Pemanis blog =)

Search

Saturday, July 30, 2011

Malam tadi..

Malam tadi,(semalam) malam jumaat kan, rasa macam ada benda pelik yang jadi kat bilik..entah hati tak tenang, jiwa kacau. Nak kata mengigau, sedar rasanya, sebelum tidur macam biasa calling-calling cik abang. tak sedar bercakap sampai pukul 2pagi. 

Lepas tengok jam masing-masing terus ngantok, terus say gudnite & tidur. Biasa aku sebelum tidur mesti basuh kaki, cuci muka, losyen-losyen lah ape benda remeh-remeh. Tapi semalam sumpah mengantuk, so terus terbaring pejam mata.

Tak sampai 5 minit tetiba dengar macam besi berlaga, uik bunyi apekah?? (dalam hati je)..buat taktau je lah sebab dah ngantok, then die bunyi lagi sekali. Still positif time tu, maybe orang kat luar kot tak tidur lagi.
(takde perasaan langsung nak check..huhu)

terus pejam mata, kalini dah tak bunyi besi berlaga, tetibe bunyi something shot pulak..bunyi karen shot, macam litar pintas ke apa..yang ni aku cuak, tapi bila buka mata takde bunyi. Abaikan, tidur balik. Pejam mata bunyi lagi, aku terus bangun duduk dengan mamai kepala pening, pandang sekeliling bilik cari bunyi tadi, tetibe ternampak ada percikan api kat suis, aku pun ape lagi terusla berdiri drastik nak keluar bilik nak panggil mak abah. Tapi bila pandang lagi sekali dah takde pulak, aish..sambil gosok-gosok mata, mengucap then rebah balik kat tilam.

Pastu dengar angin kuat sangat, dengan hujan macam bertimpa-timpa atas kepala. Tapi sejuk, bestnye tidur. Hujan malam Jumaat, aku terus lena lepas tu tapi bunyi macam shot tu tak berenti sampai subuh(kiranya tak lena la kan sebab boleh dengar lagi) tapi dah malas nak layan, bila dah siang dah terang tak bunyi pulak, bengang tak. ngade je, nasib baik hujan, tertidur jugak walaupun kejap2 terjaga.

Tapi memang confuse gila malam tadi, aku mimpi ke? tapi macam real. Berdebar-debar jantung tengok percikan api. ntahla..hati tertanya-tanya..
Mungkin mamai kot, mata salah pandang..mintak dijauhkan..

Disebabkan benda ni, satu hari ni langsung takde mood, bercakap pun sepatah dua je..hampes..wahai mood dtgla balik..huuu T_T


Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Thursday, July 28, 2011

Spontaneous Thursday : Auwmmm..Semangat jersi biru


Walaupun Malaysia kalah..Malaysia tetap dikira menang sebab diorang main dengan bersungguh tadi, takde nak lembik-lembik, sikit-sikit jatuh. tersepak sikit pun dah guling-guling macam pe. Boleh tak rasa macam nak lempang laju-laju satu-satu pemain Singa tadi..hadehh bengang je tengok..they're acting so well. 

Not to worry lah, Harimau kalah pun kalah dengan bermaruah, bukan menang sebagai pengecut..yeah..Singa pun yang jaringkan gol tadi pemain import dari China kan..bukan Singa jati..hee..

Fahmi Che Mat sangat tangkas okeh. Lupa jap kontroversi dia. ngehngeh..tahniah penjaga Gol Malaysia dapat selamatkan banyak gol..

Ok lah kan..emosi..emosi..haha...macam lah kite yang main =) sukati saya lah :p

Tido lah..nunite

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Apply BB Cream bagi Tahan Lama - Cara Saya

Assalammualaikum..hai readers..

Tutorial kali ni Gnie nak cerita pasal BB cream..tak kisahlah apa jenama pun..sy pakai yang murah je..Maybelline Clear Smooth Minerals BB Cream, time beli kat Watson ada promotion RM21 je..harga die normal 20++. Tak ingat exact price.

*credit picture from Google..BB Cream
Texture BB cream ni sangat soft & sangat ringan tak terasa pakai Cream kat muka =)
Untuk muka yang blemish tu kan..sesuai la...sy jenis tak pakai sangat foundation kalau keluar jalan sbb tak suka, foundation pakai bila ada event je, tapi muka ada blemish & warna tak sekata (uneven tone) ..so takkan nak biar comot je keluar jalan kan..hee..so pakai BB cream ni penyelesaian nya.

