Petua ni sy dapat dari rakan facebook :)
Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga.
## Mesti sahur ##
-Ketika nak makan nasi, bacalah apa yang sepatutnya dibaca sebagai seorang muslim.
-Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul.
Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal.
-Baca lagi, makan lagi.
(Ada 3 gumpal nasi, jadi 3 kali lah kita kena baca surah Al Ikhlas)
-Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa.
-Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji.
-Sebelum makan kurma tu, bacakan selawat 1 kali dan baru makan buah kurma.
-Baca lagi selawat dan makan kurma lagi sampai habis.
(Ada 7 biji kurma, jadi kena baca 7 kali selawat)
Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya.
Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.
Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis takkan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga.
Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam.
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************