Pemanis blog =)

Search

Saturday, April 30, 2011

Last Capsule

Rasanya dah lama me tak update pasal VCO ni..yela sedar-sedar je dah habis dah..
Last Capsule =)


Me ada bagitau kan nak update picture last day, huu tapi mintak maaf sangat-sangat, sangat tak suka nak tangkap gambar sekarang. 5 days before habis ni kan..jerawat naik dengan majunya. terkejut bangun pagi tetiba je penuh. tension pun ye jugak. Nak kata salah makan takde pulak, nak kata campur-campur produk pun dah takde. huu kenapa..kenapa...sedih...

tahla tak tau apa punca sebenar..harapkan last day ok sikit, tapi tak ok makin teruk..
Ingat nak teruskan makan vco ni tapi....huuu
nanti nanti lah...punca jerawat ni pun tak tau kenapa..
nak kata period hormon berubah pun tak jugak...
sangatlah musykil..
ada juga dengar orang cakap jerawat dia naik besar-besar camni awal-awal makan vco sebab die nak bersihkan toksin dalam badan..tapi dalam kes ni dah hari-hari yang terakhir..huhu..sedih..selalu naik kecik-kecik je..sapu minyak nye pun dah tak berkesan dah ni..elok2 dahi tak jerawat dah naik jerawat jugak...grrr...tension...

Tapi tak salahkan vco sorang-sorang coz me pun tak tau apa sebab...agaknya kalau dah muka jerawat buat la camne pun kan, tetap naik jugak....huwaaaa....tapi ade yang nasihatkan teruskan je makan, mungkin betul dia bersihkan toksin dalam badan....ok...pikir positif...tapi buat masa ni stop jap lah..sedih-sedih...

Sape ada pengalaman camni, camne eh nak hilangkan jerawat dengan berkesan..atau apa produk yang u all guna untuk hilangkan jerawat..
Please share....huhu

Friday, April 29, 2011

Saya suka FlatShoe + Tips memilih Kasut

Hai...hai...
Belum raya pun dah nak cerita pasal kasut..biasa la perempuan, ada yang siap ada almari khas untuk kasut dia saje.. =) kaum lelaki sila bersabar...

semalam round-round-round the world ternampak pulak kasut fevret..dah 2 bulan tau usha kasut jenis ni...tapi asyik takde saiz je...sobs T_T..Biasalah me kalau dah berkenan kat satu kasut tu...selagi tak dapat dok cari kasut camtu jelah..haha..kasut lain bolayanlah..

So kasut yang menjadi pojaan hatiku sejak memenjak ni...ialah 'Flat Shoe'...ok sound out of date...dah lama fofuler kasut jenis ni...tapi still fofuler sampai sekarang pe...hehe...

Ni lah dia kasut tu.....minat yang terbuka kat depan sebab kaki ni tak tahan panas, nanti berpeluh...so sentiasa pilih yang terbuka kat depan kasi angin masuk


Pilihan yang pertama sebenarnya plain je..tapi yang plain tu lah yang buatkan kecewa tu, takde saiz..so yang ni pun oklah...susa btol nak jumpa

Yang paling disukai...tapaknya...hehe...


****************************************************
Ok now tips untuk memilih kasut...nanti nak raya ni boleh la remind tips ni masa nak beli kasut raya

- Beli pada waktu petang. Pada waktu petang kaki mengembang ke saiz kaki yang sebenarnya.

- Try kasut pada kedua-dua belah kaki, pastikan dua-dua belah tidak ketat dan berjalanlah sekeliling kedai untuk memastikan anda selesa.

-Pilih kasut mengikut karektor anda. Let say anda penggemar Flat Shoe, elakkan membeli kasut bertumit tinggi kerana anda akan lebih cenderung menyimpannya dalam almari...

- Pilih kasut berlapik tebal dan selesa untuk telapak kaki anda dan sekaligus meminimumkan kecederaan dengan menahan hentakan tumit pada tanah.