Biasa lepas pakai BB cream ni taknak bagi muka nampak shining atau berpeluh/berminyak sy completekan dengan Maybelline Clear Smooth Shine Free Face Powder, harga tak ingat..sorry.
*credit picture from Google..Face Powder

Face Powder ni best, memang clear smooth..=) 
Fragrance free, oil free, Non Comedogenic(penting ni) dan Won't Clog Pores (Lagi penting) =)

So, dekat pamphlet (betul ke eja ni) maybelline BB cream pun ada tunjuk cara pakai nye..tapi sy modified sikit. sebab if pakai macamni je..tak best la..huhu

Pamplet 3 simple step how to apply BB cream

ok jom ikut cara Gnie, mudah je =)
Firstly, sediakan benda kat atas tu BB Cream, Face Powder & Mineral Water/ Face Mist yang uols ada..sy ada mineral water je. =)

Dah ready dengan barang tu semua, muka dah bersih, 

sy kartunkan muka, senang nak conteng-conteng =)

apply sunblock untuk elak sinar UV - optional tapi elok pakai, sy pakai Biore UV Perfect Face Milk as makeup base + Sunblock
Notes : if nak pakai concealer, pakai sebelum apply BB cream & after makeup base

Then
Sediakan muka yang comel tu, dan dot kan BB cream kat muka

Banyak nya dots..letak kecik-kecik je dots tu ikut keperluan muka. nak letak satu-satu dot je pun boleh..tapi makesure boleh cover seluruh muka ye =) semua dots tu kawasan yang nak di cover - Dahi, bawah Mata, pipi, dagu, dan batang hidung. If perasan area tu sama dengan area kalau kita nak highlight muka bagi nampak berseri (except kat pipi, kalau nak highlight perlu atas lagi kat tulang pipi.) 

Lepas dah dots kan, korang sapu je..blend ikut dari dagu lepas tu pipi, bawah  mata, ikut arah anak panah kat bawah ni
Untuk mata make sure satu arah je yer supaya mata tak cepat berkedut

Dagu - 2 arah
Pipi - Satu arah

Lepas dah sapu kat dagu, pipi dan bawah mata barulah sapu T-Zone..Dahi dan Hidung, sapu jugak kat tepi-tepi hidung. Sapu sehingga rata.

Lepas dah sapu, nak finishkan step. Dap-dapkan compact powder dekat muka, especially tulang pipi, dahi, dagu dan batang hidung. macam highlight =)


Then ambil air Mineral percikkan kat muka, takyah banyak, ni macam nak terkejutkan orang yang mengantuk, so muka korang akan jadi fresh =)

Kalau ada face mist lagi bagus spray je kat muka, takpun masukkan air mineral dalam spray bottle yang untuk muka tu. (kalau ada) if takde percik je lah guna jari kan.maybe kurang rata lah percikan tu =)

Lepas dah spray, ambik semula face powder tadi dapkan lagi sekali for finish look =) 

siap dah..hehe..pastu pakai la makeup korang...sy tak reti makeup, kalo makeup nanti muka jadi opera cina. so tambah lipice..keluar gitu je, kadang-kadang pakai la eyeliner tu kalau dah mata letih sangat

Then..
Ready untuk keluar..
Muka akan rasa fresh & Glow(tu depends ngan BB cream yang korang guna la ye)

Ok done for this tutorial, panjang berjela
Thanx sudi baca..

p/s : ini just cara sy apply (just a girl, im not professional), just nak share best ways to apply, if ada suggestion lebih baik do drop a comment ye.

see ya..take care ^_~



Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Wednesday, July 27, 2011

Baru nak tengok Supermak!


Sedih...baru nak tengok...delay..T_T
Isnin haritu family sibuk tengok cerita lain so malas nak kacau..
ingat nak tengok kat internet je..tak sangka pulak best ceritanya..hehe
Nasha Aziz comel pulak..comel..comel lah..
muka die awet muda betul, jeles nengok.. =)

Sy selalu tengok siri-siri yang terlepas ni kat MalayMovieFull..
admin rajin update =) 
So kalau terlepas tengok kat TV, tgk kat situ je lah..
Video diorang guna youtube, so laju la jugak =)

ok dah, nak sambung tengok..

^_~
TC


Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Menang GA dari Lulu-Pages..

