Pemanis blog =)

Search

Monday, September 12, 2011

Usia bukan sekadar angka

Ramai yang cakap, usia hanyalah nombor. Sy sendiri pernah cakap gitu..sebenarnya saja nak sedapkan hati atau berseloroh dengan kawan-kawan. Hakikat sebenar usia bukanlah sekadar nombor, usia lebih dari sekadar nombor.

Cuba bayangkan kalau usia hanyalah nombor, umur 1 tahun dengan umur 25 tahun beza ke tidak kehidupan kita. Kalau sekadar nombor, hidup kita takkan berubah. 25 tahun still mak suapkan makan, mak mandikan, mak basuhkan uk-uk..hehe mak jugak yang kena. Tanya mak sanggup lagi ke kalau dah 25 tahun nak mandikan kita. Entah kita yang tak sanggup kot. lalala..unless sebab yang tak dapat dielakkan, tak upaya, sakit, atau apa-apa je pun, terpaksa la kan.

Time kanak-kanak (sekolah rendah) selalu imagine, best nye jadi dewasa, ada duit sendiri, boleh beli mainan banyak-banyak. Bila dah dewasa ada ke fikir nak beli mainan. Ada la sesetengah orang tu kan yang jadikan robot mainan sebagai koleksi, barbie sebagai koleksi, tu lain cerita la kan.

Next bila dah remaja, waktu paling happy. Sweet 17, sepuluh ribu orang cakap kita sweet. ada satu kisah, Pernah sekali tolong sorang nyonya teman die tunjuk jalan kat KL. teman die sampai komuter, sepanjang jalan dia sangat ramah sampai dia main teka umur sy, time tu 17 tahun, dia boleh teka umur sy 13 tahun. Dalam hati budak-budak sangat ke aku ni, tak best langsung orang teka umur budak-budak. tapi bila dah 25 tahun, takyah orang teka, sendiri-sendiri perasan baru 15 tahun..haha..

Antara umur 21 hingga 25 pun dah banyak perbezaan dirasa, umur 21 masih terasa muda, gi cari kerja part time semata-mata nak beli baju sendiri, henpon canggih2..tak fikir pun nak guna duit untuk masa depan, seronok gi hangout ngan kawan-kawan, pantang diajak berdesup keluar. Tapi sejak umur 24 tahun, sekarang dah 25 nak hangout? ah malaslah..hari cuti duk rumah berehat atau keluar jalan dengan family. Duit yang ada sekarang barulah terfikir nak buat kahwin la, nak buat beli kereta, beli umah. Banyak nak fikir, daripada gi melepak ronggeng2 habis duit, baik lepak ngan family spend time dengan mak abah, tunggu anak-anak buah datang. Jumpa kawan-kawan pun time ada event je. Camtu kan pemikiran. Sebab tu bila dah 25 perasan nak 15 balik, 15 tahun takyah fikir duit nak kahwin, takde sape sibuk tanya nak kawin bila, bila nak kawin, kawin, kawin, kawin..

Kesimpulannya, usia lebih dari sekadar nombor. its a life, ada nilainya, kita jadi lebih matang. Memang merisaukan tapi itulah fitrah yang kita kena lalui =) chill ya

penulisan adalah hasil dari kanta kehidupan sendiri..
lain orang lain pemikirannya kan =)

Masih tertanya-tanya, at this age, kita dah achieved ke apa yang sepatutnya?
Usia selalu memburu kita, walau di gunung, di darat di air, walau dimana kita berada kita tak dapat lari.
Just live your life ok kawan-kawan =)

Have a nice day..

Photobucket
**************************************************** 
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

4 comments:

Cik Meeja said...

Uhuhu~Setuju! Bile dah menjangkau 20an ni mmg byk bnda yg nak kene pk..Kadang2 bleh buat stress.. Semuanya duit, duit, duit..Kalau yg belum kawen tu org asik duk cbuk tnye bile nak kawen, bile nak kawen..Dah kawen plak org duk cbuk tnye bile nak ade baby, bile nak ade baby..Manusia..Mmg x penah cukup dgn ape yg ade..Gugugu~

CaDLyNN said...

setujulah..
kalau usia tu angka je..nnti kite takde target nak achieve sumting..
atleast usia ni mcm milestone untuk dapatkan sesuatu...:)

...sWeeT uMi... said...

btul tu...usia bkn sekadar no...nak tak nak mmg kena kena lalui dan hargai usia kite tu (^_^)

Iz.Eusof (Abg Stalker) said...

mmg mkin naik 'number' tu mkin sarat kpl nk pk mcm2.lg2 org yg brkje,gf duk jauh,parents plk asyik sebut psl jodoh,kwin je..*_* pening kpl la.nk enjoy dgn kwn2 pun tersangkut,sbb terfikir mslh sdri.so life sy skrg kje,kje dan kje.smpai xde masa tuk gf.kesian.. ;(

My e-Shop

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bloggroll

Hye Everyone, exchange your link here. This list will be use for blogwalking :)

Thank You So Much For Visiting ^^

Thank You So Much For Visiting ^^
From : Gnie The Manager of this blog..lalala