- Elakkan membeli kasut bertali sekiranya anda seorang yang ringkas kerana anda akan lebih cenderung memijak tali atau bahagian belakang kasut.

Itu saja tips yang disedut dari majalah Rapi bil.163 1mei2011..Jangan lupa dapatkan majalah rapi bulan mei kerana tip fesyen mengenai kasut yang sesuai untuk anda..adakah kasut tinggi bertumit halus? atau wedges? atau Gladiator..atau Flat Shoe, atau selipar, atau sneakers...hehe berapa banyak atau daa..jangan lupa dapatkan Rapi Bil.163 dikedai buku berhampiran =)

Thanx for reading =)

Wednesday, April 27, 2011

Signboard Prihatin =)

Kenapa tajuk entri ni signboard prihatin....??
Cuba tengok gambar bawah ni...hehe
tak tau la tempat lain ada jugak macam ni ke tak tapi first time terperasan signboard ni..kat Mydin..


Baguslah ada jugak org yang prihatin hal2 macam ni =)

Saya Bukan Ahlong, Cuma nak tolong...

Huwahuwa...
Tajuk takleh blah..
Entri tak bererti pun..
godek-godek gambar lama terjumpa picture ni..
macam ngam pulak editing....ahaha

Muka legend hati cute...haha trademark Jambu ML

gengster tak...gengster tak...
...orang wat keje aku bergambor pastu siap edit-edit lak tu...haha ngarut sungguh


Friday, April 22, 2011

ML minggu ke-4 :: Jozan tetap best... =)

Baru je lepas tonton ML kat Astro...
Memang tertunggu-tunggu time Jozan..
peminat setia neh

Jom sama-sama tengok video ni...
lawak kali ni lain dari yang lain
best...
(^_^)




Wednesday, April 20, 2011

Jom Join Giveaway Lucky Follower SSC

Iklan sekejap
My Blogshop SimplyStyle Collections sedang menganjurkan Giveaway Lucky Follower untuk April 2011..Sesiapa minat nak join di jemput join ramai-ramai..klik je banner di atas yea :)

Giveaway berlangsung 3 hari je tau
Cepat join 
Jangan ketinggalan =)

Selamat ber'GA' 
(^_~)

Monday, April 18, 2011

Happy Birthday Abah & Jalan-jalan cari makan =)

Today, 18/04/2011
Selamat ulangtahun kelahiran ke-57 wahai daddy ku.. (^_^)
Semoga di kekalkan kesihatan dan panjang umur..

Birthday kali ni tak beli kek..boring makan kek...sebab baru je makan birthday k.ipor seminggu lepas
tapi malam tadi sikit lagi nak pukul 12 kitorang pegi makan ramai-ramai..
Best bila berkumpul...
Yelah masing-masing kerja, dah kahwin, nak berkumpul ramai-ramai need an event lah..

Ni nak kenalkan satu restoran yang kitorang pegi semalam
Nama restoran ni unik..Restoran 'Putera Ayu'
terletak di Shah Alam..dekat sgt ngan umah den ^_^
Aku suka interior design restoran ni..walaupun dalam kampung
Sayangnya takde DSLR nak amek gambar..hehe..kalau amek pakai phone camera confirm tak nampak design die..tapi damai la makan kat sini..walaupun music die pasang agak bising...huu...