Alhamdulillah..rezeki namanya =)
Seronok..
Hepi..
Haritu ade join GA dari Lulu Pages
GA | Love to Look Gorgeous

Tapi Gnie join kat blog khas untuk contest..tak join kat sini..
Klik Sini untuk ke blog contest gnie

Giveaway gabungan 3 blogger
Lulu-PagesPinky Momma dan Kak Risa

Harini result keluar..tak sangka antara yang bertuah..Alhamdulillah..
Thanks so much lulu..

Dapat earring a.k.a anting-anting dari Lulu =)
Sape ade join check result kat link ni...kot2 menang =)

Pemenang Giveaway | 'Love to look gorjes'


Nanti dah dpt sy update =)
Seronot..

(kecoh kan, org lain dah banyak kali menang GA da..hee)

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Kecik-kecik dah jadi duta tudung...hehe


Alololo comeynya..anak sape la ni..
Nur Aisyah Humairah..Duta Tudung Little Haya..

Cerita selanjutnya tengok kat Beautiful Nara..hee saje je wat post ni..suke tgk budak perempuan comel2 =) masa kecik-kecik nak adik perempuan tak dapat T_T kan dah mengidam sampai sekarang..haha statement xleh blaa..

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Sandwich Tuna Telur Goreng =)

Pagi-pagi buta buang tebiat, nak buat sahur Tuna..check Tuna tengok mak tersalah beli, beli yang tak pedas..Gnie jenis makan makanan pedas..kalau makanan tak pedas, nanti makan tak kenyang..lapar je memanjang T_T ulang2 makan.
So jom kita modified =)

Mummy-mummy boleh buat ni jugak untuk bekal anak sekolah =)
Gnie buat bagi myMom bawak bekal gi kerja...baik tak baik tak..haha buang tebiat
Pic cdt to Google..sama je macam sy buat cuma tak letak tomato =)

Bahan-bahan :

-Roti Gardenia
-1 Tin TC Boy Tuna (Brand lain pun boleh)
-2 biji Telur (Dipukul)
-1 ulas Bawang Putih (Dihiris)
-1/2 biji Bawang Merah (Potong Dadu)
-2 biji Cili (Hiris kecil) tak perlu jika guna Tuna yang dah dengan cili
-Garam, Gula, Serbuk Perasa
-Sedikit Minyak untuk menumis
-Tomato (optional)

Cara-cara :
1. Panaskan Minyak dan masukkan Bawang Putih, Bawang Merah, Cili mayang sehingga wangi.
2. Masukkan Tuna dan kacau rata. Masukkan Garam & Gula secukup rasa. Kacau.
3. Pukul telur dengan sedikit serbuk perasa, dan tuangkan ke dalam masakan tadi gaul hancur.
4. Goreng agak kering, bila dah kering matikan api.
5. Angkat dan hidang bersama roti atau boleh dimakan dengan nasi =)
6. if suka tomato boleh letak tomato.

Ready to eat..

Simple, cepat dan sedap. Selamat Mencuba.

p/s : tetibe jadi chef..haha tukar profession ^_~

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Happy Birthday to my One & Only Lil' Brother

To Muhammad Afif Ashraf..
Happy Birthday yang ke-18, akak doakan ko berjaya dalam setiap apa yang diceburi, always success..& semoga dapat apa yang dihajati. Semoga diberkati Allah setiap jalan yang kamu ambik ok =)
May this day bring to you all things that make you smile. Happy Birthday!
All the best!!

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Wordless Wednesday #2 : Misses PD muchmuch

Will never forget this trip..sampai PD malam2 sangat best..miss them a lots


Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Wordless Wednesday #1 : Gitar Kapok


Zaman kegedikan belajar main gitar..2009 * kepala sensored
Dulu pinjam je, tapi kini benda biru tu bakal menjadi hakmilik tak lama lagi..tali pun dah lembut sekarang..
Rindunya nak pelok..
eh wordless wednesday kot...haha sorry
ok dah tak taip dah
^_~


Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Tuesday, July 26, 2011

Petua Kempiskan Perut Boncet

Salam semua..
hehe...petua kecantikan lagi untuk hari ni...
mesti ramai yang x lalu makan bila tengok perut makin lama makin mem'boncet' kan
nak pergi spa mahal la pulak..
ni  gnie nak share cara paling ekonomi
Jimat duit jimat masa
hasilnya...mabeles

haha...tryla sendiri

sumber
Cara Mengecilkan Perut Nan Memboroi ala Nihon TV (“Ito-ke no Shokutaku”, disiarkan Selasa, 18 July 2006, http://www.ntv. co.jp/ito- ke/ 

Siapkan straw.




