Pemanis blog =)

Search

Thursday, August 4, 2011

Hari ini dan Safi Rania Gold(Review)..ohsem =)

Morning..pagi-pagi lagi dah sajikan skincare =)
yes ni entry tamak, 2in1 ^_~

busy sikit harini..banyak benda nak kena buat..so haruslah post pagi-pagi, dan harus kekal sampai malam..erk

harini, nak pi post barang customer, 
semalam gi pejabat post, ingat nak post barang yang schedule post harini, so pegi ptg..tapi sesampai pejabat pos dah tutup, salah sendiri la jugak tak aware, lupa bulan puasa pejabat pos tutup pukul 5. Hampes, terpaksa bawak balik semula barang-barang yang berat tu T_T

pastu-pastu, nak renew lesen..ohsem kan dah berapa bulan lesen mati, tu ar kan nak renew asyik lupa lupa lupa. sebelum tamat tempoh baik renew, kang kena mengulang amik lesen lagi parah, elok2 renew Rm30 jadi seribu lebih kang..penyakit pelupa ni kalau dah menyerang memang payah. Sementara ingat, harus renew 2 tahun terus nanti..^_~

Lagi, ada janji ngan customer nak buatkan video tutorial pakai shawl kat blogshop, err, super malas nak buat video, tapi nak amik gambar cara-cara lagilah leceh. Takpe2 nanti cuba buatkan jugak, kesian ramai tanya tapi tak sempat lagi nak buat..maaf  T_T.. (mengadu kat sini pulak)

Ape lagi ek, dah la tu, kalau nak cerita satu2 benda nak buat, lusa tulat, tulat lagi, lagi lagi pun tak habis..hee..

Next story ..tentang Safi Rania Gold si ohsem (word for the day)
******************************************************************************
nak cerita pasal 'keohseman' (menangis cikgu BM kalau baca entry ni, banyak typing error...erk) 
serum emas safi rania gold, selamat dan suci..harus tagline =)


Serum Safi Rania Gold


dah jumpa produk yang sesuai untuk kegunaan masa depan =)
tak pasti safi rania gold ni untuk umur berapa, ada kata 25 keatas, ada kata 30 keatas, tapi sy pakai elok je kan, layan je.. =) dah harus pakai la, even 25 pun muka yang bermekap ni wajarlah pakai serum-serum ni. (ok walau sy tak mekap selalu, kadang-kadang je) tapi if stress pun boleh jadi kedutan, pencemaran udara lagi, asap rokok penghuni bumi ni lagi T_T banyak faktor sebenarnya.

2minggu lepas niat nak cari produk ni sebab tergoda dengan review ramai blogger lain yang ohsem-ohsem, my first try, first to second day pakai, kulit rasa panas sangat, panas especially bahagian tepi hidung, tu bahagian muka sy yang paling sensitif la, maybe kulit bahagian tu nipis. Dua produk, serum & gel pembersih, dua-dua buat muka panas. Mula rasa macam kecewa jugak, maybe tak sesuai dengan kulit, tapi dah beli 1set (serum, gel pembersih, krim kecantikan) macam membazir je. Tapi azam kuat, try hari ke 3, tetibe dah ok..haha happy awk. Takyah la jadi barang hiasan. so terus je pakai.

Sekarang dah lebih kurang 2 minggu, rasa perbezaannya, nak kata hilang kedut tu, tak perasan sangatlah sebab muka belum bersungguh-sungguh kedut pun, tapi yang nampak hasil kat parut jerawat..yess..benda yang paling tak disukai wanita, nampak muka comot..musuh-musuh...huhu. Parut ni taklah hilang sepenuhnya lagi....tapi makin pudar...hepi lagi sekali. Jerawat? susah sgt nak naik =) haritu nak period, biasanya jerawat bermaharajalela, dah start pakai ni, jerawat naik yang kecik-kecik yang sebum tu je, emm tau kan? beza jerawat yang sebum dengan yang macam gunung berapi tu. Yang sebum (ada macam putih kat dalam) ni biasa cepat hilang if nak banding dengan yang gunung berapi tu,bila tekan sakit tu, memang benci kalau tumbuh jerawat jenis tu..huu..

Emm...krim kecantikan die sy takleh pakai, pakai sekali je muka naik hitam-hitam..hampir pada jeragat. Seriau..huhu..so krim die buat hiasan je.