Nah aku amek kan phone no kalau korang nak pi booking...hehe...
Haa...kalau nak tengok design restoran die pun bolehla masuk website die
www.puteraayu.com
Tak tau pulak restoran ni masuk JJCM (jalan-jalan cari makan)..baru tengok kat website die

Sirap Laici diorang memang sedap =)
Makanan yang aku order rasanya bolehla tahan...daging masam manis, liat sikit
 Tapi food presentation failed lah
ngee selamba je nak comment
tengok gambar bawah

 Huu...takde piring lagi kecik ke..melimpah dah

Maybe waiter diorang still training kot...
layanan memang mesra
just time menghidang ade yang tak kena..huhu
malas nak komen banyak...
Asalkan makanan aku rasanya sedap aku ok je... =)

Tapi tanya my family, masing-masing dah taknak gi dah..
maybe bukan taste my family atau tukang masak bad mood, masak jadi tak sedap...ngee

Apepun kalau korang gemar chase kedai-kedai yang pernah masuk JJCM bolehlah test restoran ni..harga pun sedang-sedang la...tak mahal dan tak murah

p/s : hehe Putera Ayu..unik kot nama dia...huhu...aku dok bayang nyah je nasib baik semua lelaki & wanita sejati

Friday, April 15, 2011

Pencuci Muka yang murah tapi berkesan

Selamat Petang kawan-kawan

Ada satu pencuci muka ni..
harganya murah je..
dan sesuai pulak dengan muka ni..
so selamat duit takyah beli pencuci muka mahal-mahal...hehe ^_~

Mula-mula teringat nak cuba ni masa tengok iklan kat TV yang Fafau jadi model iklan tu...
Tapi kat iklan tu tentang cream anti marks.
Tak kisahlah pencuci muka pun, as long as 'Anti Marks'

So cuba-cuba, dah lebih kurang sebulan gnie pakai pencuci muka ni..
Dah habis pun satu tiub..
haaa....

ni dia pencuci muka tu


Hehe...
tak kisah pun tak Grrrand pakai pencuci muka murah..
As long as berkesan kan =)
RM6 jer...

Before ni Gnie ada guna sabun pencuci muka Hana Soap
memang produk tu hilang jerawat, pastu gnie teruskan je pakai walaupun dah takde jerawat..
tapi kulit jadi kering sangat...so stop pakai...
Berbalik pakai Pencuci muka Garnier, pencuci muka Garnier ni memang ok dengan kulit muka ni, just agak boring pakai sebab takde nampak perubahan apa-apa...die just kekalkan kulit sedia ada....huu..kalau kulit dah cantik memang best lah kekal =) tapi....@_@
&
lagi
Time tu belum start makan VCO 
lepas dah makan VCO ni kulit lagilah jadi best...rasa cam tegang sikit kulit...
Tambah pulak pakai Pencuci muka Fair n Lovely ni
Sedikit sebanyak membantu la jugak elakkan parut jerawat & pudarkan parut lama..
+ pencuci muka ni best sebab muka jadi segar je lepas cuci
InsyaAllah kalau consistent mungkin boleh hilangkan segala parut lama =)

Sape tau kan...
Tawakkal je sambil berusaha =)
Siapa yang taknak kulit segar berseri kan

Bubye...
Thanx for reading

p/s : result ni for me je..apa yang saya rasa..orang lain taktau lah sebab kulit lain-lain kan...hehe

Tuesday, April 12, 2011

Having Fun together =)

Ahad lalu...
ceh cite dah lepas...sekarang ni dah kurang update blog coz membizykan diri di luar rumah..
sori ek...
apepun nak kongsi having fun dengan myfriends yang lama gila tak jumpa..
untuk tatapan kisah klasik di masa hadapan =)

Plan utama nya pegi serbu rumah member, dia baru beli rumah kot...saja buat makan-makan...
konyang porut den...hehe

lepas makan-makan ingatkan nak balik...
Janganlah harap dapat balik awal kalau dah geng-geng jumpa ramai-ramai...hee

so...ke karok lah kite...

menyempat je posing

 ohh...aku dah berbulan tak karok...konon segan..bila dah dapat mic belasah jela apa lagu pun...peace @_@V

Pastu balik singgah lagi makan kat Night Circle seksyen 11 ke 13 ek...ntah tak ingat...hehe
Charkueytiaw die marvellous..

