Pemanis blog =)

Search

Saturday, August 13, 2011

Teringat kisah seorang kawan...


Entry tercipta sebab hati tengah rindu merindu kat kawan-kawan..dan entry ni sangat panjang..tak paksa untuk baca =)

Awal Perkenalan
Firstly, nak cerita dari mula kenal Jijah(bukan nama sebenar)..
kawan ni orang Kedah, yes majoriti kawan-kawan rapat sy orang Kedah,Penang,Perlis sebabnya time diploma dapat kat Perlis. Time diploma dulu langsung tak rapat ngan die, sembang pun takde. Padahal satu course Computer Science. Kalau bercakap pun just tanya benda yang perlu. (Pelik dengan perangai sendiri). Tak kisahlah kan, kitorang jumpa pun time kat kelas je. Tapi memang sy ni kalau org tak kenal sy akan klasifikasikan diri ini sombong, tak tau lah kenapa, tapi maybe sebab jenis tak banyak nak cerita dengan org yang tak berapa kenal kot.

Kawan Jijah punca kami rapat
Nak dijadikan cerita, satu malam ni kawan baik Jijah tetibe dtg bilik sy dan roomate. Kitorang pun pelik tak pernah2 dtg. (sy dan roomate buat bisnes supply topup time tu). Kami ni kadang ketinggalan cerita2 panas. So kami langsung tak suspect kedatangan kawan baik Jijah ni adalah untuk mencuri. Rupanya dah lama die buat kerja tu. Duit dalam bank Jijah pun die kebas. (baiknya la kwn kan..hampes).

Tuhan nak tunjuk
Setelah sekian lama budak ni menjalankan aktiviti tu, akhirnya Allah nak tunjukkan. Selama ni kwn2 lain diamkan diri je bila duit diorang hilang, sbb diorang tak dapat bukti. So malam tu bila kawan baik Jijah ni nak buat operasi kebas duit bisnes kami, mata ni sangat2 jelas nampak perbuatan jahat die. Kebetulan sebelum budak tu masuk sy baru je keluarkan duit untuk dikira & tinggalkan RM10 je dalam bekas tu. So lepas kawan baik Jijah tu beralih tempat, sy terus pergi cek. RM10 tu dah hilang. Masa tu mmg takde berbelah bahgi, mmg confirm die yang curi.

Tindakan di ambil
Nak tau apa yang sy buat, sy keluar dari bilik tinggalkan roomate dengan kawan Jijah tu, then gi tengok cerekarama kat bilik TV tingkat bawah. 
Sy message kat roomate, ' Sarah(bukan nama sebenar) Take Care, hati2 ' (...tah pape kan..konon cool, nak jadi rasional. Tapi bunyi message macam nak pergi bunuh diri. Haha..)
roomate pun msg balik 'Kenape ni? '..
dengan cepat sy membalas ' duit hilang, orang tu ada kat bilik kite lagi, taktau nak wat ape' 
dengan pantas roomate membalas : 'aku pun baru check duit dah hilang' 
roomate msg lagi : ' ko naik bilik, sbb ko je ada bukti, aku panggil semua CS I '..(haha bukan CSI...just CS=bebudak Computer Science)
then time tu jugak roomate melengah masa budak tu supaya tak keluar bilik, sorang2 budak CS dtg, semua yang paling rapat ngan die dan yang duit pernah hilang, termasuk Jijah..time tu Jijah ni diam je tahan marah, kecewa kawan baik sendiri buat kat die mcm tu.

Sesi beramah mesra @ mentorture
Bila semua dah berkumpul, muka si pencuri cuak giler, semua diam taknak ckp ape2..masing2 tolak menolak..last2 sy la jugak yg kena ckp sbb sy lah yang paling kejam kat situ..haha..tak tak mana de kejam, just yang paling tak rapat ngan budak tu. So sy dengan muka jujur, tgn menggengam + menggeletar tahan marah, sirius seksa tahan marah..taknak marah2..kite kena cool.. =) sy mukadimah je..pastu suruh diorang tambah menambah, coz marah tak dpt dibendung lagi. huhu..budak tu still tak ngaku sampaila kitorang drastik tekad buat bacaan yasin kat situ juga, malam tu juga.Berserah pada Allah, kalau die betul die selamat. Siap2 dah ambik wudhuk, amik Surah Yasinn..bila nak mula, budak tu terus mengaku.. =) siries, kalau die tak takut juga dengan bacaan yasin tu mmg die ..emm tak tau nk kata.

Peristiwa selepas tu
Budak yang mencuri tu langsung taknak bercakap dengan sy, terus membenci sy, masa konvo semua orang die salam cium pipi, ngan sy je tak,jeling pun tak, die buat mcm sy tak wujud lah..hee ada aku kisah. Tapi yang bestnye sy jadi makin rapat dengan Jijah..budak dekan woo..rugi kau tak rapat.

Time degree
Sy ngan Jijah jadi bertambah rapat sebab kebetulan, kitorang pilih course yang sama, system engineering..dan kebetulan dari diploma perlis 4 orang je yang amik course tu. So kerapatan tu mmg wajib la =) kebetulan Jijah ni byk persamaan interest dengan sy dan pemikiran sentiasa sama. So aktiviti tu byk dibuat bersama. & i do respect her dengan cara die study =) ok satu je tak sama, die rajin sgt study, sy mls.

Kes Percintaan
Mengenang balik, die rajin kongsi cerita die, entah kenapa die cari sy untuk minta pendapat pasal cinta..haha kelakar..i jadi dr. cinta..die mintak pendapat nak teruskan ke tidak dengan sorang laki ni, laki ni terlampau push die sangat..die selalu migrain disebabkan laki tu, selalu kena tengking, sampai result yang dulu dekan, boleh kena repeat..bila ditanya pendapat, yang sy ingat ayat sy jwb satu ayat je ' kalau dah tak hepi, lepaskan je '
then, keesokan hari die cerita, die dah putus dengan budak tu..alamak..huu..harap tak slhkn sy. 

Berkahwin
Tak lama lepas tu, die jumpa lelaki yang dikatakan pelengkap hidup die, tak pernah tengking die, layan die macam permaisuri. Alhamdulillah, my friend ni berkahwin dengan laki ni, so sweet lah diorang. Dan die bakal dpt baby =)

Demikianlah kisah tentang salah seorang kawan rapat sy

Moral of the story :
if sorang kawan tikam dari belakang, tak perlulah bersedih tak perlu lagi jaga hubungan tu, kerana lebih ramai kawan sejati yang anda mungkin tak tahu

Rindu mereka =) 
PD at night 2009..muka masih comot ;P

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

5 comments:

Anonymous said...

ok saya baca sampai hbs walaupun awk x pksa haha..kwn mencuri mmg truk! kalau saya dh lunyai bdk tu saya kerjakan hahahah...

Cik Puan Tqah said...

hm.. i wonder who is she.. jijah tu cm leh teka je sape..tp pencuri tu.. xpela gnie.. sabar je lah.. kalo die xnak kawan kite seribu kali xnak kann

Mr.Superman said...

ada lg x yg mcm jijah ni?nk 1.haha..mcm gnie pun bole.haha

Anonymous said...

rs mcm kenal je jijah & kwn baik jijah tu!!!

Anonymous said...

best cerita nie......harap2 bleh share lgi

My e-Shop

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bloggroll

Hye Everyone, exchange your link here. This list will be use for blogwalking :)

Thank You So Much For Visiting ^^

Thank You So Much For Visiting ^^
From : Gnie The Manager of this blog..lalala