Pemanis blog =)

Search

Thursday, January 26, 2012

Manusia busuk hati

Seorang lelaki, dikenali orang luar sebagai lelaki budiman, berharta, melabur duit bina surau, miliki rumah besar, anak-anak sekolah agama, kereta 2-3 buah...dia rasa diri dia mulia, alangkah bagusnya kalau dia miliki semua tu tanpa riak dan busuk hati.

Suatu hari..lelaki budiman dikenali sebagai Z, iparnya dikenali sebagai Ani, Anne anak kepada Ani, graduan sebuah universiti, namun hidup mereka tak sesenang Z, sementara Anne nak dapat kerja, dia berniaga kecil-kecilan, Z pernah caci maki Anne sebab tak kerja, pernah baling surat khabar kat Anne dengan kasar suruh cari kerja. Sebab rasa masih hormat Anne tak melawan, tapi segalanya pasti ada balasan. Allah itu adil

Z : U, Anne dah kerja ke?

Ani : Dah... (Jawab acuh tak acuh sebab kenal perangai Z)

Z : Baguslah dah kerja, takla duduk bawah ketiak U je...U tau tak Anne tu dah ada pakwe..

Ani : tau dah tau lama dah..

Z terus terdiam..dan sambung lagi..

Z : dah nak kawin la tu, u kena kawinkan cepat, biarkan nanti ntah ape jadi

Ani beredar malas nak layan, sebab anak-anak si Z ni rapat dengan Ani, segalanya anaknya dah cerita, Z bajet dia lelaki budiman hakikatnya Ani dah tau institusi kekeluargaan dia taklah hebat sangat, dah mak bapak sibuk jaga tepi kain orang.

Z tak tau anak dia lagi ikut lelaki sana sini,
Z tak tau anak dia curi-curi keluar rumah tengah malamm,
Z tak tau anak dia yang belajar sekolah agama tu bila kat kolej dah buka tudung,
Z sibuk suruh Ani kahwinkan anne, tapi anak Z dah mintak nak nikah on the spot Z tak bagi,
Z tak tau yang kitorang tau dia suami isteri ibarat telur di hujung tanduk je, depan kitorang punyalah berlakon loving couple, belakang kitorang asyik gaduh je, isteri ada laki lain, kalau kena marah lari dari rumah (ni anaknya yang cerita)
Dan Z tak tau anak dia pun berlakon je baik dan alim depan dia

#kisah benar

Kesimpulan : jangan sibuk jaga tepi kain orang, kalau kita banyak harta, banyak sedekah tak boleh lagi tentukan kita bahagia dan mulia, janganlah nak hina orang lain sangat. Hina orang lain mungkin kerana tak berharta, tapi lebih hina seseorang tu kalau rasa diri dia dah hebat sangat sampai lupa asal usul, harta banyak macam mana sekalipun anda tetap seorang hamba..dunia ni tak kekal..suatu hari nanti pasti ada penghujungnya..itu janji Allah..segala yang kita ada hanyalah pinjaman

Sekian~


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

7 comments:

nur anis said...

pernah jugak jumpa orang macam ni. =___=

Kekzamanis said...

Hmmm..kalau dah nama pon manusia, mmg x lepas dari sikap busuk hati ni..Jarang da nak jumpe manusia yng betul2 tulus hati zaman skang ni..Ade yang harta bertimbun tak abis nak guna da pon..Tp kedekut ya rabbi..Wallahu'alam..

Kekzamanis said...

Hmmm..kalau dah nama pon manusia, mmg x lepas dari sikap busuk hati ni..Jarang da nak jumpe manusia yng betul2 tulus hati zaman skang ni..Ade yang harta bertimbun tak abis nak guna da pon..Tp kedekut ya rabbi..Wallahu'alam..

Cik Puan Tqah said...

biase la..dlm masyarakat ramai je org cmtu,.,

cik najah said...

sabar ye ,


peluk kuat2..

Mr feckry said...

dunia ni milik Allah

Ardini Humaira said...

betul tu gnie...
semoga kita terindar daripada sikap begitu, amin

My e-Shop

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bloggroll

Hye Everyone, exchange your link here. This list will be use for blogwalking :)

Thank You So Much For Visiting ^^

Thank You So Much For Visiting ^^
From : Gnie The Manager of this blog..lalala