Sekali sekala dapat bercanda ria memang besh =)

walaupun takde pegi banyak tempat but still seronok coz susah kot nak dapat jumpa camni.. :)
masing-masing dah kerja..ada life masing-masing

one of my friend nak tunang..
lagi sorang nak kahwin 1 Mei..

kesian dengar dia cakap
'aku dah tinggal 2 minggu je nak berseronok-seronok dengan korang ni,......'

actually a bit surprised jugak sebab tak tau dia bertunang aritu..tetibe jumpa ni dapat kad kahwin...hehe
anyway tak salahkan die coz me yang jarang bukak FB..
^_~

Luv u ols~~


Thursday, April 7, 2011

Simple Fresh Makeup Day & Night

Hai,

Kat sini Gnie just nak share satu video dari Michelle Phan...hehe sape tak kenal kan..
Just terpesona dengan cara makeup yang ni, kite2 pun boleh try sebab simple je cara die makeup & sesuai dengan cuaca kat negara kita :)


Jom tengok :)



So how..hehe,,,cantik kan,,,orangnye pun cantik...
i'm a big fan of her sebelum kenal erti berblog lagi..^_~
suka the way die apply makeup macam melukis...
Pastu beliau suka bagi tips-tips guna barang yang mudah dapat,,
macam dalam tutorial ni guna tape je untuk jadikan cat eyes look :)

Cuba tau...

Dont forget to subscribe to her channel
MichellePhan

Wednesday, April 6, 2011

Yoghurt Mask yang paling best =)

Hai...
Dah lunch

Harini nak cerita pasal yoghurt hee...
Bukan Yoghurt untuk makan tapi untuk letak kat muka...mask yang paling best..paling gni suke.. ^_~

antara mask yang gnie ada..
masing-masing ada fungsi sendiri

contoh macam ni

ST. Ives Firming Mask (kiri)
-Mask ni untuk Firming & tightens skin..lepas pakai mask ni kulit jadi lembut selembut sutera...hehe..poyo :P
Mask ni Gni jarang pakai coz bau die tak berapa minat lah..bau tanah liat..

lagi satu

ST (Sendayu Tinggi) 3 in 1 Masker & Scrub with Withening (kanan)
-Masker ni untuk oily & acne series..dah tak pakai dah sejak amalkan VCO =) coz dah takde prob tu..plus bau die pun tak berapa sedap


Bioglo Clearpore
-Masker ni special untuk tarik whitehead & blackhead..series memang tarik..tapi pedih la..my friends tak tahan nak tarik, die gi basuh ngan air...so nothing lah...haha...purpose mask ni untuk menarik segala macam whitehead & blackhead, tapi kalau dah takleh tahan basuh je la..hehe..gnie first time pakai pun bergenang air mata, tapi dah banyak kali pakai..momantai la...ok je...hehe
ni pun bau not very nice...tapi better dari dua yang di atas...hee
harga : dalam rm25++ 75ml

And last..Yoghurt facial mask
Yoghurt mask ni
Ada 2 jenis yang gnie ada..
satu cucumber (kanan-green color)
- untuk melembut dan menyegarkan kulit...
bau die rasa nak makan je...hee...
+ natural moisturizer

lagi satu Bearberry
- untuk melembutkan & mencerahkan (whitening)
bau die pun sedap..nyum nyum..hehe

Both ni boleh membantu masalah kulit kering + tegang

tu je yang gnie ada...pakai ikut mood...hehe...tapi yang paling rajin pakai, Yoghurt mask tu la =)


harga promosi April : RM7.90/box
Oh ya...ade sesiapa berminat  nak yoghurt mask ni? yang bearberry
Bolehlah ke my blogshop...hehe promote sikit...boleh kan
Klik je kat banner kalau nak beli


atau
Just email
simplystyleshop@gmail.com
dengan subject yoghurt mask

Jangan terlambat...ada 4 boxes lagi ready stock =)

selamat bermasker
(^_~)

Cabaran 30 hari VCO...[week 1] [day 9] + Bio-oil Review

Assalammualaikum...