Potong 5 cm.


Ratakan salah satu hujung straw.

Tutup separuh lubang straw dengan selophan tape.


Tarik nafas dalam-dalam, lalu tiup straw dengan kuat selama 5 saat.


Lakukan selama 3 minit sehari
(erk kalau sekali buat 5 saat, 3 min sehari means berapa kali..tolong kirekan boleh...)

5 saat sekali hembus, 3 min sehari = 36x ulang la eh..betul ke..mcm byk sgt je..betul ke gnie kira?


Beberapa orang yang melakukannya selama 2 minggu hasilnya berbeza-beza, tetapi semuanya berhasil mengecilkan perut.


Menurut pakar, saat kita bernafas, otot perut lebih digunakan ketika mengeluarkan nafas daripada menarik nafas.



Tak percaya!? Cubalah!

Dengan menggunakan straw yang ditutup separuh, kesan penggunaan otot perut menjadi berlipat kali ganda.
hehe...sape yang dah berjaya share2 la...ngee
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

DIY dan telur ~ how to make egg mask

Morning...dah sarapan ke belum.. =) telor..telor..bukan entry masakan ye..ni entry kecantikan =)
(Sila abaikan muka2 selenga itu & myface without makeup..erkk)

Mesti ramai antara kita yang dah tau khasiat telur ni..xkesahlah..
Harini nak cerita jugak pasal telur sebab hari ni sgt rajin buka spa sendiri kat rumah :) huhu

Ni ada sikit info mengenai telur...
Selain daripada harga yang murah dan paling senang nak masak, telur diakui
padat dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan.
Ada beberapa sebab pakar-pakar berpandangan bahawa manfaat telur ni adalah lebih banyak berbanding kandungan kolesterolnya.
Especially kepada wanita yer..
Telur kaya dengan vitamin dan mineral. Sebutir telur bersaiz besar mengandungi 251 miligram choline - lebih separuh daripada yang diperlukan oleh wanita setiap hari.
Choline merupakan satu nutrisi penting terutamanya untuk wanita hamil kerana peranannya dalam pembentukan otak janin sehingga terbentuk menjadi bayi malah memberi kesan kepada memori selepas bayi dilahirkan.
Telur juga kaya sumber yang kaya dengan vitamin K. Sebutir telur mengandungi 25 mikrogram iaitu kira-kira satu pertiga daripada keperluan wanita setiap hari. Vitamin K adalah nutrisi penting untuk membekukan darah.
~sumber dari Utusan Malaysia~

ok selain untuk kesihatan badan..telur ni juga boleh membantu cantik kan kulit tau...
back to tajuk post ni kali ni
DIY dan telur
gnie nak kongsi sikit experience (wahh ayat...padehal baru berapa kali je kot buat ni) hee
Hari ni tergerak hati nak share2 beauty DIY

dipercayai boleh hilangkan bintik2 hitam dan tegangkan kulit jadi lebih anjal..wahh suker..suker...suker
lebih kurang macam biore pore pack tu la

Jom join gnie mulakan messy2 projek ni

First sekali sediakan bahan2 nya
Telur 1 biji, Tisu muka sekeping(dipotong 4 segi), Mangkuk kecik, mangkuk besar, sudu, garfu, dan lapik untuk elakkan comot2 :)

Then, Pecahkan telur



dan separate kuning dan putih telur, letak dalam 2 mangkuk yang dah ready tadi..asing2 tau


lepas tu, ambil putih telur tadi dan pukul sampai naik...eh smpi empuk...ah wuteva lah....ape tah istilah nye senang cerita...tgk pic, macam ni lah jadinye


Ambil sesudu cukup untuk sapu kat muka kakcik2 semua..then sapulah dengan bersungguh2...hahaha
yang lebih jangan usik...coz leh masak nnti...hee


pastu sementara belum kering, tepek dengan tisu muka yang dah potong 4 segi tadi
kasi melekat, then sapu lagi yang lebih tadi atas tisu yang dah tepek tu
(ignore my 'selenga' face ya...dah cam alien da..xkesah..ahaa)



tunggu hingga kering ye kwn2ku...lepas dah kering dan rase macam dah tegang je kulit muka tu tarik dari bawah dagu ke atas yer....
amaran : mmg die lekat mcm biore pore pack tu...so if kulit jenis sensitive sgt better try small area dulu..ok
saya x mau dipersalahkan...huhu


