remaja dewa dewi) :) Tapi dulu Gnie guna Garnier Light, time tu  tak banyak range produk Garnier, so pakai yang mana ada, Garnier Light memang berkesan, diri sendiri tak perasan pun tapi member-member yang tegur kata nampak beza brightening effect tu, tapi Garnier Light ni berminyak, sebab tu Gnie berhenti pakai.

So today, Gnie tukar lagi, babai bio essence..try pulak produk baru Garnier yang untuk yang ada masalah oily dan jerawat which is Pure Active, sebelum ni ada review Pure Active Scrub, now dah beli 1 set, pencuci muka & toner dan tambah Garnier Light Oil Control.

Range Garnier Pure Active
-Pencuci Muka-
-Toner-
-Scrub-

*Roll on je tak beli lagi coz belum diperlukan :) *

Garnier Light Oil Control Cream


One word, Best..haha

Jangan marah ye sebab takde nak review produk harini.
Next time la review, dah maghrib ni...babai..hee


Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

My e-Shop

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bloggroll

Hye Everyone, exchange your link here. This list will be use for blogwalking :)

Thank You So Much For Visiting ^^

Thank You So Much For Visiting ^^
From : Gnie The Manager of this blog..lalala