Morning ^_~

eh..eh harini berapa haribulan...keh keh keh...dah termiss nak update VCO...saya bz sgt...so sorry...dan cabaran pun failed...hehe...tapi gnie still makan tiap hari...cuma report je tak tulih kat blog ;P

Sedar tak sedar dah seminggu dah amalkan VCO..hee



Hasilnya..(^_^) sebenarnya cam bese je...dah tak rasa apa sgt coz perbezaan paling ketara masa mula-mula makan je..yelah sebelum tu kan memang badan lemah kan...

Tapi siyes jerawat memang confirm segan nak hinggap =)
ada juga naik tapi kecik sangat, esok die surut balik...takyah bazir beli ubat jerawat...
terjadinya jerawat tu bukan apa lah, cuma sebab biasalah perempuan kan ada time hormon celaru...
time tu memang biasanya akan naik jerawat dengan banyaknya..tapi alhamdulillah...kali ni boleh dikira yang naik tu..hehe...naik pun kecik sangat...sangat...esoknya hilang..hee...
InsyaAllah, nak amalkan sampai bila-bila =)

tapi....

kalaulah boleh hilangkan parut jerawat kan best...hehe

Bekas parut jerawat masih ada...huhu...tak kisahlah sebab VCO ni takde sebut pun untuk hilangkan parut.. :)
maybe kena makan collagen pulak...mahai sikit

BIO-OIL

untuk hilangkan parut gnie guna minyak bio oil je sekarang ni...try-try...
baguslah minyak ni...
harga lebih kurang VCO...murah lagi sikit
just takleh telan je =)
Boleh sapu kat muka dan badan yang berparut...
hasil positif jugak...gnie baru guna 3 hari...
Parut yang baru memang senang hilang..muka ni lambat sikit coz semua parut lama...huuu

gnie ada alahan ngan seafood...
kadang gatal takleh tahan...gatal macam dari bawah kulit tau...
then garu sampai tak sedar luka
pastu ape lagi
parut lah...
tapi parut baru...
dah sapu Bio-oil...dah pudar...yeay...hehe

ni rupa minyak bi0-oil tu =) beli botol kecik je..banyak jugak isinya



p/s : tengah berusaha hilangkan parut di kaki..hasil kenakalan/keaktifan/kehiperaktifan masa form 4 punya...huu

Selamat mencuba yea...
I love these two products V(^_^)V

Tuesday, April 5, 2011

Saturday, April 2, 2011

Gmail Priority Box...memudahkan =)

Baru-baru ni buka email ada notis untuk guna priority inbox.
Apa yang best guna priority inbox ni die akan mengasingkan antara email yang kita selalu baca dengan email yang tak berapa penting....spam cam bese...masuk spam box je...hehe...

Suka cara penyampaian melalui video ni, simple dan mudah difahami...
Layan video ni dulu then bolehlah try priority inbox
pengguna Gmail saja tau....terbaek...


Top 10 Commenters Mac '11

Salam semua...hehe..

Really appreciate semua yang rajin comment entri kat sini...dan ini entry untuk 10 yang paling rajin mengomen...

hehe....gnie baru-baru je pasang widget ni on March


jom tengok dan terjah blog mereka =)
klik je kat semua header yang cantik comel lote ni..












Terima kasih semua.... =)






Menang GA dari Rosputih

Semalam, dapat email dari therosputih

antara percaya dengan tidak je...betul ke aku lucky ni...hehe...

then terus je jenguk blog cik rosputih....wahh...aku tak mimpi....yeay menang GA...

tak caya gi cek kat sini

Pastu terus-terus je balas email..
cik rosputih bagi pilihan nak topup / wang tunai...hehe
dan aku pilih wang tunai lah..mata duitan....gagaga
takdelah, sebenar topup baru je isi =)

lepas reply email terus je cik rosputih masukkan duit...wah cepat dan tangkas =)

Terima kasih banyak-banyak dear

Alhamdulillah rezeki 1 April...hehe

Jom serbu blog therosputih =)
click banner bunga-bunga ni...


