Pemanis blog =)

Search

Saturday, July 30, 2011

Malam tadi..

Malam tadi,(semalam) malam jumaat kan, rasa macam ada benda pelik yang jadi kat bilik..entah hati tak tenang, jiwa kacau. Nak kata mengigau, sedar rasanya, sebelum tidur macam biasa calling-calling cik abang. tak sedar bercakap sampai pukul 2pagi. 

Lepas tengok jam masing-masing terus ngantok, terus say gudnite & tidur. Biasa aku sebelum tidur mesti basuh kaki, cuci muka, losyen-losyen lah ape benda remeh-remeh. Tapi semalam sumpah mengantuk, so terus terbaring pejam mata.

Tak sampai 5 minit tetiba dengar macam besi berlaga, uik bunyi apekah?? (dalam hati je)..buat taktau je lah sebab dah ngantok, then die bunyi lagi sekali. Still positif time tu, maybe orang kat luar kot tak tidur lagi.
(takde perasaan langsung nak check..huhu)

terus pejam mata, kalini dah tak bunyi besi berlaga, tetibe bunyi something shot pulak..bunyi karen shot, macam litar pintas ke apa..yang ni aku cuak, tapi bila buka mata takde bunyi. Abaikan, tidur balik. Pejam mata bunyi lagi, aku terus bangun duduk dengan mamai kepala pening, pandang sekeliling bilik cari bunyi tadi, tetibe ternampak ada percikan api kat suis, aku pun ape lagi terusla berdiri drastik nak keluar bilik nak panggil mak abah. Tapi bila pandang lagi sekali dah takde pulak, aish..sambil gosok-gosok mata, mengucap then rebah balik kat tilam.

Pastu dengar angin kuat sangat, dengan hujan macam bertimpa-timpa atas kepala. Tapi sejuk, bestnye tidur. Hujan malam Jumaat, aku terus lena lepas tu tapi bunyi macam shot tu tak berenti sampai subuh(kiranya tak lena la kan sebab boleh dengar lagi) tapi dah malas nak layan, bila dah siang dah terang tak bunyi pulak, bengang tak. ngade je, nasib baik hujan, tertidur jugak walaupun kejap2 terjaga.

Tapi memang confuse gila malam tadi, aku mimpi ke? tapi macam real. Berdebar-debar jantung tengok percikan api. ntahla..hati tertanya-tanya..
Mungkin mamai kot, mata salah pandang..mintak dijauhkan..

Disebabkan benda ni, satu hari ni langsung takde mood, bercakap pun sepatah dua je..hampes..wahai mood dtgla balik..huuu T_T


Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

7 comments:

Mohamad Fitri said...

Mungkin permainan mata n perasaan je tu kot.
Minta2 dijauhkan ler segala kekacauan =)

SyUhAdA said...

takde pape kot gnie..dun wory..jgn pikir byk sgt..

Abang Stalker said...

tp mke still maintain cute ;)

mainan syaitan je tu kot..bgn pg tu xde lak apa2 yg terbakar?

Mr feckry said...

mimpi tu 90% mainan syaitan..tapi air hujan malam jumaat tu sangat bagus di buat ubat..lebih2 lagi untuk mengubati orang yang terkena sihir.

fyna said...

xde apa2 kot..insyallah..
akk rasa seram tibe2 ehhe

Cik Meeja said...

Slalu bile kite terlalu penat mmg sng kene cam gnie kene tu..Tapi xde papela..Biasela, bile da penat otak pun mula la kacau bilau..benda yg xde nmpk cam ade..Huhu~ Tapi post gnie kali ni ade gaye leh tulis novel la..Suspen je bace..Hehe.,

Redbloodsnow said...

Dont worry ek chantek. takde pape lah. mainan perasaan je kot

My e-Shop

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bloggroll

Hye Everyone, exchange your link here. This list will be use for blogwalking :)

Thank You So Much For Visiting ^^

Thank You So Much For Visiting ^^
From : Gnie The Manager of this blog..lalala