Pemanis blog =)

Search

Tuesday, September 6, 2011

Tragedi Ditindih..

Dalam dunia serba moden ni, jangan dilupa masih ada alam ghaib yang mana mata kasar kita tak dapat melihat bagaimana keadaan di alam itu, hanya insan-insan yang di pilih sahaja dapat melihat.

Teringat dulu ketika tinggal di sebuah asrama di Selangor, waktu tingkatan 3. Asrama tersebut dikatakan 'haunted' atau istilah biasa 'keras'. Sepanjang duduk disana kami diajar supaya tidak meninggalkan solat, sentiasa mengaji Quran dan diperingatkan dengan ilmu agama supaya terhindar dari perkara-perkara tak diingini.

Kejadian ni aku alami sendiri, sengaja nak berkongsi, pada satu malam, mata tersangat mengantuk, kawan-kawan lain sibuk study memandangkan PMR yang menghampiri. Disebabkan mengantuk sangat, aku ambil keputusan untuk tidur, tak dapat  join kawan-kawan study, terus naik ke katil  dan tidur walaupun masih awal malam (katilku ditingkat atas double decker). Malam tu kalau tak silap, terlupa solat Isyak sebelum tidur. Doa tidur tak baca, ayat 3 kul pun tak baca. Terus terlena tak sedarkan diri.

Baru sekejap terlena, terasa nafas tersekat, dada tak boleh bernafas..terasa ada seseorang duduk diatas badan. Aku cuba tarik nafas panjang tapi tak boleh, badan kaku langsung tak dapat digerakkan. Hanya dapat buka mata namun tiada apa-apa pun di atas badan..aku jeling ke lantai bawah, kawan-kawan masih study disitu, aku jerit sekuat hati mengharapkan pertolongan CPR, namun takde sorang pun yang menoleh T_T sedih..dalam nafas yang tersangkut tu, aku cuba baca beberapa ayat Quran yang dihafaz, paling senang alFatihah, paling susah ayat Qursi, entah kenapa ayat Qursi yang baca hari-hari tu boleh lupa time tu T_T..aku ulang-ulang baca tanpa henti apa2 je ayat yang boleh ingat, teringat ada seseorang pernah bercerita, kalau time kena tindih ngan benda tu, cuma kaki je yang boleh digerakkan, tapi tak tipu, sangatlah berat nak gerakkan kaki. Namun aku gagahkan juga nak gerakkan kaki, ternampak besi penghadang katil, sekuat hati cuba capai besi tu, tak ingat berapa kali dah baca ayat, akhirnya kaki dpt gerak, dan tertendang besi penghadang tu, (lebam kaki ku T_T)

Lepas dapat gerakkan kaki, automatik boleh bernafas, terus duduk sambil istighfar byk2, turun katil, amik wudhuk, solat pastu malam tu tumpang tidur kat katil bawah (katil member) ngee..seram nak tidur katil atas.

esoknya tanya member, tak dengar ke aku jerit..diorang kata takde pun...sobs pasrah..so diam je malas nak cerita, nanti dorang pulak takut nak tidur kang..

Kesimpulannya, jangan tinggal solat..(peringatan untuk diri sendiri jugak)


p/s : teringat opah (mak kepada mak) pernah kena 'tindih', time kena tindih die akan nampak beruk yang menyerupai manusia T_T....mak pun pernah kena 'tindih', bila kena tindih die akan berada kat satu rumah kosong yang terlalu banyak pintu, dan semua pintu tu adalah pintu bilik, takde pintu keluar T_T...nasib baik gnie kena tak nampak pape..tp taknaklah kena lagi..tak best..ingat best ke sesak nafas..langsung tak T_T

notes : dalam sains pun ada sebab musabab kena tindih ni..tapi search sendiri eh..mungkin ada logiknya dalam kes gnie, tapi kes opah ngan mak tu no komen..huhu


Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

5 comments:

nurulain1011 said...

huishh..memang seram kalau duduk asrama...nak2 lagi yang ada cop haunted..bukan setakat bulu roma je tegak...semua buluuu2 yang ade..hoho.....................

Kekzamanis said...

CM x penah alami situasi cam Gnie ni..Tapi slalu dengar dari member2 & sedare mare..Dari yg diceritakan mmg kebanyakan kes kene tindih ni mangsa jadi lupe terus ayat2 suci al-Quran ni..Even Al-Fatihah yg kite duk bace ari2 dlm solat tu pon dorang x ingat, apetah lagi ayat2 lazim lain walaupun paling mudah nak ingat mcm surah Al-Ikhlas..Wallahu'alam~

Mr feckry said...

rasulullah amalkan sebelum tidur tadah tangan macam doa, pastu baca 3 qul, pastu tiup pada tapak tangan , tarik nafas sikit, sapu tangan kite dari kepala hingga ke hujung kaki.

Insya Allah, tidak terganggau tidur kita.

Unknown said...

setakat ni tak pernah lak umi kena tindih tu...tp tak nak la kena takutttt,...btul tu mesti ada alasan logik lam sains..jom pakat2 search eheheh

MH8625 said...

Kena baca doa sebelum tdo gnie. Ada gak member pernah kena juga.. Hantu tindih ni nama omputih dia incubus..sape2 minat incubus band tu jaga2 la sure selalu kene tindih..hihi

My e-Shop

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bloggroll

Hye Everyone, exchange your link here. This list will be use for blogwalking :)

Thank You So Much For Visiting ^^

Thank You So Much For Visiting ^^
From : Gnie The Manager of this blog..lalala