Semoga makin bertambahlah rezeki cik therosputih ni...
...Aminn =)


Friday, April 1, 2011

Ada lagi syiling 1 sen ni...

Pagi tadi kan...saya pergi pejabat pos untuk mengepos barang...setelah ditimbang..discan..dilekat...saya pun bayar duit...pastu makcik kaunter pejabat pos tu pulangkan baki duit..
saya terkedu sambil temenung memandang duit ni..tak sure nak ambik ke tak


Sangat pelik rasanya bila dapat syiling 1 sen ni balik, sekarang tahun 2000 berapa ek? 
atau adakah saya yang ketinggalan..kerajaan ada keluarkan notis baru ke pasal syiling 1 sen ni
atau saya masih mengigau sambil pergi pos barang...
atau makcik tu yang tidur lagi...

sangat confuse...
sambil tampar-tampar manja pipi menuju ke kereta...tunjuk syiling tu kat Abah..Abah boleh gelak je...huuu T_T

aish....sabar...jelah

p/s : tibe-tibe rasa nak guna 'saya' sebab terasa diri ni naive...huu

Pagi Jumaat yang terindah...

Kenapa harini indah bagi saya

1. Harini hari Jumaat, Penghulu segala hari

2. 1st April yaww...dah masuk bulan baru...suker...Bulan ni birthday Abah =)

3. Hujan renyai-renyai pagi Jumaat sangatlah nyaman =)

4. Settle pos barang customer

5. Dapat sarapan muffin....yeay ^_~

[muka childish teruja dapat muffin...lalala]

Abaikan eyebag tu yeah...& no makeup lorh...see
Beza kalau kena simbah cahaya...yang sebenarnya takde putih melepak pun...hahaha


pagi-pagi keluar sangatlah malas makeup..
just pakai BB cream, Lose Powder, Lipice Sheer Color, 
+ Contact lens sebagai pelengkap..(orang rabun nak wat gane)

p/s : aritu nampak sorang gurl makeup beriye tebal macam opera cina..siap wing eye sampai ke dahi..padahal nak gi tgk wayang kat jusco bukit raja je pun..golap yo dalam tu..huhu..dunia..maafla termengumpat pagi Jumaat...


Cabaran 30 hari VCO...[day3]

Morning...

hehe...harini lambat buat entry pasal VCO ni..

pagi-pagi tadi bangun tidur terus-terus je siap nak pergi pos barang customer...dah tak ingat benda lain...lagipun bangun tadi memang rasa mls je nak update blog...huhu..

sekarang mood dah mari...mari kita update blog....

Nak cerita pasal VCO ni...sebenarnya kesan nya bukan boleh nampak hari-hari pun..hehe mesti ada tempoh.. ni cabaran ni untuk Gnie stay makan je tiap hari..kalo tidak nanti mesti skip2..

harini macam biasa, lebih bertenaga...
nak bagitau rahsia, sebenarnya gnie ni liat bangun pagi tau...huhu
tapi alhamdulillah sejak amalkan VCO ni tak susah dah nak bangun..
badan pun relax je bangun walaupun tidur lambat..tidur pun dah senang sekarang...kalau tidak memang nak tidur kena guling-guling tenggiling la..lama pejam mata tak tidur-tidur..sakit ati tau... ;P

Apa-apapun virgin coconut oil ni memang bagi efek positif la..tak rugi beli..no regret..ikhlas dari hati...

p/s : wahh testimoni macam iklan dr. Rozmey kat TV tau...haha

My e-Shop

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bloggroll

Hye Everyone, exchange your link here. This list will be use for blogwalking :)

Thank You So Much For Visiting ^^

Thank You So Much For Visiting ^^
From : Gnie The Manager of this blog..lalala