lepas dah tarik semua tisu tu, u all akan nampak la blackhead yang terlekat kt situ...yang latest blackhead je..yang dah lama tu maybe degil sikit lah...
BASUH DENGAN AIR BERSIH
anyway bnde ni require buat 2 kali seminggu kalau sempat, sy pun wat sebulan sekali kot....hah really x ckup mase

nah ni amik pose selepas SPA ni....hehe...xnmpk beza sgt pon...sbb x rajin buat tp sirius..bab2 ketegangan dan ke'muda'an kulit tu boleh dirasai...hee


eh lupa pula yang kuning telur tu...
jangan buang...kuning telur ni dikatakan ada function sebagai moisturizer..so juz amik sikit n sapu je kt muka...lps tu cuci dgn air bersih..
tada wajah akan lebih mulus...ahaha

saya pun buat juga
ambil sikit je....selebihnya biarkan untuk masak nnti...jgn buat main pula nnti x lalu nk mkn
nape ek cm juling je mataku...abaikan


OK SIAP

baki telur tu jangan buang...rugi...huhu..xde wat main kan tadi..wat la scramble egg ker..letak baby mushroom, pergh sedap...hee x kesahla nk wat ape..

Yang penting kite hepi..muka hepi..perut hepi

TAMAT SUDAH

(Pagi ni bukak blog lama yang dah privatekan, tapi still tak delete..terjumpa entry ni cam best je nak share so dengan rajinnya sy copy pes dengan cemerlang =) copy dari blog sendiri legal kan..picture pun url yang dah takde..haha)

Kalau rajin cubalah =)
Thanx singgah n baca blog usang ni =)

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Monday, July 25, 2011

SEGMEN : Mari Cari Kembar Blogger

*Klik Banner Untuk Join


Segmen bertujuan nak cari kembar terpisah..^_~..kembar blogger
ada sesiapa sama birthday dengan saya?
7 July 1986

p/s : dah lama rasanya tak join segmen =)

Tarikh Tutup : 26 JULY 12 tgh malam
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Cencalok Delights..

Pic dari Google


Last week, kak ipar bawak cencalok dari Melaka..
So harus try.. =)
First time makan cencalok..
Wat cicah ikan..woot woot..
Gaul/Lenyek dengan Cili Api, Limau Nipis/Kasturi, Bawang Merah..
Terangkat..hehe..
Selama ni tak penah rasa..dah rasa nak lagi..lagi..lagi =)
Lebih kurang rasa air belacan, tapi air belacan lagi mengancam kot..ikut lidah memasing..^_~

Cencalok yang dah proses..mengancam..hehe..sori gambar tak clear

Budu dah rasa, Cencalok dah rasa ape lagi yang seangkatan dengannya?

Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Baby Angkasawan Negara Lahir Dalam Air



Sophea Isabella nama sekiut orangnya =) 
Lahir pada 21 Julai 2011, dengan berat 3.6kg

Congrats Datuk Sheikh Muzaphar dan Dr. Halina =)

Bayi angkasawan negara ini dilahirkan menggunakan kaedah Dalam Air..

eh..hehe first time dengar kat Malaysia, kat negara luar memang dah lama kan. Semua hospital ade ke kaedah ni eh? ..jom baca kenyataan berita dari akhbar Kosmo.




KUALA LUMPUR - Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kini bergelar bapa apabila isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka menerusi kaedah bersalin di dalam air. Dr. Halina Mohd. Yunos yang berkahwin dengan Sheikh Muszaphar pada 10 Oktober 2010 selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 21 Julai lalu.
Bayi seberat 3.6 kilogram itu dinamakan Sophea Isabella. Halina mengambil masa 18 jam untuk melahirkan bayi itu di Hospital Pantai Bangsar di sini. Halina kini adalah doktor bius di Hospital Selayang di sini. Ketika dihubungi Kosmo!, Sheikh Muszaphar berkata, dia sangat teruja dengan kehadiran bayi tersebut yang dianggap sebagai anugerah Ilahi paling istimewa. "Isteri saya dimasukkan ke hospital pada pukul 2 pagi Jumaat dan berjaya melahirkan anak pada pukul 9.08 malam.
"Dia memilih kaedah bersalin di dalam air kerana kurang sakit selain lebih semula jadi,'' katanya. Sheikh Muszaphar merupakan rakyat Malaysia pertama berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007 dan berada di stesen itu selama 10 hari bagi menjalankan pelbagai penyelidikan. Dia kemudian menjadikan tarikh keramat berlepas ke angkasa pada 10 Oktober itu untuk melangsungkan perkahwinan dengan Halina pada tahun lalu.
Sheikh Muszaphar yang kini bertugas sebagai Felo Penyelidik Utama Institut Sains Angkasa berkata, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa. "Kami banyak membaca tentang cara mendidik anak-anak malah mendapat nasihat daripada kedua-dua orang tua kami supaya anak kami kelak berjaya kepada agama, negara dan bangsanya," ujar beliau.Kosmo



Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

A day out..



Assalammualaikum,

Ikutkan hati malas nak update harini, tapi dah macam habit, dah jadi kebiasaan..kalau tak update jadi rindu kat blog. tak boleh tidur. Erm parah ni =)

Today, After a month tak berjumpa, akhirnya dapat menggantikan rindu-rindu yang bertamu.. ^_~

Harini aktiviti kami..makan makan makan..tula gambar first pun dah sesi makan.. =) camnela tak gemuk. First gerak, bila sampai tempat dituju, terus check show Harry Potter..amik jam 11.30pagi punya show. Yeah..early bird dapat murah. Sirius Harry Potter tak menghampakan..BEST..Pastu makan McD breakfast..my favourite Hash Brown. nanti kena belajar buat hash brown tu camne =)

After HP show habis, gi pulak PKNS Shah Alam..Pekena Laksa kat situ. Kedai betul-betul depan Avon. Sedap, Kuah dia pekat, peminat laksa mesti suka. Sy makan tak habis sebab makan sikit tergigit timun..T_T tak suka ada timun dalam kuah. So ilang mood nak mkn. Nantilah belajar makan timun dalam kuah.

Lepas makan kami lari gi Alam Sentral gi beli barang sambil nak melarikan diri rimas ramai sangat warga asing kat tasik harini. Diorang lepak siap bukak baju pakai singlet je. Alahai, geli mata memandang. Dah lepak Alam Sentral sementara tunggu redup lepakla jugak kat tasik cari port jauh sikit dari kelompok warga asing tu. Lepak sambil menikmati aiskrim mcD.


Dah pukul 5 gi pulak sec18, cari kedai buku yang jual novel terpakai..haritu cari kat internet ade, tapi tadi time pegi kedai tu tengok semua baru je T_T. ke silap kedai..nthla..jumpa satu kedai tu je. If korang tau kedai novel terpakai kat area Shah Alam, inform me pleasee..

Selepas hampa tak jumpa kedai buku yang dicari, ingat nak terus balik, tapi perut myMan lapar balik katanya..haha..see makan lagi..so ke gerai atas bukit (Area Bukit Kuda, Klang), makanan kat situ selera kami =) Sedap+Murah, Gnie yang konon-konon nak teman je, nak minum je, terorder sekali nasi+daging merah. so bertambah hepi perut ni harini..^_~


Habis makan kami balik dengan gembira..*ayat takleh blah
Selesai satu hari operasi menternak lemak..yay me..
dan apa yang penting Janji nak pakai tudung merah terlaksana..tahniah to me..^_^

Till then..
nak tidur dulu eh, esok sambung lagi =) daa



Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

Saturday, July 23, 2011

GuleGuleHati =)

Meet my sweethearts =)




Hai..i'm Nur Danisya
i'm 2 yearsold
D.O.B : 29.05.2009
(Anak angah + k.wati)
Suker nyanyi..
+lagu birthday
+lagu ilusi (Adira)
+lagu akademi fantasia
+lagu Mickey Mouse Club house

Eyyo..i'm Putri Nur Umairah
i'm 1 yearsold
D.O.B : 22.02.2010
(Anak along + k.maria)
Suker joget..
Jom ikut sy mengire..'tu'..'we'..lompat..
(no.3 nye hilang)



Kita akan tersenyum kalau mereka senyum, tapi kalau mereka nangis buat perangai acik pun rasa nak nangis jugak..uwaaa
Photobucket
****************************************************
Pecah kaca pecah cermin, dah baca jom komen-komen =)
****************************************************

My e-Shop

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bloggroll

Hye Everyone, exchange your link here. This list will be use for blogwalking :)

Thank You So Much For Visiting ^^

Thank You So Much For Visiting ^^
From : Gnie The Manager of this blog..lalala