Harganya mampu milik la 1 set (Kirana) RM42.80
tapi time Gnie beli tu Guardian tengah promosi, jadi Rm38 =)
Biasanya gold serum mahal tau, sebelum ni gnie ada pakai produk Beautee, gold serum dia 1vial bottle RM9, sekotak=10vial bottle RM70-80..Tapi Beautee serum memang boleh rasa la kulit tegang best giler =) sesuai dengan harganya


takyah caya la gambar ni..kulit mulus sgt, makeup..tapi atleast sekarang parut tu dah boleh covered dengan minimal makeup kan =) so worth it to try =)


ok panjang dah ini post, larat baca? ^_~

thanx pada yang sudi baca.. =)
aileview lah..

bubye..jom settlekan scheduled harini..take care korang


Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

20 comments:

NorrShakor said...

ai..pas ni jejaka tu x kelip mata la dok tenung awk jer..

Unknown said...

hahaha btul2 pjg entry gnie ari ni...sib baik dah ok ngan kulit muka tu kan..kalu tak ntah la huhuhuu...nice produk (^_^)

Cik Puan Tqah said...

hoho.. muke gnie da flawless..jelesh kk

Unknown said...

kak bui pun pakai ni
mmg ohsem
tetap setia sampai sekarang..hehehe

Zura Tahir said...

xth pun safi rania nie tuk umur bape ke atas...tp model safi rania nie sumenye dh 30++ keatas...rozita che wan ngan amy mastura..

kaizen said...

laaa... nape susah2 renew lesen kat luar.. skan pakai on9 jer.. kalo nk renew lesen or roadtax pasni boleh cntc sy kalau berminat.. gune on9 dijamin smpi kat rumah

cntc kat crcrew.002@gmail.com

*muke sy berjerawat ni nk pakai produk ape?? hehehe sy jejaka mane pkai safi rania gold...

latest entry ST : Nisbah Lelaki-Perempuan

Elyzatul Nastaysah said...

hehe..macam ok je produk ni.tp kte takot lak nk try=)

Unknown said...

@mamafarah : haha wajib..taknak kasi pndg lain dah...lalala

@sweet umi : tula..risau panas takut menggelupas..nasib baik takde =)

@Cik Tqah : takdelah flawless tqah..jauh lagi nak capai tu...huhu..tapi siyes boleh rasa perubahan =)

@Bui Junaidi : patot kulit muka kak bui pun ohsem =)

Unknown said...

@Zura : aah kan baru perasan modelnye semua 30 keatas..erm camne ni...huu

@kaizen : wah promote..hehe..ok next year nanti =) sng la bole online je kan..

@Elyzatul Nastaysah : Cuba small area dulu dear kalau risau =)

Ardini Humaira said...

dear...
kawan dni guna sangat superb hasilnya :)

Elyzatul Nastaysah said...

sbb now kte pkai natasha.kulit mkin npis la.tak tao da nk try pe=(

cheq sue dieyha said...

wah...best ni!blh try

Mr.Superman said...

ekk..==' lelaki bole pki x?sbb abg da berusaha dgn gigih bc psl kecantikan ni smpai hbs.

Unknown said...

@Ardini Humaira : mmg superb =)

@Elyzatul Nastaysah : mak sy pun pakai natasha..makin sensitif kulit kalau kena panas..mean kulit nipis jugak la kan =( huu

@cheq sue dieyha : best2 =)

@Abang Stalker : huhu kena tanya ustazah Bahiyah..sbb ada serbuk emas kan...tak berani nak memandai kata boleh =)

eynda said...

SRG memang best! :-)

susulemakmanis said...

kite pon guna ni..best!rase licin,cerah jer kulit!:D

Anonymous said...

Sy br br je beli..hmmm insyallah harap2 berhasil..eee takut juga kalo ada sd effect ..sbb sy tak berani cuba atau hentam pakai produk mana mana..

mama insyirah said...

Sy br nak cuba ..insyallah lps seminggu sy pakai produk nie sy akn komen nnti,nak bgtau kesan krim rania gold nie ...so tunggguuuuuu!

sporting goods said...

saya lelaki saya hentam je pakai akibat dari terkena daya salesgirl yg memaksa hehehe.. sebelum saya pakai moisturizer gsrnier men je.. hilang juga bintik2 kecil di muka.. skang pakai safi rania gold lg hilang semua bintik2 mmg bagus la.. lelaki tk leh pakai emas kt muka?? bukannya pakai alat perhiasan pn pencuci pembersih muka je..

sporting goods said...

saya lelaki saya hentam je pakai akibat dari terkena daya salesgirl yg memaksa hehehe.. sebelum saya pakai moisturizer gsrnier men je.. hilang juga bintik2 kecil di muka.. skang pakai safi rania gold lg hilang semua bintik2 mmg bagus la.. lelaki tk leh pakai emas kt muka?? bukannya pakai alat perhiasan pn pencuci pembersih muka je..

My e-Shop

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bloggroll

Hye Everyone, exchange your link here. This list will be use for blogwalking :)

Thank You So Much For Visiting ^^

Thank You So Much For Visiting ^^
From : Gnie The Manager of this blog..lalala